1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Keahlian HALUAN

Keanggotaan dalam HALUAN terbahagi kepada 2 kategori:

1. AhliIndividu yang telah mengemukakan permohonan untuk menjadi ahli dalam HALUAN dan membayar yuran serta telah diluluskan permohonannya oleh pertubuhan selaras dengan peruntukan perlembagaan HALUAN.

Terdapat 3 jenis keahlian seperti berikut:
  • Ahli Bersekutu
    • Terbuka kepada semua sukarelawan, dengan dibuat secara bertulis menggunakan borang yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat.
    • Dicadangkan oleh 2 orang ahli biasa.
    • Lulus Program Latihan Sukarelawan.
  • Ahli Biasa
    • Terbuka kepada semua ahli bersekutu, dengan dibuat secara bertulis menggunakan borang yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat.
    • Dicadangkan oleh seorang Ahli Jawatankuasa Pusat atau cawangan (negeri.)
    • Lulus Program Latihan Ahli Bersekutu.
  • Ahli Kehormat
    • Dilantik oleh Jawatankuasa Pusat dari kalangan individu-individu yang berpengalaman, berpendidikan dan berjasa dalam masyarakat, dari luar HALUAN, yang Jawatankuasa Pusat fikirkan dapat memberi apa-apa sumbangan kepada HALUAN untuk tempoh tertentu.
2. SukarelawanIndividu yang telah mengemukakan permohonan menjadi sukarelawan serta telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat setelah memenuhi syarat-syarat yang berikut:
  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, dan telah melalui mana-mana sistem pendidikan formal di Malaysia atau luar negara.
  • Bersedia untuk membantu HALUAN dalam berkhidmat kepada masyarakat melalui aktiviti-aktiviti yang berbentuk pendidikan dan kebajikan.
  • Menghormati aspirasi moto HALUAN.
  • Tidak melakukan amalan atau tingkahlaku yang bertentangan dengan nilai-nilai akhlak yang baik.
  • Bersedia untuk mengikuti Program Latihan Sukarelawan.

Had penerimaan masuk keanggotaan
Seseorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima sebagai ahli pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor universiti yang berkenaan.