1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Fakta Kekejaman Yahudi Israel

Ini adalah senarai kekejaman Yahudi Israel. Hampir semuanya dilakukan sebelum gerakan intifadah pertama. 1.    Pembantaian Yehida, 1947: 13 orang Islam terbunuh. 2.    Pembantaian Khisas, 1947: 10 orang Islam terbunuh. 3.    Pembantaian Qazaza, 1947: 5 anak-anak Islam terbunuh. 4.    Pembantaian di Deir Yassin, 1948: Selama serangan ini, wanita-wanita hamil dirobek perutnya dengan bayonet senapang, anggota tubuhnya dipotong-potong, dan yang lainnya diperkosa. Sekitar 52 orang anak-anak disiat-siat tubuhnya di depan mata ibunya, lalu mereka dibunuh secara keji. Lebih dari 280 warga Palestin syahid di tangan zionis. 5.    Pembantaian Hotel Semirami, 1948: 19 warga Palestin terbunuh. 6.    Pembantaian Naser al-Din, 1948: Sekelompok pengganas Zionis berpakaian tentara Arab menembak penduduk kota yang meninggalkan rumahnya untuk menyambut mereka. Hanya 40 orang yang terlepas dari pembunuhan ini, dan desa tersebut terhapus dari peta. 7.    Pembantaian Tantura, 1948: 200 orang Muslim terbunuh. 8.    Pembantaian Masjid Dahmash, 1948: 100 orang Islam terbunuh. Sekitar 60,000 warga Palestin keluar dari negerinya, dan 350 orang lebih terbunuh dalam perjalanan kerana keadaan kesihatan yang parah. 9.    Pembantaian Dawayma, 1948: 100 orang terbunuh. Sebahagian besar yang terbunuh sedang berada di Masjid untuk melakukan solat Jumaat. Wanita-wanita Palestin diperkosa selama serangan ini, sementara rumah-rumahnya diledakkan dengan dinamit, padahal ada orang di dalamnya. 10.    Pembantaian Houla, 1948: 85 umat Islam Palestin terbunuh. Tentara Yahudi Israel memaksa 85 orang untuk masuk ke dalam sebuah rumah, kemudian rumah itu dibakar. Setelah itu, sebahagian besar warga yang merasa takut melarikan diri ke Beirut. Dari 12000 penduduk asli Houla, hanya 1200 orang yang masih ada. 11.    Pembantaian Salha, 1948: 105 orang Islam terbunuh. Setelah penduduk suatu desa dipaksa masuk ke Masjid, orang-orang tersebut dibakar hingga tidak seorang pun yang terselamat. 12.    Pembantaian di Qibya, 1953: 96 orang Islam terbunuh. Sebahagian besar mayat mengalami kecederaan akibat tembakan di belakang kepala, dan ramai yang tanpa kepala. Bersama orang-orang yang terbunuh di bawah runtuhan rumah mereka, ramai wanita-wanita dan anak-anak tidak berdosa dibunuh secara kejam. 13.    Pembantaian Kafr Qasem, 1956: 49 orang Islam terbunuh. 14.    Pembantaian Khan Yunis, 1956: 275 orang Islam terbunuh. 15.    Pembantaian di Kota Gaza, 1956: 60 warga Palestin terbunuh: 16.    Pembantaian Fakhani, 1981: 150 orang Islam terbunuh. 17.    Pembantaian Sabra dan Shatila, Lebanon, 1982: Meragut nyawa lebih dari 3000 warga Palestin. Pengarah pembantaian itu adalah Ariel Sharon yang bekerjasama dengan kelompok Phalangis Kristian, Lebanon. (Catatan: Setelah Perang 1967, Sharon telah menyebabkan 160,000 orang Palestin meninggalkan Jerusalem Timur dan menjadi mangsa di kem pelarian. Ketika Sharon menjadi penguasa keamanan di Jalur Gaza, 16,000 warga Palestin diusir untuk kedua kalinya). 18.    Pembantaian di Masjid Aqsa, 1990: 11 syahid dan 800 tercedera. 19.    Pembantaian di Masjid Ibrahimi, 1994: Lebih dari 50 orang Islam terbunuh dan 300 orang cedera. 20.    Pembantaian Qana, 1996: 109 terbunuh. Pemandangan mengerikan kerana pembantaian ini, termasuk anak-anak yang dipenggal kepalanya, tidak akan pernah dilupakan.