1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

1100 Kanak-kanak Dipenjara Israel Sepanjang Tahun 2010

Sekurang kurangnya 1,100 kanak kanak Palestin dipenjara sepanjang tahun 2010, Pihak Berkuasa Palestin Jabatan Hal Ehwal Tahanan menegaskanya Rabu lalu.
Seramai 500 orang kanak kanak yang tidak bersalah ditangkap di timur Baitulmuqaddis, dan selebihnya di Hebron serta beberapa tempat lagi.
Kementerian Hal Ehwal Tahanan, Issa Qaraqe mengatakan kadar menangkapan dikalangan kanak kanak yang begitu tinggi ini mencerminkan dasar Israel secara sistematik mengawal dan mengongkong generasi pewaris Palestin, terutama di Timur Baitulmuqaddis. Kanak kanak ini biasanya dikenakan tahanan rumah.
Dalam laporannya, menurut kementerian tersebut, tahanan ini secara rutin akan dipenjara di sel sel penjara yang terpencil dan menyerupai sebuah kubur. Beberapa tahanan, termasuk Hasan Salameh dan Ahmad Al-Mughrabi, sekurang kurangnya telah menghabiskan lebih daripada lapan tahun dalam keadaan yang tidak berperikemanusiaan tersebut.
Perkhidmatan perisikan Israel Shin Bet telah mengeluarkan arahan agar sekurang kurangnya 12 tahanan kanak kanak Palestin wajib dipenjarakan dalam tempoh yang panjang di sel sel penjara tersebut, menurut laporan itu.
Sebuah petisyen yang telah dihantar kepada mahkamah Israel telah gagal akibat dasar kejam Israel ini bermotif kepentingan politik negara Haram Israel, kata kementerian tersebut. Kementerian tersebut memohon agar ahli politik Eropah berusaha untuk campur tangan dalam menegakkan keadilan kanak kanak Palestin yang tidak bersalah ini.

Israel Akan Dilenyapkan!

Muhammad Deif, Komander sayap ketenteraan Hamas mengisytiharkan bahawa Palestin tidak akan berhenti berjuang sehinggalah Israel lenyap di muka bumi. Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan, Deif juga berikrar untuk membebaskan kesemua tawanan Palestin di Israel. “Kami berjanji untuk membebaskan mereka dan mematahkan besi-besi penjara walau dihalang oleh tindakan penjajah,” katanya sempena 23 tahun penubuhan gerakan Islam tersebut. Dalam kenyataan jujurnya kepada Israel, Deif mengatakan, “Anda akan lenyap dan kami akan memperoleh Palestin.  Bendera putih tidak akan dikibarkan selagi ada walau seorang pun umat Islam.” Ahmed Ja’abri, seorang lagi komander Briged Izz al-Din al-Qassam, mengeluarkan kenyataannya sendiri dalam sebuah laman web pro-Hamas, “Sempena ulangtahun Operasi Cast Lead, kami katakan kepada musuh bahawa kami sentiasa sedia mengahadapi apa jua kekejaman baru Zionis.” “Sebarang cubaan baru daripada pihak ini untuk memperdaya dan mengugut akan hanya membuat kami lebih bersemangat untuk meneruskan tentangan menghadapi sebarang pencerobohan dan jenayah Zionis.” Juga Sabtu lalu, seorang jurucakap Hamas mengingatkan bahawa gerakan itu sedang menilai kemungkinan gencatan senjata tetapi juga bersedia untuk menghadapi tentangan. “Gencatan senjata sedang berlangsung sekarang. Ia akan menjadi kenyataan jika Israel menghentikan pencerobohan dan menamatkan sekatan yang dikenakan. Namun, jika mereka cuba melakukannya, kami akan bertindak balas, ” kata seorang jurucakap bertopeng Hamas yang mahu dikenali sebagai Abu Obeideh. Dalam sebuah kenyataan akhbar dengan tiga pengawal Palestin yang kesemuanya bertopeng, gerakan tersebut menyatakan yang mereka bersedia menghadapi sebarang pencerobohan Israel dan memberi petunjuk kepada penggunaan sebuah senjata rahsia. “Kami amat bersedia menghadapi sebarang penentangan dari Israel”, kata mereka. “Senjata kami mungkin sedikit berbanding Israel, tapi kami memilliki sesuatu yang mampu menggentarkan mereka,” ujar mereka tanpa mengulas lanjut. Jumaat lalu, Mahmoud al-Zahar seorang pemimpin atasan Hamas menyatakan bahawa Hamas bersedia melaksanakan gencatan senjata jika Israel sedia mematuhinya. “Kami komited untuk menghentikan penentangan selagi mana tiada penindasan dan keganasan dilakukan”, katanya (pic/haa)

"Santa Claus" Demo Menentang Tembok Pemisah Israel

RAMALLAH, 26 Disember - Aktivis Palestin dan Israel telah berpakaian seperti Santa Claus dalam usaha 'memprotes kewujudan tembok pemisah Israel di Tebing Barat. Walaubagaimanapun mereka telah bertembung dengan pasukan Israel pada hari Natal di desa Bil'in, Tebing Barat, sebelah barat Ramallah dan ditembak dengan gas pemedih mata. Menurut laporan dari laman berita Ma’an, para peserta demostrasi telah membawa pokok Krismas yang dihiasi dengan tabung gas terpakai dan bom tangan setrum terpakai yang telah digunakan oleh tentera Israel terhadap para  demonstrasi sebelumnya sejak lima tahun terakhir. Pohon senjata yang dihasi itu adalah merupakan simbolik sokongan para aktivis terhadap Abdullah Abu Rahme penyelaras Jawatankuasa Bil'in Melawan Tembok dan Permukiman haram Israel. Rahme saat ini di tahan di penjara tentera Israel dan akan dibicarakan atas tuduhan "memiliki senjata yang boleh menyebabkan kematian dan berbahaya ketika mengadakan demostrasi terhadap Israel” sedangkan beliau sebenarnya memegang tabung gas mata terpakai dan bom tangan terpakai yang telah dilgunakan oleh tentera Israel untuk menyuraikan demo-demo yang telah diadakan di Bil'in. (wbn)

Sarjan Israel: Kami Mangsa Keganasan Rakyat Palestin

[caption id="attachment_4974" align="alignleft" width="400" caption="Siapa Pengganas: Anak-Anak Palestin atau Tentera Israel"][/caption] Pada 2 Disember, Kesatuan Massachusetts Utara untuk Palestin (Western Massachusetts Coalition for Palestine) telah menganjurkan sebuah protes terhadap majlis bertema  : “Menghadapi Keganasan : Sebuah Kisah Realiti” bertempat di kampus Universiti Massachusetts di Amherst. Seorang sarjan dari tentera Israel, Kenny Sachs telah dijemput sebagai penceramah undangan dalam majlis tersebut yang ditaja oleh Persatuan Pelajar Penyokong Israel (Student Alliance for Israel) dan University of Massachusetts Hillel House. Beliau adalah seorang penceramah bagi kumpulan propaganda Israel, Upstart Activist and Divestment Watch. Melalui topik perbincangan yang disampaikan berkenaan senario yang berlaku di Gaza, istilah ‘rakyat Palestin’ tidak pernah disebutkan. Sebaliknya, istilah ‘pengganas’ (terrorist) telah digunakan bagi menyatakan individu yang menyerang Sarjan Sachs di pos kawalan Erez di utara Gaza. Penerangan selebihnya adalah ‘hikayat’ pertempuran antara Sachs dan ‘pengganas’ yang menyebabkan Sachs ditembak di kaki dan hilang kemampuan untuk bermain bola keranjang. Kesatuan Massachusetts Utara untuk Palestin (Western Massachusetts Coalition for Palestine) menganjurkan protes ini sebagai tanda persaudaraan dengan rakyat Palestin yang sekian lama djajah oleh Israel. Selari dengan protes senyap di jalanan di  Arizona State University dan University of Michigan, nama kanak-kanak yang dibunuh di Gaza semasa serangan pada musim sejuk  2008-09 ditampal di baju kami. Dengan menggunakan protes senyap sebagai satu wadah tunjuk perasaan yang aman, kami telah menunjukkan bahawa Israel juga selama ini telah ‘membisukan’ tindakan ketenteraan mereka di Palestin – penjajahan, pembinaan tembok maut di Tebing Barat dan angka kematian rakyat Palestin yang menakutkan. Kenny Sachs berkhidmat dalam pasukan tentera Israel hingga 2003 di Tebing Barat yang dijajah (termasuk Jenin dan Tulkarem), di kawasan Genting Gaza dan Lebanon. Usaha membawa tentera seperti Sachs ke dalam kampus universiti-universiti di Amerika adalah satu cara Israel dalam melakukan penjenamaan semula imej dan ‘merasionalkan agenda penjajahannya, di samping meletakkan imej mereka sebagai mangsa serangan ‘pengganas’. Ini tidak lain adalah agenda untuk menggelapkan usaha rakyat Palestin dalam menjelaskan realiti sebenar penjajahan Israel dan perjuangan mereka demi keadilan. Dengan menidakkan hak ini dan secara berterusan menekankan tentang hilangnya kemampuan Sarjan Sachs untuk bermain bola keranjang setelah ditembak, Persatuan Pelajar Penyokong Israel (Student Alliance for Israel) jelas gagal memenuhi janjinya untuk menggalakkan diskusi yang konstruktif atau mencetuskan jalan ke arah tercapainya keamanan. Dialog keamanan seumpama ini tiada maknanya selagi mana Israel meneruskan tindakan pembersihan etnik yang dijalankan mereka. Aktivis-aktivis keadilan pula mestilah sentiasa menepis dakyah karut seumpama ini bagi mengelak dari tertipu dengan politik kotor Israel. Yang jelas dari acara tersebut, Persatuan Pelajar Penyokong Israel telah mengelak daripada terlibat dalam apa-apa perdebatan walaupun mempunyai banyak peluang untuk berbuat demikian. Dengan memprotes acara berunsur propaganda seumpama ini, kami juga menyokong seruan rakyat Palestin untuk memboikot dan terus menentang Israel. Boikot ini akan diteruskan dengan sepenuh hati kami sehinggalah Israel bertanggungjawab terhadap jenayah kemanusiaan yang dilakukannya, menghentikan penjajahan ketenteraan ke atas tanah Israel, menghormati hak pelarian Palestin untuk pulang ke kampung halaman mereka sejak 1948 dan menghormati hak sama rata rakyat Palestin di Israel. (ei/uni/hp) Christopher Clark ialah pelajar tahun tiga di Hampshire College di Amherst, Massachusetts. Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang penentangan komuniti dan Timur Tengah. Beliau adalah ahli Persatuan Pelajar untuk Keadilan di Palestin (Students for Justice in Palestine) dan Kesatuan Massachusetts Utara untuk Palestin (Western Massachusetts Coalition for Palestine). Diterjemahkan oleh: Irwan Afendi Mohd Naim (Tim Editorial HALUANPalestin)

Nampak tanah tu? Itu milik saya, tapi saya tak boleh ke sana

Pada 8, 9 dan 10hb, para petani di Khuza'a menuai gandum mereka. Khuza'a adalah sebuah perkampungan pertanian berdekatan sempadan Israel di selatan Gaza, dalam daerah Khan Younis. Selama 3 hari mereka pergi ke ladang, bergerak dari awal pagi dan memetik buah-buahan dari ladang mereka. Selama 3 hari itu juga tentera Israel menembak dari menara kawalan ketika para petani sedang menuai hasil. Namun, para petani ini tidak akan sekali-kali membiarkan tentera pengganas itu menjadi halangan bagi mereka memasuki ladang milik mereka. Kawasan di mana para petani bersama-sama 3 orang aktivis International Solidarity Movement (ISM) dan 5 orang lagi akvitis berbangsa Palestin itu berada adalah dalam jarak sekitar 450 meter dari sempadan. Sebelum berlakunya Intifadah Kedua, ladang ini ditanam dengan pokok tembikai, pokok zaitun dan pokok buahan lain. "(Ketika itu) kami datang ke sini untuk berbabeque, berkumpul dan berehat... jip-jip Israel sering melalui kawasan ini, tidak jauh dari kami, tetapi mereka tidak pedulikan kami, mereka biarkan kami dengan aman," kata Akhmad. Tetapi hari ini, pokok-pokok telah dicabut, tanaman dihancurkan. Satu-satunya pokok yang boleh ditanam, kerana tidak memerlukan penjagaan yang berterusan, adalah gandum. Masalahnya, gandum memerlukan beberapa jam untuk dituai, dan penembak tepat Israel akan berseronok mengganas ke atas para petani sepanjang waktu menuai itu. Pada 8hb Mei, para aktivis berkunjung ke ladang bersama-sama seramai 8 orang petani dari keluarga An Najjar yang kebanyakannya wanita, termasuk seorang kanak-kanak berumur 13 tahun dan seorang adik perempuannya berumur 7 tahun. Mereka berada di kebun seluas 10 dunam, mengumpul longgokan gandum berwarna kuning keemasan. Keluarga tersebut menyangka bahawa kehadiran aktivis-aktivis bersama mereka akan dapat memberi perlindungan ketika mereka bekerja. Justeru mereka membuat keputusan untuk pergi lebih jauh dari biasa bagi mengumpul makanan untuk ternakan. Di penghujung ladang gandum mereka kelihatan bukit-bukit pasir yang dibina menggunakan jentolak Israel. Semak-semak berduri tumbuh di situ, dan terdapat juga pohon-pohon kecil yang sudah kering, satu jenis makanan yang baik untuk keldai dan biri-biri. Seorang lelaki membongkok untuk mencabut beberapa tanaman, mengangkat lengannya dan menujuk ke arah sebuah bukit pasir, beberapa puluh meter jauhnya, "nampak tanah tu? Itu milik saya, tapi saya tak boleh ke sana." Dari menara kawalan, tentera Israel sangat pantas menunjukkan kekuasan mereka dalam memutuskan kawasan mana yang boleh ditanam, kawasan mana tidak boleh ditanam. Kami terdengar tembakan pertama ke udara beberapa ketika sebelum jam 9 pagi. Tiba-tiba, tanpa sebarang amaran 3 tembakan peluru disasarkan pada jarak 50 meter daripada para petani yang sedang sibuk bekerja. Bila mereka menembak ke udara, kita hanya terdengar dentuman tembakan. Tetapi jika peluru itu datang ke arah kita, anda akan dapat mendengar desiran peluru, dan bunyi peluru itu mendarat jatuh. Kebun itu berpasir, dan bilamana peluru jatuh, kami dapat lihat kepulan debu naik ke udara. Begitu dekat sekali. Sungguh dekat dengan 20 orang awam yang sedNG berada di situ hanya untuk menuai hasil tanaman mereka. Kira-kira 20 minit kemudian seorang lelaki yang kelihatan marah berhenti mengumpul rumput untuk ternakannya, dan berkata-kata tentang suasana sebuah traktor membajak tanah di sebelah sempadan di kawasan Israel, "tengok, orang Israel boleh berladang tanpa gangguan. Tapi kalau kami keluar ke ladang, mereka akan tembak kami." Pada hari kedua, satu lagi kumpulan petani dari keluarga An Najjar mula mengumpul bijirin di kawasan berdekatan, yang juga merangkumi kawasan seluar 10 dunam. Lebih 10 orang petani mengutip bijirin, dan beberapa orang wanita pula mengumpul rumput. Tapi apa yang boleh mereka tuai dari sebidang tanah seluas 10 dunam itu? Akhmad An Najjar cuba mengira: "Di masa lalu, kami membawa pulang 50-60 beg gandum. Sekarang kita hanya boleh mengumpul 10, 20 beg. Kami tidak dapat mengurus tanah ini kerana kamu tidak dapat masuk lebih jauh. Jumlah hasil jauh lebih sedikit dari 10 tahun yang lalu." Pada 7.30 pagi, satu tembakan kedengaran dari arah menara kawalan, begitu juga dengan bunyi jip-jip dan kereta kebal yang bergerak tanpa henti di sepanjang sempadan. Pada hari ketiga, jip-jip dan kereta kebal terus bergerak, menyebabkan debu berkepulan ke udara di atas tanah yang kini diisytiharkan sebagai milik Israel. Dentuman peluru juga kedengaran. Seorang lelaki memberitahu kami, "mereka menembak sepanjang hari. Tetapi bila ada aktivis antarabangsa, tembakan mereka agak berkurangan." Khuza'a adalah merupakan sebuah perkampungan petani. Pusat perkampungan ini terletak sejauh 1 km daripada sempadan, manakala 80% daripada 2000 dunam tanah suburnya terletak di kawasan berisiko tinggi dan menjadi sasaran tembakan peluru Israel, dan juga dilarang masuk oleh tentera Israel kerana dikategorikan sebagai "buffer zone." Begitu banyak ladang tidak dapat usahakan, dan sebahagian besarnya tidak dibenarkan masuk sama sekali. Menurut laporan PBB, 35% daripada tanah subur di Gaza berada di kawasan berisiko tinggi. Kes-kes di mana petani ditembak ketika dalam perjalanan ke ladang mereka kini menjadi suatu kebiasaan. Kadar kemiskinan mencecah 80%. Begitu juga dengan kadar pengangguran. Bagi majoriti rakyat Gaza ini, mereka kehilangan pekerjaan sejak bermulannya Intifadah Kedua sehinggalah ke hari ini. Antara yang menjadi mangsa teruk adalah petani dan nelayan, yang hanya mampu bergantung kepada bantuan antarabangsa. Akhmad menjelaskan kenapa beliau dan keluarganya terus pergi ke ladang lagi, walaupun terpaksa berhadapan dengan semua ini. "Kami ingin makan dan hidup seperti orang lain. Ini adalah hak kami, ini adalah tanah kami, kami tidak akan meninggalkan ladang kami walaupun Israel terus menembak dan cuba menakut-nakutkan kami." ----------------- Artikel asal disiarkan oleh International Solidarity Movement, Gaza pada 14 Mei 2011

Yahudi menyasarkan masjid-masjid di bumi Palestin terjajah

Al Quds -- Israel bertindak menutup Masjid Ibnu Qudaamah yang terletak di Jalan Ikhwan al-Safa, kejiranan Wadi al-Jawz, mendakwa masjid tersebut digunakan sebagai markas Hamas. Tindakan yang melibatkan pengawal sempadan Israel dan pegawai-pegawai perisikan Shin Bet itu turut menangkap 2 lelaki yang berada di masjid tersebut, Amjad al-Shami dan Hamzah Muswadda. [caption id="attachment_5307" align="alignnone" width="527" caption="Pengawal Israel dan Shin Bet di hadapan masjid Ibnu Qudaamah"][/caption] Pihak berkuasa Israel itu dikatakan memecah masuk melalui pintu utama masjid dan seterusnya merampas beberapa barangan termasuk sepanduk dan mikrofon yang digunakan untuk melaungkan azan. Mereka kemudiannya menggantungkan notis penutupan masjid itu, mendakwa bangunan itu pernah digunakan sebagai markas Hamas. Masjid tersebut dibuka kira-kira sebulan lalu oleh masyarakat Islam setempat, memandangkan tidak ada masjid lain di kawasan tersebut. Ia dibina di atas sebidang tanah yang disedekahkan sebagai tanah waqf orang Islam. Bagaimanapun Israel tidak menghormati taraf waqf tanah tersebut. Sementara itu di Jaffa, beberapa orang pengganas Yahudi telah ditangkap ketika merancang letupan bom di masjid Hassan-Beck. Mereka didakwa meletakkan bahan letupan di dalam sebuah kenderaan awam, dan merancang untuk meletupkan bahan tersebut dari jarak jauh ketika umat Islam mendirikan solat Jumaat. Sebelum ini, masjid tersebut telah beberapa kali diserang puak pelampau Yahudi. Menara masjid ini pernah diruntuhkan, selain cubaan membakar dan juga tindakan membaling kepala bangkai babi ke laman masjid. [caption id="attachment_5296" align="alignnone" width="500" caption="Masjid Hassan Beck, Jaffa"][/caption] ------------- Sumber berita: Silwanic dan Palestine Information Center