1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Cakna Golongan Terbiar & Bermasalah

Golongan terbiar dan tertindas merangkumi ibu-ibu tunggal, anak-anak yang ditinggalkan dan juga masyarakat Islam yang tertindas di daerah-daerah serantau.

HALUANITA Perak menubuhkan sebuah pusat penginapan sementara kepada wanita mangsa-mangsa dera dan tidak terbela di sekitar Ipoh.

HALUAN juga mengadakan program tahunan qurban Aidil Adha di Selatan Thailand, Kemboja dan Vietnam sebagai membantu masyarakat Islam yang tertindas di sana. Program Qurban Idil Adha di Kemboja adalah merupakan program tahunan sejak tahun 2001 di dua buah perkampungan Islam, iaitu Battambung (berhampiran sempadan Kemboja/Thai) dan Chroy Metrey (berhampiran Phonm Penh). Program ini adalah kerjasama antara HALUAN dengan Jabatan Mufti Kemboja. Di samping itu, HALUAN juga mengambil inisiatif mengadakan kutipan derma untuk menaja anak-anak Kemboja belajar di Malaysia.

pekan-02

korbanbangla-2011

kemboja-01

kemboja-02