1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Bagaimana Menjadi CEO & BerTakaful

KAHERAH, 24 Nov 2015 -- Cara Menjadi CEO & Pengenalan Takaful di Malaysia menjadi tarikan kepada lebih 50 mahasiswa Malaysia di sini yang hadir ke program berkenaan hasil usahasama Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) dengan persatuan pelajar Sahabat Daulah (SD). Ia berlangsung pada 23 November lepas di Markas HALUANSiswa Mesir, Hayyu Sabie'.

Sesi yang dikendalikan oleh Encik Samin Senin ini berbentuk pencerahan dan ceramah, dikelolakan dengan interaksi dua hala yang sangat menarik dan informatif. Beliau memulai dengan hakikat sebenar seorang CEO, realiti di Malaysia, sehinggalah pengenalan takaful dan peluang serta manfaat berkecimpung dalam industri ini.Program diakhiri dengan sesi soal-jawab di antara penceramah dan peserta.

HALUANSiswa Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada persatuan Sahabat Daulah di atas kejayaan menjayakan program ini. Moga-moga kerjasama ini dapat berterusan bagi menebarkan manfaat secara lebih meluas kepada mahasiswa-mahasiswi bumi anbiya' ini, insyaAllah.

---
Laporan Nur Imanina Shahrudin

Penceramah En. Samin Senin

Para peserta fokus mendengar ceramah

Peserta mengambil peluang untuk bertanya kepada penceramah

Sesi penggambaran peserta lelaki

Sesi bergambar para peserta wanita

Ijtima Nisa Kupas Isu-isu Wanita Kontemporari

KAHERAH, 27 Nov 2015 -- Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) telah mengadakan program Ijtima Nisa pada 27 November 2015 di Markas HALUANSiswa Mesir, Hayyu Sabi', Kaherah. Program yang julung kali diadakan ini telah dihadiri seramai 50 orang peserta perempuan yang terdiri daripada ahli HALUANSiswa dan mahasiswa Malaysia yang menuntut di Mesir.

Register to read more...

HALUANSiswa Mesir Anjur Ammi For Dentistry

KAHERAH, 20 Nov 2015 – Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Mesir telah menganjurkan program khas "Ammi for Dentistry" pada 20 November 2015 di Markaz HALUANSiswa Mesir di sini. Program ini telah dihadiri lebih 20 orang peserta terdiri daripada mahasiswa fakulti pergigian Universiti Al-Azhar.

Register to read more...

INSPIRASI Suntik Semangat Belajar

inspirasi-1KAHERAH, 20 Nov 2015 -- Pastinya, terpancar cahaya kegembiraan serta kepuasan di wajah setiap graduan yang telah selesai menamatkan pengajian. Kejayaan yang diraih itu amat wajar dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain bagi merealisasikan semangat perkongsian dan perjuangan di medan ilmu. Atas faktor ini, Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) telah menganjurkan program Majlis Perkongsian Graduan dan Anugerah Kecemerlangan HALUANSiswa Mesir (INSPIRASI) di Markas HALUANSiswa Mesir, Hayyu Sabi', Kaherah pada 20 November yang lalu.

Register to read more...

Kelab Sebagai Platform Gilap Potensi Diri

KAHERAH, 6 Nov 2015 -- Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) telah mengadakan program Pengenalan HALUANSiswa Mesir pada 6 November 2015 yang lalu di Markas HALUANSiswa Mesir, Hayyu Sabi', Kaherah. Lebih 50 orang ahli HALUANSiswa Mesir telah menghadiri atur cara ini secara aktif serta penuh komited.

Register to read more...

Silaturahim Mahasiswa Mesir Kian Erat di MESRA 2015

KAHERAH, 13 Nov 2015 -- Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) telah mengadakan program Majlis Ramah Mesra (MESRA) buat julung kalinya di Markas HALUANSiswa Mesir, Hayyu Sabi', Kaherah pada 13 November yang lepas. Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakan dari lebih 60 orang tetamu yang terdiri dari kalangan mahasiswa Mesir.

Register to read more...