1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Melemahkan Yahudi dan Amerika Syarikat Menerusi Kekuatan Kepenggunaan dan Kuasa Ekonomi

Hati sangat sayu tatkala melihat gambar-gambar penderitaan penduduk Palestin akibat kekejaman tentera Israel. Jika sebelum ini mereka membina tembok menyekat pergerakan penduduk Gaza dan menafikan bekalan perubatan serta bantuan kemanusiaan kepada warga Palestin, sekarang Israel semakin bernafsu untuk terus melakukan ‘pembersihan etnik' penduduk Palestin melalui kekuatan ketenteraan. Pada masa yang sama, timbul rasa jelek dengan sikap negara-negara Arab yang berjiran dengan Palestin yang seolah-olah tidak pernah cuba berusaha membela nasib jiran mereka yang malang itu. Kewujudan dan peranan Persidangan negara-negara Islam (OIC) dalam mencari penyelesaian sengketa di bumi Palestin ini pula boleh dianggap sebagai "ada atau tiada sama sahaja" . Manakala Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah tidak lebih sebagai sebuah badan yang sekadar mengeluarkan berpuluh resolusi mengutuk tindakan kejam Israel ke atas negara Palestin. Tidak seperti pelbagai sekatan yang dikenakan ke atas negara Iran mahupun Myanmar -yang dikatakan melanggar pelbagai hak asasi atau undang-undang antarabangsa - PBB tidak pernah mengenakan sebarang sekatan ekonomi atau tindakan ketenteraan mahupun tindakan undang-undang ke atas Israel walaupun negara tidak sah itu berpuluh kali melanggar atau tidak mematuhi resolusi yang dikeluarkan oleh masyarakat antarabangsa ke atasnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara dunia Islam tidak berkeupayaan dari segi kekuatan senjata untuk melawan Israel yang disokong kuat oleh Amerika Syarikat itu. Kelemahan dari segi persenjataan dan ditambah pula ketiadaan satu pakatan ketenteraan di kalangan negara-negara dunia Islam sebagaimana Pakatan NATO dan WARSAW semasa era perang dingin dulu menyebabkan isu Palestin ini menjadi satu masalah yang dilihat sebagai tiada penghujungnya. Jadi sebagai umat Islam yang beriman, apa yang boleh kita lakukan untuk membantu menghentikan penindasan Yahudi ke atas saudara-saudara kita di Palestin itu? Nabi s.a.w ada menyatakan bahawa selemah-lemah iman seseorang ketika dia melihat sesuatu kemungkaran ialah dengan menyanggah kemungkaran tadi di dalam hatinya. Persoalannya sekarang apakah ini merupakan usaha yang termampu yang boleh dilakukan? Jawapannya tentulah tidak kerana kita sebenarnya boleh melakukan lebih daripada itu. Kita di Malaysia bukan setakat menunjuk perasaan, malah turut menyalurkan pelbagai bantuan dalam bentuk kewangan, makanan dan perubatan kepada penduduk Palestin. Selain itu satu ikhtiar yang dilihat sebagai lebih berkesan untuk memberi tekanan ke atas Israel dan Amerika Syarikat ialah dengan memulau barangan keluaran syarikat kepentingan Yahudi. Kempen pemulauan yang diterajui oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang dilancarkan minggu lepas merupakan satu bentuk usaha yang paling senang dan mudah untuk dilaksanakan kerana kita semua adalah pengguna. Malah ia lebih baik daripada menunjuk perasaan atau menyuarakan bantahan secara terbuka. Tambahan pula Israel dan Amerika Syarikat bukanlah negara yang mengambil kisah tentang perkara ini semua. Bahkan mereka tidak perlu melakukan apa-apa terhadap apa yang disuarakan oleh dunia luar. Bagi mereka tunjuk perasaan dan bantahan terbuka ini boleh ditangani dengan sekadar memekakkan telinga dan membutakan mata. Bagaimanapun keadaan mungkin boleh berubah jika kita mengambil tindakan yang boleh memberi kesan ke atas ekonomi atau sumber kewangan mereka. Melalui tindakan pemulauan barangan oleh para pengguna Muslim, tahap jualan syarikat-syarikat yang bersekongkol dengan Israel dan Amerika Syarikat akan terjejas. Ekoran daripada itu perolehan mereka akan menurun dan seterusnya akan mengurangkan sumbangan syarikat tadi dalam bentuk bantuan kewangan mahupun percukaian kepada kerajaan negara-negara ini. Secara amnya, kejayaan sesuatu usaha pemulauan oleh para pengguna bergantung kepada beberapa perkara. Bagi menjamin kejayaan usaha ini, unsur-unsur tersebut perlu wujud. Lebih-lebih lagi proses pemulauan oleh pengguna merupakan satu tindakan yang tidak bersifat ganas dan hanya bertujuan untuk mengganggu suasana perniagaan syarikat-syarikat tertentu selain memberi tekanan secara tidak langsung kepada ekonomi negara yang dipulau tadi. Perkara pertama yang perlu ada ialah isu sebenar yang hendak diketengahkan kepada masyarakat pengguna. Dalam kes pemulauan barangan Yahudi atau yang menyokong Yahudi ini isunya amat jelas dan nyata sekali iaitu tentang kekejaman dan kezaliman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin. Kaitannya dengan kepenggunaan ialah rejim ini memperolehi sumber kewangan daripada syarikat-syarikat berkepentingan Yahudi Sebagaimana kempen pemulauan ini cuba mengenengahkan isu tersebut kepada masyarakat pengguna, ia juga berperanan untuk memberi petunjuk kepada Israel dan Amerika Syarikat supaya menghentikan kekejaman ke atas penduduk Palestin atau mereka akan berhadapan dengan masalah ekonomi akibat penurunan permintaan ke atas produk-produk keluaran syarikat yang bersekongkol dengan mereka. Keduanya ialah ada barangan ganti atau pilihan kepada barangan syarikat yang dipulau tadi. Maksudnya bila kita memulau sesuatu barangan, kita tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan barangan yang sama yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat bukan milik Yahudi. Ini juga merupakan satu unsur penting kepada kejayaan sesuatu kempen pemulauan yang dijalankan. Hakikatnya kita sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk mencari barang gantian kepada hasil keluaran syarikat Yahudi dan sekutunya. Makanan segera, minuman ringan, fesyen, hiburan, barangan dandanan diri, produk teknologi dan sebagainya bukan sahaja dihasilkan oleh syarikat-syarikat yang menyokong kezaliman Zionis, ia juga turut dihasilkan oleh syarikat-syarikat tempatan mahupun serantau. Pokok pangkalnya ialah kemahuan yang ada pada diri seseorang untuk bertukar jenama. Jadi jika kita tidak mahu terlibat sama bersubahat secara tidak langsung menyembelih rakyat Palestin, kita semestinya mengatakan tidak kepada barangan Amerika Syarikat dan Yahudi. Ketiganya, kempen atau usaha ini perlu dilakukan secara tersusun dan berterusan. Apa-apa yang kita lakukan - hatta dikatakan jika kita hendak melakukan sesuatu yang tidak elok- kalau hendak berjaya, ia perlu dilakukan secara tersusun dan teratur. Begitu juga dalam kes pemulauan oleh pengguna ini. Ia bukanlah sekadar usaha yang diibaratkan hangat-hangat tahi ayam. Sebaliknya ia perlu diperluaskan ke seluruh pelusuk dunia dengan menjadikan para pengguna Muslim sebagai sasaran utama kempen. Melalui perpaduan, kesatuan dan iltizam pengguna Muslim yang ingin melihat rakyat Palestin menikmati keamanan, kita percaya usaha pemulauan ini boleh membuahkan hasil yang diharapkan. Selain membuat pemulauan barangan, tekanan ke atas kedua buah negara pembuli ini boleh diperhebatkan lagi menerusi pemulauan matawang Dollar Amerika Syarikat. Saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya dunia negara-negara Islam menghentikan penggunaan Dollar dalam urusan perdagangan terutamanya perlu diambil berat jika kita benar-benar ingin melihat keamanan dan kestabilan di Asia Barat. Dalam hal ini negara-negara Arab yang merupakan pengeksport utama minyak dunia misalnya boleh memainkan peranan mereka dengan meminta pembayaran dibuat dengan menggunakan matawang selain Dollar. Melalui cara ini, kekuatan dollar yang selama ini hanya bersandarkan kepada penggunaan dan penerimaan meluas masyarakat dunia boleh dilemahkan. Dalam kes Palestin, seharusnya negara-negara Arab yang kaya yang duduk berjiran dengan Palestin perlu memulakan ikhtiar membantu jiran mereka yang malang itu. Ini diikuti oleh negara-negara dunia Islam yang lain. Bagaimanapun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Negara-negara bukan tetangga termasuklah negara-negara bukan Islam di seluruh dunia dilihat lebih prihatin terhadap nasib Palestin. Mesir masih menutup sempadannya dengan Gaza. Negara-negara Arab yang berbelanja berbillion dollar membeli kelengkapan ketenteraan terkini hasil pendapatan minyak mereka belum mampu memanfaat senjata canggih yang mereka miliki untuk menakutkan Israel. Apa yang mampu mereka lakukan ialah dengan berdiam diri dan mengambil pendekatan mementingkan diri sendiri. Ada kalanya pernah terlintas di fikiran penulis agar Allah s.w.t menarik balik kurniaan minyaknya kepada negara-negara Arab ini. Mungkin apabila kehilangan nikmat, baru keinsafan atau kesedaran muncul kepada mereka yang selama ini mereka menafikan tanggungjawab mereka terhadap kebajikan tetangga yang menderita. Mungkin bila kehilangan nikmat baru timbul bibit-bibit ingin bersatu sesama negara saudara seIslam yang lain. Pengguna Muslim perlu melakukan sesuatu untuk menghentikan kezaliman ini daripada terus berleluasa dan bermaharajalela. Sesungguhnya dunia tidak akan menikmati keamanan selama mana kuasa Yahudi tidak dilemahkan. Jadi sebagai satu bentuk bantuan yang termampu kita lakukan bagi membantu saudara kita di Palestin, kita wajib menyahut seruan pemulauan barangan dan penggunaan dollar yang dijalankan ini. Diharap usaha tersebut akan menjadi titik tolak kepada kelemahan kuasa serta pengaruh Yahudi dan Amerika Syarikat di muka bumi ini. Oleh: Muhammad Hisham B Mohamad (Fellom IKIM) Sumber: www.ikim.gov.my

Regev: “Saya beri jaminan bahawa Israel akan menghormati undang-undang antarabangsa”

Isnin, 12 Januari 2009 [caption id="attachment_1722" align="aligncenter" width="250" caption="Jurucakap rasmi Perdana Menteri Israel, Mark Regev "]Jurucakap rasmi Perdana Menteri Israel, Mark Regev [/caption] Pada pukul 8.30 pagi waktu rasmi Pasifik, jurucakap rasmi Perdana Menteri Israel, Mark Regev telah berbicara tentang pelayaran bot “Free Gaza”, “Spirit of Humanity” dengan Paul Larudee, salah seorang pengasas “Free Gaza”. Larudee cuba mendapakan jaminan bahawa Israel tidak akan menyerang atau menghalang bot tersebut memasuki Gaza bersama dengan bekalan perubatan dan anggota sukarelawan, serta para wartawan dan aktivis kemanusiaan. Bot itu dalam perjalanan menuju ke Gaza. Israel telah memberi amaran akan menggunakan “apa jua cara sekalipun” untuk menghentikan bot tersebut. Pada 30 Disember, sebuah kapal perang Israel telah melanggar dan hampir menenggelamkan bot yang dihantar sebelum ini. Ini merupakan transkrip perbualan mereka: Regev: Helo? Larudee: Helo, Mark? Ini Paul Larudee, bercakap dari California. Saya nak bercakap tentang bot (yang dalam perjalanan) dari Cyprus ke Gaza dengan bekalan perubatan dan anggota sukarelawan. [kedengaran dengusan dari Mark] Kerajaan Israel telah memberi amaran akan menggunakan “apa jua cara sekalipun” untuk menghentikan bot tersebut. Saya mahukan jaminan dari anda bahawa ia itu tidak akan diserang atau dihalang dari melaksanakan misinya. Regev: Bot ini bukannya (tentang) bantuan kemanusiaan. Gerakan “Free Gaza” ialah sebuah kumpulan yang simpati pada Hamas. Bantuan yang dibawa olehnya kurang dari separuh yang dibawa oleh satu daripada 1000 trak yang Israel telah benarkan masuk ke Gaza sejak permulaan kempen militari. Larudee: Tapi Mark, apa salahnya jika benarkan bot itu masuk? Regev: Kalau orang-orang ini nak bebaskan Gaza, biarkan mereka bebaskan Gaza daripada Hamas. Tahu tak bagaimana Hamas layan orang mereka sendiri? [diikuti dengan kritikan-kritikan terhadap Hamas] Larudee: Saya tak pasti saya setuju dengan semua pandangan anda, Mark... Regev: Ini bukan pandangan. Ini semua kenyataan. Mana boleh tak setuju dengan kenyataan? Larudee: Mark, Saya tak mahu bertengkar dengan anda tentang hal ini. Saya akan mengalah sebab sekarang saya nak minta perkara lain. Terdapat doktor dan bantuan perubatan di atas bot tersebut dan ia telah diperiksa oleh kerajaan Cyprus. Apa salahnya benarkan ia memasuki Gaza? Regev: Kerajaan Israel membenarkan pelbagai cara, tapi salahnya sekarang ialah ini merupakan propaganda buat Hamas. Larudee: Mark, anda ingat kan sewaktu pelayaran pertama oleh (kapal) “Free Gaza”, anda mengatakan bahawa Israel tidak akan masuk campur kerana ia bukan ancaman keselamatan, dan jika anda masuk campur ia akan menjadi propaganda buat kumpulan itu. Kenapa pula situasi sekarang berbeza? Regev: Saya tak pasti kita akan mengambil langkah yang sama kali ini. Ini situasi berbeza. Larudee: Israel tak menghalang empat pelayaran sebelum ini tetapi tiba-tiba kapal anda melanggar bot yang lepas… Regev: Kami mempunyai versi berbeza tentang kejadian itu ... Larudee: OK, walaubagaimanapun bot tersebut rosak teruk dan kali ini kami berharap Israel akan melakukan apa yang boleh untuk memastikan kejadian sebegitu tidak lagi berulang. Menyerang orang awan merupakan jenayah perang dan menghalang bantuan kemanusiaan dari sampai kepada mangsa perang melanggar Konvensyen Geneva Regev: Israel tidak pernah melakukan jenayah perang dan kami sentiasa mematuhi undang-undang antarabangsa. Larudee: Mark, saya tahu anda taat pada kerajaan anda, kalaulah saya pun boleh yakin seperti anda. Saya cuma mahu kepastian bahawa bot tersebut akan selamat tiba ke destinasinya. Regev: Saya beri jaminan bahawa Israel akan menghormati undang-undang antarabangsa. Larudee: Oh, Mark! Ini berita yang sungguh menggembirakan! Inilah yang nak dengar. Terima kasih banyak-banyak. Saya rasa lega sekarang. Saya akan mengambil ini sebagai petanda baik bahawa bot tersebut akan selamat masuk (Gaza). Regev: Ya, terima kasih atas panggilan (telefon) anda. Larudee: Terima kasih, Mark.

Gaza - Tidak terbayang kemusnahan begitu rupa

22 Januari 2009 Setelah 10 jam di pintu masuk sempadan Rafah antara Mesir dan Palestin pada hari Rabu, saya dan Sharon Wallace (penyokong kuat MECA) akhirnya dapat juga masuk ke Gaza. Banyak kisah yang hendak diceritakan pada hari pertama saya di Gaza. Terlalu banyak keperitan dan kemusnahan. Tetapi satu kisah yang menyayat hati yang saya rasakan dunia seluruhnya patut tahu. Saya menemui seorang ibu yang menceritakan apa yang berlaku kepada keluarganya baru-baru ini. Beliau sedang berada di dalam rumah bersama 10 orang anak-anaknya apabila tentera Israel masuk menceroboh. Tentera Israel berkata kepadanya dia perlu memilih lima orang daripada anak-anaknya sebagai 'hadiah kepada Israel'. Tentera Israel mengulang-ulang tuntutan mereka sambil ibu tersebut menjerit ketakutan. Mereka kemudian berkata sekiranya dia tidak membuat pilihan maka mereka yang akan membuat pilihan untuknya. Kemudian tentera Israel membunuh lima orang daripada anak-anaknya dihadapan ibu tersebut. Hari ini saya benar-benar sedar bahawa konsep "moral Yahudi' sudah benar-benar tidak lagi wujud. Mereka berupaya menjadi fasis, teroris dan Nazi seperti orang lain juga. Masyarakat antarabangsa mesti melakukan sesuatu supaya perkara ini tidak berulang di masa akan datang. Saya dan Sharon tinggal bersama satu keluarga di Kem Rafah pada malam Rabu. Mereka benar-benar menghargai kedatangan kami dan berkongsi kisah-kisah yang mengerikan dan menyayat hati sepanjang tiga minggu serangan tentera Israel ke atas Gaza. Hari ini kami memandu di sekitar Rafah, Khan Younis, Kem Nuseirat  dan Bandar Gaza. Kemusnahan dan trauma di Tebing Gaza adalah lebih dahsyat daripada apa yang saya jangkakan. Apa jua kata-kata yang diungkapkan untuk menceritakan keadaan di sini tidak akan mampu mengambarkan keadaan sebenar. Oleh itu saya kongsikan bersama beberapa keping gambar. [caption id="attachment_1612" align="alignleft" width="400" caption="Hospital Al-Quds, Bandar Gaza, dibedil secara terus oleh artileri Israel pada 16 Januari. Pesakit terpaksa dipindahkan kerana hospital dijilat api."]Hospital Al-Quds, Bandar Gaza, dibedil secara terus oleh artileri Israel pada 16 Januari. Pesakit terpaksa dipindahkan kerana hospital dijilat api.[/caption]       [caption id="attachment_1613" align="alignleft" width="268" caption="Kemusnahan rumah-rumah penduduk"]Kemusnahan rumah-rumah penduduk[/caption] [caption id="attachment_1614" align="alignleft" width="400" caption="4000 rumah hancur musnah "]4000 rumah hancur musnah [/caption] [caption id="attachment_1615" align="alignleft" width="400" caption="20,000 rumah mengalami kerosakan"]20,000 rumah mengalami kerosakan[/caption]   Barbara Lubin ialah Pengarah Eksekutif kepada Kesatuan Kanak-kanak Timur Tengah (MECA), sebuah NGO yang berpengkalan di Berkley, California.

Obama adalah presiden Yahudi pertama

obama-jewsBagi Yahudi Amerika, kemenangan Barack Obama menjadi lambang kemenangan mereka. Para Yahudi AS itu mengatakan, perjalanan hidup seorang Obama yang berasal dari keturunan imigran kulit hitam hingga berhasil mencapai kursi kepresidenan AS, mirip dengan perjuangan kaum Yahudi yang datang ke AS sebagai imigran yang mencari kehidupan yang lebih baik setelah mereka selalu menjadi kaum terusir di berbagai penjuru dunia. Salah seorang tokoh Yahudi AS yang beranggapan seperti itu antara lain David Axelrod penasihat senior Rumah Putih dan ketua strategi kempen Obama, yang selalu berusaha menutup-tutupi latar belakang ke-Yahudi-annya. Dalam sebuah pesta untuk Obama yang didanai sejumlah organisasi Yahudi di AS, Axelrod mengatakan, prestasi Obama merupakan satu lagi langkah maju kaum Yahudi dalam perjalanan Amerika Raya, yang sebelumnya telah dilakukan ayah dan nenek moyangnya ketika menjadi pelarian dari Bessarabia ke AS. "Mereka datang ke AS bukan sekadar untuk mencari tempat yang aman, tapi mereka juga mencari tempat yang menjanjikan dan memberikan kesempatan. Dan Amerika adalah lambangnya," kata Axelrod. Ia mengungkapkan harapannya, suatu saat nanti bukan hanya Obama yang boleh terpilih ke Rumah Putih, tapi anak-anak Yahudi lainnya seperti Rahm Emanuel yang ditunjuki Obama sebagai Ketua Staf Rumah Putih. Axelrod menyebut Emanuel sebagai "putera dari para imigran Israel." Axelrod mengaku sangat puas dan bangga begitu melihat hasil pilihanraya yang lalu, dan melihat besarnya dukungan Yahudi AS pada Obama. Yang menurutnya merupakan dukungan terbesar pada Partai Demokrat dalam kurun waktu beberapa tahun ini. Tokoh Yahudi lainnya yang memiliki pandangan sama dengan Axelrod dan turut hadir dalam acara perayaan untuk Obama adalah aktor Bryan Greenberg. Ia mengaku hadir dalam perayaan itu untuk mengetahui lebih jauh bagaimana pemerintahan baru AS ini membina hubungan dengan komuniti Yahudi dan menanggapi isu-isu ke-Yahudi-an. Buat Greenberg, kepentingan Israel harus tetap nombor satu. Greenberg menceritakan bagaimana nenek moyangnya berhasil lolos dari Jerman pada masa holocaust dan pengalaman perjalanannya ke Israel. Dari pengalamannya itu, Greenberg merasa betapa pentingnya bagi Yahudi memiliki satu tempat, setelah terusir dari satu tempat ke tempat lain selama ribuan tahun. Rakan Greenberg, Debra Winger, salah satu pendukung Obama dan pendukung Yahudi mengatakan bahawa doa mereka telah dikabulkan dengan terpilihnya Obama. Bahkan Abner Mikvner, juru bicara kaum Yahudi Zionis, mantan anggota Kongres, mantan hakim federal yang juga mentor Obama berkomentar,"Obama adalah presiden Yahudi pertama". Tidak hairan, jika Barack Obama menunjukkan dukungan butanya pada Israel seperti juga presiden-presiden AS sebelumnya. Dan sama sekali tidak mengeluarkan pernyataan apapun melihat tragedi kemanusiaan di Jalur Gaza. Melihat fakta yang terang benderang ini, mampukah Obama diharapkan menjadi pemimpin AS yang membawa perubahan bagi perdamaian dunia, terutama dunia Islam? (ln/JP)

Kajian di Amerika: Beri Peluang Kepada HAMAS untuk Mentadbir

Sebuah Kajian di Amerika mengkategorikan gerakan HAMAS sebagai gerakan moderat, dan mengajak Amerika untuk menghilangkan phobia politik untuk tidak mahu berunding atau berkomunikasi dengan HAMAS; menghentikan sekatan terhadap HAMAS; dan memberikan kesempatan kepada HAMAS untuk “mewujudkan janjinya pada pelihanraya yang lalu kepada warga Palestin”

Kajian yang disampaikankan oleh Dr. Syarifah Zuhur, Pensyarah pada Jabatan Kajian-Kajian Islam dan Timur Tengah, di sebuah Universiti dalam bidang Kajian Strategi, pada Kuliah Ketenteraan yang ada kaitan dengan tentara Amerika tersebut, menyebutkan bahawa HAMAS merupakan organisasi yang sangat moderat.

Kajian yang memiliki setebal 107 halaman dengan tema “HAMAS dan Israel: Strategi Konfrontatif Terhadap Politik yang Dibangun oleh Sebuah Jamaah” juga menyebutkan, bahawa HAMAS bukan tidak memiliki perhatian terhadap konsep “Jihad Alami –global-”, yang selalu menyeru pada pengorganisasian kesatuan.

Dalam kajiannya, Dr. Syarifah Zuhur menyatakan bahawa HAMAS merupakan ciri sebuah jamaah yang moderat seperti halnya jamaah-jamaah Islam yang lain dalam menerima tradisi logika ilmiah terhadap Barat.

Disebutkan juga bahawa sikap tidak senang HAMAS terhadap Amerika – bukan bangsa Amerika– sebagai musuh baginya adalah akibat kesan dari permusuhan yang dibangunkan oleh Amerika itu sendiri terhadap HAMAS.

Dan ditegaskan bahawa HAMAS pada hakikatnya tidak menginginkan terjadinya jihad secara global, sebagaimana ditegaskan bahawa musuh HAMAS satu-satunya adalah Zionis, bahkan harakah tersebut berkeinginan mengadakan komunikasi yang baik dengan Amerika.

Akhirnya kajian tersebut mencadangkan agar memberi kesempatan kepada HAMAS bagi mewujudkan janji-janji politiknya kepada warga Palestin, dengan disaksikan oleh konsensus antarabangsa untuk memberikan penyelesaian terhadap krisis yang dialami sejak musim panas tahun 2006 yang lalu, dengan memberikan penekanan agar dibolehkan HAMAS untuk memerintah dan mengakhiri sekatan persempadanan dan sekatan antarabangsa yang menyebabkan terjadinya krisis kemanusiaan di Palestin.

Sebagaimana Kajian tersebut mengajak Amerika dan entiti Zionis untuk menghindari diri dari politik eksklusifnya “untuk tidak berdialog dan berkomunikasi dengan HAMAS”.

Philip Morris - syarikat rokok Yahudi yang menguasai dunia

burningsmokePhilip Morris, baru bertukar nama menjadi Altria Group pada 2003. Altria bererti ‘tinggi’ yang maksudnya berasal dari bahasa Latin. Pusat operasi syarikat pengeluar rokok utama dunia ini ialah di Henrico County, Virginia, Amerika Syarikat. Bermula sebagai kedai tembakau pada 1847 di Bond Street, London, kini Philip Morris menjadi syarikat nombor satu bagi pengeluar makanan di Amerika Syarikat, penjual keju yang diproses dan pengeluar rokok. Ia juga menjadi syarikat makanan kedua utama di dunia dan ketiga bagi bisnes gula-gula. Sempena nama Philip Morris iaitu seorang peniaga Yahudi, syarikat tembakau itu berkembang sebagai sebuah syarikat ketiga paling menguntungkan dalam kategori barangan pengguna. Pada akhir tahun kewangan 2007, ia mencatatkan pendapatan sebanyak US$8.9 bilion dengan mengeluarkan 850 bilion batang rokok di seluruh dunia. Di pasaran semasa, penguasaan Philip Morris meningkat dari 15.4 peratus dalam tahun 2006 kepada 15.6 peratus pada tahun 2007. Pengurusan Philip Morris diketuai oleh Michael Szymanczyk, juga seorang Yahudi dari Philip Morris Amerika Syarikat (AS). Kaitan Yahudi dan bisnes rokok semakin akrab dan melibatkan rangkaian pelobian yang sangat kukuh. Setiap kali pilihan raya presiden AS, kita didedahkan kaitan calon presiden dengan pelobi-pelobi Yahudi. Siapakah pelobi-pelobi itu? Center for Public Integrity, AS mendedahkan bahawa Atria Group membelanjakan hampir US$101 juta untuk melobi kerajaan AS dari 1998 hingga 2004, menjadikannya organisasi kedua paling aktif melobi di negara itu. Dr Wu Tao-Wei dalam artikel ‘Why the Jews Hate ‘Fa Lun Gong’ berkata, sama ada terdapat gula di dalam diet, tembakau, barah, dadah atau ribuan bahan-bahan asing lain yang memudaratkan manusia, jika ia memberi faedah kepada Yahudi, mereka akan mempromosinya dengan bersungguh-sungguh. Yahudi sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menghancurkan manusia. Melalui tembakau dan rokok, hampir 23 peratus kematian di Republik Chech adalah akibat tabiat merokok. Bagaimana pengaruh rokok berkembang di seluruh dunia? Sejak 1847 hingga 2008, Philip Morris sentiasa berkempen secara agresif melalui Philip Morris International (PMI). Bermula di Australia pada 1954, jualan rokok terus meningkat dan pada 1973, pengeluaran rokok mencecah 124 bilion batang. Kilang terbesar Philip Morris di luar AS ialah di Bergen op Zoom, Belanda yang dibuka pada 1980. Kejayaan kilang ini ialah menyumbang sebanyak US$1 bilion iaitu kali pertama Philip Morris mendapat jumlah berkenaan sejak penubuhannya. Dua tahun kemudian, volum rokok mencecah 400 bilion, menyebabkan operasi PMI perlu dikembangkan selari dengan pertambahan permintaan. Syarikat itu membelanjakan lebih US$3 bilion untuk kempen pengiklanan pada 1996, menjadikannya pengiklan kesembilan terbesar di dunia. Kesan daripada kempen merokok, 67 peratus lelaki di kawasan bandar di Kemboja menjadi perokok manakala di luar bandar, ia mencecah 86 peratus. Di China, 3,000 orang mati setiap hari kerana merokok. Kajian di Filipina pula mencatatkan 99.8 peratus iklan tembakau menjadi permulaan kepada tabiat merokok khususnya kepada 60 peratus lelaki yang merokok. Korea Selatan adalah pasaran kelapan terbesar bagi rokok dunia di mana jumlah rokok yang dikeluarkan setahun dianggarkan 100 bilion. Kawasan yang menjadi pasaran besar kepada rokok ialah Pasifik Barat di mana dua per tiga lelaki terlibat dengan tabiat merokok. Selain Philip Morris, Kementerian Kewangan Jepun turut menjadi pemegang saham terbesar dalam Japan Tobacco iaitu salah satu syarikat pengeluar rokok utama dunia. Oleh kerana pasaran rokok yang sangat besar, PMI melangkah jauh dengan membuka kilang pengeluaran rokok pertama di Asia pada 1995 dengan mendirikan kilang di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Lapan tahun kemudian, Filipina menggantikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran rokok utama Asia dengan lonjakan pendapatan sebanyak US$5.7 bilion iaitu pertambahan seratus kali ganda sejak 1970. Selepas Malaysia dan Filipina, PMI melebarkan bisnes ke Indonesia dengan menguasai 95 peratus saham dalam PT HM Sampoerna pada harga US$4.8 bilion. Menguasai bisnes rokok di lima benua, Philip Morris mewarisi pendapatan US$38.05 bilion (2007) melalui penjualan 26 jenama rokok termasuk Marlboro, L&M, Philip Morris, F6, Classic dan Sampoerna di samping menjadi penyeludup rokok haram paling besar. Di Itali, media negara itu mendedahkan peranan Philip Morris sebagai pedagang marijuana terbesar di dunia. Apakah kaitan Philip Morris, Yahudi, rokok dan memusnahkan masyarakat dunia? Yahudi menganggap bangsa mereka sebagai pilihan Tuhan dan boleh melakukan apa sahaja untuk membunuh manusia bukan Yahudi. Selain menjadikan kebuluran, wabak penyakit HIV/AIDS dan peperangan sebagai alat untuk membunuh, rokok juga menjadi salah satu ejen untuk mencapai cita-cita mereka. Walaupun wang dan kekayaan menjadi agenda utama, bisnes rokok lebih cepat memberikan kekayaan dan pada masa yang sama dapat membunuh secara senyap. Pengasas Philip Morris adalah seorang Yahudi. Ia memberi sumbangan besar kepada Yahudi dan Israel. Di samping membantu rumah-rumah ibadat (synagogues) Yahudi, Philip Morris juga meningkatkan pengaruh mereka ke atas ahli politik dan kerajaan di negara-negara membangun dan dunia ketiga. Di  Amerika Syarikat, sumbangan kewangan terbesar kepada calon-calon politik dalam pemilihan 1995-96 adalah dari syarikat tembakau dengan jumlah US$4.2 bilion. Di Kenya, Philip Morris menaja persembahan Third East African Jua Kali/Nguru Kazi Craft Exhibition 2001 atas nama memelihara warisan kebudayaan negara. Di Thailand, mereka menaungi ‘8th Art Competition 2001’ untuk memilih wakil Thailand bagi Asian Art Competition 2001 yang berlangsung di Bali, Indonesia. Kempen secara sembunyi turut dilakukan di Turki. Philip Morris telah membelanjakan wang bagi membaik pulih Parlimen Turki yang dibuka semula oleh Menteri Kebudayaan pada 2001 di sebalik bantahan orang ramai. Di negara itu juga mereka membantu usaha menyelamat bandar purba ‘Zeugma’ dari ditenggelami air empangan. Di sebalik tangan-tangan Yahudi yang tersembunyi di sebalik tabir bisnes rokok, Philip Morris menaja komuniti Yahudi di Amerika Syarikat seperti bantuan penajaan bagi Jewish Community Council of Greater Coney Island dan program pengajian Yahudi di Arizona State University. Mereka juga menaja penyelidikan mengenai kesan-kesan genetik, persekitaran dan ciri-ciri psikologikal tabiat merokok ke atas wanita Israel. Sebanyak US$250,000 dilaburkan oleh Philip Morris USA dan Philip Morris International kepada lima pasukan penyelidik di Hadassah-University Hospital. Philip Morris dan Atria Group menjadi syarikat rokok terbesar di dunia, mengatasi British American Tobacco  dan Japan Tobacco. Penguasaan Yahudi melalui bisnes tembakau dan rokok dieksploitasi sepenuhnya oleh Philip Morris. Mereka melancarkan rokok jenama khas di Israel iaitu Maori Mix, memindahkan pekerja-pekerja Yahudi dari New York ke Richmond kerana pemikiran, sikap dan perlakuan Yahudi lebih terjamin di bandar itu di samping enam buah synagogue sedia ada.  Rabbi Yahudi juga sedia melawat dan menjaga kebajikan pekerja-pekerja Yahudi di syarikat itu. Inilah sikap Yahudi. Ketika orang lain menderita, mereka tetap menjaga sebaik-baiknya Yahudi yang bekerja di situ. Philip Morris tidak kisah dengan 400,000 kematian setiap tahun di Amerika Syarikat. Ia adalah syarikat Yahudi dan masih wujud sehingga kini. Diberi bantuan yang sangat besar oleh pelobi dan penyokong Yahudi di Kongres. Mereka tahu produk mereka adalah pembunuh tetapi masih mengisytiharkannya sebagai memberi keuntungan kepada ekonomi. Itulah Yahudi, syarikat rokok Yahudi yang sangat berkuasa. Rujukan albawa.com/theexpert/Philip Morris-The Jewish Leader in the Cigarette Business wikipedia.org/wiki/Altria_Group wikipedia.org/wiki/Philip_Morris_International