1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

SYARIKAT: Johnson & Johnson

jnj1                        PRODUK & SYARIKAT-SYARIKAT BERKAITAN
  • Produk bayi seperti sabun, lampin pakai-buang, shampu
  • Produk krim kecantikan dan rawatan kulit, krim ubatan seperti Clean&Clear, Neutrogena
  • Produk kesihatan seperti Listerine, Acuvue, Tuala wanita Carefree
  • Peralatan kesihatan seperti alat mengawasi tahap glukos
HASIL KAJIAN: Johnson & Johnson telah mengambil-alih syarikat Israel Biosense dengan pembelian bernilai $400 juta [1]. Pada tahun 1998, Mr Roger S Fine, mewakili Johnson & Johnson, telah menerima Anugerah Jubli daripada perdana menteri Israel Netanyahu. Ini adalah merupakan anugerah penghormatan tertinggi oleh Israel sebagai mengiktiraf individu dan organisasi yang menguatkan ekonomi Israel melalui pelaburan dan jaringan perdagangan [2]. MAKLUMAT TAMBAHAN & RUJUKAN: Di Malaysia, Johnson & Johson beroperasi melalui anak-anak syarikatnya seperti LifeScan Malaysia dan Johnson & Johnson Medical Manufacturing Sdn Bhd. Lifescan mengeluarkan alatan perubatan seperti alat sistem mengawasi glukos dalam darah berjenama OneTouch, SureStep dan SmartScan. Manakala barangan pengguna dan bayi dipasarkan melalui Johnson & Johnson Sdn Bhd sejak 1960 lagi. Antara jenama yang dipasarkan adalah ACUVUE Eye Care, shampu dan sabun Bayi Johnson's dan Listerine. [1] Israeli Embassy List of United States Companies with Investments in Israel http://www.israelemb.org/economic/uscompanies.htm Pejabat Johnson & Johnson Israel terletak di Shfayim. Mereka mengambil-alih Biosense, sebuah pengeluar elatan perubatan fi Haifa dengan anggaran nilai $400 juta dari keseluruhan saham Johnson & Johnson pada bulan September 1997. Mereka juga melabur dengan Polaris & Omega untuk membantu perusahan perubatan. [2] Friend of Al-Aqsa http://www.aqsa.org.uk/flyers/boycott.html [source for Jubilee List - Islamic Human Rights Commision]

Dentuman bom setiap saat

Adham Khalil, Kem Pelarian Jabalya, Gaza 13 Januari 2009 Keadaan di sini sangat mengerikan. Hari ini paling teruk. Gerombolan kapal terbang F-16 berterbangan di udara dan fosforus putih bertaburan dari langit. Saya tidak dapat tidur malam tadi. Bunyi tembakan di utara dan timur membuatkan kami semua terjaga. Biasanya rumah kami tidak ada bekalan elektrik. Jadi bila kami mendapat bekalan tenaga elektrik untuk satu atau dua jam, semua ahli keluarga akan sibuk. Kami mencaj talipon mobil, mengepam air, membakar roti. Tetapi saya melihat terlalu banyak kejadian yang menyayatkan di television, hingga saya rasa adalah lebih baik jika hidup tanpa bekalan elektrik. Sehingga kini, keluarga saya baik sahaja tetapi saya terasa malu untuk bercerita tentang keluarga saya. Sesiapa saja di Gaza adalah keluarga saya. Kami sengsara bersama, dilanyak dan dilupakan bersama, dan kami kini hampir mati. Keadaan sangat merbahaya di sini dan di mana saja di Gaza. Menjelang pukul 5 petang, jalan-jalan akan kosong. Tidak ada seorang pun keluar dari rumah. Tapi walaupun di dalam rumah, kami tidak selamat. Saya sumpah, kadang-kadang saya boleh hidu kematian di sekeliling kami. Ini bukanlah peperangan antara Hamas dan Israel. Saya adalah seorang saksi di Gaza dan jika anda fikir Gaza adalah sebuah negeri dan Hamas adalah pasukan askar yang besar dan kuat, semua itu adalah penipuan. Hamas tidak ada kereta kebal, kapal terbang perang, mahupun kapal perang. Mereka hanya ada roket buatan sendiri, senjata yang sederhana. Mereka tidak dapat berbuat apa dengan kebesaran dan kekuatan tentera Israel. Kami hidup di bawah kepungan sepenuhnya, dengan pembunuhan setiap hari dan rumah dimusnahkan. Hamas dan faksi-faksi Palestin yang lain cuba mempertahankan Palestin daripada pembunuhan beramai-ramai yang berterusan, penaklukan dan serangan udara. Penaklukan Israel dan tidakan-tindakan di Gaza adalah berbentuk teroris, sebagaimana tindakan dan polisi mereka sejak kempen penghapusan etnik pada tahun 1948. Saya kira apa yang berlaku kali ini adalah bencana yang paling teruk pernah saya lihat. Saya tidak ada sebarang senapang atau senjata. Saya hanya berjuang dengan menceritakan kebenaran. Ramai yang bertanya cara untuk menghantar wang dan makanan. Tapi apa yang kami perlukan adalah kebebasan dan berakirnya tembakan. Jangan hanya duduk diam terhadap jenayah pembunuhan Israel dan Holocaust terhadap rakyat Palestin. Desakan untuk menghentikan kepungan ini mestilah lebih hebat daripada hujanan bom yang jatuh di atas kami. Adham Khalil seorang penduduk kem pelarian Jabalya. Dia merupakan pemimpin pemuda di Perpustakaan Kanak-kanak Al Assria. Blog beliau, Free Free Palestine, boleh dicapai di http://nagyelali.blogspot.com. MIDEAST ISRAEL PALESTINIANS g-massacro14 g-massacro15 g-massacro17 g-massacro16 g-massacro19 APTOPIX MIDEAST ISRAEL PALESTINIANS

Israel cuba menghalang siaran gambar-gambar di Gaza

france24Israel mengharamkan media asing daripada memasuki Genting Gaza. Seorang pemberita dan penulis khusus dalam ehwal peperangan, Arnaud Mercier, menceritakan bagaimana Israel membuat kawalan ketat terhadap laporan berita dari Gaza. Beliau yang juga merupakan seorang penyelidik di CNRS - Centre National de la Recherche Scientifique (Pusat Kajian Saintifik Kebangsaan Perancis) telah ditemubual oleh siaran TV France 24. FRANCE 24: Israel tidak membenarkan wartawan antarabangsa memasuki Genting Gaza. Mereka memberi alasan berkaitan keselamatan para wartawan. Apa pandangan anda? Mercier: Alasan ini tidak dapat memperbodoh sesiapa. Benar, wartawan sentiasa mendedahkan diri mereka kepada bahaya semasa perang. Ada kawan-kawan saya yang meninggal ketika membuat laporan. Di Gaza, keselamatan wartawan tidak mungkin menjadi kebimbangan utama tentera Israel. Israel memperkenalkan pencegahan ke atas percetakan dan siaran gambar-gambar yang mungkin akan melemahkan semangat dan persepsi masyarakat. Selepas kegagalan dalam perang di Lubnan pada tahun 2006, IDF (Israel Defence Forces) memutuskan untuk mengenakan kawalan yang ketat ke atas wartawan. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan yang boleh dibawa oleh gambar-gambar tersebut kepada pandangan masyarakat antarabangsa (terhadap serangan Israel di Gaza.) Tentera Israel sedar akan kawalan yang telah diambil oleh Pentagon semasa era perang Vietnam, iaitu konflik yang dibawa oleh gambar-gambar menyebabkan gelombang kejutan di kalangan masyarakat. FRANCE 24: Dari segi risiko, adakah situasi di Gaza unik? Mercier: Malangnya, 'bahaya' adalah kebisaannya menjadi ganjaran dalam peperangan seperti ini. Genting Gaza adalah satu kawasan bandar, terdedah kepada peperangan gerila dalam bandar, dengan risiko tembakan dan letupan betul-betul di pusat bandar. Di kawasan ini, wartawan benar-benar terdedah kepada bahaya. Tetapi tidak lebih dari Chechnya dan mana-mana kawasan perang mutakhir ini. FRANCE 24: Beberapa gambar yang menunjukkan orang mati dan tercedera diberikan oleh Hamas. Ada yang mencurigai kesahihannya. Adakah kita berurusan dengan satu perang yang 'tertutup'? Merceir: Tidak semuanya tertutup. Penutupan lebih di pihak Israel dan komuniti antarabangsa. Doktrin pencegahan oleh Israel adalah suatu yang pelik. Gambar-gambar peperangan disiarkan di stesen-stesen TV Arab ke seluruh dunia. Kalau semuanya datang dari Hamas atau wartawan Arab sekalipun, ini tidak sekali-kali menjadikannya sebagai sumber yang tidak boleh dipercayai. Malahan mereka menjadi bukti kepada bedilan ke atas penduduk Gaza. Gambar-gambar juga dikeluarkan dan disebarkan oleh pihak lain, contohnya di Internet. Masalahnya adalah samada siaran-siaran Barat ingin menggunakan gambar-gambar yang diambil orang tempatan atau tidak. Mungkin orang boleh pertikai gambar-gambar hamas sebagai bahan propaganda. Tetapi di dalam peperangan komunikasi serba moden, sekatan atau pencegahan terhadap media itu sendiri adalah satu propaganda. Satu sikap yang berkecuali adalah dengan mengambil sebahagian dari gambar-gambar Israel - yang diambil dari jarak jauh - di samping gambar-gambar yang diambil oleh orang Arab untuk mengimbangi semuanya. Pun begitu, sikap sebegini juga tidak dapat dicapai.

Israel cuba memulihkan imej yang 'tercemar'

imejisraelDengan serangan bertubi-tubi 'ala-holocaust' ke atas Gaza masuk minggu ke-4, dan dengan rakyat Palestin dibunuh dan dicederakan tanpa sedikitpun rasa peri kemanusiaan, sementara ratusan lagi tertimbus di bawah runtuhan, Zionis Israel  merancang 'serangan hubungan awam' sebagai usaha untuk membuatkan dunia lupa kepada 'pandangan buruk terhadap mereka' atas apa yang berlaku di Gaza. Kementerian Luar Israel telah memohon bantuan sebuah firma PR (Public Relations - Perhubungan Awam) Amerika bagi mendapatkan 'pelan PR menyeluruh' yang boleh mengukuhkan lagi imej Israel berikutan serangan mereka ke atas Gaza. Beberapa pakar ketenteraan cuba membandingkan kemusnahan di Gaza dengan apa yang berlaku di bandar Dresden, Jerman, apabila serangan udara Royal Air Force (RAF) British diperhebat menjelang minggu-minggu terakhir Perang Dunia ke-2. Menurut akhbar-akhbar tempatan Israel, Jabatan Hasbara (propaganda) Kementerian Luar Israel telah mewujudkan pasukan petugas khas untuk bersedia menghadapi kesan persepsi dari serangan bertubi-tubi mereka di Gaza. Akhbar Ha'aretz menyebut pasukan petugas khas tersebut akan bertanggungjawab untuk memulih imej Israel yang tercemar. "Tanggapan umum adalah Israel kini mengalami pukulan hebat ke atas imejnya di kalangan masyarakat Barat berikutan ramainya masyarakat awam yang terkorban di Gaza." Aktivis-aktivis Palestin dan pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia yang beroperasi di Palestin telah menyebarkan gambar-gambar ratusan kanak-kanak yang tercedera hingga cacat dengan teruk dan mati, yang sangat menyayat hati, kesan dari serangan udara dan bom yang tidak berhenti ke atas kawasan-kawasan awam. Pegawai-pegawai Palestin menggambarkan serangan berterusan Israel ini sebagai holocaust yang sebenarnya. "Apa yang Israel lakukan terhadap rakyat Palestin di Gaza adalah holocaust yang sebenarnya. Israel membunuh orang awam secara beramai-ramai, memusnahkan rumah, masjid dan institusi awam," kata Perdana Menteri Palestin, Ustaz Ismail Haneyya, Selasa lalu. Khamis lalu, sumber-sumber dari hospital di Palestin menyebut lebih 1100 orang, kebanyakannya kanak-kanak dan orang awam, terbunuh dan lebih 5000 yang lain tercedera, ramai yang kritikal, akibat serangan bom secara liar oleh jet-jet F-16 Israel. Israel juga telah sengaja menggunakan kekuatan tentera dan peralatannya secara keterlaluan, termasuklah penggunaan 'bunker buster bomb' dan peluru fosfor putih terhadap orang awam yang sama sekali tidak mampu untuk berlawan mahupun menyelamatkan diri. Akhbar-akhbar Israel juga menyebut bahawa pegawai-pegawai Israel bimbang kepada sentimen negatif terhadap Israel yang akan berkembang apabila gambaran sebenar serangan mereka ke atas Gaza dapat dilihat tidak lama lagi. Pegawai-pegawai Hasbara telah mencadangkan beberapa langkah pemulihan imej Israel, termasuk penglibatan intensif askar-askar Israel untuk memindahkan makanan dan perubatan kepada penduduk Gaza di kawasan yang telah mereka serang. Seorang jurucakap akhbar negara Israel dilaporkan membuat cadangan penggunaan apa yang dipanggil 'taktik gula-gula' sebagai penggalak pemulihan imej mereka. 'Taktik gula-gula' ini berbentuk pembikinan filem yang menggambarkan askar-askar Israel menghadiahkan gula-gula kepada kanak-kanak Palestin, terutamanya selepas mereka melakukan pembunuhan kejam. Bagaimanapun, sumber-sumber Israel mengaku bahawa tidak kira betapa berkesannya usaha-usaha yang dilakukan oleh Hasbara, realiti yang menggemparkan di Gaza tetap tidak mungkin dapat dipadamkan. Inilah sebabnya Kementerian Luar Israel mencadangkan supaya negara Yahudi tersebut mengaktifkan semula proses damai dengan Palestin (Palestinian Authority.)

Hospital al-Quds - satu dari sebilangan kecil hospital yang masih berfungsi - dimusnahkan Israel

15 Januari - Ketika hari masih terlalu awal, tentera Israel yang telahpun menakluk dan menduduki kawasan Tel el Hawa mula membedil dan mengebom hebat hospital al Quds dan bangunan apartmen dan kedai-kedai di sekelilingnya. Penduduk yang tinggal di kawasan sasaran terbaru ini bergegas lari menyelamatkan diri, membawa nasib bersama-sama mereka yang sebelum ini terpaksa berpindah, berlindung di rumah-rumah saudara mara - jika bernasib baik, atau di sekolah-sekolah - jika terpaksa. Pasukan perubatan dan sukarelawan di hospital tersebut melaporkan sekurang-kurangnya 150 panggilan bantuan tidak dapat disambut kerana pergerakan mereka terhad sebab kehadiran kereta-kereta kebal dan penembak-penembak tepat di luar bangunan. hosp-aqsa-0Seorang sukarela perubatan bernama Mohammed, melaporkan: "Israel menembak ke arah siapa saja yang meninggalkan rumah mereka." Sharon, seorang pendokong hak kemanusiaan antarabangsa, menceritakan bagaimana letupan kuat disasarkan pada awal pagi. "Kira-kira jam 10 pagi, roket jatuh di luar pejabat berhampiran unit pediatrik yang menempatkan bayi-bayi dalam inkubator. Kemudian datang roket kedua sejurus selepas itu di tempat yang sama, menyebabkan kebakaran." Beliau juga menyebut dua lagi letupan kedengaran, yang kemudiannya didapati menyebabkan kebakaran sehari suntuk di pusat simpanan. "Ada satu keluarga ketakutan untuk tinggal di dalam rumah, hanya berdiri di luar hospital al Quds," kata Sharon lagi. Seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun tiba-tiba terjatuh apabila peluru penembak tepat dari jarak jauh, menepati badannya. Kanak-kanak malang itu kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Shifa. hosp-aqsa-3hosp-aqsa-1Ambulan dari bandar Gaza dan Jabaliya dipanggil pada jam 10:30 malam supaya segera ke hospital al Quds yang terbakar untuk menyelamatkan pesakit yang masih berada di dalam bangunan. Ratusan pesakit dihalang oleh kereta-kereta kebal dan penembak tepat Israel daripada berpindah ke tempat yang lebih selamat. Hampir 11 malam, ambulan kami tiba. Suasana di situ begitu kecoh, kenderaan dan pegawai perubatan berebut-rebut untuk cuba memadatkan pesakit-pesakit ke dalam ambulan sebelum memecut ke Shifa, yang penuh sesak dengan pesakit, dan sekarang semakin penuh sesak dengan ambulan dan pesakit yang baru tiba. Angkut, tinggalkan, pecut semula di atas jalan yang tidak langsung sesuai untuk kegunaan kenderaan, apa lagi bagi ambulan-ambulan yang berkejaran pergi dan balik. Angkut, pecut lagi, tinggalkan.... Beberapa kenderaan berjaya mengeluarkan pesakit, di mana pesakit-pesakit terpaksa menunggu lebih lama diusung dengan katil dan strecer dalam jarak dua bangunan daripada kebakaran, tetapi masih terdedah kepada kereta-kereta kebal dan penembak tepat jarak jauh. Tiba-tiba kami dapat merasakan kehadiran bahaya tembakan dan serangan bom. Tapi pasukan perubatan bertindak membantu dulu, dan cuma bimbang tentang semua bahaya itu (secara sedar) kemudian nanti. Kegelapan, jalan-jalan yang rosak, kesesakan, kecemasan, kesejukan... suatu kesukaran yang menggila, tapi alhamduliLlah berjaya. Tapi ianya masih tidak masuk akal saya: hospital tersebut sudahpun bertungkus lumus untuk merawat pesakit sedia ada dan kemasukan berterusan mereka yang tercedera, seperti mana-mana hospital di Gaza sekarang. Serangan berterusan, tidak tahulah bagaimana ianya boleh berterusan... setakat 30 minit lalu, 1,199 orang telah terkorban. Mungkin sekarang lebih ramai lagi, selepas sebuah lagi sekolah PBB dibom. Dalam keadaan hospital dan pegawai perubatan bertungkus lumus membantu, dalam keadaan serba kekurangan itu, Israel terus meningkatkan lagi penderitaan, cabaran kepada perubatan, peluang untuk terus hidup dan kewarasan manusia. Israel memusnahkan hospital ini, dan membuatkan kami berlumba-lumba untuk menyelamatkan mereka yang sudahpun tercedera, sudahpun hampir kepada kematian. Jadi sekarang kami rasa lega... kerana mereka yang kami 'selamatkan' dari bahaya dapat sekali lagi diselamatkan. Tapi kami tetap mengharungi rintangan, sekali lagi dan lagi, dalam pergelutan harian. hosp-aqsa-4hosp-aqsa-5hosp-aqsa-6hosp-aqsa-7hosp-aqsa-8hosp-aqsa-9hosp-aqsa-10Keesokannya, ketika meninjau kemusnahan akibat serangan dan tembakan, Haithem menceritakan bagaimana dia bersama seorang sukarelawan perubatan cuba menyelamatkan seorang lelaki yang ditembak dan cuba bergerak ke hospital al Quds dari arah apartmen yang dikepung. Mulanya penembak tepat daripada tingkat atas sebuah bangunan yang lebih tinggi menembak badannya, dua kali. Bila dia terjatuh, Haithem dan rakan perubatannya menjerit dan bergerak ke arah lelaki tersebut, dan hampir dapat mencecah lelaki tersebut. Penembak berkenaan sekali lagi menembak, kali ini terkena kaki lelaki tersebut dan menyebabkan mereka lari menyelamatkan diri. Dalam keadaan menggelabah akibat tembakan itu, dan kebakaran di beberapa bangunan hospital al Quds, dan pemindahan ratusan pesakit dan mereka yang tercedera, Haithem tidak dapat mengesan lelaki malang tadi. Haithem percaya, dengan kaki dan badan yang tercedera, dan halangan daripada mendapatkan rawatan, kecederaan lelaki tersebut sudah tentu boleh membawa kematian. Serangan Israel terkena hospital al Quds, bangunan pusat kebudayaan yang bersebelahan, dan pusat operasi Red Crescent. Dalam semua kes, kerosakan adalah teruk, menyedihkan. 2 buah ambulan, kereta, dan seluruh bangunan berkenaan musnah. Sukar sekali untuk mencari kawasan berdekatan yang tidak terkena, terbekas atau terbakar akibat serangan. Pusat kebudayaan, persis sebuah pusat pemulihan yang berprestij, mempunyai sebuah pawagam, bilik sauna, bilik-bilik seminar, dan lukisan-lukisan yang menarik di dinding-dinding. Sebilangan lukisan yang hangus dan candelier yang berkecai seakan memberi kehormatan kepada keindahan pusat tersebut suatu masa dulu. Di luar pusat operasi Red Crescent, kerangka dua buah ambulan, remuk, musnah. Bauan busuk bahan kimia, kumbahan dan sampah mencemarkan udara. Api masih membakar bangunan simpanan. Balang-balang oksigen yang kosong dan peralatan yang musnah dapat dilihat dalam sisa-sisa bangunan dan barangan yang hangus. hosp-aqsa-11hosp-aqsa-12hosp-aqsa-13Penderitaan yang bertidih-tindihan. Sebelum serangan, mereka dikepung sepenuhnya, sehingga tidak ada tempat untuk bersuka-ria. Taman permainan Barcelona adalah satu daripadanya. Ia adalah kawasan hijau, sebuah oasis dalam bandar yang sibuk. Selepas kereta-kereta kebal musnahkan semuanya, taman Barcelona menjadi kubang trek kereta kebal dan sisa-sisa kemudahan yang rosak. Di taman Barcelona, dalam daerah Tel al Hawa, orang ramai cuba memulihkan peniggalan serangan kereta kebal semalam. Ada yang membersihkan runtuhan dan sisa-sisa rumah, kedai dan kereta; ada yang meninjau runtuhan pusat Red Crescent, peralatan dan perubatan yang terbakar dan berbara; ada yang duduk beramai-ramai di atas tangga apartmen, hanya melihat atau tidak lagi dapat mengingati keadaan sebelum semua kemusnahan ini. Berapa banyak kenangan yang dimusnahkan oleh serangan ini? Berapa serius kita berfikir tentang kesan psikologi ke atas kemanusiaan akibat serangan ke atas mereka yang terkepung ini? Dan kira-kira pukul 3 petang, walaupun keadaan agak sunyi, derungan enjin kereta kebal masih terus kedengaran, dan tembakan bermula kembali. Sekarang, dalam saya menamatkan laporan ini, dikatakan serangan telah dilancarkan tepat ke sebuah lagi sekolah PBB di Beit Lahia. Laporan terkini menyebut bahawa ianya diserang oleh roket, kemudiannya dibom dengan fosforus sebanyak dua kali. Dua disahkan mati, semuanya kanak-kanak. Ramai, terlalu ramai lagi tercedera teruk, kehilangan anggota badan dan juga terbakar. [caption id="attachment_1304" align="alignleft" width="290" caption="Gerai buah-buahan, dalam perjalan pulang dari hospital al Quds. Gerai yang tidak seberapa, untuk mereka yang berpendapatan rendah. Harap-harap peniaganya tidak berada di gerai tersebut ketika diserang."]Gerai buah-buahan, dalam perjalan pulang dari hospital al Quds. Gerai yang tidak seberapa, untuk mereka yang berpendapatan rendah. Harap-harap peniaganya tidak berada di gerai tersebut ketika diserang.[/caption]

Surat Terbuka Ismail Haniyah Pada Barat

terbuka-haniyahPimpinan Hamas Ismail Haniyah menyatakan bahawa kekejaman keji Israel ke Jalur Gaza adalah konspirasi antara rezim Zionis dengan sekutu-sekutunya iaitu AS dan Eropah yang tidak senang atas kemenangan Hamas dalam pilihanraya di Palestin tahun 2006 lalu.Hal tersebut diungkapkan oleh Haniyah dalam surat terbuka yang ditujukan pada masyarakat Barat dan dimuat oleh surat kabar The Independent, Khamis (15/1). "Meski mereka berusaha keras menyembunyikan konspirasi itu, yang menjadi pendorong perang jenayah Israel ke Jalur Gaza adalah pilihanraya di Palestin tahun 2006 yang dimenangi oleh Hamas dengan suara majoriti," kata Haniyah, perdana menteri Palestin yang dilucutkan jawatannya oleh Presiden Mahmud Abbas dari parti Fatah secara tidak adil. "Apa yang terjadi kemudian, Israel bersama AS dan Kesatuan Eropa menggalang kekuatan untuk menggagalkan pilihan demokratik rakyat Palestin. Hal pertama yang mereka lakukan adalah dengan menghalang-halangi formasi pemerintahan nasional bersatu, lalu mereka menciptakan neraka bagi kehidupan rakyat Palestin dengan cara melakukan tekanan ekonomi. Usaha jahat mereka menemui kegagalan yang menyedihkan, dan akhirnya memilih untuk mencetuskan perang kejam ini," tegas Haniyah. Haniyah menolak dakwaan Israel bahawa agresif tenteranya ke Gaza adalah untuk menghentikan roket-roket Hamas. Menurutnya, rakyat Palestin sudah sangat tahu bahawa Kesatuan Eropa tidak melihat sekatan yang dilakukan Israel ke atas Palestin adalah juga sebagai bentuk tindakan kejam. "Bukti-bukti sudah banyak, tapi mereka tanpa malu tetap mengatakan bahawa Hamas yang menyebabkan bencana yang menimpa rakyat Palestin Kerana tidak mahu memperpanjangkan gencatan senjata," jelas Haniyah. Ia melanjutkan,"Kami ingin bertanya, apakah Israel menghormati gencatan senjata yang dimeterai bersama di Mesir bulan Jun lalu? Tidak sama sekali. Kerana kesepakatan itu menyebutkan bahawa Israel harus mengakhiri sekatan dan menghentikan serangan ke Tepi Barat dan Jalur Gaza." "Meski kami mematuhi gencatan senjata, Israel tetap melakukan pembunuhan terhadap warga Palestin di Gaza dan di Tepi Barat di saat penjanjian telah dimenterai yang kita ketahui sebagai kesepakatan damai Annapolis," jelas Haniyah. Dalam surat terbukanya, Haniyah mengkritik dunia antarabangsa yang bersikap diam melihat pembantaian yang dilakukan Israel terhadap lebih dari 1030 rakyat Palestin di Gaza yang berlangsung selama 20 hari. Dunia juga tidak bersuara ketika Israel menggunakan senjata-senjata berbahaya. "Justeru berapa banyak lagi perjanjian dan konvension yang harus dilanggar Zionis Israel agar mereka boleh dimintai pertanggungjawabannya.Tidak ada negara di dunia sekarang ini, dimana masyarakatnya tidak marah melihat penindasan kejam yang dilakukan Israel," tegas Haniyah. Surat terbuka yang disampaikan Haniyah pada masyarakat dunia sudah sangat jelas membongkar kejahatan Israel sebagai pihak yang selalu melakukan pelanggaran terhadap kesepakatan-kesepakatan damai dengan Palestin. Bahawa Israel lah yang tidak pernah punya niat baik untuk hidup berdampingan dengan Palestin. Bahawa Israel, AS dan Kesatuan Eropah telah menggalang konpirasi yang tidak menginginkan adanya sebuah kekuatan Muslim memuliakan bangsa Palestin. (ln/iol)