1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Jenama yang perlu diboikot

Berikut adalah jenama yang didapati terlibat dalam memberi sokongan kepada rejim Israel. Mungkin tidak semua jenama terdapat dalam pasaran tempatan, tetapi dimasukkan juga dalam senarai, sepertimana kajian asal Innovative Minds UK dan beberapa badan lain, untuk sebaran yang menyeluruh bukan sahaja di Malaysia.

product-70446 122153 122259
listerine_mouthwash_original_750ml acuvue-featured-lg 122739
kleenex kotex20copy scott1
nic3dlogo1 products_nespray_logo coffee_mate1
smarties_box kitkat_4f ambi_pur_logo20jpg
nescafe ridsect_logo20jpg thumbimage-original-blue-pot
moccona_logo20jpg pickwick_logo20jpg kiwi_logo20jpg
boss1 champion_home_logo cal1
buitoni crw1 carrefour
coke danone_titre milo
dim1 disney donnakaran-logo
gap1 la_mer_logo garnierlogo
perrier helena-rub jomalone1
justmysizelogo lancone giorgi-arma-logo
libby1 logo19 logo11
logo6 loreal prescriptives_logo
m2s2_ds hema1 ms
logos_kleenex origins_logo mayb_photo1
maggi nestle_banner rochelogo
pry1 redkenhaut ral1
plan1 vichy3 selfridges-logo
sm_shreddies str1 tommy_logo
vittel vic1
ambipur wonderbra1 johnson
aoste douwe
bali hanes leggs
bryan hanes_hosiery lovable
champion hillshire saralee
outer pickwick revlon
ball_park jimmy_dean
sanex maison huggies
superior river-island kimberly
nur_die wbcc_logo logo_mast
logo_express dp-expo dp-george
logo_structure dp-village logo_lerner
pilao dp-mw logo_henribendel
intimate_logo logo_limited logo_nyco
homedepot dp-apex dr_pepper
fanta sprite schweppes_logo
liltman fruitopia-grap sunkist_orange_logo
kia_ora_logo time-mag icq
aol cnn_logo_260 nokia
ibm sky fox
star natgeo standard
nurseryworld intel gossard_logo
starbucks2 mac timberland

Syarikat yang harus diboikot

logo-danone HP foods, Evian, Volvic, Jacob
   
logo-kimberly Kleenex, Kotex, Huggies, Andrex
   
nestlelogo Nescafé, Perrier, Vittel, Pure Life, Carnation, Libby’s, Milkmaid, Nesquik, Maggi, Buitoni, Cross & Blackwell, KitKat, Milkybar, Quality Street, Smarties, After Eight, Aero, Polo, Lion, makanan kucing Felix, L’Oréal
   
johnson Produk bayi, jagaan diri dan perubatan. Listerine, Clean&Clear, Johnson's, Acuvue, Band-Aid, tuala wanita Carefree
   
logo-saralee Pakaian sukan Champion, Bali, Hanes, Playtex, Lovable Krim & Minyak rambut Brylcreem Wangian Ambi Pur
   
  ---------------------------------------------------------- MAKLUMAT BERIKUT MASIH DALAM PROSES KEMASKINI DAN KAJIAN (RESEARCH & FACT FINDINGS) Harap anda dapat kunjungi dari masa ke semasa.
 
  • AOL Time Warner Time Life magazine, CNN, ICQ
  • Apax PartnersJonny Rockets, Sunglass Hut.
  •  Arsenal Football Club  
  • Coca-ColaFruitopia, Fanta, Kia Orange, Lilt, Sprite, Sunkist..
  • Caterpillar
  • Delta GalilHema, Barbie, Carrefour, Auchan, Tchibo, Victoria's Secret, GAP, Banana Republic, Structure, J-Crew, JC Penny, Pryca, Lindex, DIM, DKNY, Ralph Lauren, Playtex, cK, Hugo Boss, M&S
  • Disney
  • Emblaze
  • Estée LauderAramis, Clinique, DKNY, Prescriptives, Origins, MAC, La Mer, Bobbi Brown, Tommy Hilfiger, Jane, Donna Karan, Aveda, Stila, Jo Malone, Bumble & Bumble, Kate Spade
  • Home DepotVillager's Hardware, Georgia Lighting, Apex Supply, EXPO Design Centres
  • IBM
  • Intel
  • Lewis Trust GroupRiver Island, Isrotel hotels, Britannia Pacific
  • The Limited IncExpress stores, Lerner New York, Structure, New York & Company, Mast Industries, Intimate Brands, Victoria's Secret, Bath & Body Works, White Barn Candle Company, Henri Bendel
  •  
  • L'OrealGiorgio Armani, Redken 5th Avenue, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, La Roche-Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, Ralph Lauren, Carson
  • Marks & SpencerM&S, St.Michaels
  • McDonald's  
  • Motorola
  • News CorporationTV: Fox, Sky, Star, Phoenix, Granada, CNBC. UK newspapers: Standard Newspaper, News of the World, The Sun, The Times. Australian Newspapers: The Telegraph , Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent, Sunday Mail. US newspapers: New York Post. Publishers: Harper Collins Ragan, Zondervan, National Geographical. Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records
  • Nokia   
  • RevlonNew World Entertainment, Forbes  
  • Siemens
  • Selfridges
  • StarbucksSeattle Coffee, Pasqua, Hear Music, Tazo
  • Timberland
  • Siapa Kejam? Israel atau Si Syahid Kecil

    Anak-anak kecil menjadi mangsa serangan Israel di Gaza
    Si Syahid Kecil Apa Dosa Mereka? Siapa yang peduli? Siapa pengganas? Yahudi atau Si Kecil? Yahudi Kejam!

    Teks Khutbah Jumaat 2 Januari 2009

    Awal tahun baru hijrah 1430H menyaksikan satu lagi tindakan biadap  rejim zionis Israel.  Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi  seranga bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam. Bilangan orang awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah lebih dari 300 orang dan Lebih 1500  orang mengalami kecederaan. Bilangan kematian dikalangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Bahkan pasukan darat tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu ini akan meningkatkan lagi kemusnahan, dan kematian di kalangan penduduk Gaza. Allah Ta'ala berfirman: 4:75 Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: ""Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!" Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Kita diperingatkan oleh Allah SWT di dalam Al Quran: 9:71 Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." Isu Palestin bukan isu Arab atau isu rakyat Palestin, tetapi ia adalah isu umat Islam. Malangnya umat Islam yang sudah dihinggapi oleh sejenis virus yang disebarkan oleh penjajah iaitu ideology kebangsaan sempit atau assobiyah, kita tidak lagi melihat umat Islam diluar dari sempadan politik Negara kita sebagai saudara seislam yang wajib di bela dan dipertahankan. Sabda Rasulullah SAW: Seorang muslim adalah saudara kepada muslim  yang lain, dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya" Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Sesungguhnya membantu saudara seislam yang diserang, dizalimi dan ditindas oleh musuh-musuhnya adalah merupakan satu tuntutan ukhuwah. Tuntutan ukhuwah di Dalam Islam tidak mengenal batas-batas Negara, bangsa dan keturunan. Selama mana seseorng itu mengucap kalimah syahadah maka dia ada saudara dalam Islam yang wajib dibela dan dipertahankan. Jika dia disakiti dan dianiaya menjadi tanggungjawab umat Islam untuk merawat, menghilangkan sebab-sebab yang menimbulkan kesakitan tersebut dan menghapuskan penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas dirinya. Ini adalah kerana Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud: Umat Islam adalah ibarat satu tubuh. Jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya dan tidak boleh tidur malam." Saudara sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Saudara-saudara kita di Gaza dan di Palestin sudah dizalimi dan dianiaya sejak lebih 60 tahun lalu. Bahkan sejak tahun 1948, 5 juta rakyat Palestin terpaksa meneruskan kehidupan di khemah-khemah pelarian baik di luar mahupun di dalam Negara Palestin yang terjajah. Mereka langsung tidak mendapat sebarang perlindungan dan pembelaan dari Negara-negara Islam baik yang berjiran mahupun dari seluruh dunia Islam. Bahkan penderitaan mereka semakin getir sejak 18 bulan yang lalu apabila Israel dengan penuh biadap menutup sempadan Gaza dan menyekat bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan bekalan air bersih. Tindakan tidak berperikemanusiaan ini disokong oleh kuasa-kuasa besar Amerika, Kesatuan Eropah dan Rusia. Bahkan Bangsa-bangsa bersatu turut bersekongkol dengan kuasa-kuasa besar merestui tindakan penuh kezaliman yang tidak pernah disaksikan di dalam sejarah tamaddun kemanusiaan iaitu 1.5 juta rakyat Palestin dikepung di dalam penjara terbesar di dunia dan kemudian dibiarkan menderita kebuluran. Keadaan begitu genting sehingga ada di kalangan penduduk Gaza yang terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan. Dan yang paling malang lagi saudara-saudara seagama yang jumlahnya mencecah 1.6 billion orang mengambil sikap acuh tak acuh atau tidak mengambil peduli tentang nasib saudaranya yang berada di ambang kematian. Negara-negara Islam yang merupakan Negara-negara pengeluar minyak yang kaya sanggup membiarkan umat Islam diperlakukan dengan biadap tanpa peri kemanusiaan oleh musuh-musuhnya. Bahkan lebih hina lagi apabila Mesir yang berjiran dengan Gaza tunduk kepada kehendak Isreal dan Amerika dan menutup sempadannya dengan Gaza. Bahkan sehingga saat ini pintu sempadan masih ditutup sehingga rakyat Gaza yang tercedera dalam serangan biadap Israel tidak dapat menyeberang untuk mendapatkan rawatan. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Di manakah kita hendak letak ayat-ayat al Quran dan hadis Nabi SAW yang menekankan tentang tanggungjawab ukhuwah Islam. Bagaimanakah umat Islam hendak berdiri di hadapan Rabbul Jalil dan memberi alasan di atas kealpaan mereka membantu saudara-saudara mereka di Gaza dan dipuluhan malah ratusan tempat yang lain di mana umat Islam dizalimi, ditindas dan disakiti. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Lebih malang lagi apabila ada Negara-negara Islam bahkan pemimpin-pemimpin Islam yang turut meletakkan kesalahan ke atas rakyat Palestin. Ini adalah perkara yang sangat pelik. Israel yang melakukan serangan besar-besaran sehingga membunuh ratusan rakyat Palestin, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, tiba-tiba kesalahan itu dilonggokkan ke atas bahu rakyat Palestin? Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Jangan terpengaruh dan terpedaya dengan propaganda pihak musuh. Mereka mengulang-ulang gesaan supaya pejuang palestin menghentikan serangan roket ke atas sasaran Israel. Mereka mendakwa serangan roket inilah yang telah mengundang amarah Israel sehingga mereka melancarkan serangan udara sejak seminggu yang lalu. Hakikatnya rakyat Palestin hanya mempertahankan diri dari pencerobohan tentera Israel yang berlaku acap kali ke atas wilayah Gaza. Pencerobohan ini pula berlaku pada saat gencatan senjata berlangsung di antara kedua belah pihak. Apakah pilihan yang ada pada rakyat Palestin ketika mereka dikepung dan dinafikan hak untuk hidup, kemudian dinafikan pula hak untuk mempertahankan diri dari serangan musuh. Undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva memperakui tindakan mana-mana Negara atau bangsa yang dijajah untuk mempertahankan hak, diri dan tanah air mereka dari segala bentuk penjajahan asing. Dunia tidak boleh diperdaya oleh regim zionis dengan siri-siri penipuan mereka. Kemampuan pejuang Palestin dan Hamas untuk bertindak balas ke atas kebiadapan Israel sangat terbatas. Bagaimana mungkin Palestin yang hanya memiliki roket buatan sendiri yang tidak pernah tepat mengenai sasaran boleh menjadi ancaman kepada Israel yang merupakan kuasa tentera yang terbesar di dunia. Dengan sokongan Amerika, Israel memiliki semua peralatan dan senjata tercanggih termasuklah kereta kebal Merkeva, helicopter Apache' dan Jet pejuang F16, F17 dan F18 yang dibekalkan oleh Amerika Syarkiat. Hakikatnya tindakan serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin sejak sepuluh tahun yang lalu hanya membunuh sekitar 20 orang rakyat Israel, dan itupun dalam rangka untuk mempertahankan diri setiap kali tentera Israel menggempur rakyat Palestin. Bilangan rakyat Palestin yang terbunuh akibat serangan Isreal sudah mencecah ribuan jiwa. Ini tidak termasuk puluhan ribu yang tercedera dan 10,000 termasuk 300 orang wanita yang diseksa dalam penjara Israel. Dan hari ini dalam satu serangan sahaja Israel membunuh 300 orang sekelip mata. Di manakah 'sense of proportion' atau kemampuan menimbang masyarakat antarabangsa di antara kejahatan Israel dengan kemampuan rakyat Palestin untuk mempertahankan diri mereka. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Atas rasa tanggungjawab dan prihatin yang amat mendalam terhadap kezaliman yang sedang berlaku ke atas umat Islam, khatib mengsyorkan beberapa tindakan praktikal yang boleh dilakukan oleh umat Islam. Pertama, khatib menyeru umat Islam supaya bermunajat kepada Allah SWT dengan sungguh-sungguh agar Allah mengeluarkan kita dari keadaan yang lemah ini dan mengampuni kealpaan selama ini. Seterusnya kita memohon kepada Allah agar memberi kekuatan kepada seluruh umat Islam supaya bangkit dari kelemahan ini untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam. Seterusnya secara khusus kita memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan ke atas umat Islam di Palestin ke atas musuh-musuh zionis yahudi. Kedua, khatib mengsyorkan agar setiap kariah dan kawasan mngadakan solat hajatperdana  memohon kepada Allah agar saudara-saudara kita di Palestin diselamatkan dari kejahatan musuh-musuh zionis dan memenangkan mereka dengan 'karamah' dari Allah SWT. Kita yakin golongan yang dizalimi dan teraniaya pasti didengari doa mereka dan akan mendapat pertolongan Allah SWT. Ketiga khatib mengsyorkan agar umat Islam tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada suadara-saudaranya di Palestin. Ini bersesuaian dengan anjuran Allah SWT agar umat Islam berjihad dengan harta dan jiwa raga mereka. Firman Allah SWT dari surah as Saff: Wahai orang yang beriman. Sukakah kamu diberitahu satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari seksa api neraka iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasulnya, dan berjihad pada jalannya dengan harta-harta kamu dan jiwa raga kamu. Itulah yang baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Akhirnya khatib ingin mengingatkan umat Islam bahawa kezaliman dan penganiayaan itu menimpa bumi yang diberkati, bumi para Nabi, bumi Isra' dan mikraj dan bumi di mana terletak masjid al Aqsa yang dimuliakan Allah SWT di samping masjid al Haram dan masjid a-Nabawi. Khatib juga ingin merakamkan rasa sedih seluruh umat Islam yang amat mendalam ke atas penderitaan yang menimpa rakyat Palestin d Gaza dalam suasana ketika seluruh dunia Islam menyambut Ma'al Hijrah (tahun baru Hijrah 1430H dan ketika tahun 2008 akan melabuhkan tabirnya menjelang ketibaan tahun baru 2009. Apakah ia menandakan tahun baru ini menjanjikan penderitaan berpanjangan kepada rakyat Palestin? Oleh kerana itu khatib menggesa seluruh lapisan masyarakat bangkit untuk menggesa supaya kebiadaban dan keangkuhan rejim zionis yang disokong oleh USA dihentikan dengan segera. Disediakan oleh Dr Hafidzi Mohd Noor Palestine Centre of Excellence

    Kenapa Perlu Boikot Israel & Sekutunya?

    boycott-1193Boikot kepada produk dan perniagaan Israel dan sekutunya adalah merupakan usaha kita sebagai pengguna untuk memilih keperluan yang sentiasa menjurus kepada terhapusnya kekejaman dan kezaliman Israel terhadap bangsa Palestin. Usaha tersebut harus dilihat sebagai salah satu langkah protes secara aman dan adil, justeru memberi tekanan di peringkat antarabangsa terhadap rejim teroris Israel sepertimana yang pernah dilakukan oleh mesyarakat dunia terhadap rejim aparthied Afrika Selatan dengan jayanya.   Adakah kita memboikot semua kaum Yahudi? Muslims & Yahudi bersatu menentang rejim zionis sempena perhimpunan Hari Al-QudsTidak. Usaha boikot tidak sekali-kali ditujukan kepada agama mahupun etnik tertentu. Boikot hanya ditujukan kepada entiti perniagaan yang secara langsung dan jelas menyokong, terlibat atau membantu penindasan terhadap Palestin. Kita tidak membezakan antara penyokong Israel - sekiranya sebuah perniagaan yang dimiliki seorang Muslim dengan jelas menyokong kekejaman Israel, ia perlu diboikot sama sepertimana entiti perniagaan yang lain.

     

    Apakah boikot satu tindakan yang adil dan dibenarkan? Dewan Perniagaan dari seluruh pelusuk dunia, termasuk UNISON, iaitu dewan perniagaan terbesar di United Kingdom dengan keahlian sebanyak 1.4juta mengesyorkan tindakan boikot terhadap semua produk Israel. Pertubuhan Kristian, termasuk Christian Aid, telah bersatu dalam usaha boikot ini, malahan mereka menyeru kepada pemansuhan perjanjian perdagangan Eropah-Israel. Beberapa pertubuhan Yahudi seperti B'Tselem dan Gush Shalom telahpun melancarkan usaha boikot mereka sendiri kepada produk Israel. Bagi masyarakat Islam, tokoh-tokoh Ulama terkenal dari berbagai latar-belakang menyokong usaha ini dan memberi fatwa yang jelas terhadap tindakan boikot ini. Antaranya, Sheikh Yusuf al Qaradawi berkata:
    Setiap riyal, dirham... yang digunakan untuk membeli produk mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru yang digunakan untuk menembak saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban untuk tidak sekali-kali membantu (musuh Islam) dengan membeli produk mereka. Membeli produk mereka adalah menyokong tirani, penjajahan dan kekejaman.
    Benarkah perniagaan atau produk tersenarai menyokong Israel? (supaya mereka tidak teriniaya) Ramai dari kita yang sememangnya ingin turut menyokong usaha boikot Israel, tetapi ragu-ragu dengan maklumat berkenaan syarikat atau produk perniagaan yang tersenarai. Ini merupakan salah satu sikap yang terpuji, lebih-lebih lagi kita sebagai orang Islam seharusnya meneliti setiap maklumat yang diterima sebelum bertindak. Innovative Minds mengambil inisiatif menjalankan kajian menyeluruh untuk memastikan maklumat yang diberi tidak membawa unsur fitnah dan penginiayaan. Setiap maklumat yang disebarkan disertakan bersama rujukan berkaitan, supaya anda sendiri dapat memastikan fakta tersebut dan memahami bagaimana mereka terlibat menyokong Israel.   Bukankah mana-mana produk juga menjurus kepada Israel? Benar, dalam situasi umat Islam lemah tidak bermaya, ekonomi dan politik dunia dikuasai oleh mereka yang mempunyai kaitan dengan Israel dan sekutunya. Situasi ini umpama barah yang menyerang dan mencemar saluran darah kita, yang mana ianya boleh sampai ke seluruh badan. Tapi apakah kita masih ingin mencari alasan, semata-mata kerana kita seperti tidak lagi terdaya melawan barah tersebut? Syarikat perniagaan yang tersenarai adalah merupakan penyokong kuat kepada Israel, yang sentiasa mendapat pujian dan anugerah kepujian atas sokongan mereka. Sekiranya kita berjaya mengurangkan kekuatan ekonomi syarikat tersebut,  dan beralih kepada syarikat atau produk alternatif, InsyaALlah mereka akhirkan akan lemah juga. Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri? Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi. Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola. Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar. Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald's dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin? Harus diingat, syarikat-syarikat besar dari luar yang beroperasi di negara-negara Islam tidak membawa manfaat ekonomi kepada kita melainkan eksploitasi terhadap kelemahan kita. Lihatlah bagaimana Delta Galil, sebuah syarikat membuat pakaian yang dipasarkan dengan jenama GAP, Banana Republic, Calvin Klien, BOSS, M&S, DKNY dan berbagai lagi. Syarikat ini membina kilang-kilang di Jordan, Mesir dan juga Palestin. Sikap mereka yang hanya mengeksploitasi pekerja tempatan begitu teruk sekali, sehinggakan Sweatshop Watch (www.sweatshopwatch.org) melabelkan mereka sebagai "Sweatshop Czar." Adakah merugikan kita jika syarikat-syarikat seperti ini mengangkat kaki meninggalkan tanah air kita yang subur dan bertuah ini? Apakah usaha ini akan berjaya? Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald's. mcd-israelMcDonald's merupakan "rakan korporat utama" kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai "bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel." Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald's adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry. Dalam bulan Oktober 2002, McDonald's menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald's terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald's terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir  terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald's akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta. Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald's boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini. amazonDalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan  hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin. Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi "Buy Amazon.com & Support Israel" dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin. texasBeberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel. Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.

    Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

    Apakah usaha boikot benar-benar akan dapat memberi kesan kepada ekonomi Israel? Sejak tahun 2002 lagi, ekonomi Israel telah menuju keruntuhan tanpa tanda-tanda pemulihan walaupun begitu banyak dana dasalurkan dari US. Pada bulan Oktober 2002, Sharon memohon USD10bilion sebagai bantuan kecemasan. Inflasi Israel sangat tinggi, sehinggakan angka rasmi mencecah 4 kali ganda sasaran asal rejim zionis tersebut. Cukai dinaikkan, begitu juga kos keperluan asas seperti makanan, perumahan dan minyak. Israel sering dilanda piket umum sehinggakan semua penerbangan terhenti, siaran radio dan television terputus, pesakit tidak mendapat rawatan dan sampah tidak lagi dikutip. Pelaburan dari luar kian meruncing. Mengapa? Dari tahun 1999 hingga 2001, pelabur-pelabur kerugian USD5bilion daripada pelaburan mereka berjumlah USD6.5bilion. Jadi, peniaga mana yang bersedia untuk melabur? Dalam situasi terdesak seperti ini, sudah tentu usaha boikot tidak boleh dipandang remeh. Israel akan mengorek setiap sen untuk diraih - pastikan wang anda tidak sedikit pun sampai kepada mereka!

    Isra’ Mi’raj Dan Palestin - Bagai Aur Dengan Tebing

    Peristiwa menakjubkan di bulan Rejab yang merupakan salah satu peristiwa terbesar dalam sejarah kehidupan Rasulullah saw. yang juga mempunyai pengertian yang sangat penting  kepada kaum muslimin adalah Isra’ Mi’raj. Iaitu peristiwa dimana diperjalankannya Rasulullah saw. oleh Allah swt di suatu malam bulan Rejab pada tahun ke-11 dari kenabiannya, dari Masjid al Haram di Mekah ke Masjid al Aqsha di Palestin dengan mengenderai Buraq, kemudian naik ke langit yang ke tujuh hingga ke Sidratu al Muntaha, untuk diperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Allah.   “Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad saw.) pada suatu malam dari Masjid al Haram ke Masjid al Aqsha, yang telah Kami berkahi sekitarnya, agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami” (Q.S Al Isra’: 1)   Isra’ Mi’raj berlaku setelah sejumlah peristiwa menyedihkan menimpa Rasulullah saw. Belum lagi hilang bagaimana beratnya Rasulullah saw dan para sahabat yang mulia menghadapi pemulauan penuh dari kafir Quraisy di Lembah Bani Hasyim selama tiga tahun iaitu sejak tahun ke-7 hingga ke-10 dari kenabiannya, bapa saudaranya (Abu Thalib) pula  yang selama itu melindunginya telah meninggal dunia. Kemudian disusuli pula dengan kewafatan isterinya yang tercinta, Saidatina Khadijah. Tahun ke-10 dari kenabiannya ini memang penuh dengan peristiwa duka dan ramai yang menyebutnya sebagai “Amul Hudzmi” (tahun kesedihan). Tambahan lagi ketika itu, berlakunya tekanan yang semakin kuat dari kaum kafir Quraisy terhadap da’wah Rasulullah saw disamping penduduk Thaif yang memperlakukan Rasulullah saw secara tidak manusiawi tatkala baginda saw. mencari nusrah kepada mereka. Sebagai manusia biasa, rentetan peristiwa itu sudah tentunya menjadikan baginda saw merasa sedih. Pada saat itulah Allah dengan segenap qudrah dan iradahnya, mengisra’ dan mi’rajkan Rasulullah saw.   Terdapat dua perkara utama sekurang-kurangnya yang dapat disebut sebagai inti dari peristiwa Isra’ dan Mi’raj tersebut. Pertama: Rasulullah saw. menyaksikan secara langsung tanda-tanda kebesaran Allah; Kedua: adalah seleksi(penapisan atau penyaringan)keimanan. Salah satu tanda terbesar yang dimaksudkan adalah Sidratul Muntaha yang berada di langit yang ke tujuh. Selain itu diperlihatkan pula malaikat Jibril dalam bentuk aslinya dan Nur Ilahi yang semuanya merupakan sesuatu yang tidak dapat dibayangkan keindahan, keagungan dan kebenderangannya. Kemudian Allah mendekati Rasulullah dan mewahyukan secara langsung kewajipan mendirikan solat 5 waktu sehari semalam.   “Tatkala Sidratul Muntaha ditutupi oleh bermacam hal yang melingkupinya, tetapi pandangannya (Rasulullah saw.) tidak sampai menyimpang dan tidak pula melampauinya(Sidratul Muntaha). Sesungguhnya dia (Rasulullah saw.) telah melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran Allah Yang Maha Agung” (Q.S Al Najm: 16-18) “Sesungguhnya dia (Muhammad saw.) benar-benar telah melihatnya (jibril) untuk yang kedua kalinya (dalam bentuk aslinya) di dekat Sidratul Muntaha. Di dekatnya terdapat Jannatul Ma’wa” (Q.S Al Najm: 13-15)   Sedangkan tanda-tanda kebesaran Allah yang diperlihatkan dalam Isra’ adalah kenderaan Buraq, kemudian dihidupkannya kembali kesemua nabi-nabi untuk menjadi makmum di belakang Rasulullah saw. dalam solat jama’ah di Baitul Maqdis sebagai takrim (penghormatan) sekaligus mukjizat bagi Rasulullah saw.   Peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang tidak mungkin dijangkau oleh akal biasa, tidak sangsi lagi berfungsi sebagai ujian bagi kaum muslimin saat itu. Ketika mengetahui bahawa Rasulullah saw bercerita tentang Isra’ Mi’raj dengan segenap peristiwa ghaib yang menyertainya, sebahagian kecil kaum muslimin yang lemah imannya menjadi ragu lalu murtad. Tetapi bagi sebahagian besar yang lainnya, peristiwa itu justeru semakin memperkuat keyakinan mereka akan kebesaran Allah dan kebenaran risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Maka Isra’ Mi’raj seakan-akan menjadi penapis atau penyaring mana mukmin yang sejati dan mana pula yang bukan. Ini sangat diperlukan untuk perjalanan da’wah berikutnya yang terbukti semakin berat dan hanya mereka yang teguh sahaja yang mampu memikulnya.   “Dan (ingatlah) tatkala Kami wahyukan kepada engkau (Muhammad saw.) bahawa sesungguhnya Rabbmu telah mengepung (mengetahui sikap) manusia (Quraisy). Dan tidaklah Kami jadikan penglihatan yang Kami tunjukkan kepada engkau melainkan (ia) sebagai cubaan bagi manusia……..” (Q.S Al Isra’: 60) Berkaitan dengan ayat ini, Ibnu Abbas berkata: “Penglihatan yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah penglihatan nyata yang disaksikan oleh Rasulullah saw. pada malam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.”   Di luar dari dua perkara di atas, boleh pula disebut bahawa peristiwa Isra’ dan Mi’raj merupakan isyarat bahawa Rasulullah saw. akan memiliki negara berdaulat yang wilayah kekuasaannya meliputi Yathrib, Madyan-Thur Sina di Mesir, Baithlehem dan Baitul Maqdis di Palestin iaitu tempat dimana Rasulullah dusinggahkan dalam Isra’. Dan ternyata benar, kira-kira 13 tahun kemudian, wilayah daulah Islamiyah memang mencakupi wilayah itu, bahkan dalam perkembangan berikutnya mencakup hampir sepertiga dunia.   Palestin Kini   Jelaslah bahawa peristiwa Isra’ Mi’raj tidak dapat dipisahkan dari negeri yang bernama Palestin iaitu satu tempat yang menjadi tujuan dalam Isra’ Rasulullah saw. dari Mekah dan sekaligus menjadi titik permulaan dalam Mi’rajnya ke Sidratul Muntaha. Boleh dikatakan tidak ada Isra’ Mi’raj tanpa menyebut Palestin, dan tidak ada Palestin tanpa menyebutkan kedudukan tempat itu dalam peristiwa Isra’ Mi’raj.   Tetapi tempat yang disucikan itu dan pernah menjadi kiblat kaum muslimin sedunia yang pertama, kini berada di bawah cengkaman negara Yahudi Israel, yang berdiri di atas tanah Palestin dengan dokongan konspirasi negara-negara sekular internasional yang majoriti penduduknya beragama Nasrani. Mengapakah orang-orang Nasrani yang dalam sejarahnya bermusuhan dengan orang Yahudi, kini berkomplot menentang kaum muslimin?   Memang benar, meskipun sudah sampai 20 abad terjadinya permusuhan yang berterusan antara kaum Nasrani dan Yahudi, tetapi kini mereka sering kali melakukan kerjasama. Menurut Syekh Bayud At Tamimi dalam buku Impian Yahudi dan Kehancurannya menurut al Quran, berdasarkan ayat:   “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil Yahudi dan Nasrani menjadi penolong kamu, mereka adalah penolong  bagi sebahagian yang lain.” (Q.S Al Maidah: 51)   Persekutuan Yahudi-Nasrani mulai nampak sesudah Perang Dunia Pertama dengan dibentuknya Liga Bangsa-Bangsa. Pada tahun 1922 organisasi ini memberikan mandat kepada Inggeris ke atas Palestin untuk memudahkan negeri itu dari segi ekonomi, kebudayaan, pembangunan dan politik menjadi tanah air bangsa Yahudi. Sebelum itu, di awal abad 20 mereka bekerjasama untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid dari tampuk kekhilafahan Uthmani, ketika beliau menolak  memberikan konsesi hijrah ke Palestin.   Kongres pertama kaum Zionis di Basel, Switzerland, 1897, telah memutuskan Palestin yang ketika itu merupakan sebahagian dari kekuasaan Khilafah Uthmani sebagai wilayah pemulangan (setlement) Yahudi. Inggerislah yang sangat berperanan dalam pembentukan negara Israel ini.   Persahabatan dan kerjasama antara Yahudi-Kristian berlanjutan terus hingalah tercetusnya perang tiga serangkai terhadap Mesir yang muslim. Persekutuan pasukan Kristian (Perancis dan Inggeris) bersama pasukan Yahudi menyerbu Mesir pada 1956. Pada tahun 60an, kerjasama ini mencapai puncaknya dengan diisytiharkannya penghapusan dosa Yahudi oleh Paus Vatikan, supaya tidak ada kesan buruk pada penganut Kristian yang patuh pada agamanya, apabila tanah sucinya tersebut jatuh ke tangan orang Kaum Yahudi yang telah menyalib Al Masih menurut tuduhan mereka. Puncak yang lain terjadi ketika orang-orang Kristian (Maronet) di Lebanon dengan terang-terangan berperang bersama kaum Yahudi melawan kaum muslimin.   Status Tanah Palestin   Bagaimana sikap kaum muslimin terhadap penguasaan Palestin oleh Israel kini, sangat ditentukan oleh pemahaman  mereka tentang sah atau tidaknya negara itu berdiri di wilayah Palestin sekarang dan bagaimana Islam memberikan panduan dalam menghadapi kenyataan itu. Sejarah tanah Palestin adalah sejarah Islam.Wilayah itu dikuasai Islam dengan damai. Orang Nasranilah yang secara suka rela menyerahkan kunci kota Jerusalem (disebut juga sebagai ‘Illia) kepada Khalifah Umar Al Khattab. Ketika itu, tepatnya 636 M, setelah sekian lama dikepung tentera Islam, diwakili tokohnya Pendeta Patriarch Shafarniyus, kaum Nasrani Jerusalem bersama Khalifah Umar Al Khattab menandatangani suatu perjanjian yang dikenali sebagai Piagam ‘Illia atau Perjanjian Umariah. Di antara isi perjanjiannya ialah”Dengan nama Allah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Inilah yang diberikan oleh hamba Allah, Umar Amirul Mukminin kepada penduduk ‘Illia tentang keamanan. Ia memberinya keamanan untuk jiwa dan harta mereka, untuk gereja-gereja dan salib-salib mereka, juga untuk orang yang sakit dari mereka dan yang sihat serta untuk seluruh komuniti……Dan tidak akan diizinkan tinggal bersama mereka, seorang pun dari orang Yahudi.”   Sehingga kini, 14 abad berlalu, seluruh dunia tahu Israel adalah perampas tanah Palestin dengan dalih melaksanakan amanat Tuhan yang telah menjanjikan wilayah itu untuk mereka. Pengakuan ini telah dibantah keras oleh Roger Geraudy, intelektual Kristian Perancis yang kini masuk Islam, dalam buku Zionisme: Gerakan Agama dan Politik, sebagai tidak terbukti secara historis, antropologis mahupun injilis. Dan yang terakhir, tidak ada sedikitpun dalil-dalil Injil baik Perjanjian Lama mahupun Perjanjian baru yang menunjukkan mereka harus tinggal di Wiliayah Palestin, apalagi secara paksa. Jadi kesimpulannya, negara Israel berdiri di atas khayal dan dusta serta darah dan air mata bangsa Palestin.   Palestin adalah milik umat Islam, bukan milik individu tertentu dan tidak boleh dimiliki oleh sesiapa pun. Ia tidak boleh dimanfaatkan kecuali sesuai dengan hukum-hukum syara’.   “Dan Dia mewariskan kepada kamu tanah-tanah, rumah-rumah dan harta benda mereka dan (begitu pula) tanah yang belum kamu injak. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Q.S Al Ahzab: 27)   Berkenaan dengan ayat ”Dan (demikian pula) tanah yang belum kamu injak.” Imam Thabari menyatakan, banyak ahli tafsir berselisih pendapat dalam hal ini. Tanah mana yang dimaksudkan? Ada yang berpendapat, bahawa itu adalah tanah negeri Rom dan Parsi serta tanah-tanah negeri lainnya yang dilakukan kaum muslimin setelah itu….,Sementara yang lain berpendapat, bahawa yang dimaksudkan adalah tanah Mekah; dan ada pula yang berpendapat, bahawa itu adalah tanah Khaibar…” Dari dua pendapat itu, menurut Imam Thabari, pendapat yang lebih tepat ialah bahawa Allah telah mewariskan tanah, rumah dan harta benda Bani Quraizah kepada para sahabat Rasulullah saw, juga tanah(dari negeri) yang belum mereka injak pada saat itu, yang kemudian mereka menaklukkan dan mewarisinya. Semua tanah yang dikuasai kaum muslimin sesudah itu termasuk dalam maksud ayat “dan tanah yang belum mereka injak”. Jadi yang dimaksudkan bukanlah Mekah ataupun Khaibar, juga bukannya tanah Parsi, Rom atau Yaman kerana tanah-tanah tersebut telah mereka injak pada waktu itu. (Jaami’ul Bayan ‘an Ta’wili Aayil Quran, Juz XI, m/s 155).   Setiap negeri yang ditaklukkan kaum muslimin tergolong ke dalam apa yang disebut “negeri yang diwariskan Allah untuk mereka.” Tentu sahaja termasuk pula setiap negeri yang akan ditaklukkan kaum muslimin pada masa akan datang hingga hari kiamat. Jadi, setiap tanah yang ditaklukkan kaum muslimin baik secara paksa mahupun melalui jalan damai, seperti tanah Iraq (termasuk Kuwait), tanah Syam(termasuk tanah Palestin), tanah dataran Hindia(termasuk Pakistan dan Kasymir) dan tanah-tanah Afrika Utara serta tanah-tanah lainnya yang statusnya serupa. Seluruhnya merupakan fa’i selama-lamanya bagi kaum muslimin. Tanah itu juga disebut sebagai tanah Kharaj. Ini bererti, hak milik tanah berada di tangan Baitul Mal. Sedangkan pemanfaatannya boleh diambil oleh siapa sahaja yang menempati tanah itu, dan dia wajib membayar wang Kharaj dengan jumlah tertentu kepada Baitul Mal. Ketetapan ini kekal hingga hari Kiamat, sekalipun tanah tersebut telah berpindah kepada orang Islam yang lain, seperti melalui jual beli.   Kedudukan tanah Palestin sebagai tanah Kharaj perlu selalu diambil perhatian serius oleh seluruh kaum muslimin di dunia. “Penyerahan” tanah tersebut melalui perjanjian damai PLO-Israel pada 13 September 1993 di Washington adalah tidak sah dan berdirinya negara Israel itu juga tidak sah sekalipun PBB, negara-negara Arab, negara-negara sedunia, bahkan penduduk Palestin sendiri telah mengakuinya. Ini kerana menurut syari’at Islam, tanah Palestin adalah tanah Kharaj yang dimiliki oleh seluruh kaum muslimin. Tambahan lagi majoriti tanah di Palestin adalah tanah wakaf yang tidak dapat diperjual-belikan, dihibahkan ataupun diwariskan, sebagaimana sabda Rasulullah saw. “Tanah wakaf tidak boleh diperjual-belikan, dihibahkan atau diwariskan” (HR Tirmizi dalam Al Ahkam, Bab Wakaf, hadis No.1375).   Penyerahan tanah Palestin kepada musuh Islam merupakan pengkhianatan kepada Allah, Rasulullah saw., agama Islam dan kepada para sahabat mulia yang telah menjadikan tanah tersebut sebagai negeri kaum muslimin, juga pengkhianatan kepada Panglima Shalahudin Al Ayubi dan pasukannya yang telah mengembalikan tanah tersebut dari tangan kaum Salib, serta terhadap kaum muslimin seluruhnya.   Bila demikian, bolehkah melakukan perdamaian dengan Israel dan mengakui keabsahan negara Yahudi itu di tanah Palestin? Jawabannya sudah tentu tidak. Tetapi mengapa Presiden Indonesia, Gus Dur yang merupakan tokoh ulama’ kononnya, berani mengeluarkan kenyataan “Hubungan diplomatik (dengan Israel) akan hanya diadakan selepas Israel mengiktiraf kemerdekaan Palestin.” (Berita Harian, Sabtu 6 November 1999). Dari pernyataan di atas, dapat difahami bahawa Gus Dur akan mengakui dan mengiktiraf kewujudan negara Yahudi la’natullah itu setelah Israel mengiktiraf kemerdekaan Palestin. Persoalannya, apakah hukum tanah Palestin boleh berubah mengikut tempat,keadaan dan masa? Sebagai seorang Ulama, Gus Dur seharusnya mafhum akan hal tersebut.   Pernyataannya yang kontroversial tersebut pernah juga dikeluarkan oleh beliau sebelum beliau menjawat jawatan Presiden suatu ketika dulu sebagaimana dipetik dari akhbar Republika “Hubungan diplomatik itu perlu dilakukan untuk mengantisipasi masa depan setelah perkembangan kian membaik antara negara-negara Arab dan Israel.” Bila kita perhatikan, seruan yang diungkapkan oleh Gus Dur itu senada dengan seruan Kelab Agung Nasional Mesir iaitu gerakan Yahudi internasional Freemasonry di Mesir yang menginduk pada Kelab Agung Inggeris-pada 2 April 1922 yang menggemparkan tidak hanya kepada bangsa Palestin, tetapi kepada semua bangsa Arab, termasuk anggota Freemasonry sendiri. Seruan yang ditandatangani oleh Guru Besar Idris Raghib, Setiausaha Agung Abdul Majid Tunus, Wakil Guru Besar Muhammad Rifa’at dan Pembantu Wakil Guru Besar Thaha Ibrahim dan disebarkan ke Kelab-kelab Freemasonry di Palestin dan rakyat Palestin itu-dengan kata-kata yang halus, licik dan penuh tipuan-meminta kepada kaum muslimin di Palestin agar menyerah kepada Zionisme dan membiarkan para Zionis itu berbuat sekehendaknya di negeri Islam itu (lihat Muhammad Fahim Amin, Rahsia Gerakan Freemasonry dan Rotary Club, m/s 34). Oleh kerana itu, langkah Gus Dur kali ini adalah permainan politik tingkat tinggi. Apakah Gus Dur terlibat dalam gerakan Freemasonry? Memang kita belum mempunyai bukti yang cukup untuk menyatakannya, tetapi beberapa perbuatannya menjadi qorinah(petunjuk), bagi menjawab posisi “sang wali”.   Namun apakah mungkin seorang ulama terlibat dalam gerakan Rahsia Yahudi? Kenapa tidak? Syeikh Muhammad Rasyid Ridha sendiri mengakui bahawa gurunya sendiri, Syeikh Muhammad Abduh (Pengarang Tafsir Al Manar) pernah terlibat dan menjadi tokoh dalam gerakan Freemasonry di Mesir. Demikian juga guru kepada Abduh iaitu Syeikh Jamaludin Al Afghani. Lagi pula gerakan Freemasonry yang terdiri dari tiga kategori iaitu Freemason Simbolik Umum, Freemason Kerajaan dan Freemason alam Semesta; membolehkan orang-orang non Yahudi menjadi anggotanya, terutama pada Freemason Simbolik Umum. Bahkan jabatan kepemimpinan Freemason Simbolik Umum yang dipegang semula sendiri oleh orang-orang Yahudi anggota Freemason Kerajaan kemudian diserahkan kepada orang-orang non Yahudi yang berada di kelas tertinggi pada taraf Freemason Simbolik Umum dengan gelaran “Guru yang agung”, iaitu orang-orang yang telah menunjukkan tingkat kesetiaan yang tinggi kepada bangsa Yahudi pada umumnya dan kepada gerakan zionis Internasional khususnya (M. Fahim Amin, m/s 19-22).   Kewajiban Kaum Muslimin terhadap Israel   Bagaimanakah sikap yang seharusnya diambil oleh kaum muslimin?   Imam Ibnu Katsir berdasarkan ayat 23 dari Surah al Taubah, menyatakan wajib memerangi orang-orang kafir dimulai dari yang terdekat dari batas negeri Islam. Rasulullah saw. mulai memerangi orang-orang musyrik di Jazirah Arab. Allah memenangkannya di Mekah, Madinah Thaif, Yaman dan Yamamah. Lalu, Rasulullah saw. mulai mengalihkan perhatiannya ke wilayah kekuasaan Rom, kerana negeri itulah yang terdekat dengan wilayah negeri Islam, dan lebih layak menerima da’wah Islam.   “Wahai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orangkafir yang disekitar kaumitu. Dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu. Dan ketahuilah, bahawa Allah berserta orang-orang yang bertaqwa.” (Q.S At Taubah:23)   Imam Ibnu Katsir juga menegaskan, kaum muslimin harus bersikap tegas dan keras dalam memerangi kaum kuffar yang memang layak diperangi. Sesama saudara muslim diperintahkan saling berkasih sayang. Namun terhadap orang kafir, kaum muslimin harus tegas.   Oleh kerana itu, menghancurkan Israel adalah fardhu ‘ain hukumnya bagi penduduk Palestin, Syria, Jordan, Mesir dan Lebanon kerana Israel telah merampas wilayah Islam di mana mereka sekarang tinggal. Israel, menurut Ustaz Abdul Qadim Zallum dalam kitab Ta’rif adalah “muharibah fi’lan”. Iaitu negeri yang secara terang-terangan telah nyata memerangi kaum muslimin. Jika kekuatan negeri-negeri itu belum mampu mengimbangi kekuatan Israel, maka kewajiban itu pun meluas ke negeri-negeri Islam yang berada di sekitarnya. Sekiranya itu pun belum cukup, maka kewajipannya berpindah kepada seluruh kaum muslimin. Ini bererti, fardhu ‘ain keatas seluruh kaum muslimin memerangi Israel sehingga negara itu dapat dikalahkan dan dinyahkan dari bumi Palestin.   “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak(pula) bagi perempuan yang yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.” (Q.S Al Ahzab: 36)     International Islamic and Development Studies (IINDS)