1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

5 Tertangkap Dalam Satu Konfrontasi

5-kofrontasiAl-Quds: 27/2/2012 - Polis Israel telah menangkap 5 penduduk Al-Quds pada hari Isnin petang (27/2/2012) semasa konfrontasi yang berleluasa terjadi di wilayah At-Tur, penjajahan Al-Quds.

Register to read more...

Kapal Mavi Marmara Dikosongkan, Nasib Aktivis Tidak Menentu

1 Jun - Laporan terakhir mengenai keadaan misi kemanusiaan Freedom Flotilla yang dibantai oleh komando Israel menyebutkan bahawa sejumlah 535 penumpang sudah diturunkan dari kapal Mavi Marmara. Kapal itu kini dilabuhkan di Ashdod dan  dalam keadaan kosong. Informasi yang diungkapkan oleh Al-Jazeera tersebut diperolehi dari Kementerian Luar Negeri Israel. Kebanyakan penumpang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik dengan Israel, seperti Lubnan, Mesir, Yaman dan yang lainnya. Bakinya berasal dari negara yang tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Israel. Bagi aktivis yang berasal dari negara yang memiliki hubungan diplomatik, jika mereka tidak membantah  arahan pemerintah maka Israel maka mereka akan dihantar pulang  secara  langsung dengan menaikkan pesawat yang disediakan di bandar Tel Aviv. Sedangkan bagi aktivis yang negaranya tidak memiliki hubungan diplomatik ditahan oleh Israel hingga ada negara ketiga yang mahu menerima mereka. Sehingga laporan ini dicatatkan, Al-Jazeera menyatakan ada 48 aktivis yang telah dihantar pulang, salah seorangnya adalah Edward Peck, warga yang berusia 81 tahun yang juga merupakan mantan Duta Amerika Syarikat. Bakinya sejumlah 480 orang ditahan di penjara Israel di Beersheba. Mereka akan dihantar pulang jika urusan perundangan mereka dengan kerajaan Israel selesai. (di/ajer/hc/hp)

Kapal Bantuan Kemanusiaan "Maryam" Sedia Berlepas Ke Gaza

Samr Al Hajj, seorang aktivis kemanusiaan wanita Lubnan yang juga koordinator Persiapan Kapal Kemanusiaan Lubnan “Maryam,” mengumumkan bahawa kapal para aktivis wanita Lubnan akan bertolak dari Beirut itu akan membawa sukarelawan wanita, bantuan makanan dan perlengkapan perubatan ke Jalur Gaza, dalam rangka melanggar blokade Zionis terhadap wilayah tersebut. Samr Al Hajj menjelaskan bahawa pasukannya telah selesai melakukan segala persiapan untuk bertolak yang akan memuat para aktivis wanita itu. Justeru itu kapal bantuan kemanusiaan tersebut diberi nama Maryam. Dalam sesi taklimat bersama wartawan yang juga dihadiri oleh sejumlah wakil kedutaan-kedutaan besar mahupun konsulat negara-negara jiran dan para aktivis dari pertubuhan kemasyarakatan, Samr Al Hajj menyatakan bahawa kapal Maryam akan bertolak ke Gaza untuk menghentikan sekatan kezaliman ke atas rakyat Palestin di sana. Samr Al Hajj juga mengatakan bahawa masih ada lagi peluang bagi para wanita yang ingin mengikuti kapal kemanusiaan tersebut. (av/ral/sao).

Israel Ancam Akan Tahan Kapal Bantuan Kemanusiaan Iran dan Lubnan Memasuki Gaza

15 Jun - Israel menghantar mesej ancaman kepada Iran dan Lubnan bahawa mereka akan menggunakan kekerasan jika perlu untuk mengelakkan kapal bantuan kemanusiaan Iran dan Lubnan memasuki pantai Gaza memberikan bantuan. Tel Aviv mengancam bahawa kapal tersebut akan disekat di perairan antarabangsa, Tentera Laut dan Tentera Darat Israel akan menggunakan kekerasan jika perlu terhadap konvoi tersebut. Israel menambah bahawa kapal-kapal yang belayar tersebut digambarkan sebagai menuju ke “pelabuhan musuh” Israel, maka kapal tersebut akan dihentikan walau apa pun yang berlaku. Israel mengadakan perbincangan dengan Mesir untuk membantu dan menghentikan kapal tersebut setelah mereka mendekati terusan Suez.  Perkhidmatan Keselamatan Israel dan jabatan perisikan Israel sudah mula mengumpul maklumat perisikan tentang kapal, barangan kargo dan relawan yang berada di atas kapal. 2 buah kapal bantuan kemanusia dari Iran yang diterajui oleh Bulan Sabit Merah Iran dan sebuah kapal dari Lubnan yang dinamakan sebagai “Maryam” siap sedia untuk menuju ke Gaza. Pemimpin senior ketenteraan Israel mula adakan perundingan dengan para pegawai Tentera Laut Israel dalam rangka untuk menentukan strategi menahan kapal-kapal tersebut dalam usaha untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang ketika mereka menyerang Mavi Marmara yang menyebabkan 9 aktivis kemanusiaan terkorban pada 31 Mei yang lalu. Perkhidmatan keselamatan Israel mendakwa bahawa pihak Hizbullah Lubnan menghantar kapal yang penuh dengan aktivis wanita, yang terdiri dari ahli Hizbullah dan Hamas, dalam usaha untuk memalukan Israel tatkala mereka menyerang kapal-kapal kemanusiaan tersebut. Menurut sumber Israel, maklumat yang diterima oleh Tel Aviv mendedahkan bahawa, setakat ini, Mesir belum menerima sebarang permintaan dari Iran untuk membolehkan kapal mereka untuk belayar ke Gaza. Ketua Staf Angkatan Darat Israel, Gabi Ashkenazi, menyatakan bahawa armada Kebebasan, kapal-kapal Iran dan kapal-kapal lain, melakukan tindakan memprovokasi Israel samada melalui media, mahkamah antarabangsa dan agensi atau organisasi yang tertentu." (imo/hpo)

Menteri Luar Turki Seru Siasatan Antarabangsa Ke Atas Serangan Berdarah Disegerakan

Bethlehem, 17 Jun - Kementerian Luar Turki hari Rabu (16/6) mengatakan pihaknya telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk menyiasat tindakan Israel melakukan serangan ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara, seperti yang dilaporkan oleh Associated Press (AP). Panel tersebut akan diketuai oleh Menteri Luar Turki dan Menteri Perundangan Turki. Mereka akan "menggunakan semua saluran nasional dan antarabangsa" dalam menjalankan siasatan kejadian serangan itu dan menyiapkan kertas laporan dasar untuk siasatan antarabangsa, dan jawatankuasa tersebut telah bertemu dua kali sejak ditubuhkan pada hari Isnin lalu, demikian AP melaporkan. Hubungan Turki-Israel menjadi tegang ekoran serangan Israel ke atas armada bantuan kemanusian ke Gaza yang diketuai oleh NGO dari Turki. Konvoi tersebut melibatkan 6 buah kapal lain yang disertai lebih dari 700 aktivis kemanusiaan dari hampir 40 buah negara. Dalam serangan tersebut, 9 warga Turki terkorban. Israel telah melakukan serangan nekad tersebut di perairan antarabangsa pada 31 Mei lepas. Pada Isnin kelmarin, Menteri Luar Turki Ahmet Davutoglut berkata hubungan Turki dengan Israel akan terus terjejas jika negara itu menolak siasatan antarabangsa ke atas serangan berdarah di atas kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Israel juga dilaporkan telah membentuk sebuah suruhanjaya siasatan dalaman ke atas serangan itu dan melantik dua pemerhati antarabangsa. Walaubagaimanapun Turki mengatakan Israel tidak memiliki kuasa untuk menetapkan suruhanjaya kebangsaan mereka sendiri untuk menyiasat jenayah yang dilakukan di perairan antarabangsa sebaliknya badan siasatan tersebut mestilah badan berkecuali, tidak boleh memihak, adil, telus dan berkredibiliti." "Kami amat mengutuk sikap Israel kerana mengabaikan usulan ini sehingga saat ini ... Kita berharap bahawa komuniti antarabangsa, khususnya Amerika Syarikat, yang turut kehilangan warga negara sendiri dalam serangan itu, menyokong cadangan konstruktif oleh Setiausaha Agung PBB dan mengambil tindakan ke arah itu tanpa penangguhan.” (mnn)

Yahudi Terus Mengancam Masjid Al Aqsa

Isnin, 12 Julai -- Yayasan Al Aqsa Untuk Wakaf Dan Warisan mengeluarkan kenyataan bahawa puak-puak pelampau Yahudi sedang merancang untuk menceroboh masuk ke Masjid Al Aqsa melalui pintu masuk sebelah barat dan utara. Puak-puak pelampau tersebut seterusnya akan menduduki masjid berkenaan di Babul Rahmah sambil menyebarkan dokumen menyeru rakan-rakan mereka untuk terus menyerbu masjid yang mulia ini pada setiap hari, siang dan malam. Puak-puak pelampau Yahudi ini menyebarkan perancangan mereka melalui laman-laman web. Yayasan Al Aqsa menegaskan, "Masjid al Aqsa adalah hak mutlak kaum Muslimin, tidak ada sebarang hak ke atas bukan Islam, tidak sebutir debu daripadanya sekalipun. Keganasan yang dilakukan oleh pelampau-pelampau Yahudi yang disokong oleh rejim Zionis hanyalah merupakan sebahagian daripada rancangn mereka menyerang Masjid al Aqsa. Kami kaum Muslimin akan tetap berjuang dan menjaga Masjid Al Aqsa". Menurut pengumuman dan berita yang dikeluarkan melalui laman-laman web mereka, pelampau-pelampau Yahudi ini menyeru warga Zionis agar berkumpul di halaman tembok ratapan, Buraq, pada jam 7 petang waktu tempatan. Mereka akan meneruskan pergerakan menceroboh ke kota lama Al Quds, menuju ke pintu masuk Masjid al Aqsa dari barat dan utara, sebelum berakhir di gerbang Babul Rahmah. Biasanya, mereka akan melaungkan slogan-slogan permusuhan anti-Arab dan anti-Islam, disamping menyeru kepada pembangunan Haikal Sulaiman di tempat berkenaan. (mn/PIP)