1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Zionis Lancar Serangan Udara ke Atas Gaza

gaza-strike-01GAZA, 19 Nov 2013 -- Pesawat-pesawat perang rejim Zonis telah melancarkan sekurang-kurangnya tujuh serangan udara ke daerah Khan Younis di selatan dan juga Beit Hanoun di utara wilayah Gaza.

Jet-jet F16 dan helikopter Apache menggempur ladang pertanian di Al-Manara, Khan Younis mengakibatkan kerosakan harta benda dan ternakan di situ. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Serangan juga dilancarkan ke daerah Amaliyah di timur Qarawa dan daerah Bani Soheila. Manakala di daerah Beit Hanoun di utara Gaza pula, dua serangan telah dilakukan ke kawasan Bisan dan Jamarik.

Seramai 1.7 juta rakyat Gaza kini terpaksa hidup di dalam penjara terbuka yang terbesar di dunia, di mana rejim Zionis mengawal sepenuhnya ruang udara, perairan dan juga pintu-pintu masuk di sempadan. Kebelakangan ini mereka berada dalam krisis kemanusiaan yang semakin meruncing apabila rejim Zionis dan sekutunya mengetatkan lagi sekatan yang telah berlarutan sejak tujuh tahun lalu. Sumber bahanapi yang kehabisan menyebabkan tenaga elektrik tidak dapat dibekalkan, sekaligus memberi kesan kepada keperluan harian terutama dalam sektor kesihatan dan perkhidmatan awam. Ramai pesakit menderita kerana tidak mendapat rawatan yang diperlukan.

Keadaan menjadi lebih perit apabila kerajaan Mesir bertindak menutup pintu Rafah, jalan keluar-masuk utama untuk rakyat Gaza. Tindakan ini sekaligus menyebabkan tidak ada sebarang usaha misi bantuan kemanusiaan berjaya dibawa masuk ke Gaza sejak bulan Jun lalu. Kerajaan Mesir juga bertindak memusnahkan terowong-twrowong bawah tanah yang selama ini menjadi talian hayat kepada rakyat Gaza mendapatkan keperluan asas, termasuklah makanan, ubat-ubatan dan bahan binaan.