1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Netanyahu: "Saya tidak akan tinggalkan mana-mana wilayah yang diduduki"

[caption id="attachment_2441" align="alignleft" width="298" caption="Ben Zion Netanyahu, kiri, bersama anaknya Benjamin, Perdana Menteri Israel"]Ben Zion Netanyahu, kiri, bersama anaknya Benjamin, Perdana Menteri Israel[/caption] Hujung minggu lepas akhbar Israel Ma'ariv telah menyiarkan wawancara bersama Profesor Ben Zion Netanyahu, 99 tahun, bapa kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Natanyahu. Profesor Ben Zion terkenal dengan sikap berterus terang dan pandangan yang amat berhaluan kanan -- dan dia tidak melakukan apa-apa yang bertentangan dengan reputasinya. Beliau berpegang bahawa satu-satunya penyelesaian kepada konflik dengan Palestin adalah melalui kekuatan tentera. Profesor Ben Zion  menyatakan bahawa beliau tidak akan menyerahkan semula Bukit Golan kepada Syria kerana "kita tidak serah semula tanah." Profesor Ben Zion juga menerangkan bahawa pada pandangan beliau adalah mustahil untuk berkompromi dengan bangsa Arab. Beliau seterusnya menyatakan pendapat bahawa bangsa Turki telah menggunakan kekuatan tentera secara yang sangat brutal dalam menindas penduduk Arab, dan seharusnya menjadi contoh kepada Israel dalam menangani bangsa Arab yang secara semula jadi hidup dalam keadaan perang tidak berhenti-henti. Terdapat laporan bahawa Pejabat Perdana Menteri telah gagal dalam usaha untuk menyekat Ma'ariv dari menerbitkan artikel tersebut, kerana pandangan Profesor Ben Zion yang penuh kontroversi itu akan memalukan anaknya Benjamin. Apabila saya terdengar tentang wawancara tersebut, saya teringin sangat untuk tahu lebih lanjut tentang Profesor Ben Zion. Melalui carian Internet, terdapat satu bahan "February Television Interview" bersama kedua-dua bapa dan anak Netanyahu. Dalam rakaman televisyen ini, Benjamin yang ketika itu menjadi calon Perdana Menteri kelihatan sangat selesa dengan kenyataan bapanya bahawa Israel kini berada dalam keadaan sangat bahaya dari kemusnahan mutlak, dan holocaust tidak pernah terhenti malahan berterusan sehingga ke saat ini. Dalam wawancara tersebut Benjamin, sebagai bayangan kepada pengaruh secara lansung terhadap pandangan bapanya bahawa tidak ada satu pun wilayah yang diduduki akan dipulangkan, mengumumkan bahawa tidak akan ada sebarang pemindahan wilayah yang diduduki sepanjang tempoh pentadbirannya. Pegangan ini meletakkan Benjamin dalam pertentangan secara lansung dengan pentadbiran Obama yang mendakwa untuk berusaha ke arah perbincangan kepada keamanan di daerah tersebut. Ikuti sedutan terjemahan kepada kenyataan Netanyahu di bawah: Netanyahu: Saya fikir semua orang yang mempunyai mata faham bahawa sebarang wilayah yang diduduki yang ditinggalkan akan dirampas oleh musuh negara Israel. Soalan: Jadi anda boleh kata bahawa Likud tidak akan tinggalkan pendudukan sepanjang tempoh anda di pejabat (Perdana Menteri) ? Netanyahu: Ya Soalan: Tidak akan berundur? Netanyahu: Sudah tentu. Sepertimana yang dinyatakan oleh pemberita Ma'ariv, Benjamin Netanyahu sangat dipengaruhi oleh pandangan bapanya. Di bawah perhatian bapanya, dan dengan apa yang dikatakan sebagai pendidikan mengikut teladan ibubapa, pengaruh Profesor Ben Zion dilihat sangat menyedihkan dan tidak akan membuka ruang kepada sebarang bentuk perbincangan. [Suntingan karangan Ira Glunts di The Palestine Chronicle]

Penggalian terowong di bawah Al Aqsa - Israel menjemput Intifada terbaru

Seorang pemimpin Palestin di Gaza, Amir Abu Al-Amrin, menyatakan bahawa rejim pengganas Zionis Israel kini menjemput kelahiran Intifadah terbaru sekiranya mereka terus menyerang masjid Al-Aqsa yang mulia, terutama sekali dengan kerja-kerja penggalian jaringan terowong di bawah kompleks tersebut. Beliau berkata demikian dalam satu perhimpunan raksasa di Bandar Gaza Isnin lalu. Perhimpunan itu diadakan bagi menyokong rakyat Palestin di timur Baitul Maqdis dan menentang pembinaan jaringan terowong di bawah kompleks Al Aqsa oleh rejim Israel. Dalam syarahannya, Abu Al-Amrin mengingatkan semula kepada tentera pengganas Israel tentang peristiwa yang mencetuskan Intifadah ke-2; di mana Ariel Sharon dan tenteranya masuk ke kawasan masjid Al Aqsa melalui dinding barat. Kejadian tersebut dilihat sebagai satu pencerobohan, justeru mencetus protes dan penentangan di seluruh Baitul Maqdis. "Saya sampaikan mesej kepada semua orang Islam dan Arab di dunia ini, dan menyeru mereka untuk menjaga masjid Al Aqsa dan menghalang Israel dari merosakkan tempat yang mulia ini. Saya menyeru kepada semua pemimpin yang bermesyuarat di Doha untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan ini dengan bersungguh-sungguh, terutama sekali (permasalahan berkaitan) di Baitul Maqdis dan Gaza." [HP/Ma'an News Agency]

Israel Luluskan Penempatan Baru di Baitulmaqdis Timur

Majlis Bandaraya Jerusalem telah meluluskan satu lagi penempatan haram yang baru bagi membina 32 unit rumah-rumah Yahudi di kawasan Pisgat Ze'ev di Baitulmaqdis Timur. Keputusan telah dibuat pada hari Isnin 12 Julai, kurang seminggu selepas pertemuan antara Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu, dengan Presiden Amerika, Barrack Obama di Washington. Media Israel melaporkan bahawa undian untuk kelulusan tersebut sepatutnya dibuat pada minggu lalu, tetapi Netanyahu telah mengarahkan supaya ianya dibuat selepas pertemuan beliau dengan Obama. Keputusan ini membenarkan pendatang haram Israel membina rumah mereka dengan serta merta. Kebenaran ini hanyalah sebahagian kecil daripada perancangan sebenar mereka untuk membina 250 unit penempatan haram di perkampungan Hizma. Kelulusan untuk membina sebanyak 48 unit rumah lagi dijangkakan akan dibuat pada minggu hadapan. Pendudukan haram di Baitulmaqdis Timur dan kerja-kerja merampas secara paksa dan meroboh rumah milik rakyat Palestin di Baitulmaqdis, seterusnya menyerahkan tanah-tanah tersebut kepada pendatang Yahudi, merupakan satu tindakan yang kian memuncak, walaupun pihak antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Kesatuan Eropah terus mendakwa tindakan itu sebagai bertentangan dengan Undang-undang Antarabangsa dan Konvensyen Geneva Ke-4. Malahan tindakan mereka itu sebenarnya merupakan satu jenayah perang, kerana mana-mana kuasa yang menduduki atau menakluki sesebuah daerah tidak dibenarkan membawa masuk rakyat awam mereka, samada sebahagian atau sepenuhnya, ke daerah yang mereka duduki. Walaubagaimanapun, rejim Zionis mendakwa mereka mempunyai hak untuk membina penempatan baru di Baitulmaqdis Timur dan daerah-daerah lain yang mereka duduki di Tebing Barat. Mereka tetap enggan berbincang perkara-perkara yang menyentuh tentang meninggalkan penempatan yang dibina secara haram di daerah-daerah yang mereka duduki itu.  Dalam perkembangan berkaitan, Netanyahu bersama-sama puak pelampau yang menyokong beliau kini sedang mengusahakan sebuah kempen yang digelar "Kedamaian Ekonomi" dengan pihak pemerintah Palestin, dengan meletakkan ekonomi Palestin bergantung sepenuhnya di bawah kuasa rejim Zionis itu. (mn/IMEMC)

Jadikan hari Jumaat akan datang sebagai hari mempertahankan al Aqsa

KAHERAH - Berikutan perkembangan tegang yang sedang berlaku di Masjid al Aqsa, Sheikh Yusuf al Qaradawi menyeru kepada semua umat Islam dan bangsa Arab supaya menjadikan hari Jumaat terdekat ini sebagai hari mempertahankan al Aqsa dan menentang ancaman dan tindakan merbahaya pengganas Israel ke atas Masjid suci itu. Dalam satu sidang media yang diadakan di Kaherah, Sheikh Qaradawi memberi amaran bahawa ancaman bahaya Zionis ke atas Masjid al Aqsa kini sudah sampai ke tahap yang kritikal, yang harus dilawan dengan apa cara sekalipun. Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pelancongan Palestin, Muhamed al Agha, melaporkan Isnin lalu bahawa pelampau Yahudi dan askar-askar Zionis telah menaiki hingga ke bumbung sekolah dan rumah-rumah di sekitar Masjid al Aqsa dengan tujuan membuat serangan dan memaksa ratusan rakyat Palestin yang beri'tikaf di dalam Masjid itu keluar. Seramai 200 orang rakyat Palestin menempatkan diri mereka, beri'tikaf  di dalam masjid untuk mempertahankan al Aqsa daripada dinodai Yahudi. Menyentuh perkembangan terkini di Masjid al Aqsa, seorang ahli biro politik Hamas, Ezzat al Resheq berkata bahawa tindakan Zionis mengepung penduduk Palestin yang beri'tikaf di dalam Masjid tersebut merupakan satu jenayah baru yang bertujuan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja memusnahkan Masjid mulia itu dan mendirikan apa yang mereka dakwa sebagai sinagog ketiga Yahudi di atas runtuhan al Aqsa. Al Resheq memuji keberanian dan kesungguhan rakyat Palestin di Baitulmaqdis yang terus mempertahankan al Aqsa dan berhadapan dengan kekuatan tentera Zionis dengan tangan kosong mereka. Beliau mendesak dunia Arab dan Islam supaya membantu mempertahankan al Aqsa. Lewat petang semalam (Isnin 5 Oktober) telah berlaku beberapa lagi pertempuran di antara warga Palestin dan polis Zionis di dalam Masjid al Aqsa, setelah pasukan Zionis itu cuba memasuki Masjid untuk menangkap jamaah yang beri'tikaf sejak dua hari lalu. Menurut wartawan di tempat kejadian, polis Zionis memberi amaran menggunakan pembesar suara, memberi tempoh 15 saat kepada jamaah untuk menyerah diri, atau mereka memecah masuk secara paksa ke dalam Masjid Qibali, iaitu masjid utama al Aqsa. Dalam kenyataan mereka melalui radio tempatan, jamaah yang berada di dalam Masjid menegaskan bahawa mereka lebih memilih untuk mati syahid dalam rangkan membela Masjdi al Aqsa daripada menyerah kepada Zionis. Sehubungan dengan kenyataan itu, Zionis telah menggangu talian talipon di dalam Masjid bagi menghalang komunikasi jamaah dengan media. Israel terus meletakkan syarat bahawa hanya lelaki berumur lebih dari 50 tahun dan memiliki kad pengenalan Israel dibenarkan memasuki Masjid al Aqsa. Tidak ada sekatan dikenakan ke atas wanita. [mn/PIC/Ma'an]

Saya tak nampak anak-anak perempuan saya, hanya nampak timbunan batu

12Sekeping gambar membawa seribu satu makna, seribu satu rahsia di sebaliknya. Begitulah dengan sekeping gambar yang dipilih oleh Sekretariat HALUAN Palestin untuk dipaparkan dalam poster-poster ceramah isu Palestin. Setiap kali melihat gambar tersebut, tentu gemuruh darah dan begitu sedih hati saya. Rasa terpanggil untuk saya menjelaskan apa yang sebenarnya hendak diceritakan oleh gambar seorang ibu bersama anak lelakinya itu. Berikut adalah apa yang telah terjadi kepada keluarga Balousha tersebut. Rumah keluarga mereka kecil sahaja; tiga bilik, satu dapur yang kecil dan satu bilik air. Rumah itu dibina dengan batu konkrit tidak berkualiti, dibumbungi dengan atap asbestos yang beralun-alun di blok empat kem pelarian Jabalia di utara Gaza. Terdapat ratusan rumah sebegini, padat sehingga ke jalan-jalan yang sesak, dihuni oleh keluarga yang sangat miskin dan sentiasa terdedah kepada bahaya serangan. Apapun pandangan kita, inilah rumah yang menjadi tempat Anwar dan isterinya Samira membesarkan 9 anak mereka. Sudah ditentukan Allah, rumah tempat mereka berteduh selama ini menjadi sasaran serangan bom Israel pada malam Ahad 28 Disember lalu. Sebutir bom Israel melanda masjid Imad Aqil di kem pelarian tersebut waktu tengah-malam, memusnahkan bangunan masjid dan meruntuhkan kedai-kedai dan sebuah farmasi berdekatan.Kekuatan letupan tersebut amat dahsyat, hinggakan ia turut meruntuhkan rumah keluarga Balousha menjadi ranap sama sekali. 7 orang anak perempuan mereka tidur beramai-ramai di atas tilam dalam satu bilik dan merekalah yang paling teruk terkena letupan itu. 5 dari mereka terbunuh ketika tidur; Tahrir 17 tahun, Ikram 15 tahun, Samer 13 tahun, Dina 8 tahun dan Jawahar 4 tahun. Imam, 16 tahun, juga tidur bersama mereka. Tetapi dengan ketentuan Allah dia bernasib baik kerana terselamat walaupun tercedera di kedua belah kaki. Dia akhirnya dapat ditarik keluar dari runtuhan, dan dikejarkan ke hospital. "Saya sedang tidur. Saya tak dengar apa-apa letupan," kata Imam ketika duduk sambil menenangkan ibunya. "Saya hanya terbangun bila seketul batu terjatuh atas saya. Saya nampak semua adik-beradik di sekeliling saya, tapi saya tak dapat bergerak. Tidak ada siapa yang dapat lihat saya dari atas. Jiran-jiran dan pekerja ambulan juga tidak dapat lihat kami. Mereka berjalan di atas runtuhan atas kami. Saya mula menjerit, dan beritahu adik-adik saya, kita akan mati. Kami semua menjerit: 'Baba, Mama. Tolong kami.'" Kedua ibubapanya sedang tidur di bilik sebelah bersama dua orang adik, Muhammad 1 tahun dan Bara'a 12 hari. Bilik mereka musnah dan semuanya tercedera, tetapi mereka terselamat dan terus dibawa ke hospital, sebelum anak-anak yang lain ditemui. Imam akhirnya dapat mengenal suara pakciknya di antara ramai penyelamat di luar, dan beliau menjerit lagi meminta pertolongan. "Dia nampak saya dan mula memunggah batu-batu dan runtuhan yang menimpa saya," kata Imam. "Mereka mula menarik tangan saya, sedangkan kedua kaki saya masih tertindih batu." Ibu anak-anak malang itu, Samira, 36 tahun, melihat timbunan batu dalam bilik anak-anak perempuannya dan terlalu sedih, hingga timbul keyakinan bahawa semua anaknya dalam bilik itu telah mati. Seperti keluarga lain, dia sedang tidur ketika bom meledak. "Saya buka mata, dan lihat batu-batu di seluruh badan saya," katanya. "Muka saya ditutupi oleh batu-batu konkrit." Samira memeriksa kedua anaknya yang tidur bersama, dan kemudian meninjau bilik sebelah. "Saya tak dapat lihat seorang pun dari anak-anak yang saya sangat sayangi, saya cuma dapat lihat timbunan batu dan bahagian atap. Semua orang beritahu saya anak-anak saya masih hidup, tapi saya tahu mereka semua sudah tiada lagi." Kini Samira sudah keluar dari hospital dan pulang ke "rumahnya." Dia terduduk di atas sofa, dikelilingi beberapa orang wanita, di ruman jirannya, tidak mampu untuk bercakap, terdiam begitu lama dan masih terkejut dengan apa yang terjadi. "Semoga tentera Palestin akan bertindak dan membalas dendam dengan melakukan operasi serangan ke atas Israel. Saya berdoa supaya Allah membalas perbuatan mereka," katanya lagi. Suaminya Anwar, 40 tahun, duduk di sebuah lagi rumah jiran di mana sebuah khemah berkabung didirikan. Dia kelihatan pucat dan masih merasa sakit akibat kecederaan serius di kepala, bahu dan tangan. Tapi, seperti ramai pesakit lain di Gaza, dia terpaksa keluar dari hospital untuk memberi laluan kepada mereka yang sakit lebih teruk lagi. "Kami hanyalah orang awam. Saya bukan dari mana-mana pihak, saya tidak sokong Fatah atau Hamas, saya hanyalah seorang rakyat Palestin. Mereka menghukum kami semua, orang awam dan tentera. Apa salah kami orang awam?" Seperti lelaki lain di Gaza, Anwar tidak mempunyai pekerjaan, dan seperti orang lain di kem tersebut, dia hanya bergantung kepada bantuan makanan untuk hidup. "Kalaulah yang mati itu adalah orang Israel, kamu akan lihat seluruh dunia mengutuk dan bertindak. Tapi kenapa tidak ada siapa yang mengutuk serangan ini? Apakah kami bukan manusia?" katanya lagi. "Kami hidup di atas tanah milik kami, kami tidak merampas dari Israel. Kami berjuang untuk hak kami. Satu hari kami akan dapatkan (tanah kami) semula." Itulah kisah yang tersirat di sebalik sekeping gambar yang sengaja kami paparkan untuk anda. Diharapkan kisah sedih mereka ini akan kekal di ingatan anda, supaya perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada kezaliman Israel akan berkekalan hinggalah ke generasi yang akan datang. Berdoalah supaya Allah menyelamatkan mereka dari kebinatangan Israel, dan dapat dilahirkan ramai pejuang-pejuang dari bangsa Palestin yang akan membebaskan Masjid Al-Aqsa dari cengkaman bangsa yang dilaknat Allah - Zionis Israel. Jangan lagi kita duduk berdiam dengan segala kemewahan yang kita ada. Sumbangkanlah sedikit dari kemewahan kita untuk mereka, sedangkan mereka juga adalah keluarga kita sesama manusia, dan saudara kita di dalam Islam. Betafakurlah sejenak, bayangkan sekiranya nasib seperti keluarga Balousha ini menimpa kita sendiri. Apa agaknya yang akan kita buat? Saya yakin, kita tidak akan sekali-kali terduduk diam. Oleh itu, sama-samalah kita membantu mereka tanpa berbelah bagi mahupun bertangguh. [caption id="attachment_1791" align="aligncenter" width="364" caption="Samira mendukung anaknya yang terselamat, Mohamad sambil menangis melihat mayat anaknya Jawahar semasa upacara pengkebumian"]Samira mendukung anaknya yang terselamat, Mohamad sambil menangis melihat mayat anaknya Jawahar semasa upacara pengkebumian[/caption]   [caption id="attachment_1792" align="aligncenter" width="574" caption="Anwar Balousha, bapa kepada 5 beradik yang terbunuh, meratap sambil mendukung anaknya yang tercedera"]Anwar Balousha, bapa kepada 5 beradik yang terbunuh, meratap sambil mendukung anaknya yang tercedera[/caption]   [caption id="attachment_1793" align="aligncenter" width="370" caption="Mayat Dina Balousha diangkat untuk pengkebumian"]Mayat Dina Balousha diangkat untuk pengkebumian[/caption]   [caption id="attachment_1794" align="aligncenter" width="574" caption="Seorang dari saudara mereka mengangkat mayat Dina Balousha untuk pengkebumian"]Seorang dari saudara mereka mengangkat mayat Dina Balousha untuk pengkebumian[/caption]   [caption id="attachment_1795" align="aligncenter" width="617" caption="Mayat 5 beradik mangsa serangan bom Israel diusung"]Mayat 5 beradik mangsa serangan bom Israel diusung[/caption]

Semoga Allah membalas mereka yang melakukan semua ini!

Rami Almeghari menulis dari Genting Gaza pada 26 Januari 2009. [caption id="attachment_1754" align="aligncenter" width="290" caption="Sekolah Khalil al-Nubani di Bandar Gaza, dimusnahkan Israel pada 27 Disember 2008."]Sekolah Khalil al-Nubani di Bandar Gaza, dimusnahkan Israel pada 27 Disember 2008.[/caption] Samira Qishta, ibu kepada 12 orang anak, berkejar ke rumahnya di kawasan projek perumahan al-Brazil di bandar Rafah sejurus selepas tentera Israel mengisytiharkan pemberhentian serangan ke atas kawasan persisiran pantai pada 18 Januari. "Ya Allah, apa yang telah berlaku? gempabumi? Saya tak dapat percaya apa yang saya lihat!" Inilah reaksi Samira apabila dia melihat rumahnya yang musnah. Serangan selama tiga minggu Israel ke atas Gaza kini berakhir, namun kesannya mungkin akan terus dirasa hingga bertahun-tahun akan datang. Terdapat ribuan keluarga yang bersedih, ribuan rumah yang diranapkan dan sebahagian besar prasarana dimusnahkan. Skala kemusnahan akibat serangan tanpa henti boleh dilihat di bandar Rafah, di sempadan Gaza-Mesir. Ketika memeriksa runtuhan yang sebelum ini adalah merupakan rumah keluarganya, Samira berteriak, "Semoga Allah membalas ke atas Arab dan Israel angakara apa yang mereka lakukan kepada rumah saya." "Kami tidak ada kena-mengena dengan terowong-terowong bawah tanah, sebagaimana yang boleh anda lihat, rumah kami terletak lebih dari 300 meter dari Philadelphi Route [nama yang diberikan Israel kepada zone persempadanan]," kata Samira sambil memeriksa sofa yang diseliputi serpihan-serpihan dan tingkap-tingkap pecah di ruang tamu. Oleh kerana sekatan ketat selama dua tahun yang dikenakan Israeli dan Mesir ke atas Gaza, rakyat Palestin terpaksa menggali terowong ke Mesir untuk membawa masuk bekalan keperluan. Israel mendakwa terowong ini digunakan untuk membawa senjata dan mengebom dengan dahsyat kawasan padat tersebut untuk meruntuhkan terowong. Jiran Samira, Faten al-Shaer, ibu kepada 6 orang anak, terduduk di depan rumahnya yang rosak teruk dan tidak lagi boleh dihuni. "Sebelum perang bermula, kami lihat banyak barangan keperluan dibawa dari kawasan sempadan," kata Faten, "Kami lihat ada makanan, pakaian dan keperluan asas lain. Kami tidak pernah lihat senjata." "Kami tinggal di rumah ini sejak lebih dari 40 tahun, sejak abang saya berumur 3 tahun. Dan kamu lihat sekarang, bukan saja rumah kami yang ranap, sejarah kami juga dimusnahkan. Apa yang nak saya katakan? Semoga Allah membalas ke atas semua mereka yang melakukan semua ini kepada kami." "Semoga Allah membalas ke atas mereka yang melakukan semua ini kepada kami!' -- kata-kata yang sama dapat didengari di seluruh Genting Gaza. Di kawasan kejiranan persempadanan al-Foukhari di Khan Younis, satu lagi "gempabumi" berlaku. Hassan el-Semari bercakap dengan penuh kemarahan atas kemusnahan yang dilakukan oleh kereta-kereta kebal Israel di kawasan tersebut. "Rumah saya tidak ada lagi! Rumah saya tidak ada lagi! Dinding-dinding hampir keseluruhannya diruntuhkan! 20 haiwan ternakan saya terbunuh dan kebun saya habis dimusnahkan. Semoga Allah membalas ke atas semua mereka yang bertanggunjawab!" Di kejiranan al-Zeitoun ke arah timur bandar Gaza di utara genting, di mana serangan Israel adalah lebih dahsyat, ramai daripada penduduk dipaksa meninggalkan rumah mereka, dan bila mereka kembali, mereka sangat terkejut dengan betapa meluasnya kemusnahan. Rafiq Dalloul telah dipaksa lari bersama 80 orang ahli keluarganya ke sebuah rumah keluarganya yang lain, jauh dari serangan Israel. Bila dia pulang semula ke kawasan rumahnya, dia hanya dapat mengungkapkan, "Semoga Allah membalas ke atas semua yang terlibat." "Ketika kami sedang berlindung di sebuah rumah yang agak jauh, 3 buah kereta kenal Israel menembak rumah tersebut. Apa yang kami lihat sepanjang serangan Israel ke atas Gaza adalah sesuatu yang paling dahsyat sepanjang lebih 40 tahun," kata beliau. Anggaran awal kerosakan akibat serangan Israel ke atas Gaza yang bermula 27 Disember lalu adalah sekitar USD 2.5 bilion. Lebih dari 1,300 rakyat Palestin dibunuh, sekurang-kurangnya satu pertiga dari mereka adalah kanak-kanak, dan lebih dari 5,300 orang lain terdecera. Israel mendakwa serangan mereka adalah untuk menghentikan serangan roket Hamas, sedangkan tidak ada roket yang dilancarkan hinggalah bila Israel mencabuli perjanjian yang dipersetujui dengan menyerang Genting Gaza dan membunuh 6 rakyat Palestin pada 4 November, mengakhiri tempoh aman selama 4 bulan. Pegawai-pegawai Israel dan Hamas bersedia untuk perbincangan semula yang di usahakan oleh Mesir untuk perjanjian yang lebih panjang dan pembukaan semula pintu masuk di sempadan. Begitu banyak penderitaan dapat dielakkan sekiranya Israel tidak melancarkan serangan ke atas seluruh penduduk Gaza. Rami Almeghari adalah penyumbang kepada The Electronic intifada, IMEMC.org dan Free Speech Radio News dan seorang pensyarah sambilan media dan penterjemah politik di Universiti Islam Gaza. Rami juga seorang bekas penterjemah kanan Bahasa Inggeris dan ketua editor Pusat Berita Antarabangsa di Palestinian Information Service, Gaza. Dia dapat dihubungi di rami_almeghari AT hotmail DOT com.