1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Pasukan HALUAN berlepas ke Gaza

gz1-00KUALA LUMPUR, 25 April, 2012  -  Seramai 11 relawan HALUAN telah berlepas ke Kaherah menuju ke sempadan Gaza kelmarin untuk melaksanakan usaha-usaha kemanusiaan di sana.

Register to read more...

Pameran dan Jualan Amal HALUAN Palestin di USM Menarik Perhatian Pengunjung FesKI 2012

usm-01KUBANG KERIAN, 6 April 2012 -- Biro HALUAN Palestin Kelantan telah mengadakan pameran dan jualan amal Palestin sempena Festival Kelestarian Islam (FesKI) 2012 anjuran Rakan Masjid Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian.

Register to read more...

Permasalahan Palestin Mesti Disampaikan Ke Seluruh Lapisan Masyarakat - Presiden HALUAN

tot-01DENGKIL, 25hb Mac 2012 -- Permasalahan Palestin bukanlah isu kemanusiaan semata-mata kerana ia sangat berkait rapat dengan aqidah dan tidak boleh dipisahkan daripada tangungjawab setiap orang Islam.

Register to read more...

Tangisan Gaza UiTM Puncak Perdana Mendidik Pelajar

tangis-uitm-01SHAH ALAM, 2 Mac 2011 -- Fakulti Filem, Teater & Animasi, Universiti Teknologi MARA dengan kerjasama Biro HALUAN Palestin telah menganjurkan Kempen Kutipan Derma Program "Tangisan Gaza" yang berlangsung di UiTM Kampus Puncak Perdana di sini. Kempen tersebut yang telah berjalan sejak seminggu yang lalu dan berakhir hari ini merupakan salah satu acara utama dalam program Minggu Destini Siswa pada semester ini.

Register to read more...

SMK Tun Perak Cakna Palestin

HALUANPalestin Melaka telah berjaya mengadakan ceramah kesedaran Palestin dan perkongsian  Pengalaman Aktivis Kapal Mavi Marmara di Serang pada 11 November 2010 (Khamis) di Surau Sekolah. Menengah Kebangsaan Tun Perak Melaka. Program yang bermula selepas solat Isyak tersebut telah menghimpunkan pelajar dan guru sekolah bagi mendengar sendiri perkongsian pengalaman yang disampaikan oleh Tn. Hj. Noorazman Bin Mohd Samsuddin, Pengerusi HALUANPalestin Pusat. Pihak sekolah turut mengadakan kutipan sumbangan untuk tabung Palestin dan Alhamdulillah sejumlah RM436.05 berjaya diperolehi pada malam tersebut. Pada malam tersebut juga turut diadakan pameran dan jualan barangan Palestin.

Warga Seberang Jaya, P.Pinang Turut Prihatin Terhadap Kesengsaraan Rakyat Gaza

Permatang Pauh, 18 April – Masyarakat di Seberang Jaya tanpa mengira bangsa dan agama bersatu menzahirkan keprihatinan mereka terhadap rakyat Gaza yang sedang berhadapan dengan krisis kemanusiaan akibat kekejaman rejim Zionis Israel. Mereka menyokong dan membantu usaha konvoi bantuan melalui projek “Lifeline 4 Gaza” dengan menghulurkan bantuan dana di samping menyertai beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh HALUAN Pulau Pinang. HALUAN Pulau Pinang telah mengambil inisiatif membantu projek Lifeline 4 Gaza dengan mengadakan “Kempen Pemeriksaan Kesihatan Sambil Menyumbang” di dua buah kompleks membeli-belah. Usaha tersebut telah diadakan di Tesco Seberang Jaya, Pulau Pinang dari 14 hingga 15hb April baru lalu. Aktiviti yang sama juga telah diadakan di Tesco Bakar Arang, Sg Petani dari 14 hingga 18hb April. Kempen kutipan dana ini menyasarkan penyertaan masyarakat awam yang berkunjung ke pusat-pusat membeli belah tersebut. Di samping pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh relawan-relawan Kelab Kesihatan HALUAN (KKH), masyarakat juga telah berpeluang untuk mendapatkan penerangan secara langsung bersama relawan-relawan HALUAN Palestin, pameran poster, tayangan multimedia dan juga risalah-risalah berkaitan kesengsaraan dan krisis kemanusiaan di Gaza dan projek bantuan Lifeline 4 Gaza. Mereka juga mengambil kesempatan menyertai kempen tandatangan sokongan untuk rakyat Gaza. Hasil sokongan masyarakat, sebanyak RM9,937.15 sumbangan untuk Gaza telah berjaya dikutip. HALUAN Pulau Pinang melahirkan rasa terharu dengan penyertaan masyarakat tanpa batasan bangsa dan agama. Kerjasama pihak pengurusan Tesco yang membenarkan penggunaan premis perniagaan mereka secara percuma amat dihargai. InsyaAllah HALUAN Pulau Pinang akan meneruskan kempen kesedaran dan kutipan dana untuk Lifeline 4 Gaza di pusat-pusat membeli-belah yang lain.