1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Semerbak Sambutan MEKAR 2016

TEWKESBURY, UK, 7 Apr 2016 -- HALUAN UK-EIRE dengan jayanya telah melabuhkan tirai program berkala musim bunga iaitu program MEKAR 2016 yang kali ini dihadiri lebih 60 peserta dari sekitar United Kingdom dan Ireland.

Read more...

Nisa' Perkasakan Mahasiswi Mesir

KAHERAH, 5 Feb 2016 – Kejauhan dari tanahair tidak menghalang mahasiswi di sini untuk berbincang isu-isu kewanitaan kontemporari dan hal-hal kewanitaan amnya demi kemapanan mereka mengharungi cabaran hidup.

Read more...

Realiti & Cabaran Buat Asatizah

KAHERAH, 5 Feb 2016 -- Lebih 50 orang ahli Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Mesir dan mahasiswa Malaysia yang menuntut di sini khususnya dalam bidang pengajian Islam telah hadir di program Asatizah siri 2 pada 5 Februari lepas.

Read more...

Urban Survival 2.0 di United Kingdom

SHEFFIELD, UK, 21 Nov 2015 -- Program Urban Survival 2.0 telah berlangsung selama dua hari di Quaker Meeting House dan The Circle Sheffield baru-baru ini. Bertemakan "Back to the roots", ia telah diadakan buat kali kedua membincangkan isu-isu permasalahan fiqh yang dihadapi pelajar muslim di United Kingdom umumnya dan di Sheffield khususnya.

Read more...

Seminar Cakna Ummah (SCAM) Syria & Turki

KAHERAH, 19 Dis 2015 -- Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) telah mengadakan program Seminar Cakna Ummah berkisar kepada realiti di Turki dan Syria pada 18-19 Disember lepas di Markas HALUANSiswa Mesir, Hayyu Sabi' di sini. Program ini telah dihadiri seramai lebih 50 orang peserta yang terdiri daripada kalangan mahasiswa di Mesir.

Read more...

Bagaimana Menjadi CEO & BerTakaful

KAHERAH, 24 Nov 2015 -- Cara Menjadi CEO & Pengenalan Takaful di Malaysia menjadi tarikan kepada lebih 50 mahasiswa Malaysia di sini yang hadir ke program berkenaan hasil usahasama Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) dengan persatuan pelajar Sahabat Daulah (SD). Ia berlangsung pada 23 November lepas di Markas HALUANSiswa Mesir, Hayyu Sabie'.

Sesi yang dikendalikan oleh Encik Samin Senin ini berbentuk pencerahan dan ceramah, dikelolakan dengan interaksi dua hala yang sangat menarik dan informatif. Beliau memulai dengan hakikat sebenar seorang CEO, realiti di Malaysia, sehinggalah pengenalan takaful dan peluang serta manfaat berkecimpung dalam industri ini.Program diakhiri dengan sesi soal-jawab di antara penceramah dan peserta.

HALUANSiswa Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada persatuan Sahabat Daulah di atas kejayaan menjayakan program ini. Moga-moga kerjasama ini dapat berterusan bagi menebarkan manfaat secara lebih meluas kepada mahasiswa-mahasiswi bumi anbiya' ini, insyaAllah.

---
Laporan Nur Imanina Shahrudin

Penceramah En. Samin Senin

Para peserta fokus mendengar ceramah

Peserta mengambil peluang untuk bertanya kepada penceramah

Sesi penggambaran peserta lelaki

Sesi bergambar para peserta wanita