1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Mavi Marmara: Memperingati Kesyahidan Furkan Dogan (1991-2010)

Furkan Dogan (20 Oktober 1991 - 31 Mei 2010) adalah seorang warga negara Amerika dan penduduk tetap Turki yang merupakan orang termuda terbunuh dalam serangan armada bantuan kemanusiaan ke Gaza. Beliau seorang pemuda yang baru berusia 19 tahun pada ketika hujan peluru Israel mengakhiri hidupnya di kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara pada 31 Mei 2010.  Furkan Dogan lahir di Troy, New York Amerika Syarikat. Kedua orang tuanya berasal dari Turki kemudian mereka  berpindah ke Turki ketika Furkan berusia dua tahun. Ayah beliau, Ahmet Dogan, lulusan dari Rensselaer Polytechnic Institute dengan gelaran MBA dalam bidang perakaunan, adalah pembantu profesor perakaunan di Universiti Erciyes. Furkan sedang merakamkan serangan Israel ketika seorang komando Israel melepaskan tembakan pertama menghala tepat di wajahnya. Lima tembakan telah dilepaskan kearah Furkan meyebabkan dia mati dengan wajah yang tidak dikenali. Autopsi mendedahkan, Furkan telah ditembak di hidung, punggung, belakang kepala, kaki kiri, dan pergelangan kaki kiri, pada jarak 45 cm. Mavi Marmara, adalah kapal terbesar dari kumpulan armada antarabangsa yang terdiri dari enam kapal yang menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza. Bantuan ini  membawa makanan, ubat-ubatan dan peralatan sekolah ke sempadan Gaza sebelum ianya dikepung. Israel telah menyekat Gaza sejak kerajaan Hamas yang dipilih secara demokratik pada tahun 2006 memerintah. Selama lebih dari tiga minggu, bermula pada Disember 2008 dan Januari 2009, Israel telah menyerang Gaza, men ceroboh dan menghancurkan infrastruktur asas dan membunuh lebih daripada 1,400 warga, sebahagian besar daripada mereka wanita dan anak-anak. Pada hari kejadian, pihak keluarga Furkan telah mengetahui nama-nama dari lapan warga negara Turki yang telah dibunuh di Mavi Marmara tetapi salah satu korban belum dikenalpasti. Ketika ayah Furkan pergi menemui mangsa kejadian setelah di bawa ke Turki, dia tidak tahu bahawa anaknya telah dibunuh. Malahan, disebalik hajat untuk menemui anaknya, dia telah dibawa untuk mengenalpasti mereka yang telah terkorban. Dalam reaksi segera pembunuhan aktivitis yang berada dalam kapal Mavi Marmara, Viva Palestin telah mengumumkan rancangan untuk meneruskan misi bantuan kemanusiaan lain ke Gaza. Viva Palestin, merupakan sebuah badan amal yang berpusat di United Kingdom diasaskan oleh bekas Ahli Parlimen George Galloway, telah melancarkan konvoi bantuan melalui darat pada awal Mac 2009 tidak lama selepas serangan Israel berakhir. Pada tarikh 18 September 2010 selepas empat misi kemudian, Viva Palestin 5 telah meninggalkan United Kingdom untuk ke Gaza. Konvoi Viva Palestin 5 tiba di Kayseri pada akhir 29 September dan bermalam di sebuah gunung yang menghadap bandar. Aktivis telah menuju ke Kaseyri dengan tujuan untuk melawat makam Furkan dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya. Keesokan paginya rombongan diberitahu bahawa konvoi akan melewati sekolah tinggi dimana Furkan telah menamatkan pengajiannya. Para pelajar dari sekolah tersebut telah bersedia menunggu rombongan tersebut. Seketika, telah ada para pelajar yang beratur dikiri kanan jalan, tidak diketahui telah berapa lama mereka disitu. Masing-masing berwajah sugul, sambil diam menahan sebak namun dengan bangga mengangkat potret Furkan ketika konvoi melintasi mereka. Hanya kata-kata yang indah terucap ketika para aktivis berada di tanah perkuburan. Kemudian mereka bertemu dengan keluarga Furkan di sebuah pusat komuniti yang baru dibina untuk menghormati dan menghargai Furkan. Datuk dan pakciknya jelas sedang menanggung kesedihan yang amat atas pemergian Furkan, ditambah dengan garis-garis usia yang telah memakan wajah mereka. Tapi kesedihan pakciknya itu jelas. Terbayang keputus-asaan di wajahnya yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Ayah Furkan mengatakan bahawa "Furkan adalah seorang warga negara Amerika sahaja dan dia tidak pernah berfikir bahawa dia akan dibunuh kerana dia adalah seorang warga negara Amerika." Di dalam kapal, beliau sempat menulis dalam buku hariannya pada tarikh 31 Mei 2010: "Ini adalah jam terakhir untuk mati syahid, insya Allah aku bertanya-tanya jika ada perkara yang lebih indah .. Perkara yang lebih indah hanya ibuku, tapi aku tidak yakin. Perbandingannya adalah sangat sukar. Kesyahidan atau ibuku. Sekarang dewan kami telah dievakuasi. " Sebelum Furkan menyertai misi bantuan, beliau baru saja memperoleh markah yang tinggi pada ujian kemasukan perguruan tinggi Turki. Bermakna dia boleh mendaftar di mana-mana institusi perguruan tinggi yang diminatinya. "Dia bukan aktivis politik," kata ayahnya lagi. "Dia hanya seorang sukarelawan, seorang aktivis kemanusiaan yang ingin membantu orang lain. Dia ingin belajar untuk menjadi seorang doktor, seorang doktor mata. " Setiap negara harus bangga memiliki seorang anak muda seperti Furkan. Cerdas dan dewasa melebihi usianya yang sebenar.  Furkan juga sudah mengabdikan hidupnya dalam sebuah perjuangan demi keadilan Palestin. Suntingan oleh Halimah Jaafar, HALUAN Palestin Kelantan

7 Tahun Menuntut Keadilan Pembunuhan Aktivis Palestin, Rachel Corrie

[caption id="attachment_4593" align="alignleft" width="276" caption="Rachel Corrie / Gambar ehsan Rachel Corrie Foundation"][/caption] HAIFA, Isnin, 18 Oktober -  Pemandu buldoser yang telah menyebabkan kematian aktivis hak asasi kemanusiaan, Rachel Corrie di Rafah, Gaza, pada Mac 2003, dan komander tentera yang bertanggung jawab atas unit tentera Israel yang bertugas pada hari kejadian tersebut, dijadualkan akan menjadi saksi di mahkamah pada Khamis (21/10), dalam kes saman sivil yang difailkan oleh keluarga Rachel terhadap negara Israel atas pembunuhan kejam itu. Rachel Corrie, seorang aktivis mahasiswa Amerika dan pembela hak asasi manusia dari Olympia, Washington, dilanggar sampai mati oleh pada 16 Mac 2003, oleh sebuah buldoser Caterpillar D9R ketika  mendiang sedang mengadakan protes tanpa kekerasan atas tindakan Israel menghancurkan rumah warga Palestin bersama anggota Gerakan Solidariti Antarabangsa (ISM). Sebelum ini pada awal Oktober lepas, mahkamah menerima permintaan Israel agar tentera yang terlibat dalam insiden tersebut dibenarkan untuk menjadi saksi di belakang layar untuk melindungi identiti mereka. Peguam bagi keluarga Corrie mengajukan rayuan ke Mahkamah Agung Israel, meminta agar  minimanya keluarga Corrie dibenarkan untuk melihat tentera tersebut, namun mahkamah menolaknya. Namun, oleh kerana komander unit tersebut telah diwawancara  oleh sebuah televisyen dan telah disiarkan di televisyen Israel pada tahun 2003, maka dengan demikian beliau sudah dikenali awam, ketua hakim memutuskan bahawa tentera itu akan memberi keterangan saksi dalam bilik mahkamah, namun namanya masih dirahsiakan. Begiuu juga pemandu buldoser yang terlibat dalam kejadian itu, turut akan memberi keterangan saksi di belakang layar. Seorang saksi ketiga yang dijadualkan, hanya dikenali sebagai SL, pemandu kedua buldoser berhampiran rumah warga Palestin di Rafah juga akan memberi keterangan saksi dari belakang skrin. "Ketika anak kami terbunuh, kerajaan Israel berjanji melakukan siasatan menyeluruh, kredibiliti dan telus dalam kematiannya, dan kami sekeluarga mahupun kerajaan kami percaya akan standard yang telah dipenuhi," kata Cindy Corrie. "Setelah tujuh tahun, kami berharap para saksi kerajaan akan dipaksa oleh mahkamah ini untuk memberikan beberapa jawapan yang telah begitu lama kami dinafikan hak untuk mengetahuinya." Kerajaan Israel berpendapat bahawa kematian Rachel terjadi selama konflik bersenjata di zon tentera tertutup dan harus dianggap sebagai "Act of War," atau "Perang Operasi,". Maka tenteranya tidak bertanggung jawab atas kematian Rachel di bawah undang-undang Israel. Israel juga berpendapat bahawa kes tersebut harus dihentikan dan berpendapat bahawa Rachel bertindak nekad mengabaikan hidupnya dan bertanggung jawab atas kematiannya sendiri.

Bertemu semula muazzin Mavi Marmara

LATAKIA, Syria, 9 Oktober — Tidak disangka pantai Latakia menjadi tempat pertemuan semula sekitar 70 orang “alumni” kapal kemanusiaan Mavi Marmara yang telah diserang komando tentera laut Zionis pada 31 Mei lalu. Mereka tidak sekali-kali serik dengan peristiwa serangan itu, dan kini bersama-sama menyertai konvoi darat Viva Palestina 5 menuju ke Gaza, demi membantu penduduk Gaza yang hampir 5 tahun hidup di bawah sekatan zalim Zionis Israel. Sahabat Al-Aqsha, sebuah NGO Indonesia, turut bersama-sama dalam pertemuan di Latakia ini. Di antara mereka yang ditemui Sahabat Al-Aqsha adalah pemilik suara merdu dan syahdu, yang gagah berani mengumandangkan azan di atas kapal Mavi Marmara ketika lebih 600 orang relawan sedang diikat, dijemur di bawah terik matahari, serta ditahan dengan senjata otomatik oleh komando-komando Zionis. Di tengah keheningan Lautan Mediterranean dan suasana mencekam itu, suara azan lelaki ini menembus langit, melaungkan nama Allah dan mengagungkanNya. Muazzin itu bernama Mustafa Nasywan, 41 tahun, seorang imam di Masjid Lifta di daerah Nazzal di ibukota Amman, Jordan. Mustafa menceritakan semula detik-detik cukup tegang itu. Ketika itu, Mavi Marmara, yang merupakan kapal terbesar dalam armada Freedom Flotilla, sudah sekitar 6 jam dikuasai tentera laut Zionis. “Saya sebenarnya agak sedih kerana tidak melihat ayah saya,” kata Mustafa yang ketika itu kedua-dua tangannya diikat ke belakang. “Lalu seseorang memberitahu saya, ayah saya ada beberapa meter di belakang saya. Saya menjadi bertambah semangat.” Waktu itu setiap orang yang bergerak sedikit saja, terus dibentak dan diacukan senjata oleh tentera komando laut Zionis yang bertopeng hitam. Ayah Mustafa, Ismail Nasywan yang berusia 82, tahun merupakan relawan tertua di misi kemanusiaan itu. Kerana waktu Zuhur telah tiba, Mustafa nekad. “Kalau saya ditembak kerana azan ini, insya Allah saya akan mati syahid,” kenang Mustafa yang waktu itu ditahan di ruang belakang dek 4 yang biasanya digunakan sebagai masjid oleh para relawan. Di tempat itulah Mustafa juga biasa mengumandangkan azan selama berhari-hari belayar dengan Mavi Marmara. Beberapa relawan dari berbagai negara mengaku kepada Sahabat Al-Aqhsa bahawa azan yang dikumandangkan oleh lelaki ini merupakan azan terindah yang pernah mereka dengar. Mungkin mereka terhanyut juga oleh suasana mencekam waktu itu. Termasuk doktor Arief Rachman dari MER-C Indonesia. Alhamdulillah, Mustafa tidak ditembak tentera Israel. Beberapa minit seusai azan, ratusan relawan lelaki dan perempuan dalam keadaan diikat dan sudah dijemur selama 6 jam, dipaksa turun ke kabin penumpang. Kapal dibawa secara paksa ke Pelabuhan Ashdod yang dikuasai Israel. Mereka diinterogasi lalu dipenjara di Beersheva. Setiap relawan Mavi Marmara, insya Allah tidak akan lupa mendengar suara merdu dan syahdu azan Mustafa Nasywan. Kerana itu, Sahabat Al-Aqsha meminta Mustafa untuk mengumandangkannya sekali lagi, dirakam khusus, dan dipersembahkan untuk pembaca Sahabat Al-Aqsha.  Semoga azan ini kelak akan kita dengar menyeru kita solat berjamaah di Masjidil Aqsha dalam keadaan merdeka. Amin. [mn/Sahabat Al-Aqsha dengan beberapa pengolahan semula]

Keluarga Qiresh dihalau: Penghapusan etnik tahun 1948 berterusan

Penghapusan etnik terhadap bangsa Palestin berterusan sehingga ke hari ini. Dalam tahun 1948, tindakan tidak-berperikemanusiaan Zionis ini dilakukan tanpa mendapat sebarang perhatian media. Namun pada hari ini, tindakan ini masih berterusan meskipun ianya semakin mendapat perhatian media antarabangsa. Keadaan ini jelas mempamerkan sikap tidak peduli masyarakat dunia terhadap nasib bangsa Palestin dan kejahatan rejim pengganas Zionis. Sungguh dunia hari ini sebenarnya tidak peduli kepada tragedi kemanusiaan di Palestin, memandangkan mereka hanya bersikap sebagai pemerhati tanpa perasaan dan tindakan untuk menghalang kezaliman Zionis. Tala Qiresh, anak kecil berbaju merah sebagaimana dapat dilihat di bawah, dan keluarganya telah dipaksa keluar dari rumah mereka di Bandar Lama Jerusalem. Walaupun peguam-peguam cuba membantu, askar-askar pengganas Zionis tetap menghalang mereka daripada mendapatkan hak untuk memasuki semula dan menginap di dalam rumah berkenaan. Bayangkan, rumah yang mempunyai 20 bilik itu didiami sejak tahun 1940, menjadi tempat berteduh kepada 40 orang bangsa Palestin. [caption id="attachment_4487" align="aligncenter" width="600" caption="Tala Qiresh"]Tala Qiresh[/caption] [caption id="attachment_4488" align="aligncenter" width="600" caption="Anak kecil ini di hadapan rumahnya yang dipaksa keluar oleh tentera Zionis yang tersenyum memerhati"]Anak kecil ini di hadapan rumahnya yang dipaksa keluar oleh tentera Zionis yang tersenyum memerhati[/caption] [caption id="attachment_4489" align="aligncenter" width="600" caption="Bahkan askar Zionis merasakan tindakan mereka suatu aksi keamanan"]Bahkan askar Zionis merasakan tindakan mereka suatu aksi keamanan[/caption] [caption id="attachment_4492" align="aligncenter" width="600" caption="Askar-askar Zionis tetap enggan menurut perintah mahkamah Israel bagi membenarkan keluarga Qiresh mendiami semula rumah mereka"]Askar-askar Zionis tetap enggan menurut perintah mahkamah Israel bagi membenarkan keluarga Qiresh mendiami semula rumah mereka[/caption] [caption id="attachment_4493" align="aligncenter" width="600" caption="Anak-anak Qiresh terpaksa tidur di jalanan"]Anak-anak Qiresh terpaksa tidur di jalanan[/caption] [caption id="attachment_4495" align="aligncenter" width="600" caption="Tala tidak dapat melelapkan mata ketika mana keluarganya tertidur di jalanan"]Tala tidak dapat melelapkan mata ketika mana keluarganya tertidur di jalanan[/caption]

"Israel Tidak Mahu Anak Palestin Berpendidikan!"

[caption id="attachment_4427" align="alignleft" width="483" caption="(Gambar:Oren Ziv/ActiveStills)"][/caption] Terletak di utara Hebron di Tebing Barat yang diduduki Israel, pintu masuk ke kampung Beit Ommar, Palestin juga merupakan tapak bagi sebuah pos tentera Israel. Sebuah gerbang kuning besar dibuka dan ditutup atas pemantauan tentera Israel, yang boleh menyekat secara langusung pergerakan  penduduk bandar dari seluruh Tebing Barat pada setiap masa. Beit Ommar telah dijajah sejak tahun 1948, dan hari ini bandar ini terus menderita kesan pendudukan penempatan haram Israel di sekitarnya yang semakin melebar. Jody McIntyre wartawan dari Electronic Intifada telah mewawancara seorang penduduk Beit Ommar, Puan Amal al-Montallab. Jody McIntyre (JM): Sila memperkenalkan diri. Abed Amal al-Montallab (AM): Nama saya Amal Abed al-Montallab, 45 tahun, dan saya mempunyai enam anak, tiga puteri dan tiga putera. Kami hidup di daerah Thahr al-Burrahesh Beit Ommar. Anakku tertua, Ammar, adalah 17thn dan saat ini dia di penjara. Anak-anak saya yang lain masih kecil dan masih di sekolah, jadi hanya suami saya sahaja yang bekerja, tetapi dia tidak boleh bekerja di kawasan Israel kerana dia telah dipenjara dua kali sebelum ini, kesannya, suami dibayar upah yang rendah. Tapi kami sedar bahawa cerita kami tidak unik, ada keluarga yang lebih ramai di sini memiliki kisah yang sama. JM: Bolehkah anda ceritakan tentang saat tentera Israel datang untuk menangkap Ammar? AM: Kejadian itu berlaku pada dua bulan yang lalu (Julai 2010). Tentera Israel menyerbu dan menduduki persekitaran, dan mula bertanya di mana mereka boleh mencari rumah Mohammed Abdul Hameed Abu Maria, suami saya, tetapi tetangga mengatakan kepada mereka bahawa mereka tidak pernah mengetahui rumah orang tersebut. Ada seseorang telah memberikan maklumat tidak tepat kepada tentera, kerana mereka sedang mencari seseorang bernama Omar, bukan Ammar. Seminggu kemudian mereka datang kembali, tapi kali ini mereka yakin tentang nama dan lokasi rumah kami. Saat itu jam 2.00 pagi. Sepuluh orang tentera menyerang rumah kami dan betindak sangat keras terhadap anak-anak kami. Mereka bertanya kepada suami saya di mana anak saya Ammar, dan suami saya mengatakan kepada mereka bahawa Ammar sedang bekerja di Jericho. Kemudian, mereka memaksa suami saya ke ruangan berasingan, dan bertanyakan kepada anak-anak saya yang lain soalan yang sama, satu-per-satu, tetapi mereka semua memberikan jawapan yang sama: "Abang kami bekerja di Jericho." Mereka cuba untuk menghelah suami saya dengan mengatakan kepadanya bahawa salah seorang anak-anak kami telah memberitahu mereka bahawa Ammar berada di desa, tetapi suami saya menjawab, "Aku tahu bahawa tidak seorang pun dari anak-anak aku mengatakan sedemikian kepada kamu, dan itu hanyalah dari fikiran kamu semata." Akhirnya, tentera Israel beredar. Kami menutup pintu dan tidur kembali, tetapi lima minit kemudian askar-askar yang sama menyerbu rumah kami lagi, kali ini dari pintu belakang, dan berada di rumah kami selama dua jam. Komander tentera datang dan mengambil nombor telefon kami, Dia berkata kepada kami bahawa dia tahu Ammar sedang tidur di rumah pakciknya, tetapi mereka tidak mahu pergi ke sana kerana akan terjadi masalah. Mereka memberi kami kertas memerintahkan kami untuk membawa Ammar ke sebuah pangkalan tentera yang berhampiran untuk disoalsiasat, pengkalan tentera itu terletak di pemukiman Gush Etzion, tapi saya menolak kerana saya tahu bahawa Ammar masih ada ujian akhir untuk belajar. Komander itu berkata, "Jika anda tidak membawa dia, esok kami akan menembak dia sampai mati!" Keesokan harinya, mereka menelefon kami dan mengatakan bahawa kami punya waktu sepuluh minit untuk membawa Ammar kepada mereka, jika tidak, mereka sendiri yang akan menangkap Ammar, dan menembak dia di depan mata kami. Kami bimbang kerana kami tahu bahawa seseorang di persekitaran kami dengan mudah bekerja untuk tentera Israel dan membuat masalah kepada Ammar. Kami juga bimbang bahawa mereka mungkin menangkap Ammar di sekolah, di hadapan semua pelajar, yang pasti akan mengakibatkan pertengkaran dan penangkapan yang lebih ramai. Suami saya memberitahu kepada komander bahawa kami akan membawa Ammar kepada mereka setelah dia selesai ujian, dan menawarkan membayar wang untuk penangguhan tersebut atau rela dirinya ditangkap sahaja sementara menanti Ammar menyelesaikan peperiksaannya, tapi mereka menolak. Ammar masih dalam penjara sekarang, sudah dua bulan berlalu, dan peguam berfikir dia akan berada dipenjara selama antara 5-7 bulan secara keseluruhan. Pihak tentera mengatakan bahawa anak kami melemparkan batu, dan tindakan Ammar itu boleh mengakibatkan seseorang terbunuh, tetapi mereka belum ada satu bukti pun. JM: Mengapa anda fikir mereka ditangkap Ammar? AM: Mereka mahukan Ammar kerana dia belajar untuk ujian akhir. Tentera Israel bertindak sedemikian saban tahin, mereka menangkap anak lelaki ketika mereka mempersiapkan diri untuk peperiksaan akhir agar anak-anak remaja kami tidak berpendidikan. Apabila mereka menangkapnya pada saat hari peperiksaan hendak bermula, dan secara automatik apabila anak-anak ini tidak dapat hadir peperiksaan, mereka akan kehilangan satu tahun pendidikan. Ada seorang remaja kami di persekitaran ini yang ditahan tiga tahun berturut-turut. Setiap tahun, mereka menangkapnya tepat sebelum peperiksaan akhir, dan kemudian dua bulan kemudian melepaskannya. Jika tentera Israel takut anak-anak kami membaling batu, mereka harus tahu bahawa kami menderita yang amat sangat. Tapi kami sabar, dan saya yakin, tatkala anak saya dibebaskan kembali, dia akan kembali ke sekolah. (EI)

Gaza menjadi tempat eksploitasi komersial ubat-ubatan

Petugas-petugas di Jabatan Kesihatan Gaza mendedahkan keadaan hospital-hospital dan pusat-pusat kesihatan di Gaza yang mengalami kekurangan sejumlah besar ubat-ubatan dan peralatan perubatan akibat bekalan ubat yang rosak dan luput tarikh. Keadaan ini berlaku ekoran sistem bantuan bekalan ubat dan peralatan hospital daripada negara luar yang dilakukan secara tidak tersusun. Begitu banyak ubat-ubatan disumbangkan oleh negara luar. Namun dalam banyak kes, ubat-ubatan yang dibawa masuk itu sudahpun luput tarikh dan kemungkinan besar akan membawa mudharat jika digunakan. Menurut laporan Al-Jazeera yang memetik sebuah agensi berita German sebagai mendakwa bahawa hanya 30 peratus daripada sumbangan perubatan yang dibawa masuk ke Gaza dapat digunakan. Menurut laporan itu lagi, Jabatan Kesihatan menerima lebih daripada 1,300 tan bantuan ubat-ubatan dan peralatan hospital, namun ubat-ubatan itu tidak dilabel. Keadaan ini menimbulkan masalah yang besar bagi para pegawai kesihatan untuk mengenalpasti ubat yang begitu banyak. Sebanyak 22 peratus daripada sumbangan perubatan yang sampai ke gudang Jabatan Kesihatan Gaza sudah pun luput tarikh. Yang menyedihkan lagi, ubat-ubatan tersebut ternyata sudahpun luput tarikh sejak dari negara asal bantuan dihantar, dan sebahagian lagi rosak di pusat-pusat simpanan berdekatan sempadan di Mesir. Masalah menjadi semakin rumit apabila sebahagian besar ubat-ubatan yang disumbangkan itu sebenarnya tidak berdaftar di peringkat antarabangsa dan tidak sesuai dengan spesifikasi, mutu dan kegunaan di negara yang memberi bantuan itu sendiri. Terdapat juga ubat-ubatan yang sebenarnya dikeluarkan sebagai contoh komersial, atau tarikh luput yang hampir tamat, malahan sebahagiannya telah pun tamat sebelum tiba di Gaza. Al-Jazeera juga memetik kenyataan seorang pegawai Jabatan Kesihatan yang menuduh bahawa terdapat usaha mengekspoitasi penderitaan penduduk Gaza untuk kepentingan komersial. "Gaza telah menjadi tempat pembuangan ubat-ubatan yang telah atau hampir rosak, dan yang lainnya hanyalah untuk eksploitasi perdagangan", ujar pegawai yang tidak disebutkan namanya itu. Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Gaza, terdapat sebanyak 114 jenis ubat kini kehabisan bekalan sepenuhnya meskipun mereka telah berulang kali memohon kepada penderma atau bantuan untuk bekalan ubat-ubat tersebut. Beberapa kumpulan hak asasi manusia yang berkhidmat di Gaza menyatakan bahawa lebih daripada 300 orang pesakit telah meninggal dalam tempoh 3 tahun ini kerana keadaan kesihatan mereka semakin teruk akibat tidak mendapat rawatan yang diperlukan. Pesakit-pesakit juga tidak boleh mendapatkan perubatan di luar negara kerana embargo yang dikenakan oleh Israel menghalang pergerakan keluar masuk rakyat Gaza. (mn/AlJazeera)