1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Kami tetap ke Masjid walau bumi kami terus di bedil!

Sungguh menakjubkan mental dan keimanan warga Gaza. Di tengah gemuruh pesawat tempur Israel yang menjatuhkan bom-bom yang menghentam bumi, warga Gaza tetap melangkahkan kaki ke masjid saat suara azan berkumandang.Pemandangan ini terlihat di kawasan Syaikh Radwan, di barat Gaza. Tatkala suara azan berkumandang dari masjid Al-Taqwa yang sudah kehilangan menaranya akibat bedilan bom pasukan Zionis, warga kota itu terus saja berkumpul di masjid untuk menunaikan solat berjamaah. "Apabila mendengar suara azan, mereka akan berkunjung ke masjid. Setiap hari, kami solah di antara reruntuhan masjid kami," kata imam Masjid Al-Taqwa. Lebih dari 50 masjid di Jalur Gaza hancur oleh bom-bom yang dimuntahkan pesawat-pesawat tempur Israel. Serangan terburuk menimpa Masjid Ibrahim Al-Maqadma. Masjid itu itu dibom saat warga Gaza menunaikan solat, yang menyebabkan 16 jamaah syahid dan beberapa jamaah lainnya cedera. Walaupun masjid-masjid mereka hancur, warga Gaza tetap berduyun-duyun ke masjid saat mendengar panggilan solat dan pemandangan seperti ini hampir terlihat di seluruh Gaza. "Warga Gaza dicekam kesedihan ketika melihat serangan Israel menghancurkan masjid-masjid mereka. Tapi, tatkala mendengar suara azan keesokan harinya, mereka kembali semangat," ujar Awad Al-Sha'er, imam Masjid Khulafa Rashidiin di utara Gaza. "Apapun yang terjadi, masjid-masjid kami akan tetap penuh. Kami tidak akan pernah membiarkan penjajahan menjadikan masjid-masjid kami kosong," tegas Al-Sha'er. Warga Gaza berani mengambil risiko terkena bom atau ditembak pasukan Israel setiap kali mereka berangkat ke masjid. "Diam di rumah pun, tidak membuat kami aman. Jika memang sudah saatnya bagi kami untuk mati, maka kami akan mati," ungkap Abu Anas Al-Zahama, salah seorang warga Gaza yang selalu solat berjamaah di masjid. Selain menjadi tempat ibadah, masjid-masjid di Gaza juga berfungsi untuk membantu meringankan penderitaan warga Gaza sepanjang agresif biadab Israel ke wilayah itu. "Sejak perang dimulai, masjid-masjid mengintensifkan bantuan untuk warrga Gaza. Bukan hanya bantuan makanan, kami juga memberikan rawatan dan kewangan," kata Mohammaed Anshour, imam Masjid Al-Bukhari. Masjid Yarmuk di Gaza City melaksanakan tanggungjawab dengan menghulurkan bantuan untuk warga awam yang rumahnya hancur oleh serangan pasukan Zionis. Dan tanggungjawab kewangan ini disambut juga oleh warga Gaza lainnya. Meski menderita akibat serangan pasukan Zionis, warga Gaza masih mampu memberikan sumbangan untuk menolong saudara-saudaranya yang lain. Satu lagi pemandangan menakjubkan di Gaza. Ahmad, seorang anak yang cacat berusia 8 tahun misalnya, menyumbangkan semua wang yang ada padanya. Begitu pula Abu Ammar, seorang pedagang, menyumbangkan selimut dan pakaian untuk warga yang menduduki penempatan pelarian di sekolah-sekolah yang dikelola UNRWA. "Kita harus tetap bersatu dan masjid-masjid kami akan selalu menunjukkan sikap kesatuan itu. Semangat semacam ini, membuat kami tidak mudah dikalahkan," kata seorang warga Gaza yang sedang menyumbangkan wangnya ke sebuah masjid. Subhanallah... (ln/iol)

Mengenang Syaikh Said Sheyam

Menteri Dalam negeri Palestin, pimpinan Ismael Haneya, Syaikh Said Seyam syahid bersama anak dan enam saudaranya digempur F16 Israel petang semalam (15/1). Ketika itu, beliau sedang berada di rumah saudaranya di Yarmuk Gaza City. Paling kurang tiga sanak saudara dan 30 yang lain meninggal dalam peristiwa tersebut. Setengah Abad Berjuang dan Berkorban 50 tahun beliau berjuang dalam ketaatan pada Allah. Hidupnya dipenuhi pengabdian dan pengorbanan, berjihad dan berjuang serta membela nasib rakyat Palestin. Syaikh Shiam lahir pada 22/7/1959 di kem tentera Shati Gaza, bahagian barat kota Gaza. Silsilah keluarganya berasal dari marga Jaurah dekat Eskelon, wilayah Palestin jajahan 48. Beliau merupakan lulusan diploma matematik dari Darul Mualimin Ramallah pada tahun 1980. Kemudian melanjutkan pelajarann di peringkat ijazah dalam bidang pendidikan Islam dari Universiti Al-Quds(tahun 2000). Seorang Guru yang Soleh As-Syahid pernah bekerja sebagai pengajar di beberapa sekolah dan badan bantuan sosial antarabangsa di Gaza dari tahun 1980 hingga tahun 2003. Kemudian beliau keluar dari badan tersebut kerana desakan akibat keterlibatanya dengan gerakan Hamas. Lalu beliau menjadi imam dan khatib sukarela di masjid Yarmuk Kota Gaza. BeliaU juga berperanan menjadi penasihat dan khatib di beberapa masjid di Semenanjung Gaza. Syaikh Shiam bergabung dengan Jawatankuasa Rekonsiliasi yang dibentuk Syaikh As-Syahid Ahmad Yasin untuk menyelesaikan pertentangan antara pelbagai kumpulan pejuang Palestin sejak intifadhah pertama yang dikenal dengan “Intifadhah Masjid”. Beliau berkahwin pada tahun itu dan mempunyai enam orang putera. Jawatan yang Pernah Disandang As-Syahid Sepanjang hidupnya Asy-Syahid memegang banyak jawatan penting. Di antaranya sebagai ketua Jawatankuasa Guru di Gaza. Ahli Persatuan Pegawai Arab di perwakilan pertubuhan sosial antarabangsa. Pegawai pengurus hubungan luar negeri dalam Gerakan Pejuang Hamas, anggota pimpinan politik Hamas di Gaza. Beliau juga menyandang jawatan anggota Dewan Sekretariat Jenderal Universiti Isam di Gaza, Anggota Dewan Pendiri Center Research Future. Pada tahun 1980 As-Syahid memegang jawatan anggota Persatuan Mahasiswa, Darul Maualimin di Ramallah. Pada tahun 2006 beliau menjawat jawatan sebagai menteri dalam negeri dan urusan sivil. sumber : COMES

Palestin: Kenyataan 40 Ulama Al Azhar

rafah1Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada Tuhan selain Dia, Maha Kuat, Maha Penentu, Maha Perkasa, Maha Menguasai, Maha Esa, Maha Menentukan. Di dunia dan di langit ini tiada satu pun yang boleh melemahkanNya. Selawat dan salam ke atas penghulu kita Muhammad, hamba Allah dan RasulNya, imam para Mujahideen dan pemimpin pembukaan wilayah-wilayah Islam.

Sesungguhnya kejadian-kejadian yang berlaku sekarang ini di bumi Islam dan umat Islam, di bumi Gaza, Palestin yang bangkit teguh berdepan dengan pencerobohan dan penyembelihan yang diinkari oleh apa sahaja nilai, akhlak dan kemanusiaan semuanya, mewajibkan kami, sekumpulan para ulamak dan pendakwah di Mesir, menandatangani Kenyataan Umum ini sebagai mengemukakan pandangan kami, tanggungjawab kami di depan Allah swt dan menjelaskannya kepada orang ramai. PERTAMA : Sesungguhnya Palestin yang diberkati Allah swt seperti yang disebut di dalam Al-Quran adalah bumi Islam dalam erti kata yang sebenarnya, Kiblat Pertama, di dalamnya terdapat masjid yang kedua di bina di atas muka bumi, masjid ketiga suci bagi umat Islam dan tempat israk Rasul kita saw. Oleh kerana itu, sesiapa pun tidak boleh mengalah dan menyerahkan walau seinci dari buminya kepada orang-orang bukan Islam. Firman Allah swt bermaksud, “Maha suci Tuhan yang mengisrakkan (menggerakkan) hambaNya di waktu malam dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami” (Al-Israk:1). rafah2KEDUA : Zionis Antarabangsa yang berwajahkan Israel adalah manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman disepanjang sejarah mereka. Telah jelas dan terbukti permusuhan mereka terhadap Allah dan rasul-rasulNya. Merekalah dalang setiap kejahatan, kerosakan, memunkiri perjanjian, menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan Allah, khianat dan berdendam terhadap sesiapa sahaja yang berinteraksi dan mendekati mereka. Sesungguhnya mereka telah menceroboh bumi Palestin dengan mengusir dan membunuh penduduknya yang beragama Islam melalui dokongan berterusan dari Negara-negara Barat yang zalim dan bermusuhan. Firman Allah swt bermaksud, “Sungguh kamu akan dapati manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang Yahudi dan orang-orang musyrik” (Al-Ma’idah:82). Zionis Israel ini adalah kumpulan yang menceroboh dan menjajah bumi Palestin. Oleh itu Kebenaran mestilah dikembalikan semula kepada tuannya walau panjang mana berlalunya zaman. Kita tidak redha dan tidak menerima Penjajahan zalim dari puak Zionis ini terhadap Bumi Suci kita. KETIGA : Jihad dijalan Allah dan Penentangan Bersenjata adalah pilihan yang strategik ke arah mengembalikan bumi yang diceroboh dan hak yang dicuri. Zionis sebenarnya tidak mengetahuii bahasa dalam bentuk perbincangan dan tidak memahami makna Perdamaian. Cara mereka ialah pembunuhan dan melakukan kerosakan di bumi. Oleh itu kami yakin bahawa satu-satunya bahasa yang difahami oleh mereka iala bahasa Jihad dengan segala cara dan jenis. Jangan dihentikan Jihad melainkan setelah orang Zionis yang terakhir keluar dari bumi Palestin. Firman Allah swt bermaksud, “Dan persiapkan (diri kamu dalam) menghadapi mereka (dengan) apa (sahaja) yang kamu mampu dari (bentuk-bentuk) kekuatan, dan dari kuda-kuda yang disiap siaga. Dengan (kekuatan) itu kamu menakutkan musuh Allah dan musuh kamu” (Al-Anfaal:60). KEEMPAT : Mereka yang mengambil jalan Jihad dan Penentangan sebagai jalan mereka, memikul ruh-ruh mereka di atas bahu, menyumbangkan para Syuhadak, harta, mengorbankan apa yang mahal dan bernilai sebagai harga untuk membebaskan bumi ini, sekalipun musuh memiliki kelengkapan ketenteraan canggih dan kekuatan menyerang penuh kejam yang menyerlahkan kebencian membabi buta mereka terhadap setiap orang Islam, mereka itulah dari golongan yang dimenangkan dengan izin Allah. Mereka layak didokong, dibantu dan ditolong. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus ada satu golongan dari umatku yang terus terang di atas kebenaran, menentang musuh-musuh mereka sehingga datang ketentuan Allah sedang mereka masih dalam keadaan demikian. Seseorang Sahabat bertanya, “Dimanakah mereka ya Rasulullah ?”. Baginda saw menjawab, “Di Baitul Maqdis dan di sekeliling Baitul Maqdis”. (Hadis riwayat Ahmad). KELIMA : Di sini kami ingin mengingat dan menegaskan peranan masyarakat dunia dalam membantu mereka dalam isu ini dan kewajipan di segi Syarak yang agama kita mewajibkan ke atas mereka ialah berjihad di jalan Allah dengan erti kata yang sebenar-benarnya, menyumbang bantuan material, melakukan pemboikotan ekonomi, politik dan kebudayaan terhadap Israel dan terhadap negara-negara yang mendokongnya samada di Barat atau Timur, menolak untuk mengadakan hubungan dengannya dalam apa jua bentuk sekalipun. Kami menegaskan bahawa haram berinteraksi dengan badan Zionis ini dan dengan sesiapa yang mendokongnya dalam apa bentuk sekalipun. Kita wajib berpendirian seperti firman Allah swt bermaksud, “Dan janganlah kamu merasa hina, dan jangan (pula) merasa sedih sedang kamulah yang paling tinggi sekiranya kamu orang-orang beriman. Jika kamu ditimpa kesakitan, maka (ketahuilah bahawa) mereka juga ditimpa sakit seperti kamu. Demikianlah Kami mempergilirkan hari-hari (turun naik dan suka duka) dikalangan manusia. Dan supaya Allah mengetahui (siapa benar-benar) orang-orang beriman dan supaya Dia mengambil para Syuhadak dari kalangan mereka. Dan Allah tidak suka orang-orang zalim” (Ali Imran : 139-140). Menjadi kewajipan sekelian umat Islam agar bersatu dan berhimpun di bawah satu kepimpinan. Setiap dari kalangan mereka menjalankan peranan masing-masing dan meninggalkan segala bentuk perselisihan yang dimurkai Allah yang membantutkan Jihad dijalanNya. Firman Allah swt bermaksud, “Dan berpegang tuguhlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika kamu dulu bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan hati-hati dan dengan nikmatNya kamu jadi bersaudara”. (Ali Imran : 103). Ini adalah kenyataan umum kepada orang ramai. Setiap orang menanggung tanggungjawab masing-masing. Kepada para Mujahideen di Gaza, Palestin dan di mana sahaja bumi Islam yang sedang dijajah, kami katakan kepada mereka bahawa sesungguhnya dengan darah, kamu telah membayar harga Iman, keagungan dan kemuliaan. Oleh itu teguhlah kamu, maralah ke hadapan dan bersabarlah. Allah bersama kamu dan Dia sekali-kali tidak akan mensia-siakan amalan-amalan kamu. Firman Allah swt bermaksud, “Orang-orang yang apabila manusia berkata kepada mereka “Sungguh manusia telah menghimpunkan (kekuatan) untuk (memerang) kamu, maka takutkan kamu kepada mereka. (Namun yang jadi sebaliknya) maka bertambah keimanan mereka lalu berkata, ‘Cukuplah kami dengan Allah. Dialah sebaik-baik Pelindung” (Ali Imran : 173). Ditandatangani oleh : 1. Dr Muhammad Abdul Mun’im Al-Birri - Ketua Barisan Ulamak Al-Azhar 2. Dr. Nasr Farid Wasil 3. Dr Zaghlul An-Najjar 4. Dr Abdul Sattar Fathullah Said 5. Dr Muhammad Ammarah 6. Dr Al-Fattah Asy-Syeikh 7. Dr Safwat Hijazi 8. Ustaz Asy-Syeikh Jamal Qutb 9. Ustaz As-Syeikh Ahmad Al-Mahlawy 10. Dr Abdul Halim Uwais 11. Dr Mohd Rakfat Uthman 12. Dr Abdullah Barakat 13. Dr Abdullah Samak 14. Ustaz Asy-Syeikh Abu Ishak Al-Huwainy 15. Ustaz Asy-Syeikh Hazim Solah Abu Ismail 16. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Jibril 17. Dr Solah Sultan 18. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Halil 19. Dr Mohd As-Soghir 20. Ustaz Asy-Syeikh Saleim Abu Al-Futuh 21. Dr Ahmad Al-Assal 22. Dr Hazim As-Sarsawy 23. Dr Abdul Rahman Foudah 24. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Mustafa 25. Dr Hussein Syihatah 26. Dr Solah Harun 27. Ustaz Asy-Syeikh Salamah Abdul Qawiyy 28. Dr Jamal Abdul Hadi 29. Dr Hasan Ubaid 30. Ustaz Asy-Syeikh Mohd Abdul Fattah 31. Dr Ahmad Abu Huzaifah 32. Dr Alak As-Sayyid Abdul Rahim 33. Dr Umar Abdul Aziz 34. Ustaz Asy-Syeikh Rejab Zaki 35. Dr Mazin As-Sarsawy 36. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Sabry 37. Ustaz Asy-Syeikh Ahmad Al-Juhayny 38. Ustaz Asy-Syeikh Muzhir Amin 39. Ustaz Asy-Syeikh Ali Abu Al-Hasan 40. Ustaz Asy-Syeikh Mustafa Al-Azhary

SYARIKAT: Sara Lee

 sara-lee                         PRODUK & SYARIKAT-SYARIKAT BERKAITAN
  • Hanes - pakaian dalam, hosieri, stoking, pakaian dikait, pakaian kerja dan kasual
  • Playtex - pakaian dalam
  • Champion - pakaian sukan dan pakaian dalam lelaki
  • Douwe Egberts - kopi
  • Ambi Pur - wangian (freshener)
  • Bali - Pakaian dalam
  • Kiwi - kasut dan penjagaan kasut
  • Lovable - pakaian dalam, stoking
  • Pickwick - Teh
  • Brylcreem - minyak rambut dan penjagaan badan
HASIL KAJIAN Sara Lee memegang 30% saham Delta Galil, syarikat tekstil terbesar di Israel [4]. Sara Lee juga merupakan pengeluar pakaian terbesar di dunia, justeru membuka pasaran dunia kepada Israel di mana kain berasal dari Israel dijual ke seluruh dunia dengan mengunakan jenama-jenama Sara Lee yang mashyur. [3] Pada tahun 1998, Mr Lucien Nessim dari Sara Lee Personal Products telah menerima Anugerah Jubli dari Perdana Menteri Israel Netanyahu. Ini merupakan anugerah tertinggi yang pernah diberikan oleh Israel sebagai mengiktiraf individu dan organisasi yang mengukuhkan ekonomi Israel menerusi pelaburan dan jaringan perdagangan. MAKLUMAT TAMBAHAN & RUJUKAN Produk pakaian dan fesyen seperti Hanes, Bali, Wonderbra, L'eggs, Playtex, Just My Size dan Champion kini beroperasi sebagai entiti perniagaan yang berasingan - Sara Lee Branded Apparel yang merupakan syarikat dalam senarai Fortune 500. Sara Lee Malaysia berpejabat di Petaling Jaya, Selangor. Mereka memasarkan produk pengguna dalam bentuk makanan, pakaian dan juga jagaan diri. Antara produk yang terkenal di Malaysia adalah penggilap kasut Kiwi, pewangi Ambi Pur, minyak rambut Brylcreem, racun serangga Ridsect, teh Pickwick dan juga kopi Moccona. [1] Israeli Embassy List of United States Companies with Investments in Israel: http://www.israelemb.org/economic/uscompanies.htm Sara Lee - 30% interest in Delta Galil. JV with Nilit for production of POY yarns (9/96)   [2] Friends of Al-Aqsa http://www.aqsa.org.uk/flyers/boycott.html [source for Jubilee List - Islamic Human Rights Commision]   [3] American-Israeli Cooperative Enterprise: http://www.us-israel.org/jsource/states/IL.html "Sara Lee, for example, has a minority interest in Delta Galil Industries, an underwear and sock manufacturer in Israel, and now distributes its clothing around the United States."   [4] Jerusalem Post, March 1, 1999 http://www.jpost.com/com/Archive/01.Mar.1999/Business/Article-0.html "Delta Galilis the nation's largest manufacturer and marketer of textiles and is one of the largest private-label underwear manufacturers in the world. The company was one of the first local firms to benefit from the peace process, as it moved manufacturing to neighboring countries with low labor costs. Delta currently manufactures in Egypt, Jordan, Turkey and Scotland. Dov Lautman, Delta's chairman and largest shareholder holds 56% of the company and Sara Lee, the world's largest clothing manufacturer, has some 30%. The remainder is traded on the Tel Aviv Stock Exchange."   [5] Investment Promotion Center, The State of Israel Ministry of Industry & Trade website: http://www.moit.gov.il/root/Hidden/ipc/%7BF6922%7D "Nilit of Migdal HaEmek has signed a joint venture agreement with The US-based Sara Lee Corporation to manufacture POY yarn. The two will collaborate in the creation of a new firm, S.N.Fibres, at a $30 million investment, to make the fibers. Under the terms of their agreement, all of S.N.Fibres' output will be purchased by Sara Lee for processing. Sara Lee has already been involved in various Israeli textile ventures. Nilit is a nylon manufacturer for the textiles and plastics industry."   [6] http://www.saralee.com/corporate_overview/gbs/communities.html Sara Lee website has an interesting anti-boycott statement: Antiboycott: Sara Lee employees and its agents may not by law cooperate in any way with an unsanctioned foreign boycott of countries friendly to the United States. The largest international boycott today is the boycott of Israel and the related blacklist of companies doing business with Israel by certain Arab countries. Any request for information or action that seems to be related to this or any illegal boycott should be immediately forwarded to the Law Department.

Serangan Yahudi ke atas Gaza dari perspektif Yahudi-Zionis

jews-2Salah seorang pemimpin Yahudi yang terlibat dalam proses menyerang Gaza ialah Livni atau nama penuhnya Tzipora Malka ‘Tzipi’ Livni iaitu Menteri Luar Israel yang dikatakan bakal menjadi perdana menteri negara Yahudi itu selepas pilihan raya umum Februari depan. Usianya sudah separuh abad, merupakan anak kepada pendatang Yahudi dari Poland. Beliau pernah bekerja dengan agensi perisikan Israel, Mossad selama dua tahun pada 1980-an dan berpengalaman dalam bidang ketenteraan kerana pernah menjawat pangkat leftenan ketika bersama Israel Defence Force (IDF). Mendapat ijazah dari Fakulti Undang-Undang, Universiti Bar Ilan, Israel, Livni boleh berbahasa Inggeris dan Perancis selain Hebrew. Dalam arena politik Israel, beliau adalah ketua parti Kadima. Selain menjadi penyokong kuat bekas perdana menteri yang ganas, Ariel Sharon, beliau juga digelar sebagai ‘ahli politik kedua berpengaruh di Israel’ dan dipilih antara 100 orang yang berpengaruh di dunia. Forbes meletakkannya di tangga ke-52 sebagai wanita berpengaruh bagi tahun 2008. Mewarisi fikiran, sikap dan tindak tanduk Ariel Sharon, Livni menyatakan dengan tegas bahawa ‘sesiapa sahaja yang menentang askar Israel adalah musuh, dan kami akan melawan balik.’ Dalam serangan Israel ke atas Gaza, Livni didapati kerap mengeluarkan kenyataan yang mempertahankan tindakan askar Israel membunuh orang awam. Di sebalik tekanan antarabangsa, askar Israel terus membuat onar dan meneruskan agenda pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin. Kenyataan beliau yang angkuh dan tidak dapat diterima ialah ‘tidak ada krisis kemanusiaan di Gaza’ yang menyebabkan rasa marah di kalangan pemimpin negara-negara Islam seluruh dunia. Tindakan wanita ini selari dengan kepimpinan Ariel Sharon yang membenci Palestin. Dia juga tidak gentar dengan ancaman masyarakat antarabangsa kerana di belakang negara haram ini adalah Amerika Syarikat yang sentiasa menyokong apa sahaja tindakan zalim Yahudi. Baginya, kempen serangan ini adalah masa terbaik untuk menonjolkan sikap ganas Yahudi ke atas Palestin bagi meningkatkan popularitinya sebagai calon pilihan untuk jawatan perdana menteri dalam pilihan raya 10 Februari kelak. Pemimpin Amerika sendiri membiarkan rejim Yahudi meneruskan keganasan ke atas Gaza dengan berdolak-dalik pelbagai alasan bagi menghalalkan pembunuhan tersebut. Askar-askar Yahudi membunuh 100 orang rakyat Palestin sehari tetapi Hamas mengambil masa setahun untuk membunuh 10 orang askar Yahudi. Itu pun hanya menggunakan roket yang dilancarkan secara rambang. Di sebalik 12 hari serangan Israel ke atas Gaza, moral dan semangat askar-askar Yahudi pada hakikatnya semakin lemah sehingga memaksa IDF's Jewish Consciousness Field (JCF)  atau Tchum Toda'ah Yehudit iaitu cawangan agama IDF menyediakan 10,000 buah mp3 kepada ketumbukan askar Yahudi yang sedang menyerang Gaza. Kandungan mp3 ini ialah memuatkan kata-kata semangat dari para rabbi Yahudi yang menunjukkan kebencian yang amat ketara ke atas umat Islam dan rakyat Palestin. Antara mereka ini ialah, 1. Rabbi Tzadok Ben-Artzi, ketua JCF. ‘Tujuan peperangan ini ialah menyelamatkan orang Yahudi daripada musuh-musuhnya.’  [to save the Jewish people from its enemies] ‘Peperangan  di Gaza ini adalah sebahagian daripada peperangan besar yang ditujukan kepada Yahudi untuk melenyapkan syaitan di dunia ini.’ [the war in Gaza is part of a much larger mission designated for the Jewish people to eradicate evil in the world] 2. Rabbi Yehuda Zoldan ‘Melihat perang dengan Islam sebagai pertempuran bagi membersihkan kejahatan di muka bumi.’  [see the war with Islam as battle to wipe evil off the face of the earth] Kesediaan IDF menggunakan elemen agama dalam peperangan di Gaza menunjukkan serangan berkenaan bukan sekadar hendak melemahkan Hamas sebaliknya membunuh seberapa ramai orang Islam dan Palestin atas dasar arahan agama, sesuatu yang tidak pernah dipandang oleh golongan Arab dan masyarakat dunia yang lain. Mereka yang masih menganggap serangan Israel ini sebagai krisis dalaman pada hakikatnya telah melakukan kesilapan besar kerana matlamat Yahudi sebenarnya adalah menghapuskan Islam dan mengukuhkan kedudukan Yahudi-Zionis di rantau itu. Askar-askar Israel yang dilatih untuk tidak takut dengan pembunuhan, darah dan mayat kanak-kanak akan bertindak melakukan apa sahaja supaya cita-cita agung Zionis akan tercapai.

Gaza: Kenyataan Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Ustaz Mahdi Akef

mahdiakif Kenyataan Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Ustaz Mahdi Akef tentang apa yang sedang berlaku di Gaza. Dengan Nama Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka yang berwalak kepada-Nya. Firman Allah swt bermaksud, "Allah menetapkan, 'Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa" (Al-Mujadalah:21). "Sesungguhnya Kami akan memenangkan Rasul-rasul Kami dalam kehidupan di dunia dan di hari dibangkitkan saksi-saksi" (Ghafir:51). Sabda Rasulullah saw bermaksud, "Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran. Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan sedemikian'. Sahabat bertanya, 'Dimanakah mereka'. Rasulullah saw menjawab, 'Mereka di Jerusalem dan disekeliling Jerusalem (Palestin)'. Wahai pendokong Dakwah ini ! Wahai mereka yang bersiap siaga di Palestin ! Wahai mereka yang di kepung di Gaza dan di Al-Khalil (Hebron) ! Setiap fasa ada kemenangan. Bila semakin sengit kezaliman dan kuat kepungan yang zalim dan semakin kuat cengkaman musuh dari kalangan bangsa sendiri terhadap pejuang-pejuang Islam, maka kezaliman sanak saudara lebih perit dirasakan ke atas jiwa kita, maka sesungguhnya kemenangan di fasa itu adalah berpegang teguh dengan Prinsip, tidak mengalah untuk mendapatkan Hak-hak, membuat persiapan untuk fasa berikutnya. Kemenangan itu juga adalah kita menang mengatasi jiwa agar tidak menjadi lemah, azam tidak mengendur, bisikan Syaitan dan perbuatan orang-orang munafik. Imam Al-Banna berkata tentang erti Tsabat, 'Berterusan akh itu bekerja dan berjihad di jalan mencapai matlamatnya, walau sepanjang mana tempoh dan silih berganti tahun demi tahun, hingga dia bertemu Allah dalam keadaan demikian dan dia telah menang dengan mendapat salah satu dari dua Kebaikan, samada Matlamat tersebut atau Mati Syahid di peghujungnya. Firman Allah swt bermaksud, "Dari kalangan orang-orang beriman terdapat mereka yang benar janji mereka kepada Allah. Dari kalangan mereka ada yang telah Syahid. Dan sebahagian lagi masih menunggu dan mereka tidak menrubah sedikitpun janji mereka itu" (Al-Ahzab:23). Pada kita, waktu adalah sebahagian dari rawatan (penyakit diri dan umat ini). Jalan ini panjang tempohnya, jauh fasa-fasanya, banyak halangan-halangannya, akan tetapi itulah satu-satunya Jalan yang mnyampaikan kepada apa yang dituju, disamping beroleh pulangan yang besar dan pahala yang indah. Ya, wahai pendokong Dakwah di Palestin, bahkan dengarlah wahai semua penduduk dunia ini ! Bukan resolusi-resolusi Persidangan Anapolis atau PBB, bukan juga sidang-sidang damai bersiri demi siri, bukan juga janji-janji palsu dan ancaman yang berterusan. Buka semua itu atau seumpamanya yang akan mengembalikan hak-hak dan menamatkan Penjajahan. Hak-hak kita akan dikembalikan, musuh-musuh kita akan terpaksa mendengar permintaan kita hingga mereka keluar dari negeri kita atau duduk dalam sidang yang serius yang boleh mewajibkan mereka mengembalikan hak-hak kita, hanyalah melalui Penentangan semata-mata, Jihad yang berterusan, berpegang teguh dengan Prinsip-prinsip, perpaduan dalam tanahair, menghidupkan ruh Penentangan dan perasaan yang tinggi, cinta kepada Syahid dijalan Allah dan tidak takut kepada mati. Wahai para mujahid Gerakan HAMAS, Sesungguhnya kamu telah menyambut panji-panji Jihad Penentangan terhadap Penjajahan dari generasi terdahulu. Kami telah mengibarkan panji-panji "Syahid atau Menang". Kamu telah menyumbang para Syuhadak demi para Syuhadak yang diberkati. Betapa pemurahnya kamu menyumbangkan ribuan yang disumbat ke dalam penjara, ribuan yang menjadi luka dan cacat, ribuan janda dan anak yatim. Apabila perasaan lemah dan Wahan (cinta dunia dan takut mati - Hadis) menyelinap masuk ke dalam jiwa orang-orang yang terdahulu dari kamu di jalan Penentangan ini (mereka dulunya berjuang, kini bersekongkol dengan Amerika dan Israel - pent.), kini kamu wahai HAMAS, sehingga ke saat ini, menjadi batu pejal yang menghempap yang memusnahkan angan-angan Penceroboh, Perampas tanah dan Penjajah. Sejak 20 tahun lalu, gerakan mu tersebar di seluruh Gaza yang diberkati, Tebing Barat yang dipenuhi Jihad dan di pelusuk Palestin, dengan mengangkat panji-panji Intifadhah (kebangkitan) bersama-sama mereka yang bangkit, dan panji-panji Penentangan bersama-sama mereka yang menentang. Kamu dapat memastikan kesemua kumpulan di Palestin bernaung di bawah panji-panji Jihad dan bertarung dengan Musuh yang jahat lagi kotor, yang berusaha sepenuh tenaga untuk memecahkan kesatuan barisan rakyat Palestin. Malangnya musuh berjaya dalam banyak aspek dimana dikalangan sebahagian pemimpin Palestin ada yang menyifatkan usaha-usaha Penentangan sebagai sia-sia, Jihad dengan gambaran yang jelek yang Musuh-musuh sendiri tak tergamak untuk menyebutnya. Ya, musuh telah berjaya membunuh simbol perjuangan Palestin, Yasser Arafat dengan menggunakan racun oleh orang-orang yang rapat dengan beliau supaya kumpulan lain yang disukai oleh musuh pula menguasai medan melalui segala bentuk godaan, ancaman, janji manis dan amaran sehingga kepungan yang zalim ini dapat berjalan dengan kerjasama kumpulan tersebut yang membantu menyiksa umatnya dan menghukun rakyatnya sendiri. Wahai para Mujahideen HAMAS, Telah berlalu hari-hari yang perit, dan kamu telah brtahan teguh dengan sebenar-benarnya. Penentang dan ketahanan kamu bersama dengan para penentang, mujahideen dan seluruh pelusuk dunia, telah memberikan kesan dalam menamatkan tempoh pedih dalam sejarah dunia dan Amerika yang dikuasai oleh kumpulan perampok dan orang-orang jahil ditampuk pimpinan Amerika dan antarabangsa sehingga membawa kepada kehancuran dan kerugian. Di penghujung tempoh kumpulan ini dibawah kepimpinan George Bush II, tersebar dari pusat-pusat penyelidikan terhadap jenayah-jenayah mereka terhadap kemanusiaan. Adakah didunia ini siapa yang akan mengadili mereka di Mahkamah Jenayah Antarabangsa, setelah mereka dihukum di Pilihanraya Amerika, supaya ianya tidak berulang di masa akan datang? Jutaan manusia terbunuh, jutaan tercedera, penyiksaan yang mengerikan, tawanan rahsia, penjara rahsia dan belum lagi penggelapan ratusan bilion dolar, mensia-siakan usaha tenaga perusahan dan perniagaan serta kekayaan di peringkat antarabangsa ! Sesungguhnya tempoh perit dalam sejarah dunia juga tamat bermula di zaman Presiden Reagan. Kini dunia bersedia pula untuk masuk ke fasa baru. Umat Arab dan Islam mestilah mempunyai peranan dan tempat akan tetapi titik permulaannya ialah kita mesti merubah apa yang ada dalam jiwa kita, kemudian kita mendapatkan semula kebebasan dan hak menentu halatuju. Kita hendaklah memiliki kemahuan yang bebas dari sebarang belenggu selain dari ikatan berpegang dengan arahan Allah dan Syariat Islam. Wahai mereka yang bersiap siaga di Bait Maqdis (Jerusalem) dan di sekeliling Bait Maqdis, Sesungguhnya kamu bukan sahaja mempertahankan bumi dan tempat suci kamu semata-mata, bahkan kamu mempertahankan maruah umat Arab dan umat Islam seluruhnya, juga mempertahankan tempat-tempat suci umat Islam dan Kristian. Bahkan saya tidak berlebih-lebih bila mengatakan bahawa sesungguhnya kamu mempertahankan nilai kebebasan, kemuliaan dan persamaan demi kemanusiaan seluruhnya, berdepan dengan apartheid, kebencian, pembezaan, pencerobohan yang lahir dari falsafah Sekular yang dihasilkan di kurun lalu oleh benih Nazi, Komunis, Atheis yang dieksploitasikan oleh Apartheid dan Zionis. Zaman sebahagian mereka telah berlalu dan dengan izin Allah dan bantuan mereka yang mulia dan merdeka, akan mengalahkan Zionis, Apartheid dan Atheis. Sesungguhnya Islam yang agung yang kamu kibarkan panji-panjinya, tidak mengenali perbezaan warna kulit, bahkan ia adalah agama persamaan dan toleransi, tidak membawa apartheid yang sangat dibenci manusia. Bahkan Islam ini adalah apa yang disabdakan Rasulullah saw bermaksud, 'Setiap kamu adalah dari Adam, dan Adam adalah dari tanah". Kepada Umat Arab dan Islam, Janganlah kamu diperolok dan diperdayakan oleh kempen hitam dan media yang punah diperlakukan sekehendak Syaitan. Mereka memerangi tanpa henti bersama dalam barisan musuh-musuh umat Islam. Dengarlah suara hati nurani kamu yang tidak boleh menerima tindakan berdiam diri tanpa menolong pihak yang benar, saudara mara kamu di dalam kemanusiaan, agama dan Arab. Mereka dikepung oleh semua pihak agar memaksa mereka untuk tunduk menyerah diri kepada ketamakan musuh dan perancangan Zionis. Wahai pemimpin dan kerajaan Arab, Tiba masa kamu harus sedar dari lamunan, dan mengambil pendirian yang sebenar-benarnya. Kembalilah menilai pendirian dan strategi politik kamu sejak berdekad-dekad lalu. Bukalah lembaran baru bersama-sama rakyat kamu demi mencapai kemuliaan dan keagungan buat umat ini. Saya tidak akan sekadar mengajak kamu mendokong hak Palestin dan menganjur peperangan demi membebaskan Palestin semata-mata, bahkan saya menyeru agar kamu jangan bekerjasama dalam membuat kepungan yang zalim dan melenyapkan isu Palestin. Isu ini tidak akan mati. Isu ini tidak akan berhenti sehingga Kebenaran kembali kepada tuannya. Adapun kamu, maka kamu akan dihukum oleh sejarah samada menyebelahi atau mendakwa kamu. Diakhir nanti, kamu akan berdiri di mahkamah Maha Adil, Maha Mengetahui, menghitung kamu apa yang kamu perbuat, apa yang kamu zahir dan rahsiakan. Kepada kamu wahai Mujahideen, wahai mereka yang berada di medan batalion Syuhadak di Gaza Intifadah, Gaza yang dijajah, Gaza yang dibebaskan, Gaza yang diberkati ... Bergantunglah kamu kepada Allah swt. Yakinlah terhadap kemenangan dan pertolonganNya. Ikhlaskanlah wajah kamu hanya kepada Nya semata-mata. Ketahuilah bahawa Kemenangan itu datang bersama Kesabaran. Kesatuan barisan dalam rakyat Palestin adalah mesti demi mencapai kemenangan. Bersabarlah terhadap pembangkang kamu. Tanggunglah kesakitan yang dilakukan oleh mereka yang sebangsa dengan kamu. Haapkanlah senjata kamu ke arah musuh sahaja semata-mata dan ke arah dada-dada Zionis yang menjajah. Jangan menunggu-nunggu apa jua pun dari Obama Amerika, Syarkozy Perancis dan Bangsa-bangsa Bersatu. Jangan mengharap-harapkan apa jua dari "Mubadarah Arabiah (tawaran dari pihak Arab)" (tawaran Arab diketuai Raja Abdullah dari Saudi iaitu "Israel serah Gaza dan Tebing Barat dan Israel dapat perdamaian dari Arab") kerana kesudahannya nanti adalah kegagalan, kerana musuh terus menggunakan politik menceroboh dan kerana ianya tidak mencapai walau hak Palestin yang minima, memusnahkan hak Pelarian Palestin untuk kembali ke kampung halaman mereka yang kita tidak mungkin mengalah dalam hal ini. Janganlah kamu masuk ke dalam strategi bentuk perbicangan dan kata-kata, bahkan hendaklah kamu bekerjasama dengan sepenuh tenaga mereka yang ikhlas ke arah memenangkan isu kamu. Hendaklah resolusi-resolusi kamu bebas sebebas-bebasnya. Dengarlah seruan Ilahi dari tujuh petala langit bermaksud, "Wahai orang-orang beriman, bersabarlah, kuatkanlah kesabaranmu, bersiap siagalah dan bertaqwalah mudah-mudahan kamu berjaya" (Ali Imran:200). Allahu Akbar, walillahi Hamd. Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para Sahabat. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Ustaz Mahdi Akef, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Kaherah.