1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Silaturahim Mahasiswa Mesir Kian Erat di MESRA 2015

KAHERAH, 13 Nov 2015 -- Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) telah mengadakan program Majlis Ramah Mesra (MESRA) buat julung kalinya di Markas HALUANSiswa Mesir, Hayyu Sabi', Kaherah pada 13 November yang lepas. Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakan dari lebih 60 orang tetamu yang terdiri dari kalangan mahasiswa Mesir.

Antara objektif program ini dianjurkan adalah untuk memperkenalkan HALUANSiswa Mesir kepada mahasiswa di sekitar kawasan Kaherah. Selain itu, hadirin berpeluang untuk mengenali HALUANSiswa Mesir dengan lebih dekat dan sekaligus merapatkan tali persaudaraan – antara pimpinan, ahli HALUANSiswa serta mahasiswa Mesir. Suasana penuh mesra dan silaturahim itu dimulai seawal jam 9.30 pagi dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis dan alunan bacaan suci Al-Quran yang disampaikan oleh Saudara Abdul Mukmin.

Majlis diteruskan dengan Slot Pengenalan HALUANSiswa Mesir yang telah disampaikan oleh Saudara Muhammad Ihsan Mohd Ismail, Timbalan Pengerusi HALUANSiswa Mesir. Beliau menjelaskan secara jelas tentang sejarah penubuhan HALUANSiswa Mesir, misi, visi, organisasi dan aktiviti HALUANSiswa Mesir bagi sesi 2015/2016. Beliau sangat mengalu-alukan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti-aktiviti dakwah yang akan memberikan manfaat kepada masyarakat sekeliling. Beliau juga menegaskan tentang fokus HSM untuk melahirkan mahasiswa yang Alim Mujahid iaitu mahasiswa yang cemerlang akademiknya, tinggi sakhsiahnya dan bermanfaat kepada sekelilingnya.

Selepas menunaikan solat jumaat, program diteruskan dengan majlis ramah mesra antara hadirin dan pimpinan HALUANSiswa Mesir disertai dengan santapan jamuan istimewa untuk tetamu yang bertandang. Para hadirin berpeluang untuk mengenali pimpinan dengan lebih rapat dan saling bertaaruf antara satu dengan yang lain. Moga majlis mahabah ini diberkati dan dirahmati Allah SWT hendaknya.

---
Laporan disediakan oleh Nur Imanina Shahrudin, Kelab HALUANSiswa Mesir