1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Bicara Wanita Platform Dakwah Para Pemudi HALUAN

SHAH ALAM, 13 Sept 2015 -- Golongan pemuda dan pemudi merupakan generasi harapan dan agen perubahan dalam sesebuah masyarakat. Bagi menyahut seruan ini, para pemudi di bawah Unit Pemudi, Biro HALUANITA, HALUAN Cawangan Selangor telah melaksanakan satu program berkala iaitu program "Bicara Wanita" dengan matlamat untuk mendekatkan diri dengan masyarakat setempat dan berusaha menyampaikan dakwah kepada mereka.

Read more...

Era Muslimah Kini Berwajah Baru

ULU TIRAM, JOHOR, 31 Mei 2015 - Penerbitan majalah Era Muslimah telah mendapat nafas baru dengan sentuhan khas Biro HALUANITA mulai keluaran Jun 2015 ini. Perlancaran Era Muslimah Bil 30 tersebut telah disempurnakan oleh Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman sempena upacara Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN (MTP) Ke-26 yang berlangsung di sini sejak 29 Mei.

Read more...

Spiritual, Intelektual Teras Muktamar HALUANITA 2015

BANDAR BARU BANGI, 3 Mei 2015 – Elemen persediaan spiritual, intelektual, fizikal dan material menjadi teras penggerak HALUANITA sebagai dai'yah yang aktif mencorak masyarakat ke arah kebaikan. Muktamar HALUANITA Kebangsaan 2015 anjuran Biro HALUANITA dari 2-3 Mei lepas telah menggariskan kualiti ahli HALUANITA yang didambakan oleh HALUAN, bersesuaian dengan cabaran yang melanda masyarakat kini.

Read more...

Haluanita Giatkan Ekonomi Pula

BANDAR BARU BANGI, 5 April 2015 – Biro Ekonomi Haluanita julung-julung kalinya mengadakan Bengkel Usahawanita 2015 yang bertempat di Dewan Seminar Ibu Pejabat HALUAN. Seramai 25 peserta yang terdiri daripada usahawanita seluruh negara telah hadir.

Read more...

Muktamar HALUANITA Mengukuhkan Potensi Wanita

BANDAR BARU BANGI, 6 Mei 2014 – Biro HALUANITA buat julung kalinya telah menganjurkan Muktamar HALUANITA yang bertempat di Auditorium Dr. Zainuddin Jaffar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor bersempena sambutan Jubli Perak HALUAN dari 2-4 Mei.

Read more...

Relawan MKB13 Bersemangat Untuk Terus Berbakti

BANDAR BARU BANGI, 16 Feb 2014 – Rentetan dari Pasca Misi Kemanusiaan Banjir HALUAN 2013 (MKB13) yang lalu, satu majlis telah dianjurkan bagi meraikan para relawan yang telah memberikan khidmat bakti dalam membantu mangsa-mangsa banjir yang ditimpa musibah. Tujuan utama majlis ini adalah untuk membuka ruang kepada para relawan yang terlibat secara langsung di dalam misi yang lalu untuk berkongsi pengalaman, perasaan dan luah hati dengan bakal-bakal relawan serta masyarakat setempat yang turut hadir bersama memeriahkan pertemuan ini.

Read more...