1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Dakwah Masyarakat Orang Asli

HALUAN menjalinkan hubungan erat dengan masyarakat Islam dari kalangan Orang Asli dengan mengadakan usaha-usaha strategik seperti projek anak angkat dan juga program lawatan berkala, dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Mereka juga diraikan dengan majlis-majlis korban sempena perayaan Aidil Adha.

Seramai 40 anak-anak orang asli dari Sekolah Kebangsaan Pos Raya menjadi anak angkat HALUAN. Anak-anak angkat ini dibimbing melalui berbagai aktiviti pembelajaran dan motivasi anjuran bersama pihak HALUAN Perak, JHEOA, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Sekolah Kebangsaan Pos Raya sejak dari peringkat Darjah 4.

Sempena sambutan Eidul Adha, HALUAN menganjurkan Program Ibadah Korban dengan kerjasama pasukan perubatan dari Hospital Orang Asli Gombak, FELCRA dan JHEOA di Perkampungan Orang Asli Bukit Seruk, Pahang.

korbah-boh-02

korbah-boh-01

korbah-boh-03