1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Perasmian Perletakan Batu Asas Madrasah Islamiyah Malaysia-Indonesia

deirbalah-01GAZA, 27 Mei 2013 -- Majlis perletakan batu asas bagi membina Madrasah Islamiyah Malaysia-Indonesia di kem pelarian Deir Balah di Gaza Tengah telah selamat disempurnakan pagi tadi. Projek bantuan secara kerjasama di antara rakyat Malaysia dan Indonesia ini bakal memberi pendidikan terancang kepada lebih ramai generasi muda Palestin, sekaligus melahirkan generasi yang akan terus berjuang membebaskan Masjid al-Aqsa dan bumi wakaf umat Islam itu.

Register to read more...

Misi Kemanusiaan Gaza Sumbangsih Rakyat Malaysia dan Indonesia

SEMENANJUNG GAZA, 20 Mei 2013 - Menjalankan misi dan berjuang di wilayah konflik tidak semudah berbicara dalam berdakwah atau menyampaikan tentang perjuangan di hadapan ribuan jamaah. Tidak semudah membalikkan telapak tangan dan tidak cukup sekadar dakwah teori. Perjuangan sambil berada di dalam wilayah konflik lebih berat apatah lagi jika berada di Semenanjung Gaza, Palestin.

Register to read more...

Gua Musang Digegarkan Isu Palestin dan Syria

GUA MUSANG, 16 Jan 2013 - Ceramah Isu Palestin dan Syria telah dilaksanakan oleh HALUAN Malaysia melalui Biro HALUAN Palestin cawangan negeri Kelantan di Surau Nur Iman, Gua Musang, Kelantan di sini,  satu program yang julung kali dianjurkan di daerah Gua Musang. Ekoran isu Palestin dan Syria yang semakin hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya dan dunia umumnya, Biro HALUAN Palestin merasa terpanggil untuk menyedarkan masyarakat terhadap isu umat Islam ini.

Register to read more...

Meriah Penyerahan Sumbangan Gaza Di Kunak

KUNAK, SABAH 5 Jan 2013 - Masyarakat setempat telah memberikan sambutan hangat kepada Majlis Makan Malam Amal “Gaza Kami Bersama Mu” yang telah dianjurkan oleh sukarelawan Kelab Siswa HALUAN cawangan Negeri Sabah dan Kelab Belia KARISMA Kunak di Dewan Masyarakat Sri Kunak, Sabah pada 5 Januari 2013. Majlis tersebut telah dihadiri hampir 350 orang terdiri daripada kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, dan masyarakat setempat.

Register to read more...

HALUAN Serah Bantuan Rawatan Kanser di Gaza

huda-cancer-01GAZA, 3 Jan 2013 -- Sebahagian lagi dana bantuan rakyat Malaysia untuk Palestin yang disalurkan melalui HALUAN Malaysia telah disampaikan. Dana bagi menampung keperluan perubatan rakyat Gaza, khususnya untuk pesakit kanser, telah disampaikan melalui relawan Sahabat Al-Aqsha yang berada di Gaza dalam misi bantuan kemanusiaan mereka di sana.

Register to read more...

Warga Kapar Energy Ventures Serah Bantuan Untuk Palestin

kapar-01KAPAR, SELANGOR, 4 Jan 2012 -- Seluruh lapisan masyarakat Malaysia dari kanak-kanak sekolah sehinggalah pegawai eksekutif terus prihatin terhadap permasalahan Palestin dan penderitaan rakyatnya. Kakitangan sebuah syarikat loji janakuasa kitar padu terbesar di negara ini, Kapar Energy Ventures Sdn Bhd (KEV) telah turut melancarkan kutipan kilat bagi mengumpul dana bantuan untuk meringankan kesengsaraan rakyat Palestin akibat serangan tentera rejim Zionis Yahudi.

Register to read more...