1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Pemimpin Palestin Berbuka Puasa Bersama Rakyat

Lazimnya pemimpin atau ketua sesebuah negara mengundang tetamu berkunjung ke kediaman mereka untuk majlis-majlis keraian dan berbuka puasa. Jarang kita dengar pemimpin sesebuah negara yang sudi menziarahi rakyatnya yang miskin, apalagi duduk bersama berbuka puasa dengan mereka dalam keadaan serba kekurangan. Apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Palestin, Ustaz Ismail Haneyya telah mempamerkan satu contoh perihatinan dan kepedulian pemimpin terhadap rakyat, lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat sedang diliputi berbagai kepayahan hidup. Jumaat 20 Ogos lalu, Ustaz Ismail berkunjung ke rumah sebuah keluarga di Gaza untuk berbuka puasa dengan juadah yang disediakan oleh keluarga tersebut. Rumah mereka sangat sederhana, hanya terdapat satu ruangan kurang daripada 20 meter persegi, tanpa tingkap dan tanpa lubang ventilasi. Rumah itu dihuni 8 orang ahli keluarga - ibubapa dan enam orang anak mereka. Bayangkan betapa sesak dan sempitnya rumah itu. Melihat keadaan yang menyedihkan itu, Haniyah mengarahkan pegawainya supaya memberikan bantuan makanan untuk keluarga tersebut, dan menghadiahkan sebuah kipas angin supaya rumah mereka lebih 'selesa' daripada keadaan sebelumnya. Kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza hingga kini masih hidup dalam keadaan yang menyedihkan akibat tindakan zalim embargo Zionis Israel yang telah berterusan sejak 4 tahun yang lalu. Mereka kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan, dan harus bergantung kepada bantuan kemanusiaan daripada luar, termasuklah keperluan makanan dan air bersih. (mn/Maan)  

Realiti Zionis

"Kau dah siap ke? Jom la ke kelas"   Saya memanggil Munawwar untuk keluar bersama ke kelas. Sebaik sahaja kami mahu melangkah keluar, pandangan kami terlekat ke kaca televisyen. Pagi itu, Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 menyiarkan rancangan TV Pendidikan. Saya menonton suatu rancangan yang dirakam di sebuah nursery. Guru yang mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringi sebuah piano, menyanyikan lagu berikut:   Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam...   Ya, itulah yang saya baca pada subtitle rancangan tersebut. Kanak-kanak semuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.   Demi Allah, suara cikgu dan kanak-kanak itu masih segar di dalam ingatan saya, dan jika saya pandai melukis, saya masih mampu melakarkan di mana cikgu dan piano itu berada, dan bagaimana kanak-kanak itu mendendangkan nasyid mereka. Walaupun sudah tepat 10 tahun peristiwa itu berlaku (1996).

  withlove1  withlove2  withlove3                   Sesungguhnya gambar-gambar di atas adalah 'surat cinta' kanak-kanak Yahudi yang menjalani proses pembelajaran yang sama. Mereka melakar 'mesej cinta' itu pada peluru dan bom yang bakal dihantar kepada penpal mereka di seberang sempadan. Dari balik tembok, anak-anak Yahudi ini mengucapkan 'salam' kepada rakan Palestin dan Lebanon mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian yang hitam. Para ulama yang menyokong tindakan suicide bomber kebanyakannya membezakan di antara situasi Palestin dengan situasi bukan Palestin. Adalah tidak harus sama sekali pendekatan suicide bombing dilakukan di kawasan awam seperti di kota New York, London atau Istanbul. Tetapi Palestin berbeza. Ia adalah medan perang dan di tengah-tengah medan perang tidak ada orang awam. Sama ada kamu sebahagian tentera Islam, atau tentera musuh. Maka jika Yahudi di Palestin tidak mahu diri mereka, kaum perempuan mereka, atau anak-anak mereka terbunuh, mereka mesti keluar dari medan perang. Bagi umat Islam di Palestin, sama ada mereka mati diletupkan dari jauh, atau lebih baik mereka mati meletupkan diri untuk meletupkan musuh. Itu sifirnya. Mungkin kita setuju atau mungkin tidak. Tetapi kita sukar untuk berkata banyak kerana mereka di Palestin itulah sebenarnya yang menderita dan tahu pahit getirnya hidup di medan tempur.   Mungkin sukar untuk dibayangkan hakikat kanak-kanak Yahudi sebagai sebahagian tentera mereka. Tetapi saya tidak lupa kepada program televisyen yang saya tonton, bahawa setiap anak Yahudi memang dididik seawal usia buaian untuk membesar menjadi Yahudi sejati. Sama ada kamu mahu menjadi doktor, jurutera, arkitek atau 'ustaz Rabai', kamu adalah tentera Yahudi yang wajib mempertahankan bumi 'Israel' dari anjing Arab dan Islam! Itulah semangat yang disuntik ke jiwa setiap Yahudi di bumi Palestin.   Anak kita bagaimana?   Bersambung...