1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

HALUANSiswa Mesir Anjur Ammi For Dentistry

KAHERAH, 20 Nov 2015 – Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Mesir telah menganjurkan program khas "Ammi for Dentistry" pada 20 November 2015 di Markaz HALUANSiswa Mesir di sini. Program ini telah dihadiri lebih 20 orang peserta terdiri daripada mahasiswa fakulti pergigian Universiti Al-Azhar.

Antara objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa pergigian tentang bahasa arab pasar dalam berkomunikasi dengan pesakit berbangsa arab. Peserta diingatkan bahawa pembelajaran bahasa arab perlu berterusan.

Program bermula pada pukul 3.00 petang dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi majlis Encik Muhammad Syahir Zulkifli dan disusuli bacaan Al-Quran oleh Encik Abdurrahman Auf Mohd Sidek. Program dirasmikan oleh penyampai Cik Saabirah Khadeejah Mohd Sidek. Beliau yang baru lulus peperiksaan akhir ijazah pergigian menegaskan bahawa penguasaan Bahasa arab pasar penting untuk mahasiswa pergigian kerana komunikasi yang bagus boleh mengelak berlakunya sebarang salah faham.

Program diteruskan dengan slot penyampaian daripada Cik Saabirah Khadeejah dengan sesi teori. Seterusnya program diteruskan dengan sesi praktikal di atas kerusi secara simulasi merawat pesakit.

Program ini diakhiri dengan pesanan terakhir supaya pelajar-pelajar tidak putus asa dalam menuntut ilmu walaupun mempunyai jurang bahasa.

---
Laporan Saabirah Khadeejah Mohd Sidek, HALUANSiswa Mesir