1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Bangsa Yahudi semakin pupus

*Artikel ini ditulis pada Ogos 2007 KETIKA dunia terus menyaksikan sandiwara Israel yang tidak berkesudahan bagi menjejaskan proses damai di bumi Palestin, ada satu lagi isu yang memeningkan Perdana Menteri Ehud Olmert dan pemimpin kumpulan pelobi utama Yahudi di negara lain. Ia tiada kaitan dengan nasib penduduk Palestin yang terus dianiayai atau taktik terbaru memperkotak katikkan pemimpin tertentu Palestin dan Arab yang terus menjadi buah catur permainan licik rejim Zionis. Sebaliknya, ia menyentuh isu lebih penting iaitu kelangsungan bangsa Yahudi, kewujudan Israel sebagai negara mutlak penganut Yahudi dan persepsi bangsa itu di mata dunia. Masalah itu ibarat barah yang melenyapkan kelangsungan bangsa yang biarpun nampak hebat, tetapi goyah dari segi bilangan penduduknya. Biarpun kelihatan kuat, hakikatnya, Israel terpaksa bergantung harap kepada simpati dunia menerusi peristiwa Holocaust dan bantuan Amerika Syarikat. Kahwin campur punca Yahudi pupus Kemelut utamanya adalah masalah kurangnya zuriat bagi meneruskan keturunan Yahudi ini, seperti dipaparkan kajian kumpulan pelobi utama Yahudi, The Jewish Agency menerusi Institut Perancangan Dasar dan Penduduk Yahudi yang diketuai tokoh akademik, Profesor Yechezkel Dror. Kajian institut berpejabat di Baitulmaqdis yang menyentuh keadaan semasa dan masa depan Yahudi, antara lain mendedahkan bilangan penduduk Yahudi di seluruh dunia kini susut 25 peratus sejak 1970. Ia disebabkan kadar kelahiran rakyatnya yang rendah dan peningkatan perkahwinan campur, di dalam dan luar Israel. Statistik 2006 menunjukkan penduduk Yahudi mencecah 13 juta. Pada 1939, ada 17 juta penduduk Yahudi di dunia dan ia makin berkurangan sejak 40 tahun lalu. Jika keadaan berterusan, masyarakat Yahudi mungkin terus berkurangan atau semakin pupus pada 2080. Israel mahu menjadi negara mutlak Yahudi dunia seawal 2020 dan menempatkan bilangan penduduk Yahudi paling ramai di dunia menjelang 2050, sama ada menerusi kelahiran baru atau pun penghijrahan penganut Yahudi dari luar. Namun, berdasarkan perkembangan semasa, harapan Israel mungkin sukar dicapai. Negara yang hebat dalam ketenteraan, perubatan, kewangan, perdagangan, taktik politik, pelobi, licik dan pembunuh anak Palestin dan Lubnan, kini ketandusan bayi atau zuriat bagi meneruskan kelangsungan bangsa Yahudi. Lebih sukar, ia turut berdepan krisis identiti diri. Ada penganut Yahudi malu mendedahkan identiti sebenar kerana bimbang menjadi sasaran bukan saja daripada masyarakat Islam, tetapi masyarakat lain yang memandang sinis kepada Yahudi. Kaum Yahudi digambarkan sebagai kaki ampu, memonopoli kuasa ekonomi dunia dan tidak setia, seperti dibuktikan hasil tinjauan terbaru di enam negara Eropah, yang diumumkan Selasa lalu. Kesetiaan orang Yahudi diragui Separuh responden dalam kajian di Austria, Belgium, Britain, Hungary, Belanda dan Switzerland secara terang-terang meragui kesetiaan penduduk Yahudi yang dilihat lebih setia kepada Israel berbanding negara tumpangan mereka. Tinjauan kumpulan pelobi Yahudi Anti-Defamation League (ADL) juga menunjukkan 34.5 peratus yakin Yahudi menguasai sektor kewangan dan perniagaan dunia. Tidak cukup dengan itu, 43 peratus lain berpendapat bangsa Yahudi terlalu banyak bercakap mengenai peristiwa Holocaust yang didakwa pembunuhan berjuta-juta Yahudi oleh Nazi ketika Perang Dunia Kedua. Kajian itu menunjukkan peningkatan sikap antiSemitik yang lebih ketara, berbanding tinjauan sebelumnya pada 2005 dan Hungary adalah negara paling tinggi memaparkan sikap antiSemitik berbanding negara Eropah yang lain. "Kami bimbang apabila mendapati peratusan besar responden dan majoriti di Austria, Hungary dan Switzerland yang yakin penduduk Yahudi Amerika Syarikat mengawal dasar Washington ke atas Asia Barat,&rdquo". kata Pengarah ADL Abraham Foxman. Beliau menyifatkan perkembangan itu amat membimbangkan kerana masih ramai rakyat Eropah meragui penduduk Yahudi, sedangkan ia sepatutnya sudah terkubur selepas kejatuhan pengaruh komunis. Hakikatnya, biarpun rakyat Hungary paling syak wasangka terhadap bangsa Yahudi dan Israel, Britain – sekutu AS yang juga rakan baik Israel, terbukti lebih lantang. Bayangkan dalam masa tidak sampai setahun saja, tokoh akademik, wartawan, arkitek, doktor dan terbaru pekerja pengangkutannya menerusi kesatuan masing-masing yang mencecah hampir sejuta anggota, melancarkan usaha memboikot Israel atas kekejaman rejim Zionis itu terhadap penduduk Palestin. Wang imbuhan berpindah ke Israel Ia bermula April lalu apabila Kesatuan Wartawan Kebangsaan Britain, menyokong usaha pemulauan barang Israel. Sebulan berikutnya, Kesatuan Arkitek dan Perancang Britain menyelar rakan profesional mereka di Israel kerana menyertai projek pembinaan negara Yahudi di wilayah Palestin yang dicerobohi. Kesatuan Universiti dan Kolej (UCU) yang juga persatuan terbesar pensyarah institusi pendidik Britain, pula menyokong tindakan kesatuan sekerja Palestin memulaukan ahli akademik dan pusat pengajian tinggi Israel. Terbaru, Kesatuan Pekerja Pengangkutan yang juga antara yang terbesar di negara Barat itu, memboikot semua produk Israel. Perkembangan itu sudah pasti diberi tumpuan pentadbiran Olmert dan sekutunya, Presiden George W Bush. Di Iran, masyarakat Yahudi menolak tawaran wang tunai sehingga £30,000 (RM210,000) bagi setiap keluarga untuk berpindah ke Israel, seperti didedahkan akhbar Guardian, Rabu lalu. Siapa sangka di sebalik kehebatan Israel, ada hakikat suram sedang membelenggu mereka. Hakikat ibarat barah yang mengancam kelangsungan bangsa Yahudi dalam bentuk kekurangan zuriat serta pengaruhnya yang makin suram pada peringkat antarabangsa. Apa guna kuasa, wang, pengaruh dan kehebatan tentera jika pada kesudahannya Israel dan bangsa Yahudi makin pupus. Oleh Nurul Adlina Kamaludin, Sumber: Harian Metro

Warga Palestin Bina Rumah dengan Tanah

tanah_300_0"Mungkin usaha penjajah Israel berhasil melakukan sekatan dan melarang masuknya bahan-bahan mentah dan utama ke Jalur Gaza. Namun Israel tidak akan berhasil memaksa kami melepaskan hak-hak kami atau melumpuhkan kekuatan kami dalam menghadapi sekatan ini." Kalimat itulah barangkali yang mewakili ungkapan perasaan majoriti penduduk Palestin di Jalur Gaza. Selepas dahsyatnya  perkampungan dan rumah-rumah mereka di bedil Israel, hari ini mereka kembali menggunakan cara-cara hidup nenek moyang mereka terdahulu dengan menggunakan tanah untuk membangunkan rumah untuk berlindung, setelah harapan mereka semakin jauh dalam merealisasikan sesegera mungkin janji-janji pembinaan semula kediaman mereka yang musnah. Di Rafah misalnya, tidak jauh dari rumah yang dihancurkan dalam salah satu serangan ganas Zionis Israel, pemiliknya seorang warga bernama Mahmud Abul Abd (45), mencetak tanah dari bekas rumah yang dihancurkan Israel, untuk mendirikan bangunan sementara sebagai langkah mengatasi derita tanpa rumah sejak rumahnya dihancurkan dalam serangan jahat Israel yang lalu. Dengan tekad yang tinggi, Abul Abd dan orang-orang kampungnya saling bekerja menyiapkan cetakan-cetakan tanah berbentuk segi empat. Cetakan-tetakan itu kemudian disusun meninggi membentuk rumah yang akal menjadi tempat bernaung keluarga selama ini hidup dari rumah ke rumah lain. Kepada koresponden InfoPalestin, Abul Abd mengatakan dirinya sudah lama menunggu masuknya bahan-bahan bangunan tiba, namun dia merasakan apa yang didendangkan tentang perancangan pembinaan semula Jalur Gaza tidak lain hanyalah janji-janji yang tidak diketahui oleh siapapun bila ia akan menjadi kesampaian. Maka kerana itulah dia dan yang lainnya berfikir untuk membut rumah dari tanah. Penggunaan tanah dalam membangun rumah-rumah kecil, yang dikenal dengan nama "al Bakiyah", kini tumbuh bagai cendawan di Jalur Gaza setelah puluhan tahun yang lalu sebelum berhenti penggunaannya setelah warga palestin mula menggunakan batu dan simen sebagai bahan bangunan. Abul Abd mengatakan bahawa datuknya hidup di rumah tanah. Ayahnya lahir di rumah tanah. Hal itulah yang mendorongnya untuk menghidupkan kembali idea membangun rumah dengan tanah. Melempar Dua Burung dengan Satu Batu Menurut Amir Syahin, salah seorang pekerja bangunan, membangunkan rumah tanah sederhana memerlukan dana sekitar 3 ribu dolar. Pembangunan ini memerlukan jenis-jenis tanah tertentu yang dicampur dengan bahan perekat tertentu agar dapat dibentuk dan dicetak. Setelah itu dibiarkan selama beberapa hari sehingga kering sebelum digunakan untuk pembinaan. Sambil tersenyum dia mengatakan, "Tanah yang digunakan adalah tanah liat yang berada di bahagian dalam bumi padang pasir yang diperolehi dari penggalian terowong. Inilah yang disebut melempar dua burung dengan satu batu. Pertama kami menggali terowong untuk membina laluan bawah tanah akibat sekatan yang dilakukan oleh Yahudi Zionis, kemudian tanahnya digunakan untuk membina rumah kami kembali yang musnah." Selama serangan dasyat terakhir oleh Zionis Yahudi ke Jalur Gaza, Israel telah menghancurkan tidak kurang dari 20 ribu rumah penduduk keseluruhannya. Serangan yang berlangsung selama 22 hari yang dimulai pada 27 Disember 2008 itu terjadi di tengah-tengah krisis bahan bangunan yang terjadi di Jalur Gaza sejak 2 tahun setengah akibat larangan kemasukan bahan-bahan pembinaan bangunan ke Jalur Gaza oleh Zionis Israel, terutama simen dan besi dengan dalih kononnya bahan-bahan tersebut akan digunakan oleh para pejuang pembebasan Palestin untuk membina tempat persembunyian di bawah tanah. (seto)

Seruan Dari Masjid Al-Aqsa; Al-Quds Menyeru Kalian

Dengan nama Allah, segala puji hanya milik Allah, shalawat dan salam atas Rasulullah saw Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha mengetahui". (Al-Isra:1)

Bumi yang berkah ini, yang di dalamnya terdapat kota Al-Quds, saat ini memanggil dan menyeru seluruh umat Islam, bahkan kepada orang yang merasa dirinya memiliki kemerdekaan dan kemuliaan serta jati diri, untuk merenungkan dalam dirinya dan dengan orang lain, dan bertanya pada dirinya: Apa yang telah saya lakukan untuk menyelamatkan Al-Quds dan Palestin?! Masjid Al-Aqsa yang telah dianugerahkan keberkahan.. sebagai qiblat pertama, dan ketiga dari 3 tempat yang disucikan... memanggil setiap umat Islam; untuk merenungkan dalam dirinya dengan renungan yang mendalam dan bertanya-tanya: Apa yang telah saya persembahkan untuk membebaskan Al-Aqsa dari tawanan, bahkan apa yang telah saya lakukan untuk menyelamatkannya dari berbagai usaha konspirasi dan perancangan jahat untuk menghancurkan batu asasnya; sebagai langkah awal untuk meruntuhkannya secara keseluruhan dan membangun haekal palsu di atas keruntuhan masjid tersebut?! Sesungguhnya kewajiban pertama setiap muslim adalah memahami permasalahan ini dengan baik...permasalahan masjid Al-Aqsa dan Al-Quds, untuk menilai sejarah kota yang disucikan tersebut.. sebagai kota perdamaian. Sesungguhnya Al-Quds bukan kali pertama berhadapan dengan penjajah atau berhadapan dengan penistaan dan sekatan, adapun sejarah yang masyhur dan banyak diketahui oleh seluruh umat di dunia ini, bahawa berdirinya bangunan asing (Salib) di Pantai Laut Tengah yang terbentang dari Turki hingga Palestin, dan hal tersebut terus berlanjutan selama 200 tahun; hingga akhirnya mampu direbut kembali oleh seorang muslim kurdi yang bernama Solahuddin Al-Ayyubi untuk memerdekakannya, kemudian berhasil memasuki masjid dengan penuh ketundukan dan kekhusyukan kepada Allah pada tanggal 27 Rajab tahun 582 H. Pada saat itu para Salibis telah berhasil menguasai dan menjajah Palestin dan Al-Quds (tahun 493 H/1099 M), setelah mereka menumpahkan darah umat Islam, membunuh warga Al-Quds sejumlah 70 ribu jiwa, sebabnya -sekalipun pada saat itu umat Islam memiliki kelebihan dan kemajuan dalam peradaban dan ilmu pengetahuan - kerana adanya  perpecahan dan pertikaian politik serta perang dalaman. Namun akhirnya, Solahuddin Al-Ayyubi berhasil mengangkat kembali bendera jihad, dan menyatukan negeri Syam dan Mesir di bawah kepemimpinannya, setelah berhasil mengakhiri pemerintahan daulah Fathimiyah yang pada saat itu telah  bekerjasama melakukan konspirasi dengan pasukan Salibis di pantai laut tengah, dan terjadinya beberapa perang dan pertarungan, seperti perang "Hathin" pada tanggal 24 Rabiul Akhir/ 4 Julai tahun 1187, sebagai perang penentuan dan berhasil menghancurkan keberadaan Salibis sekaligus merebut kembali  Baitul Maqdis setelah berada dalam genggaman Salibis selama 88 tahun. Namun setelah mangkatnnya Solahuddin dan kerana terjadinya pertikaian dalaman yang terjadi di dalam negara Al-Ayyubiyah, para Salibis kembali menguasai Al-Quds antara tahun 626-646 H; sehingga situasi umat Islam kembali tidak stabil, dan Islam kembali terancam dengan adanya penistaan yang dilakukan oleh Lord El-lovny dengan kekuatannya, dan kemudian Inggeris menjajah Palestin pada tahun 1917, dan Lord tersebut mengungkapkan sindirannya yang terkenal dihadapan makam Solahuddin di Damaskus: "Inilah Kami kembali wahai Solahuddin". Sesungguhnta pemerintahan Islam telah berjalan selama 1200 tahun sejak di taklukkan pada tahun 13 H atau tanggal 30 Julai tahun 634 M hingga tahun 1917 M. Namun pada hari ini Al-Quds kembali menghadapi ancaman Yahudisasi; yang bertujuan merubah simbol-simbol yang ada di dalamnya, mengusir penduduk asli Arab, muslim dan non muslim; ditambah dengan usaha menjajah dan mengukuhkannya sebagai ibu kota berentiti apartheid dan perampas bumi Palestin. Begitu juga kekuatan besar negara sekutunya yang melakukan konspirasi untuk melaksanakan rencana tersebut; baik dengan dukungan kebendaan, kewangan dan politik sepenuhnya seperti Amerika, atau dengan aksi mendiamkan diri seperti Eropah dan Rusia, atau dengan melemahkan diri atau menampakkan kelemahan seperti negara-negara Arab dan pemerintahan Islam. Jika kekuatan antarabangsa termasuk menjadi alasan sejarah, agama atau politik palsu, atau kerana memiliki kepentingan strategik dan perekonomian; maka Arab dan Umat Islam serta Nasrani Timur tidak wajib untuk menyalahkan mereka seperti alasan-alasan tersebut, kerana tidak akan memberikan kemaslahatan sedikitpun, dan mereka secara tegas pada hakikatnya bertanggung jawab secara penuh akan kelemahan dan ketidakmampuan mereka. Konspirasi sangatlah jelas, dan kehancuran politik, ekonomi dan tsaqafah telah bermaharajalela, sementara secara umum tidak memberikan kebaikan sedikitpun untuk mereka yang berjalan sambil menutup mata di belakang para pemimpin dan penguasa yang mengimport model-model kehancuran dengan strategi atau politik yang gagal; sehingga mengarah pada keadaan berkuasanya penjajahan Zionis secara nyata. Sesungguhnya komuniti dari seluruh bangsa Arab dan umat Islam harus memulai untuk mengembalikan kemerdekaan dan kehormatan (jati diri) mereka kembali, memaksa pemerintah dan dunia untuk mendengar dan menyemak suara mereka... suara kebenaran. Bahawasanya pemerintah atau penguasa yang memecah belah umat secara kelompok atau negara-negara kecil, sementara mereka adalah pejabat politik yang bekerja untuk menambah perpecahan umat dan negara-negara kecil menjadi daerah-daerah yang mengecil, sukuisme, rasisme dan mazhabisme; sebagai salah satu dan satu-satunya sarana untuk mengukuhkan kekuatan iaitu kekuatan Zionis.. mereka seluruhnya harus menyuarakan suara umat dan membela bangsa dan rakyat mereka. Bahawasanya kesatuan bangsa Arab dan kesatuan umat Islam serta keteguhan simpul-simpul negara pada setiap negara dan negeri... merupakan pendahuluan dan persediaan untuk mengembalikan Al-Quds kembali, bersikap melawan serangan Zionis atas Al-Quds dari usaha mereka melakukan yahudisasi dan menghancurkan masjid Al-Aqsa yang penuh berkah. Sesungguhnya jati diri dan karisma bangsa Arab dengan risalah Islamnya yang agung, memiliki tugas dan kewajiban untuk menyeru kepada Al-Qur'an Al-karim, dan semangat yang tinggi untuk bangkit dengan masyarakatnya, membangunkan jiwa dan meng-ilaj -mengubati- penyakit ruhnya sebelum mengubati penyakit badan; sebagai jalan terbaik untuk memahamkan bangsa Arab dan umat Islam dari peta antarabangsa sesuai dengan firman Allah:

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, Padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman". (Ali Imran:139)

Para menteri luar negeri dari enam negara Arab telah berkumpul sejak beberapa hari yang lalu di Amman, ibu kota Jordana untuk mengatur agenda kunjungan raja Abdullah II ke Washington sebagai pemimpin negara Arab pertama yang menemui Obama di masa pemerintahan barunya... Apa yang dihasilkan dari pertemuan mereka tersebut? Mereka tetap berpegang teguh dengan agenda perdamaian Arab yang selalu ditolak oleh musuh Zionis! Seperti Sharon yang menolak inisiatif raja pemerintah Arab Saudi Abdullah, yang telah ditetapkan oleh para pemimpin Arab dalam pertemuan puncak di Beirut tahun 2002, dan datang untuk mendukung parang atas teroris setelah peristiwa September dan teroris Amerika di setiap negara secara keseluruhan, dan kepada negara Saudi itu sendiri; setelah diarahkannya tuduhan kepada 4 orang sebagai dalang aksi teroris pada peristiwa September, sekalipun mereka tidak memiliki bukti yang jelas atas tuduhan tersebut dan tidak didukung oleh mahkamah secara adil, dan tidak ada kejelasan akan pandangan yang sebenarnya terhadap peristiwa September tersebut! Bahkan Sharon melakukan 14 kajiansemula atau perubahan terhadap inisiatif tersebut dari isi yang sebenarnya dan dijadikan sebagai syarat untuk diterimanya inisiatif perdamaian, dan tentunya Amerika menyetujui akan syarat-syarat tersebut, kemudian diumumkan oleh mantan presiden Amerika -yang tidak mahu merubah tambahan yang dibuat- untuk mengesahkan negara Yahudi Zionis; dan berarti mengusir warga Palestin dan sejarahnya dari penduduk dan warga Asli negara tersebut. Bersamaan dengan itu semua, Arab masih saja dan tetap berpegang teguh dengan inisiatif mereka yang telah hilang dan memungkinkan utuk diterapkan. Kenapa demikian? Kerana para pemimpin Arab tidak memiliki alternatif lain atau tidak mampu menghadapi beban dari berbagai hambatan konspirasi atas Palestin, Al-Quds dan Pasukan perlawanan. Perang melawan teroris telah berakhir, sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Luar negeri Amerika, sekalipun demikian perang melawan pasukan perlawanan yang berani menentang musuh Zionis dengan nama perlawanan teroris di negeri Arab, dan tuduhan-tuduhan tersebut akhirnya terus melekat terhadap faksi-faksi perlawanan; bahawa pasukan tersebut mengancam stabiliti negara, atau stabiliti bangsa Arab dengan berintegrasi kepada negara Islam non Arab; sehingga menyuburkan api perang dalaman, dan membuat Zionis gembira dan merasa senang, dan bahkan Zionis terus mengobarkan api fitnah melalui minyak; dengan bentuk fitnah (Arab Persia), (Sunniyah Syiah), (Islam Nasrani), (Arab Afrika), yang merupakan jalan satu-satunya untuk mengobarkan api perpecahan dan pertikaian agama, suku, mazhab dan ras. Demikianlah apa yang dilakukan oleh para pemimpin Arab... dan kerana itu pula mungkin sulit untuk mengerahkan juhud (perjuangan) mereka demi menyelamatkan Al-Quds atau membebaskan Palestin selama kehendak dan jati diri mereka belum terbebas dari kekuasaan Amerika, Eropah dan Zionis, dan selama bangsa Arab dan umat ini belum mampu menikmati kebebasan hakiki untuk memilih pemerintahan yang terbebas dan tidak tunduk pada kekuatan dan kekuasaan asing. Wahai bangsa Arab... Wahai Umat Islam... Sesungguhnya Al-Quds menyeru kalian dan masjid Al-Aqsa memanggil kalian... Sesungguhnya penduduk Al-Quds meminta kalian -wahai umat Islam yang memiliki kekuatan dan kemampuan- untuk mendukung mereka... Kenapa kalian tidak bersegera mempertahankan kesucian  Islam dengan memberikan bantuan dan dukungan kepada warga Al-Quds di hadapan penjajahan dan konspirasi penghancuran rumah-rumah mereka dan usaha pengusiran dari tempat tinggal mereka?! Kenapa kalian tidak berusaha membuat tabungan dana berupa bantuan harta selain dari tabungan yang rasmi; untuk mendukung pembangunan dan pemakmuran masjid Al-Aqsa yang mulia?! Kenapa - wahai Arab dan umat Islam- tidak memboikot para pengusaha yang lemah azimah mereka dan sedikit kekuatannya di hadapan sihir harta Zionis, Amerika dan Barat sehingga mereka bersekongkol dengan musuh Zionis hanya untuk kemaslahatan peribadi yang sempit daripada mementingkan kemaslahatan umat yang paling mulia?! Adapun Anda wahai al-Akh yang tercinta... Hakikatnya, Anda memiliki kewajiban yang besar dihadapan situasi seperti ini, intinya adalah: 1. Meningkatkan kembali himmah di hadapan para penguasa dan orang-orang yang lemah untuk dapat mengubah jiwa Anda dan jiwa-jiwa yang ada di sekeliling Anda sehingga Allah mengubah situasi dan lingkungan, ingatlah akan firman Allah:

"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri". (Ar-Ra'd:11)

2. Kuatkanlah hubungan Anda kepada Allah dengan ikatan iman yang kuat dan  kukuh, bersandar pada kekuatan-Nya sehingga dapat menghilangkan kelemahan Anda, dan dari keperkasaan dan kemuliaan-Nya sehingga dapat menghilangkan kehinaan Anda, dari kekayaan-Nya sehingga dapat merubah situasi miskin Anda, dan dari kehendak-Nya sehingga dapat memperkukuh azimah dan mengalahkan segala kelemahan dan kekerdilan Anda. 3. Memperhatikan keadaan dan permasalahan yang sedang terjadi dan dihadapi oleh Palestin, mengikuti berita akan  perkembangan Al-Quds dan Al-Aqsa dari pelbagai sisi; sejarah dan latarbelakang, politik dan ekonomi, geografi dan demografi, perlawanan dan strategi; sehingga dapat memiliki kemampuan untuk memindahkan kesedaran tentang Al-Quds kepada orang yang ada di sekitar Anda, dan menjawab segala pertanyaan serta menghilangkan pelbagai syubhat. 4. Mendukung dan menyokong jihad bangsa Palestin dan keteguhan faksi-faksi perjuangan dan perlawanan dengan berbagai bentuk dukungan dan bantuan, dan terus menerus melakukan itu semua, serta mewariskannya kepada semua orang setelah Anda dan orang yang ada di sekitar Anda, kerana permasalahan ini telah berjalan selama 100 tahun, Al-Aqsa dan Al-Quds telah berada dalam tawanan selama 43 tahun, dan tidak akan ada yang mampu membebaskannya kecuali Anda wahai pembaca yang mulia...

Dari Abu Umamah berkata: Rasulullah saw bersabda: satu kelompok dari umatku akan terus berada dalam agama, tegas dihadapan musuh dan tidak gentar terhadap orang memusuhi mereka kecuali apa yang menimpa mereka dari liawa'; sehingga datang keputusan Allah (ajal) sementara mereka dalam keadaan seperti itu", mereka berkata: "Wahai Rasulullah dimanakah mereka berada: "Rasulullah menjawab: "Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis".

Dari Abu Darda berkata: Rasulullah saw bersabda: "Penduduk Syam, isteri-isteri mereka, keluarga dan hamba-hamba mereka, serta orang yang berada dalam perlindungan mereka hingga ujung jazirah yang tetap berpegang teguh, maka barangsiapa yang turun ke suatu kota dari negeri Syam dalam keadaan terjaga, atau berada pada salah satu benteng maka termasuk seorang mujahid".

Risalah dari Muhammad Mahdi Akif, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin, 16-04-2009

PICCR: 68 ibu lahirkan anak, 34 bayi dan 4 ibu meninggal dunia di tempat sekatan

[caption id="attachment_2499" align="alignleft" width="298" caption="Tentera Israel memeriksa sebuah ambulan Palestin"]Tentera Israel memeriksa sebuah ambulan Palestin[/caption] The Palestinian Independent Commission for Citizens Rights (PICCR) melaporkan bahawa tentera pengganas Israel yang berkawal di ratusan sekatan-sekatan jalan dalam wilayah yang mereka duduki secara haram telah menghalang ibu-ibu daripada melalui sekatan tersebut ketika dalam keadaan kecemasan untuk melahirkan anak. Akibat tindakan tidak berperikemanusiaan mereka itu, 34 orang bayi dan 4 orang ibu telah meninggal dunia di sekatan-sekatan tersebut. Menurut laporan suruhanjaya PICCR itu, sepanjang kempen Intifadah Al-Aqsa dari 28 September 2000 sehingga Julai 2006, tentera Israel yang berkawal di sekatan-sekatan jalan telah memaksa 68 orang pesakit melahirkan anak di tempat sekatan, selepas menghalang mereka daripada melepasi sekatan untuk dihantar ke hospital atau pusat-pusat perubatan. PICCR juga menyatakan bahawa prosedur yang dikenakan oleh Israel sangat menyusahkan kehidupan rakyat Palestin, termasuk wanita-wanita hamil, dengan mengenakan syarat-syarat yang tidak munasabah dan tindakan-tindakan di luar batasan undang-undang di tempat-tempat sekatan. [HP/IMEMC]

Al-Quran turut dipersendakan oleh pengganas Zionis Israel

Kebiadaban Zionis Israel tidak hanya dengan membunuh dan mencederakan orang-orang awam yang tidak berdosa serta menghancurkan kemudahawan awam seperti masjid, rumah, sekolah dan hospital. Bahkan mereka begitu berani mempersendakan kitab suci al-Quran di perpustakaan Hospital Al-Syifa Gaza dengan mengoyak dan menconteng al-Quran dengan gambar bintang David dan tulisan-tulisan Ibrani - sewaktu peperangan terjadi. Pasukan relawan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) yang berjaya memasuki Gaza telah menyaksikan sendiri kesan-kesan kebiadaban yang dilakukan oleh tentera pengganas Zionis Israel, dan mereka merakamkan bukti-bukti kebiadaban tersebut, termasuk tindakan tentera Zionis Israel  merosakkan kitab suci al-Quran. Hal ini menyokong dakwaan beberapa pihak bahawa serangan tentera pengganas Zionis Israel ke atas Gaza bukanlah semata-mata kerana membalas serangan pejuang-pejuang Palestin, tetapi ianya memang mempunyai unsuf dan motif keagamaan, kerana pada hakikatnya seperti yang dinyatakan dalam al-Quran, Yahudi dan Nasrani adalah sangat kuat permusuhannya terhadap umat muslimin. [HP/bsmipusat]

Ibu dipenjara 6 bulan

Jenin, 9 April 2009 - Mahkamah tentera Israel di Salem telah menangkap Nawal Saadi, seorang wanita Palestin dari sebuah kem pelarian di Jenin, dan menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak dua ribu shekels [1 shekel bersamaan 0.2 US dollar.] Ibu kepada 6 orang anak ini telah ditangkap di rumahnya di kem pelarian Jenin. Menurut kenyataan peguamnya, mahkamah tersebut telah menolak rayuan untuk membebaskan Nawal walaupun beliau mempunyai masalah kesihatan di samping kedudukan beliau sebagai penyara utama kepada anak-anaknya kerana suaminya telah juga ditangkap oleh rejim pengganas Israel. 10 orang ahli keluarga Nawal kini berada dalam tahanan Israel. Suaminya, Sheikh Bassam Saadi sedang menjalani hukuman tahanan selepas dinafikan pembebasan setelah menamatkan hukuman selama 5 tahun. Dia dipenjara tanpa sebarang dakwaan. Dua daripada anaknya, Ibrahim dan Abdul Karim telah dibunuh oleh askar Israel. Bapa Nawal beserta abangnya juga dipenjarakan. Abang kepada Nawal, Sheikh Mahmoud Saadi, telah dijatuhkan hukuman penjara selama 40 bulan. Manakala kakak iparnya sedang menjalai hukuman penjara Israel seumur hidup. Peguam Nawal mendakwa bahawa hakim telah bersikap arbitrari dan tidak adil, lebih-lebih lagi kerana anak guamnya tidak mendapat sebarang rawatan semasa dalam tahanan. Suaminya adalah salah seorang dari pemimpin pergerakan Jihad Islam. Dua minggu kepas, hukuman ke atas suaminya dilanjutkan buat kali ketiga.  [HP/IMEMC/PNN]