1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Bantuan Kecemasan dan Misi Kemanusiaan

Secara umumnya, ahli-ahli dan juga relawan-relawan HALUAN ditugaskan membantu mereka yang ditimpa musibah mengikut lokaliti terdekat dengan mereka. Dalam pada itu, HALUAN juga telah menghantar pasukan-pasukan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang ditimpa musibah di luar negara, seperti mangsa bencana tsunami di Acheh, gempabumi di Pakistan, Sinchuan (China), Yogjakarta, dan Van (Turki,) dan juga mangsa bencana kemarau di Somalia.

Selain dari menunaikan tanggungjawab kepada mereka yang ditimpa musibah, HALUAN juga melihat usaha-usaha bantuan kemanusiaan sebagai peluang yang terbaik untuk melahirkan ahli-ahli dan sukarelawan-sukarelawan yang terlatih dan sentiasa bersedia mencurah bakti dalam apa jua suasana, senang mahupun susah.

Biro Misi Kemanusiaan HALUAN bertanggungjawab melatih sukarelawan, mengurus misi bantuan dan juga menjalin kerjasama dengan NGO dan agensi bantuan lain, termasuk dari luar negara.

HALUAN berdaftar dengan Majlis Keselamatan Negara, Wisma Putra sebagai sebuah NGO yang aktif terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan.

aceh-01

pekan-06

pekan-07

pekan-03

dadaab-02

dadaab-03

dadaab-04

dadaab-05

van-01

van-02