1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Naturei Karta melawat Ismail Haneyya di Gaza

Empat orang pengikut aliran ultra-Ortodoks yang tidak mengiktiraf negara Israel telah bersama-sama menyertai aktivis antarabangsa ke Gaza dengan menaiki bot "Lifeline 2." Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, menyambut mereka dengan menyatakan bahawa Yahudi dan Arab bukanlah musuh antara satu masa lain. Kapal laut yang seterusnya dijadualkan berlabuh di Gaza bersama-sama Presiden Venezuela, Hugo Chavez. "Masalahnya adalah kependudukan yang berakar umbi daripada ideologi Zionis dan hasrat mereka untuk menghalau semua rakyat Palestin," kata Ismail Haneyya. Beliau memuji keempat-empat orang tetamunya itu, "Tokoh-tokoh agama yang menyatakan tentangan mereka terhadap kepungan, serangan dan pencerobohan dan jenayah - kami menghormati mereka di atas pegangan dan budaya mereka." "Ketibaan kapal ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Amerika tidak semuanya menyokong penaklukan, dan tidak semuanya menyebelahi jenayah rejim Zionis. Kami melihat tuan-tuan sebagai hero, kerana tuan-tuan membuka mata dunia supaya melihat sekatan dan kekejaman ke atas Gaza," sambung beliau lagi. Pegawai-pegawai di Gaza kini menunggu kapal ketiga yang dijangka membawa Presiden Venezuela, Hugo Chavez. (Sumber: Ynetnews)

Israel tahan saksi yang baru pulang memberi keterangan kepada PBB

22 Julai 2009: Israel telah menangkap Mohammad Srour pada 20 Julai 2009 ketika melalui Jambatan Allenby dari Jordan ke Tebing Barat, dalam perjalanan pulang dari memberi kenyataan kepada sebuah suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang diketuai oleh Richard Goldstone di Geneva. [caption id="attachment_2810" align="alignleft" width="300" caption="Penduduk Palestin membantah pembinaan tembok Apartheid Israel"]Pendudk Palestin membantah pembinaan tembok Apartheid Israel[/caption] Srour bersama rakannya Jonathan Pollack, seorang aktivis berbangsa Israel yang sering menyertai tunjuk perasaan pada hari Jumaat, telah memberi kenyataan kepada suruhanjaya tersebut pada 6 Julai, berkenaan pembunuhan 2 pemuda oleh tentera Israel ketika peristiwa perhimpunan tunjuk perasaan di Nil'in. Srour, seorang ahli Nil'in Popular Committee Against the Wall, dan Pollack merupakan saksi kepada kejadian tentera Israel menembak dua orang penduduk Nil'in, Arafat Rateb Khawaje dan Mohammed Khawaje, pada 28 Disember 2008 ketika tunjuk perasaan solidariti kepada Gaza. "Saya faham benar akan akibat yang bakal saya terima di sempadan Israel bila saya pulang dari memberi kenyataan ini," kata Srour dalam testimoninya kepada suruhanjaya PBB itu. Sejurus selepas ditangkap, Srour telah dibawa ke penjara Ofer. Pada hari Rabu, beliau telah disoal-siasat oleh tentera Israel. Peguamnya, Lymor Goldstein, memohon supaya diadakan sebutan kes di mahkamah. Srour mungkin akan dibawa ke mahkamah pada hari Khamis 23 Julai untuk didakwa. Penduduk di perkampungan Nil'in di Tebing Barat sering mengadakan tunjuk perasaan sejak kerajaan pengganas Israel memulakan pembinaan tembok di atas tanah mereka bulan May 2008 lalu. Sehingga kini, 5 orang penduduk telah dibunuh oleh tentera Israel manakala seorang aktivis Amerika cedera teruk. Menurut laporan relawan perubatan Palestinian Red Crescent tempatan, sehingga April 2009 lebih 450 orang telah tercedera ketika menyertai tunjuk perasaan. Keganasan tentera Israel semakin ketara sejak mereka melancarkan serangan ke atas Gaza pada 27 Disember 2008. Tentera Israel juga menggunakan senjata yang baru, termasuk gas pemedih mata yang berkelajuan tinggi dan peluru hidup 0.22 kaliber untuk meleraikan penunjuk perasaan. (Sumber: Ma'an News Agency, International Solidarity Movement)

Kem Balata dimasuki tentera pengganas zionis lagi

28 Julai 2009 - Tentera pengganas zionis Israel telah menyerang kem pelarian Balata di timur Nablus pada awal pagi tadi, Selasa 28 Julai, dan meledakkan beberapa buah rumah. Tentera-tentera tersebut memecah masuk ke dalam beberapa buah rumah di kejiranan Al-bdod di dalam kawasan kem tersebut, mengebom sebahagian daripadanya, dan menyerang tuan punya rumah. Sebahagian daripada tuan rumah telah mengalami kecederaan, dengan salah seorang daripada mereka terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, tentera pengganas itu tidak membuat sebarang penangkapan. Pada 29 Jun lalu, 40 orang tentera zionis bersenjata lengkap telah memecah masuk ke dalam empat buah rumah di kem tersebut pada sekitar pukul 2 pagi, dan menangkap 3 kanak-kanak tanpa memberi sebarang alasan. Dalam kejadian itu, pasukan tentera kejam tersebut telah merosakkan barangan milik tuan rumah termasuklah perabot, almari dan peralatan dapur. (Sumber: International Solidarity Movement)

Putera Ismael haniyah Hafal Quran dalam masa 35 hari

Anak PM Ismael HaniyahAid, putera Ismael Haniyah PM Palestin telah berjaya menyempurnakan hafalan Al-Quran dalam jangka waktu tidak lebih dari 35 hari setelah ia menyertai program menghafal Al-Quran di “Perkhemahan Tajul Waqar untuk Hafalan Al-Quran” yang diselenggarakan oleh Darul Quran dan Sunnah di Jalur Gaza. Aid telah menyertai “Perkhemahan Tajul Waqar” di Masjid Barat di Kem Pelarian Syathe tempat tinggal ayahnya. Sumber menyatakan bahawa PM Ismael Haniyah berjanji kepada puteranya akan diberangkatkan haji ke Baitullah Al-Haram untuk melakukan umrah sebagai hadiah atas prestasinya menyelesaikan hafalan Al-Quran. Aid Ismael Haniyah masih berusia 16 tahun. Ia lahir pada saat ayahnya Haniyah diasingkan ke Mirage Zohour. Ia diberi nama Aid karena berharap ayahnya kembali dari pengasingan. (bn-bsyr/pic/fn)

Israel terus menghalau penduduk Palestin di Sheikh Jarrah

[caption id="attachment_2836" align="alignleft" width="226" caption="Tindakan mengusir penduduk Palestin mencetus bantahan di tempat kejadian"]Tindakan mengusir penduduk Palestin mencetus bantahan di tempat kejadian[/caption] Rejim pengganas Israel saban hari terus mengambil langkah tidak berperi-kemanusiaan apabila mereka mengusir sembilan keluarga Palestin yang tinggal di dalam dua buah rumah milik keluarga Al Gawi dan Hannon di Jerusalem Timur. Kejadian berlaku di daerah Sheikh Jarrah sebelum masuknya waktu Subuh, Ahad 2 Ogos. Operasi tersebut telah dijalankan oleh sepasukan polis lengkap berpakaian gelap anti-rusuhan. Sejurus selepas semua 53 ahli keluarga Palestin tersebut diusir, 4 keluarga pendatang haram Yahudi terus memasuki kedua-dua rumah tersebut untuk mereka diami. "Pendatang dari luar negara terus menyimpan barangan mereka dan tinggal di dalam rumah-rumah tersebut, dan 19 orang kanak-kanak yang menjadi mangsa kini tidak ada tempat tinggal," kata Saeb Erakat, seorang perunding kanan Palestin. Tindakan kejam polis Israel itu adalah susulan kepada satu keputusan Mahkamah Tinggi Israel bahawa tanah tersebut dimiliki oleh keluarga Yahudi. Israel merancang untuk membina satu blok kediaman yang mengadungi 20 pangsapuri di kawasan berkenaan. [caption id="attachment_2837" align="alignright" width="226" caption="Barangan milik mangsa dibiarkan bertebaran di atas jalan"]Barangan milik mangsa dibiarkan bertebaran di atas jalan[/caption] Israel menganggap "Kesatuan Jerusalem" adalah ibukota kepada negara haram Israel. "Kedaulatan Israel tidak boleh dipersoalkan," kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam satu ucapannya pada bulan lepas. "Kami tidak sama-sekali boleh terima dakwaan bahawa Yahudi tidak mempunyai hak untuk tinggal dan membeli (rumah) di mana-mana saja di Jerusalem." Dalam kejadian berasingan di daerah Sheikh Jarrah, sekumpulan pendatang haram Yahudi telah memasuki sebuah rumah milik rakyat Palestin dengan bantuan polis dan askar. Beberapa orang rakyat Palestin dan aktivis antarabangsa ditangkap kerana cuba menghalang pengganas Yahudi tersebut dari memasuki rumah berkenaan. Rumah tersebut menjadi satu subjek pertikaian sejak 10 tahun lalu. Kedua-dua "pemilik" rumah tersebut, Darwish Hijazi dan seorang pendatang Yahudi memiliki dokumen sebagai bukti bahawa rumah tersebut merupakan milik masing-masing. Hijazi mendakwa pendatang Yahudi tersebut memiliki dokumen palsu. Pertikaian ini berlarutan, sehinggalah pendatang Yahudi bertindak mengabaikan prosedur undang-undang dan merampas rumah tersebut dengan kekerasan. Rumah milik seorang lagi rakyat Palestin, Fatima Salem, turut menjadi sasaran dalam kejadian tersebut. Keluarganya terkejut apabila mendapati rumah mereka dikepung oleh askar, polis dan pendatang haram Yahudi. Beberapa orang ahli keluarganya diserang apabila cuba menyoal tindakan mereka. "Sudah banyak kali mereka cuba rampas tanah saya," kata Fatima, pemilik rumah yang diwarisi oleh keluarganya sejak sebelum tahun 1948, dan memiliki dokumen pemilikan yang sah. Rumahnya kini menjadi tempat perlindungan kepada 12 orang kanak-kanak dan ahli keluarga yang lain. Fatima merayu supaya rumahnya dilindungi dari pencerobohan pendatang Yahudi. Penduduk Palestin di Sheikh Jarrah mendakwa pendatang haram Yahudi sengaja menceroboh dan merampas rumah-rumah untuk mewujudkan suasana tegang dan seterusnya memaksa mereka untuk meninggalkan daerah berkenaan. (mn/ Sumber berita dari BBC dan PNN)

90 ribu solat Jumaat di Al Aqsa, 5 wanita Palestin ditangkap pengganas Israel

Lima orang warga Palestin telah ditangkap oleh pasukan rejim pengganas Israel ketika mereka ingin melaksanakan solat di dalam kompleks tempat suci ketiga bagi umat Islam, Masjid Al Aqsa, pada hari Jumaat 28 Ogos lalu, yang merupakan solat Jumat pertama di bulan Ramadhan ini. Solat Jumaat yang dilaksanakan di kompleks Masjid Al Aqsa dikawal oleh ribuan tentara pengganas Israel yang berada di Al Quds (Jerusalem.) Yayasan Waqf dan Warisan yang bertanggungjawab menjaga masjid yang mulia itu melaporkan seramai lebih 90 ribu orang telah melaksanakan ibadat tersebut. Lebih dari 130 buah bas disewa bagi tujuan membawa mereka ke sana. Kebanyakan daripada mereka datang dari Timur Al Quds dan daerah Israel. Dalam kutbah Jumaatnya, Imam Yousef Abu Isneineh memuji warga Palestin yang sanggup datang bersolat di Masjid Al Aqsa walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan sekatan dan penyeksaan. Beliau turut menyeru kumpulan-kumpulan Islam di Palestin supaya bersatu. Rejim Israel masih tetap melarang warga Palestin di Tebing Barat dari memasuki Masjid Al Aqsa untuk solat, dengan menetapkan peraturan bahawa yang boleh masuk untuk melaksanakan solat di sana hanyalah warga Palestin yang berusia 50 tahun ke atas bagi lelaki, dan 45 tahun keatas bagi wanita. Di bawah peraturan larangan yang dibuat oleh pihak Israel tersebut, hanya warga Palestin yang memiliki kebenaran (permit) yang boleh memasuki al Quds (Jerusalem) dari Tebing Barat. Di pos pemeriksaan di Tebing Barat, ratusan orang Palestin datang dengan harapan untuk melaksanakan solat di sana sepanjang Ramadhan ini. Namun dengan adanya larangan yang dibuat oleh Israel, kebanyakan dari mereka akhirnya terpaksa membatalkan hasrat mereka. Menurut pusat berita Palestin, Israel juga menutup tiga pintu masuk ke Gaza pada hari Jumaat. Kota Al Quds, yang di dalamnya berdiri Masjid Al Aqsa, menjadi kiblat pertama bagi umat Islam dan merupakan tempat ketiga paling suci bagi umat Islam setelah Makkah dan Madinah. Kesucian kota ini diperteguhkan lagi dengan peristiwa Al Isra'a dan Al Mi'raj - perjalanan malam dari Makkah ke Al Quds dan naiknya Rasulullah saw ke Syurga. Al Quds juga merupakan wilayah bagi beberapa tempat ibadah suci penganut Kristian, termasuk Gereja Jerusalem dan Gereja Ortodoks Yunani. Israel telah bekerja gigih selama bertahun-tahun untuk me"Yahudi"kan kota suci tersebut dan mengubah identiti Islam di sana. Mereka mengenakan pelbagai langkah-langkah penindasan untuk memaksa orang-orang Palestin keluar dari sana, dengan secara sistematik merampas rumah dan tanah mereka untuk diduduki oleh pendatang Yahudi secara haram. (mn/Agency/Eramuslim)