1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Majlis Penyerahan Hamper Kasih Murabitat Al-Aqsa

BANDAR BARU BANGI, 30 Jun 2017 - Majlis serahan bantuan untuk 100 murabitat al-Aqsa telah disempurnakan di pejabat Yayasan Kemanusiaan Al-Sarraa berdekatan Masjid al-Aqsa di kota al-Quds pada 29 Jun lalu.

Bantuan tersebut adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui program Hamper Kasih Murabitat yang dilancarkan pada 15 Jun. Program tersebut akan berterusan dalam enam fasa, sehingga 31 Januari 2018. Ia menyasarkan sumbangan untuk 1,000 murabitat.

Setiap hamper mengadungi barangan keperluan harian keluarga murabitat yang bernilai RM250, termasuk tepung gandum, minyak masak, beras, gula, dan garam.

Murabitat adalah gelaran kepada wanita Palestin yang berjaga di Masjid al-Aqsa secara sepenuh masa bagi menghalang pencerobohan pendatang dan tentera Yahudi. Mereka merupakan barisan hadapan umat Islam dalam mempertahan tapak suci umat Islam itu daripada dinodai Yahudi.

Selain daripada diserang oleh pasukan keselamatan Zionis, para murabitat ditekan dengan pelbagai ancaman termasuk dikurung dalam penjara, dikenakan tahanan dalam rumah, dibuang daerah dan juga didenda. Ahli keluarga mereka juga dihukum, sehingga tidak mempunyai pendapatan untuk menyara keluarga.

Ketua Biro HALUAN Palestin, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan amat menghargai sumbangan orang ramai yang telah berjaya diagihkan bagi Fasa Pertama ini. "Keadaan keluarga murabitat semakin tertekan selepas tragedi pembunuhan tiga penduduk Palestin dan penutupan Masjid al-Aqsa pada bulan Julai lalu," kata beliau. "Di samping memberi sokongan moral dan solidariti, kita perlu berperanan membantu mereka yang kental bertahan di masjid suci ini dengan menyara keperluan asas keluarga."

Ayuh kita bersama pertahan Masjid al-Aqsa dengan kemampuan yang kita ada. Anda boleh hubungi kami untuk menyertai program Hamper Kasih Murabitat, atau membuat sumbangan terus melalui akaun berikut:

TABUNG PALESTIN HALUAN
BIMB : 14-023-01-0034292
Maybank : 5644 9020 8528

Email sumbangan anda ke <This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. >'; document.write(''); document.write(addy_text93458); document.write('<\/a>'); //-->\n This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  dengan tajuk [Hamper Kasih Murabitat]

--
Disediakan oleh Muhammad Mus'ab bin Sa'ari, Setiausaha Kerja Biro HALUAN Palestin

Majlis serahan bantuan untuk 100 murabitat al-Aqsa

Majlis disempurnakan di pejabat Yayasan Kemanusiaan Al-Sarraa berdekatan Masjid al-Aqsa di kota al-Quds

Setiap hamper mengadungi barangan keperluan harian keluarga murabitat yang bernilai RM250, termasuk tepung gandum, minyak masak, beras, gula, dan garam.