1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Tidak siapa peduli kematian Hamaad...

Pada 14 Februari 2009, hampir sebulan selepas kerajaan pengganas Israel mengumumkan genjatan senjata secara sebelah pihak, seorang kanak-kanak berumur 13 tahun Hammad Silmiya sedang mengembala kambing dan biri-biri di kawasan utara Gaza, kira-kira 500 meter dari sempadan negara haram Israel. Sebuah jip tentera Israel yang sedang mengawal sempadan melepaskan tembakan ke arah Hammad dan kawan-kawannya. Hammad terkena tembakan di kepala dan mati di tempat kejadian. Pembunuhan Hammad tidak langsung menjadi bahan berita - sekadar seorang lagi mangsa di Genting Gaza, di mana kecederaan dan kematian ke atas masyarakat awam terus meningkat dari hari ke hari. Keluarga Hammad masih lagi bersedih dengan pembunuhan ke atas neneknya, dua orang sepupunya berumur 4 dan 18 bulan, dan kemusnahan rumah dan ternakan mereka semasa serangan hendap Israel. "Pagi itu hari Sabtu, Hammad bangun pukul 6 pagi," kata ibu saudara Hammad, Jomai'a, yang berumur 40 tahun. "Dia pergi dengan abangnya dan beberapa orang kawan sebaya untuk mengembala ternakan. Seperti biasa, kira-kira pukul 10 pagi, Hammad menyiapkan sarapan pagi di lapangan. Sebuah kenderaan tentera Israel menembak mereka dan mengenai kepala Hammad." Jomai'a mengeluarkan satu bungkusan plastik dari lilitan selendangnya, lalu membuka bungkusan tersebut. Dalam satu sampul surat kecil ada sekeping gambar Hammad - satu-satunya gambar anak muda tersebut, yang diambil ketika berumur 7 tahun. Gambar-gambar Hammad yang lain semuanya hilang di bawah runtuhan rumah mereka. "Hammad tidak ubah seperti anak kesayangan saya sendiri, kerana saya tidak mempunyai anak, dan dia selalu tidur di sisi saya," kata Jomai'a. "Bila dia perlu sesuatu, dia akan minta dari saya. Orang selalu kata Hammad bukan saja ada satu ibu, tapi dua ibu - ibu sebenarnya dan juga saya. Sebahagian dari jiwa saya dimiliki oleh Hammad. Sekarang (sebahagian dari jiwa saya) sudah tidak ada lagi, dan pergi bersama-sama Hammad." [caption id="attachment_2376" align="alignleft" width="300" caption="Ibu saudara Hammad, Jomai'a (kiri) dan ibunya, Salma (kanan)"]Ibu saudara Hammad, Jomai'a (kiri) dan ibunya, Salma (kanan)[/caption] Hammad berhenti sekolah beberapa bulan lalu untuk bekerja sepenuh masa sebagai penternak dan membantu keluarga. "Saya cuba memaksa dia kembali ke sekolah tapi dia hanya memikirkan tentang kerja-kerjanya dengan kambing dan menunggang keldainya." kata Jomai'a. "Dia sangat terikat dengan ternakan. Bila balik dari sekolah, dia akan meninggalkan bagnya dan terus berlari mendapatkan ternakannya. Malam sebelum dia dibunuh saya telah bermimpi tentang kenduri perkahwinan, satu petanda buruk bagi masyarakat kami. Bila mereka memberitahu saya tentang kecederaan Hammad, saya tahu dia telah mati kerana saya dapat melihat dia sebagai mempelai dalam mimpi saya." Ibu Hammad, Salma, duduk di sebelah Jomai'a dalam khemah sementara yang dibina bersebelahan runtuhan rumah mereka di Ya-as-Salama. Runtuhan dan kemusnahan dahsyat dapat dilihat di sekeliling mereka. Keluarga Badwi ini datang ke Gaza sebagai pelarian dari Beersheba pada tahun 1948 dan menetap di daerah Hay-as-Salama. Sebelum serangan ganas Israel, mereka tinggal di rumah batu dan memiliki ladang ternakan bersebelahan zon rizab keselamatan. Kawasan tersebut merupakan daerah yang pertama diserang tentera darat Israel Januari lalu. "Kereta kebal Israel mula menembak kawasan kami pukul 2 pagi pada 5 Januari," cerita Jomai'a. "Bom yang pertama mengenai rumah kami, dan saya lari ke bilik ibu saya kerana dia sudah tua berumur 80 tahun dan hanya terlantar di atas katil. Tiba-tiba bom yang kedua menimpa rumah kami lagi, dan kami terpaksa lari, meninggalkan ibu saya. Kami tak ubah seperti kambing-kambing ketakutan apabila melihat pintu kurungan dibuka. Kami menuju ke Jabaliya, kemudian ke Zeitoun untuk berteduh di sekolah. Setiap hari saya merayu kepada pasukan ambulan dan medik membantu saya untuk pergi memindahkan ibu. Malahan saya bersedia untuk berjalan kaki di hadapan ambulan, mengibar bendera putih. Tapi suasana terlalu merbahaya dan mereka tidak dapat membantu." Bila keluarga Silmiya kembali ke kediaman mereka pada 18 Januari, mereka dapat rumah tersebut ranap dimusnahkan oleh serangan F-16. Mereka mengambil masa selama 3 hari untuk mencari mayat nenek Hammad dari bawah runtuhan. Hammad dikebumikan bersebelahan neneknya hanya beberapa minggu kemudian. Oleh kerana kawasan tersebut terletak berdekatan dengan sempadan, beberapa orang yang prihatin telah datang untuk membantu mereka. Kem pelarian terdekat tidak sesuai untuk mereka kerana mereka perlu tinggal berdekatan dengan ladang ternakan, tambahan pula keluarga Badwi lebih suka tinggal bersendirian. [caption id="attachment_2377" align="alignleft" width="300" caption="Keluarga Silmiya berteduh di hadapan runtuhan rumah mereka"]Keluarga Silmiya berteduh di hadapan runtuhan rumah mereka[/caption] "Peperangan masih belum berakhir," kata ibu Hammad, Salma. "Tidak pernah sunyi di Gaza, kami kerap melihat F-16 di langit. Tapi Hammad tidak pernah takut. Dia sungguh tabah dan penuh bertenaga. Adiknya pernah berharap supaya tentera Israel membunuh Hammad, kerana semua orang sayangkan Hammad. Sekarang dia tidak mahu lagi membawa makanan atau minuman ke ladang ternakan, kerana Hammad ditembak askar Israel ketika sedang menyiapkan makanan." Beberapa hari sebelum ditembak, Hammad kecewa dengan peristiwa keldainya bersama-sama 60 ekor kambing dan 3 ekor lembu milik bapanya ditembak oleh askar Israel. Bapanya yang bernama Barrak Salem Salaam Silmiya sudah berumur 47 tahun. "Kami mahukan kedamaian, tapi mana dia (keamanan)? Mana hak kemanusiaan di Gaza?" tanya Barrak sambil menunjukkan bangkai ternakan yang masih terapung dalam takungan selut sekeliling runtuhan rumahnya.   [caption id="attachment_2378" align="alignleft" width="300" caption="Bapa Hammad, Barrak Salem Salaam Silmiya. Di sekelilingya kelihatan bangkai ternakan dan runtuhan rumah mereka yang diranapkan dengan letupan bom tentera Israel."]Bapa Hammad, Barrak Salem Salaam Silmiya. Di sekelilingya kelihatan bangkai ternakan dan runtuhan rumah mereka yang diranapkan dengan letupan bom tentera Israel.[/caption] "Hammad hanyalah seorang budak 13 tahun. Semua orang melihat dia sebagai seorang budak kecil, tapi mereka masih tembak dia. Dia sangat pintar dan baik dengan ternakan. Malahan dia selalu menjual susu dan keju di pasar. Apa lagi yang dapat saya ceritakan tentang anak saya? Tidak ada apa lagi yang saya boleh ceritakan tentang dia. Negara-negara besar tidak berdaya melawan Israel, apa yang kami boleh buat? Saya rasa sudah tidak ada apa-apa lagi. Kawasan ini hanya ada rumah-rumah dan  lorong-lorong. Tidak ada apa lagi yang tinggal...." "15 hari sejak kematian Hammad seperti 500 (hari.) Hammad berkulit gelap, dan kacak. Sekarang saya tidak lagi dapat merasa keenakan makanan yang disuap. Setiap orang (yang berjumpa dengan Hammad waktu pagi dia ditembak) kata dia tampak begitu kacak," tambah Jomai'a. "Ini bukanlah peperangan terhadap sebuah kerajaan atau negara. Israel bunuh kami seperti binatang dan anjing, dan tidak ada siapa yang berjuang membantu kami." [Sumber: Ezedden Information Office]

Nostalgia Nakba 1948

Mohammed Fares El-Majdalawi, seorang rakan dan juga sukarelawan MECA di Gaza, telah berkongsi gambar-gambar yang menyayat hati dari Gaza. Dia mengambil gambar-gambar tersebut sepanjang 22 hari serangan Israel di Gaza dan juga beberapa hari selepas "gencatan senjata" diumumkan untuk mendokumentasi kemusnahan dan keperitan yang dialami oleh penduduk awam. Mohammed menulis, "Gambar-gambar ini menunjukkan kanak-kanak dan kehidupan di Gaza semasa dan selepas serangan. Saya mengambil gambar-gambar ini di kem-kem penempatan, sekolah-sekolah, hospital-hospital, di luar kedai roti sambil penduduk beratur untuk membeli roti, dan juga di jalan-jalan raya ketika penduduk keluar daripada rumah-rumah mereka di antara pengeboman tentera Israel." Mohammed tinggal di Kem Penempatan Jabalia di utara Gaza. Dia berkata, "Keadaan di sini mengingatkan keluarga beliau kepada Al-Nakba (malapetaka) tahun 1948." Bekalan elektrik masih belum pulih di tempat beliau tinggal. Dia mengambil masa berjam-jam mencari tempat yang mempunyai sambungan internet dan bekalan elektrik untuk berkongsi gambar-gambar ini dengan kami. Silalah lihat dan sebarkan kepada rakan-rakan. Mohammed akan memasukkan deskripsi bagi gambar-gambar tersebut. Buat masa ini, saya fikir gambar-gambar tersebut sudah cukup untuk menyampaikan mesej yang terkandung disebaliknya. Gambar-gambar boleh dilihat di sini. MECA (Middle East Children's Alliance) adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organization) yang berdaftar di Berkeley, California. [Blog MECA/terjemahan: HALUANPalestin]

Infaqkan sebahagian harta kita di jalan suci ini

BismilllaahirRahmaanirRahiim Assalaamu'alaikum, sahabat sekalian Anda sekalian tentu sudah melihat kebiadaban Zionis Israel hari ini (Sabtu,27/12/08). Seratus lima puluh lima (jumlahnya bertambah terus) saudara kita di Gaza - yang selama 1.5 tahun ini dipaksa lapar dan sakit tanpa obat oleh blokade Zionis Israel -- pagi tadi dibantai dengan 30 rudal Zionis Israel. Tubuh-tubuh kami di Damaskus yang jaraknya hanya 60 km dari Palestina,bergetar keras, bukan karena musim dingin yang sedang mendaki ke puncaknya,tetapi karena amarah atas kebiadaban Zionis Israel. Di Aljazeera, di Almanar, di AFP dan Reuters, kami menyaksikan puluhan saudara-saudara kita menghadapi Sakaratul Maut sambil bersusah payah mengangkat tangan ke atas sambil menggumamkan kalimat tauhid "Laa ilaaha illa ALLLAH!" Masjid-masjid di seantero Damaskus basah oleh air mata para jama'ah, ketika para imam menutup rakaat terakhir sholat Ashar tadi dengan Qunut Nazilah yang menggetarkan. Para imam itu mengangkat tangan ke langit dan berdoa, Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, turunkan para Malaikat-Mu untuk membantu para Mujahidin di Gaza dan Seluruh Palestina, sebagaimana telah Engkau turunkan ribuan Malaikat di Badar, di Khandaq dan di Tabuk. Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, ringankanlah penderitaan saudara-saudara kami di Gaza, kuatkanlah terus generasi baru dari antara anak-anak mereka, menjadi generasi yang akan membawa kami pada kejayaan Islam lewat Jihad fii Sabiilillah. Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, janganlah Kau biarkan kami termasuk orang-orang yang berpangku tangan melihat kezaliman atas saudara-saudara kami. Daftarkan nama-nama kami dalam daftar panjang para Mujahidin Mukhlisin dan para Syuhada yang menjemput Syurga-Mu. Jangan Kau biarkan dunia yang hina ini melingkupi kehidupan kami sampai lupa pada Negeri Akhirat-Mu. Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, anugerahkan kepada kami kesabaran memegang teguh agama-Mu dan wafatkan kami dalam keadaan Muslim." Angkat tangan kita, aminkan doa ini. Catatkan nama kita, infaqkan sebagian harta kita di jalan suci ini. wassalaam, M. Taufik Zoelkifli (emtezet2002@yahoo.com) sumber: Sabili

11 Ayat al-Quran Serlah Siapa Yahudi

Setiap hari kita mendengar, melihat, memerhati dan membincangkan keganasan bangsa Yahudi yang bernegarakan Israel membunuh dengan kejam dan biadab semua lapisan masyarakat tak kira kanak-kanak, perempuan atau lelaki. Mereka dengan selesa, tanpa segan silu dan ganas membunuh, membunuh dan membunuh di hadapan masyarakat antarabangsa dengan pimpinan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mandul. Apabila bangsa Yahudi membunuh manusia biasa pada hari ini, itu masih perkara kecil jika dibandingkan dengan pembunuhan nabi masa lalu seperti diberitakan al-Quran dan hadis. Pada suatu hari Abu ’Ubaidah ibnu al-Jarrah bertanya kepada Rasulullah SAW: ‘Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling dahsyat azabnya pada hari kiamat?” Baginda menjawab: ‘‘Seseorang yang membunuh nabi atau orang yang melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.” Kemudian baginda membaca ayat yang bermaksud: ‘‘Sesungguhnya orang yang kufur ingkar ayat keterangan Allah, dan membunuh Nabi dengan jalan tidak benar, serta membunuh orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka sampaikanlah berita menggembirakan mereka dengan azab pedih.” (Surah Ali ’Imran: 21) Baginda meneruskan ceritanya: ‘‘Wahai Abu ’Ubaidah, ketahuilah bahawa Bani Israel sudah membunuh 43 nabi pada sebelah pagi dalam satu masa. Kemudian ada 170 orang Bani Israel yang mengajak mereka membunuh nabi berkenaan kepada ma’ruf dan mencegah mereka daripada mungkar tapi mereka juga membunuhnya pada sebelah petang.” (Hadis riwayat Abu Hatim dan Ib Jarir). Dan dalam riwayat lain, Abdullah ibn Mas’ud meriwayatkan bahawa Bani Israel membunuh 300 nabi dalam satu hari. Dalam al-Quran, keganasan bangsa Yahudi yang membunuh atau akan membunuh atau mengaku membunuh banyak nabi direkodkan dalam beberapa ayat sucinya. Ia direkodkan setidaknya dalam 11 ayat dengan menggunakan sama ada kata kerja mudari’ (continuos tense), madi (past tense) dan dalam bentuk kata benda dasar. Sebagai contoh, ayat yang menggunakan kata kerja mudari’ adalah ayat bermaksud ‘‘Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu kepada apa yang diturunkan Allah, mereka menjawab: Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami. Dan mereka ingkarkan yang lain yang diturunkan kemudiannya, padahal al-Qur'an itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah: Jika demikian, mengapa kamu membunuh Nabi-Nabi Allah yang dulu kalaulah kamu orang beriman?" (Surah al-Baqarah: 91) Ayat yang menggunakan kata kerja masa lampau dan sebagai pengakuan bohong mereka ada dalam ayat bermaksud: ‘‘Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya Kami membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya, tetapi diserupakan bagi mereka. Dan sesungguhnya orang yang berselisih faham, padanya, sebenarnya berada dalam keraguan mengenai pembunuhan itu. Tiada suatu pengetahuan pun mengenainya selain mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.” (Surah al-Nisa: 157) Ayat yang menggunakan kata benda dasar adalah ayat bermaksud: ‘‘Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada suatu alasan yang benar, dan mereka berkata: Hati kami tertutup. Bahkan Allah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit saja di antaranya.” (Surah al-Nisa: 155) Mereka juga berniat membunuh Nabi Harun Alaihissalam, firman Allah maksudnya: ‘‘Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah dia: Amatlah apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; Apakah kamu mahu mendahului perintah Tuhanmu? Dan ia meletakkan Lauh-lauh itu serta ia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menarik kepadanya. Nabi Harun berkata: Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaummu memandang aku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku; maka jangan engkau jadikan musuh bergembira melihatku, dan janganlah engkau jadikan aku termasuk dalam golongan orang zalim." (Surah al-A’raf: 150) Sebagai balasan atas kekejaman, keganasan dan tebal muka bangsa Yahudi di atas, Allah pun menghukum mereka dengan hukuman seperti disebutkan dalam al-Quran maksudnya: ‘‘Mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab daripada manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada alasan benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.” (Surah Ali ’Imran: 112). Kebenaran ayat ini masih berlaku hingga ke hari ini kerana bangsa Yahudi masih menjadi bangsa tidak disukai dan digemari oleh bangsa dunia yang diwakili. Kita mengimani sedalam-dalamnya ajaran al-Quran dan hadis. Kita mengimani bahawa para Nabi dibunuh bangsa Yahudi pada masa lalu. Kita juga mengimani bahawa bangsa Yahudi akan menerima padah di dunia dan di akhirat kelak. INTI PATI Bukti kekejaman Yahudi 1 Keganasan bangsa Yahudi yang membunuh atau akan membunuh atau mengaku membunuh banyak nabi direkodkan dalam beberapa ayat suci. 2 Apabila bangsa Yahudi membunuh manusia biasa pada hari ini, itu masih perkara kecil jika dibandingkan dengan pembunuhan nabi masa lalu seperti diberitakan al-Quran dan hadis. 3 Sebagai balasan atas kekejaman, keganasan dan tebal muka bangsa Yahudi, Allah menghukum mereka. Oleh:Abdurrahman Haqqi

Teks Khutbah Jumaat 2 Januari 2009

Awal tahun baru hijrah 1430H menyaksikan satu lagi tindakan biadap  rejim zionis Israel.  Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi  seranga bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam. Bilangan orang awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah lebih dari 300 orang dan Lebih 1500  orang mengalami kecederaan. Bilangan kematian dikalangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Bahkan pasukan darat tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu ini akan meningkatkan lagi kemusnahan, dan kematian di kalangan penduduk Gaza. Allah Ta'ala berfirman: 4:75 Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: ""Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!" Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Kita diperingatkan oleh Allah SWT di dalam Al Quran: 9:71 Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." Isu Palestin bukan isu Arab atau isu rakyat Palestin, tetapi ia adalah isu umat Islam. Malangnya umat Islam yang sudah dihinggapi oleh sejenis virus yang disebarkan oleh penjajah iaitu ideology kebangsaan sempit atau assobiyah, kita tidak lagi melihat umat Islam diluar dari sempadan politik Negara kita sebagai saudara seislam yang wajib di bela dan dipertahankan. Sabda Rasulullah SAW: Seorang muslim adalah saudara kepada muslim  yang lain, dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya" Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Sesungguhnya membantu saudara seislam yang diserang, dizalimi dan ditindas oleh musuh-musuhnya adalah merupakan satu tuntutan ukhuwah. Tuntutan ukhuwah di Dalam Islam tidak mengenal batas-batas Negara, bangsa dan keturunan. Selama mana seseorng itu mengucap kalimah syahadah maka dia ada saudara dalam Islam yang wajib dibela dan dipertahankan. Jika dia disakiti dan dianiaya menjadi tanggungjawab umat Islam untuk merawat, menghilangkan sebab-sebab yang menimbulkan kesakitan tersebut dan menghapuskan penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas dirinya. Ini adalah kerana Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud: Umat Islam adalah ibarat satu tubuh. Jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya dan tidak boleh tidur malam." Saudara sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Saudara-saudara kita di Gaza dan di Palestin sudah dizalimi dan dianiaya sejak lebih 60 tahun lalu. Bahkan sejak tahun 1948, 5 juta rakyat Palestin terpaksa meneruskan kehidupan di khemah-khemah pelarian baik di luar mahupun di dalam Negara Palestin yang terjajah. Mereka langsung tidak mendapat sebarang perlindungan dan pembelaan dari Negara-negara Islam baik yang berjiran mahupun dari seluruh dunia Islam. Bahkan penderitaan mereka semakin getir sejak 18 bulan yang lalu apabila Israel dengan penuh biadap menutup sempadan Gaza dan menyekat bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan bekalan air bersih. Tindakan tidak berperikemanusiaan ini disokong oleh kuasa-kuasa besar Amerika, Kesatuan Eropah dan Rusia. Bahkan Bangsa-bangsa bersatu turut bersekongkol dengan kuasa-kuasa besar merestui tindakan penuh kezaliman yang tidak pernah disaksikan di dalam sejarah tamaddun kemanusiaan iaitu 1.5 juta rakyat Palestin dikepung di dalam penjara terbesar di dunia dan kemudian dibiarkan menderita kebuluran. Keadaan begitu genting sehingga ada di kalangan penduduk Gaza yang terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan. Dan yang paling malang lagi saudara-saudara seagama yang jumlahnya mencecah 1.6 billion orang mengambil sikap acuh tak acuh atau tidak mengambil peduli tentang nasib saudaranya yang berada di ambang kematian. Negara-negara Islam yang merupakan Negara-negara pengeluar minyak yang kaya sanggup membiarkan umat Islam diperlakukan dengan biadap tanpa peri kemanusiaan oleh musuh-musuhnya. Bahkan lebih hina lagi apabila Mesir yang berjiran dengan Gaza tunduk kepada kehendak Isreal dan Amerika dan menutup sempadannya dengan Gaza. Bahkan sehingga saat ini pintu sempadan masih ditutup sehingga rakyat Gaza yang tercedera dalam serangan biadap Israel tidak dapat menyeberang untuk mendapatkan rawatan. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Di manakah kita hendak letak ayat-ayat al Quran dan hadis Nabi SAW yang menekankan tentang tanggungjawab ukhuwah Islam. Bagaimanakah umat Islam hendak berdiri di hadapan Rabbul Jalil dan memberi alasan di atas kealpaan mereka membantu saudara-saudara mereka di Gaza dan dipuluhan malah ratusan tempat yang lain di mana umat Islam dizalimi, ditindas dan disakiti. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Lebih malang lagi apabila ada Negara-negara Islam bahkan pemimpin-pemimpin Islam yang turut meletakkan kesalahan ke atas rakyat Palestin. Ini adalah perkara yang sangat pelik. Israel yang melakukan serangan besar-besaran sehingga membunuh ratusan rakyat Palestin, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, tiba-tiba kesalahan itu dilonggokkan ke atas bahu rakyat Palestin? Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Jangan terpengaruh dan terpedaya dengan propaganda pihak musuh. Mereka mengulang-ulang gesaan supaya pejuang palestin menghentikan serangan roket ke atas sasaran Israel. Mereka mendakwa serangan roket inilah yang telah mengundang amarah Israel sehingga mereka melancarkan serangan udara sejak seminggu yang lalu. Hakikatnya rakyat Palestin hanya mempertahankan diri dari pencerobohan tentera Israel yang berlaku acap kali ke atas wilayah Gaza. Pencerobohan ini pula berlaku pada saat gencatan senjata berlangsung di antara kedua belah pihak. Apakah pilihan yang ada pada rakyat Palestin ketika mereka dikepung dan dinafikan hak untuk hidup, kemudian dinafikan pula hak untuk mempertahankan diri dari serangan musuh. Undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva memperakui tindakan mana-mana Negara atau bangsa yang dijajah untuk mempertahankan hak, diri dan tanah air mereka dari segala bentuk penjajahan asing. Dunia tidak boleh diperdaya oleh regim zionis dengan siri-siri penipuan mereka. Kemampuan pejuang Palestin dan Hamas untuk bertindak balas ke atas kebiadapan Israel sangat terbatas. Bagaimana mungkin Palestin yang hanya memiliki roket buatan sendiri yang tidak pernah tepat mengenai sasaran boleh menjadi ancaman kepada Israel yang merupakan kuasa tentera yang terbesar di dunia. Dengan sokongan Amerika, Israel memiliki semua peralatan dan senjata tercanggih termasuklah kereta kebal Merkeva, helicopter Apache' dan Jet pejuang F16, F17 dan F18 yang dibekalkan oleh Amerika Syarkiat. Hakikatnya tindakan serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin sejak sepuluh tahun yang lalu hanya membunuh sekitar 20 orang rakyat Israel, dan itupun dalam rangka untuk mempertahankan diri setiap kali tentera Israel menggempur rakyat Palestin. Bilangan rakyat Palestin yang terbunuh akibat serangan Isreal sudah mencecah ribuan jiwa. Ini tidak termasuk puluhan ribu yang tercedera dan 10,000 termasuk 300 orang wanita yang diseksa dalam penjara Israel. Dan hari ini dalam satu serangan sahaja Israel membunuh 300 orang sekelip mata. Di manakah 'sense of proportion' atau kemampuan menimbang masyarakat antarabangsa di antara kejahatan Israel dengan kemampuan rakyat Palestin untuk mempertahankan diri mereka. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Atas rasa tanggungjawab dan prihatin yang amat mendalam terhadap kezaliman yang sedang berlaku ke atas umat Islam, khatib mengsyorkan beberapa tindakan praktikal yang boleh dilakukan oleh umat Islam. Pertama, khatib menyeru umat Islam supaya bermunajat kepada Allah SWT dengan sungguh-sungguh agar Allah mengeluarkan kita dari keadaan yang lemah ini dan mengampuni kealpaan selama ini. Seterusnya kita memohon kepada Allah agar memberi kekuatan kepada seluruh umat Islam supaya bangkit dari kelemahan ini untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam. Seterusnya secara khusus kita memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan ke atas umat Islam di Palestin ke atas musuh-musuh zionis yahudi. Kedua, khatib mengsyorkan agar setiap kariah dan kawasan mngadakan solat hajatperdana  memohon kepada Allah agar saudara-saudara kita di Palestin diselamatkan dari kejahatan musuh-musuh zionis dan memenangkan mereka dengan 'karamah' dari Allah SWT. Kita yakin golongan yang dizalimi dan teraniaya pasti didengari doa mereka dan akan mendapat pertolongan Allah SWT. Ketiga khatib mengsyorkan agar umat Islam tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada suadara-saudaranya di Palestin. Ini bersesuaian dengan anjuran Allah SWT agar umat Islam berjihad dengan harta dan jiwa raga mereka. Firman Allah SWT dari surah as Saff: Wahai orang yang beriman. Sukakah kamu diberitahu satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari seksa api neraka iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasulnya, dan berjihad pada jalannya dengan harta-harta kamu dan jiwa raga kamu. Itulah yang baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Akhirnya khatib ingin mengingatkan umat Islam bahawa kezaliman dan penganiayaan itu menimpa bumi yang diberkati, bumi para Nabi, bumi Isra' dan mikraj dan bumi di mana terletak masjid al Aqsa yang dimuliakan Allah SWT di samping masjid al Haram dan masjid a-Nabawi. Khatib juga ingin merakamkan rasa sedih seluruh umat Islam yang amat mendalam ke atas penderitaan yang menimpa rakyat Palestin d Gaza dalam suasana ketika seluruh dunia Islam menyambut Ma'al Hijrah (tahun baru Hijrah 1430H dan ketika tahun 2008 akan melabuhkan tabirnya menjelang ketibaan tahun baru 2009. Apakah ia menandakan tahun baru ini menjanjikan penderitaan berpanjangan kepada rakyat Palestin? Oleh kerana itu khatib menggesa seluruh lapisan masyarakat bangkit untuk menggesa supaya kebiadaban dan keangkuhan rejim zionis yang disokong oleh USA dihentikan dengan segera. Disediakan oleh Dr Hafidzi Mohd Noor Palestine Centre of Excellence

Persoalan Palestin

Kehadiran topik mengenai Bani Israel di dalam al-Quran merupakan persoalan pertarungan antara kebenaran dan kebatilan. Persoalan itu berterusan hingga kini sehinggalah Allah menentukan tokoh atau golongan yang akan memperjuangkan permasalahan Palestin sehingga Palestin kembali ke pangkuan negara Islam seperti kembalinya menerusi tangan Umar al-Faruq dan Salahuddin al-Ayubi. Inilah janji Rasulullah yang benar. Perjuangan akan datang berpihak kepada kaum yang tertindas yang benar-benar ikhlas kepada Allah, tidak sama sekali untuk golongan yang pengecut dan dayus. Ketika itu setiap pokok dan batu akan memberitahu: “Wahai pejuang Muslim, ini dia si bedebah Yahudi sedang bersembunyi di belakang aku”, kecuali sejenis pokok sahaja yang dikenali sebagai pohon farqad. Persoalan ini secara langsung menyentuh persoalan ibadat. Setiap Muslim berikrar sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari di hadapan Allah dengan menyebut ‘ghoiril maghdhu bi ‘alaihim wa ladhallin’’ (bukan jalan yang Engkau  murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat). Yang pertama dimaksudkan dalam ayat itu ialah kaum Yahudi manakala golongan yang kedua pula ialah Nasrani. Apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh kaum dayus itu sehingga mereka mengharapkan agar kaum Muslimin membelakangkan al-Quran? Jawapan ini telah dijelaskan kepada kita oleh al-Quran dengan maksudnya: “Dan sama sekali kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dengan kamu melainkan setelah kamu mengikut agama mereka.” Nah, itulah ketegasan al-Quran memberikan panduan kepada penganutnya. Tetapi malangnya pemimpin boneka mereka yang pernah menziarahi Tel Aviv melarang orang Islam membaca ayat-ayat yang menyentuh kaum Yahudi. Merekalah sebenarnya pelopor keamanan yang palsu. Suatu ketika dahulu mereka telah menjual Palestin melalui Perjanjian Kem David. Dimanakah wira yang pernah mengangkat ranting zaitun dan melaungkan perjuangan bersenjata menentang ancaman Zionis? Dimanakah pahlawan yang menyeru kepada pembebasan bumi Isra’ dan Mi’raj daripada tangan Yahudi? Dimanakah hero yang menyeru untuk kemerdekaan qiblat pertama dan tanah haram ketiga, Baitul Maqdis? Bagaimanakah dengan peristiwa tragis Dir Yassin, Sabra dan Shatela serta al-Karamah dan kini di Gaza mereka membunuh dengan terang-terangan.Apakah semua peristiwa itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pengajaran? Kiranya peristiwa yang menyayat hati itu telah dilupai atau sengaja dilupai oleh pengkhianat masakan umat Islam yang ikhlas dengan perjuangannya boleh melupakannya. Sama sekali tidak. Ingatan kita masih lagi segar dengan peristiwa kebangkitan umat yang bangun menentang Perjanjian Balfore. Menteri Luar Inggeris telah menyatakan keazamannya untuk membantu menegakkan negara Yahudi di bumi   Palestin diikuti rancangan menakluki  Palestin. Rancangan yang diakui oleh perikatan bangsa-bangsa Barat itu memperkukuhkan Perjanjian Balfore. Bangsa Arab dan umat Islam seluruhnya sebulat suara mengangkat jari dan bertanya: Siapakah si Balfore yang berhak memberi dan menyerahkan bumi Palestin kepada bangsa Yahudi terkutuk itu sehingga menjadi satu ungkapan umum bahawa ‘orang yang tiada kena mengena memberi sesuatu yang bukan miliknya kepada orang yang tidak berhak’. Ini adalah drama palsu yang dilakonkan di dalam kepalsuan. Kaum Muslimin seluruhnya telah menanggung derita akibat bencana yang menimpa mereka. Di sinilah bermula titik hitam dalam sejarah umat Islam. Selepas itu Amerika Syarikat pula menangani masalah Yahudi manakala Troman dan Roosevelt pula meneruskan tugas Inggeris dalam menerajui konspirasi Zionis antara bangsa ke atas umat Islam. Bantuan datang mencurah-curah kepada Yahudi manakala hak bangsa Palestin di bumi sendiri diabai dan dibelakangkan. Selepas itu penghijrahan Yahudi ke bumi Palestin dibuka dengan seluas-luasnya, kumpulan demi kumpulan. Program yang penuh perencanaan itu menyusul satu demi satu dengan kemas dan terjamin. Pada 1948, satu angkatan bersenjata Islam telah dibentuk bagi membebaskan bumi Isra’ dan Mi’raj daripada cengkaman Yahudi. Penubuhan itu mendapat sokongan negara Arab dan   Islam lain apabila tenaga sukarelawan datang mencurah-curah. Sewaktu pertempuran sengit antara kedua-dua pihak itu, berlaku pakatan jahat dan pengkhianatan ke atas tentera Islam itu. Jenayah Yahudi tidak berlaku secara terang-terangan di mata dunia. Dalam satu tragedi yang ngeri mereka melakukan penyembelihan beramai-ramai ke atas wanita dan kanak-kanak. Angkara durjana itu bertujuan menghalau bangsa Arab dari bumi Palestin dan membolehkan Yahudi menguasai sepenuhnya bumi Palestin. Ancaman pakatan jahat itu berjalan lancar. Apabila Inggeris mengisytiharkan penarikan diri daripada jajahannya     Palestin, maka golongan Yahudi di Tel Aviv terus mengisytiharkan pembentukan negara Israel. Beberapa minit sahaja selepas pengisytiharan pembentukan negara Israel itu, Presiden Amerika Syarikat, Troman mengisytiharkan pengiktirafan kepada Kerajaan Yahudi. Di Moscow pula, kerajaan pimpinan Stalin turut mengumumkan pengiktirafan yang sama ke atas Kerajaan Yahudi itu. Begitulah hari-hari berlalu. Rencana konspirasi terus berjalan daripada satu babak kepada satu babak dengan penuh kejayaan sehingga meningkat kepada tercetusnya serangan tiga serangkai, Inggeris-Perancis-Israel ke atas Mesir, Peperangan Ramadan, kunjungan Presiden Sadat ke Tel Aviv, Kem David dan kekecohan di Jerico. Perjanjian Balfore dengan tegasnya menyatakan: “Sesungguhnya Raja Britain melihat penubuhan Kerajaan Yahudi di Palestin dengan penuh simpati. Baginda Raja akan memberi penuh perhatian dan sokongan padu kepada pencapaian matlamat ini.” Britain telah berjanji kepada Yahudi dan melaksanakan janji itu dengan melayani segala hasrat Israel, bermula daripada pengiktirafan hinggalah kepada sokongan dan bantuan. Pada masa yang sama Britain menaburkan seribu janji palsu kepada bangsa Arab dan umat Islam serta memberikan jaminan dusta bagaikan fatamorgana. Sidahaga menyangka itulah air. Namun apabila dia menghampirinya ternyata kosong belaka dan tiada menemui apa-apa. Mereka tertipu dan terus memberikan pengharapan kepada Inggeris dan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat sama seperti saudaranya, Inggeris, juga menaburkan janji-janji kosong yang menjanjikan kemusnahan, kehancuran, malah penyerahan dan penghapusan sepenuhnya etnik serta identiti Arab di bumi Palestin, bumi Islam itu. Orang yang mengiktiraf Kerajaan Israel dua minit selepas pengisytiharannya, juga adalah orang yang sama merancang dan menyusun permainan politik kotor dengan berselindung di sebalik istilah proses perdamaian. Apakah pelopor perdamaian (kononnya) ini belum sedar daripada kesesatan mereka? Tidakkah mereka boleh kembali kepada kitab yang dengan jelas menyebut dan memberi peringatan kepada mereka? “Demi sesungguhnya engkau mendapati manusia yang sangat memusuhi orang-orang yang beriman ialah orang Yahudi dan Musyrik.” (Al-Madiah: 82) Apakah mereka akan terus dengan kesesatan mereka itu sehingga Allah menggantikan tempat mereka dengan satu kaum yang lain? "Dan jika kamu berpaling tadah, maka Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain daripada kamu dan kaum itu tidak seperti kamu.”