1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Al Aqsa Diancam

Israel telah bersedia untuk menggali dua terowong di bawah masjid Al Aqsa yang di bawah jajahan mereka. Mereka telah mula mengeluarkan amaran agar 55 keluarga Palestin mengosongkan rumah mereka di Utara bandar Al Quds. Mereka juga telah mempersiapkan pelan bagi membina ribuan penempatan baru di bandar itu. Yayasan Waqaf dan Turas Al Aqsa melaporkan bahawa Yahudi sedang menggali dua terowong baru bagi menghubungkan Al Aqsa dan Hayy Syarif ; iaitu sebuah perkampungan Palestin yang telah dirampas Yahudi pada tahun 1967 dan dinamakan perkampungan Yahudi di Medan Buraq barat Masjid Al Aqsa.
Perincian Projek.
Menurut sumber dari Palestin panjang terowong pertama adalah 56 meter dan terowong kedua adalah 22 meter. Pihak berkuasa Israel telah merancang supaya dibina laluan elektronik bagi terowong melintang dan lift bagi terowong menegak sebagai perancangannya bagi memudahkan pengunjung Yahudi dan orang asing bagi melawat Masjid Al Aqsa dan Medan Buraq. Projek ini di jangka memakan belanja USD2.5 bilion.

Abu Marzuq akhirnya menjejak kaki semula ke gaza selepas 30 tahun.

Setelah 30 tahun hidupnya diharamkan menjejak kaki ke Jalur Gaza oleh kerajaan haram Israel,  Abu Marzuq, Timbalan Ketua  Biro Politik Hamas akhirnya telah berjaya memasuki Jalur Gaza kembali.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Pusat Informasi Palestin di Gaza, Musa Abu Marzuq yang tiba di Mesir untuk mengikuti pertemuan wakil-wakil dari kepimpinan organisasi Palestin dua hari lalu (Sabtu, 28/02) telah berjaya mendapat persetujuan pihak Mesir memasuki Jalur Gaza bagi menemui ahli keluarganya. Dan kemudian beliau kembali semula ke Mesir melalui jalan persempadanan di Rafah.

Akibat tekanan Zionis Israel ramai aktivis Palestin seperti Abu Marzuq yang bertahun-tahun hidup di pengasingan.

Musa Abu Marzuq adalah salah seorang tokoh penting Hamas. Beliau menjadi buruan nombor satu Mossad (organisasi rahsia luar negeri Israel.) Justeru, beliau dikenali dengan pelbagai nama: Musa Abu Marzuq alias Said Abu Marzuq alias Abu Umar alias Musa Muhammad Marzuq. Beliau kini menjadi warga negara Yaman. Dilahirkan di kem penempatan pelarian di Rafah, Jalur Gaza, Abu Marzuq merupakan ketua pertama Biro Politik Hamas ketika organisasi itu dibentuk pada akhir 1992. Lima tahun kemudian posisinya berubah sebagai wakil ketua. Jabatannya diisi oleh Khalid Misya'al sejak pendiri sekaligus pemimpin spiritual Hamas, Syeikh Ahmad Yasin, syahid diserang serangan roket Israel pada 2004.

Pemimpin berusia 58 tahun  ini memiliki PhD dalam bidang teknikal industri di Amerika Syarikat. Pada 1992, beliau pindah ke Jordan dan tiga tahun kemudian diusir dari negara yang memiliki hubungan diplomatik dengan Israel itu. Namun, beliau ditangkap di Bandar Udara John F. Kennedy, New York, pada 25 Julai 1995 dan di hantar pulang ke Jordan semula. Dua tahun kemudian beliau diusir semula dan menetap di Damaskus, hingga Januari 2009.

Ketika bersama Syeikh Ahmad Yasin, ayah kepada enam orang anak ini pernah menjadi penebus ganti kepada misi penukaran pembebasan dua anggota Mossad yang ditangkap.

Sebagai pemimpin, dia sangat sibuk, apatah lagi saat ini Israel sedang menggempur Gaza terus menerus. Menurut isterinya, Ummi Nadia, suaminya sentiasa bekerja bagi perjuangan Palestin dari pagi hingga ke larut malam.

Heartfelt sharing on Gaza

SHAH ALAM  28 Feb 2009 -  If a pin dropped, it would have been deafening. All eyes were glued to Dr Roniyuzam Abdul Malek as he narrated the attempts he and his team of HALUAN members made to enter Gaza via Egypt last week. A much traveled man who had traversed the length of the Silk Route on a backpacker’s budget during his varsity days, his storytelling had the 200-odd audience eating out of his hands in no time. The volunteer doctor of HALUAN Malaysia set out for Kaherah on February 16  in hopes of entering the embattled city of Gaza. The borders had been closed a week prior to their arrival and hopes were high that it would be opened again by the time they arrived. But no. Dr Roniyuzam was accompanied by lecturer cum medical engineer, Noorazman Mohd Samsuddin and Arabic translator, Ustaz Muhtad Mohd Yusof who graduated from Egypt. From Kaherah they drove up to Ismailiyah, crossed the Suez Canal and traveled through the desert towards Al-Arish, a seaside township located next to the Red Sea which meets the Mediterranean. From there, it was another 70km to Rafah nearing the Gaza opening, only to be frustrated by needless roadblocks and pokerfaced border guards who won’t let anyone in, with or without official documents from whatever embassies. And to think of the trouble HALUAN went through to secure those documents. The team witnessed first-hand how the Egyptian authorities wield their trump cards at their own fancy, befitting the groans and grudges read on websites belonging to oh so many NGOs who have made futile attempts to enter Gaza via the Rafah opening. The team made some important contacts with the local NGOs such as the Arab Medical Union for future collaborations, as well as with the Egyptian Red Cross. That was about as good as it gets. But it was two days prior to the team’s departure home that the Egyptian authorities decided to let a small opening through for the Palestinian victims-of-war to get their daily necessities in – food items, medicines, toiletries, cooking gas cylinders, blankets for the chilling winter, washing machines, and milk for their babies. No others, Egyptians included, were allowed to enter Gaza, much to the chagrin of the 100-odd international volunteers who flocked to the immigration outpost after sniffing hints of endearment. Dissent was in the air but HALUAN stayed cool under the demeaning bureaucracy. He observed that although no kind words or deeds were offered by their neighbour, the Palestinians were a courageous and courteous lot even under heavy duress due to the war, deaths in the family, and death looming over their own heads as they mill about minding their business. The team offered help to the victims of Israeli oppression by helping them to carry their load closer to the Egyptian immigration base, arriving at a certain point whereby the Palestinians would smile at them, thank them for their kindness and say that that should be the last mile that the team members should risk sending them home into Gaza. If only they could just fly over the checkpoint. “I’m amazed at their dexterity, their determination to fight for their rights of a homeland now invaded and destroyed. With all the destructions around, there isn’t much to look forward to, but not the Palestinians. They are a different breed of people,” said Dr Roni. “The women heaved heavy loads back to their ramshackle town, and we don’t even know if they have a roof over their heads. We here head straight to bed without a single thought or prayer to God. One Palestinian woman single-handedly lugged a washing machine which I thought it was impossible to do but under those circumstances I guessed she……”, his voice cracked and trailed away into a long silence. For anyone, the sight and plight of these special people called Palestinians are just too much to bear. While the younger audience looked at the defeated doctor for continuation, the older folks like this writer looked away, hoping to hold back the looming tears. It worked, but it really choked inside. No sane human being alive could ever stomach the atrocities unleashed by the rabid and cursed Zionists. Main speaker for the night, varsity lecturer Sollehudin Shuib said the Gaza onslaught was a victory of sorts this time around as never before Israel’s debauchery and massacre were highlighted with such intensity and glare by the international media. Many nations were appalled. The call for a war tribunal to prosecute Israel’s warlords was worrying enough for the Zionist illegal state. He called on the special audience of parents and pupils of Sekolah Ibn Khaldun to do their bit by supplicating for their Palestinian brothers and sisters. He also called out for them to execute selective boycotts of Israeli and other products that openly support the Zionist state. Sollehudin added that some victories are evident with the boycott and the ummah can do much more by telling their friends, neighbours and relatives to join ranks. He also disclosed that HALUAN has officially handed RM100,000 in public donations to the government of Gaza. Passing the hat around, sympathizers of the Palestinian cause chipped in over RM1,500 in donations during the night’s talk. [email_link]    [print_link]

Cara-cara praktikal untuk menyokong Gaza

Oleh Dr. Ahmed Al-`Assal Al-Muwallid Apabila menyaksikan peristiwa dan gambar-gambar berdarah di bumi Palestin saya  teringat pada sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Thawab r.a: "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa di  seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (Abu Dawud) Segera muncul di ruang ingatan saya bahawa Umat Islam di seluruh pelosok dunia hidup dengan jiwa dan perasaan yang sentiasa ingat pada saudara mereka di Palestin, Iraq dan Afghanistan; bahawa Jihad bererti melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh; dan bahawa terdapat pelbagai bentuk Jihad. Kita harus segera melakukan segala yang termampu. Kita mesti mengurangkan jumlah makanan yang diambil supaya kita dapat menderma kepada Palestin dengan membekalkan mereka dengan bantuan, keperluan dan makanan. Jangan sesekali kita lupa bahawa sesiapa yang membantu seorang Mujahid mendapat pahala yang sama (seperti sang Mujahid itu) Kita harus memberi saudara kita di Palestin, Iraq dan Afghnistan serta di semua tempat di mana pejuang Islam sedang berlawan dan mempertahankan tanah air daripada musuh, segala keperluan yang diperlukan oleh mereka. Allah s.w.t berfirman bahawa Jihad boleh dilakukan dengan wang dan jiwa: (Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya) (As-Saff 61:10-11) Berikut adalah beberapa cara kita boleh menyokong saudara saudari kita di Palestin dan negara-negara lain di mana wujudnya konflik antara yang haq dan batil: Menyokong mereka dengan Keimanan Kita boleh berdoa untuk kemenangan dan kekuasaan, kecekalan dan keberaniaan. Ini perkara yang paling mudah untuk kita lakukan untuk mereka. Jangan sesekali memandang rendah pada kuasa Doa. Ia merupakan senjata mukmin yang paling berkesan. Firman Allah: Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina (Ghafir 40:60 ) dan ia bukanlah di luar kuasa Allah untuk membalas perbuatan mereka dan menghalang perbuatan kejam dan perancangan jahat mereka. Menyokong dengan bantuan kewangan Kita boleh menyumbang wang ringgit kepada mereka melalui sumber yang selamat dan dipercayai. Saya tidak dapat melupakan saat ‘sindiket doktor’ di Mesir mengumumkan’ Kempen Satu Bilion Dolar” untuk menyokong Palestin pada suatu malam. Hanya dalam masa tiga jam selepas itu, 7.5 milion berjaya dikutip diantaranya daripada beberapa orang wanita yang mendermakan barang kemas dan para remaja yang sanggup menyerahkan telefon bimbit. Umat ini masih hidup! Ia tidak mati seperti sangkaan sesetengah pihak. Menyokong dengan bantuan Perubatan Kita boleh menyumbang bekalan perubatan yang diperlukan dan tenaga doktor yang berpengalaman untuk merawat dan menjaga mangsa yang cedera serta membantu mereka dengan segala yang diperlukan dalam bidang ini. Menyokong dengan bantuan Makanan Kita boleh membekalkan makanan dan minuman yang diperlukan oleh mereka dan keluarga mereka yang terpaksa meninggalkan rumah mereka selepas diserang oleh penjenayah Israel. Kita harus memberikan makanan agar mereka dapat meneruskan jihad mereka. Menyokong dengan bantuan Teknikal Jika dibenarkan, kita boleh menghantar pakar teknikal dan memberikan segala yang kita miliki dalam bidang teknikal supaya mereka dapat melawan Israel dan menghentikan operasi ketenteraan mereka. Menyokong mereka melalui Media Kita boleh memberikan ‘suara’ kepada perjuangan mereka dan melaksanakan tanggungjawab menyebarkan kesedaran tentang realiti peperangan yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan. Kita mesti tunjukkan kepada dunia betapa dahsyatnya kehancuran yang mereka lakukan dan penderitaan yang dialami oleh saudara-saudara kita. Perang media amat hebat dan ada yang menang dan kalah. Semua professional media-audio,visual,penulisan dan eletronik-harus berjihad dengan cara ini: jihad media. Menyokong dengan bantuan Mujahidden, jika ada Sewaktu sempadan antara kita dan Palestin di buka, para Mujahideen memasuki Palestin melalui Syria, Mesir, Iraq dan tempat-tempat lain. Ada yang datang dari Algeria untuk berjihad di Palestin. Berikan sokong moral Jika sempadan ditutup, orang ramai mesti menunjukkan kemarahan mereka melalui pelbagai saluran yang ada seperti demonstrasi dan protes yang menyeru kepada mereka yang cintakan kebenaran dan keadilan untuk bangun dan membela mereka yang telah dizalimi; untuk menghentikan serangan ini. Akan tetapi demonstrasi besar-besaran mestilah menyampaikan permasalahan yang sebenar. Ia sepatutnya memberikan impak yang positif dan gambaran sebenar tentang hubungan antara siapa yang menakluk dan yang ditakluk, yang menyerang dan yang diserang, yang menzalimi dan dizalimi, yang sakit dan sumber kesakitan tersebut. Gerakan yang tidak bersenjata – yang bukan menidakkan serangan bersenjata di negara-negara yang diserang- banyak. Ia amat penting dalam menyedarkan Umat dan menyampaikan mesej, di samping meningkatkan bentuk protes agar sesuai dengan keadaan semasa. Mendidik dan membesarkan anak-anak kita dengan Keimanan kepada Allah dan Cintakan Jihad Ini adalah beberapa cara agar Ummah dapat mengembalikan semula kekuatan dahulu yang telah berjaya dilemahkan oleh musuh. Mereka berjaya membekukan pembangunan senjata dalam tentera, menghentikan pembuatan senjata, dan membahagikan kita kepada wilayah-wilayah asing yang terpisah dan hidup sendirian. Kita mesti ingat bahawa sesiapa yang berdiri di medan perang memerlukan tujuh lagi di belakangnya, jadi kita harus melaksanakan tanggungjawab terhadap para Mujahideen dengan mengumpul dan membekalkan segala keperluan yang dibutuhkan oleh rakyat Palestin, dan memerhatikan keperluan seperti vaksin dan ubat-ubatan. Jihad ini banyak caranya dan sangat luas medannya. Allah menerima segala yang diberikan oleh setiap hambaNya. Sesiapa yang lemah dan meninggalkan saudara seIslamnya perlu ingat akan pesan Rasulullah saw: “Akan ada perkara yang kamu tahu kemudian kamu membelakanginya. Mereka bertanya: Oleh itu apa yang harus kami lakukan, Wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tunaikan tanggungjawab kamu dan mintalah daripada Allah akan apa yang (sepatutnya) menjadi milik kamu” (Ahmad). Oleh itu semangat orang Islam mesti kuat dan tinggi, sedar akan kewujudan Allah setiap masa, dan lakukan segala yang mampu dilakukannya. Saya menasihati diri saya, saudara dan saudari, serta anak-anak untuk terus memegang pada harapan, dan meninggalkan putus asa. Putus asa tidak wujud dalam kamus hidup seorang Muslim. Islam telah mengajar kepada kita bahawa: “Jika datang Hari Kiamat dan di tangan salah seorang daripada kamu ada biji tamar, tanamlah ia.” (Al-Albani). Inilah agama kita dan inilah kefahaman kita Akhir kata, tiada cara untuk terus bertahan melainkan dengan Jihad. Dalam konteks ini, Rasulullah saw telah bersabda: “Tiada orang yang berhenti berjihad melainkan mereka dihina”. Israel menunggu pejuang Palestin meletakkan senjata, inilah satu-satunya harapan mereka. Selagi masih ada tawanan perang yang terdiri daripada wanita kita, anak-anak dan orang tua didalam penjara Israel, Jihad tidak boleh berhenti sehingga kita semua bebas! --------------------------- Dr. Ahmed Al-`Assal Al-Muwallid,ialah seorang Dai’e terkenal yang berasal dari Mesir dan konsultan di Universiti Islam Islamaban, Pakistan. Dia memilki PhD dalam bidang Usul Fiqh dan pengkhususan dalam bidang kebudayaan Islam, serta seorang pakar dalam membuat silibus-silibus Islamik. Beliau telah menghasilkan banyak penulisan dalam pelbagai bidang ilmu Islam. [IslamOnline/Terjemahan HP]

[email_link]    [print_link]

McDonald's terus berkembang di Israel, Johnson & Johnson ditutup

McDonald's mengembangkan perniagaannya di Israel dengan menceburi pasaran bar kopi espreso melalui produk yang dikenali sebagai McCafé. Cawangan-cawangan baru rangkaian perniagaan tersebut menyerlahkan gaya baru bar kopi dengan menggunakan tempat duduk yang lebih selesa, pinggan mangkuk porselin dan pastri yang diimpot dari Perancis. McDonald's mula beroperasi di Israel pada tahun 1993. Kini terdapat lebih dari 80 cawangan rangkaian perniagaannya di seluruh Israel. Pada tahun 2006, McDonald's mula menjual makanan kosher kepada pelangannya di beberapa cawangan di Israel. McDonald's adalah merupakan antara rakan korporat terbesar kepada Jewish United Fund (JUF,) Chicago. JUF mempunyai hubungan teguh dengan negara haram Israel melalui pelbagai jaringan kerjasama dan bantuan perdagangan, profesional dan sosial. Sebagai contoh, melalui program Partnership 2000, JUF telah menyalurkan bantuan sebanyak USD 1.3juta setiap tahun bagi tujuan pembangunan daerah di bandar Kiryat Gat, di tengah Israel. Kiryat Gat, yang juga menempatkan kilang Intel Fab18, merupakan sebuah bandar perusahaan yang dibina di atas tanah Palestin yang dirompak - tanah perkampungan Iraq Al Manshiya dan Al-Faluja, yang mana penduduk etnik asalnya diusir atau dibunuh pada tahun 1949. Melalui Suruhanjaya Israelnya, JUF berfungsi untuk memastikan sokongan ketenteraan, ekonomi dan diplomatik Amerika ke atas Israel. Mereka juga menjaga kepentingan Israel dalam menangani dan mengeksploitasi media. Sementara itu, Ynet juga melaporkan syarikat farmaseutikal Johnson & Johnson akan menutup ibu pejabatnya di Israel. Johnson & Johnson telah beroperasi di Israel sejak 13 tahun lalu. Semua 20 orang pekerjanya, termasuk ketua eksekutif, dibuang kerja. Walau bagaimanapun, produk Johnson & Johnson akan terus dipasarkan di Israel melalui pengurusan ibu pejabatnya di Switzerland.  Johnson & Johnson merupakan sebuah lagi syarikat yang banyak membantu kepada pembangunan negara haram Israel. Pada tahun 1998, sempena perayaan Jubli 50 tahun penubuhan negara haram Israel, Johnson & Johnson telah menerima anugerah penghormatan tertinggi oleh Perdana Menteri Netanyahu sebagai mengiktiraf peranan mereka menguatkan ekonomi Israel melalui pelaburan dan jaringan perdagangan. Antara produk Johnson & Johnson yang pasarkan di negara kita termasuklah tuala wanita Carefree, pencuci oral Listerine, produk kecantikan Clean & Clear dan pelbagai produk bayi yang membawa jenama Johnson's. [Sumber berita Ynet News Israel, fakta Innovative Minds UK dan laman web syarikat berkenaan]

Pemuda Israel enggan berkidmat dalam tentera, hantar gaji ke Gaza

Gaza, 26 Mac 2009 - Sembilan orang pemuda dan pemudi Israel enggan mematuhi arahan supaya berkhidmat dalam tentera pengganas Israel. Mereka sanggup dikurung dalam penjara tentera Israel sepanjang tempoh khidmat tentera tersebut. "Kami melihat tentera Israel sebagai satu kuasa penjajahan, dan kami tidak bersetuju dengan apa yang berlaku di Gaza," kata Yuval Oron-Ofir, 25 tahun,  melalui perbualan talipon dengan agensi berita Ramattan. Yuval Oron-Ofir yang berasal dari Neve Shalom terpaksa berada dalam penjara tentera Israel selama 45 hari. Sebelum ini, beliau pernah 2 kali dipenjarakan sepanjang bulan November-Disember tahun 2008 kerana enggan mendaftar dalam perkhidmatan tentera Israel. Sepertimana rakannya Oron, Tamar Katz, 19 tahun, sebelum ini telah dipenjara selama 50 hari. Dalam kenyataannya kepada Amnesty International, wanita muda Israel ini menyebut, "Saya tidak sanggup menjadi sebahagian dari tentera penakluk... saya tidak sanggup menjadi salah seorang dari mereka yang menyasarkan senjata ke arah orang awam Palestin, dan saya tidak percaya tindakan seperti itu boleh membawa sebarang perubahan, kecuali meningkatkan lagi penentangan dan keganasan di daerah ini." Katz dikurung keseorangan dalam penjara dan dinafikan lawatan keluarga sebagai hukuman kerana enggan mengenakan pakaian tentera semasa berada di penjara. "Tindakan untuk memindahkan wang timbul apabila memikirkan kerosakan dan kepedihan yang dilakukan oleh tentera Israel terutama sekali ketika pembunuhan dalam Operasi Cast Lead," terang Oron. "Ini merupakan usaha untuk menunjukkan solidariti kepada pemuda Yahudi Israel, dan mungkin juga sebagai usaha untuk menyedarkan askar Israel." Oron bersama-sama 8 orang lagi pemuda dan pemudi Israel telah dipenjara dan kemudiannya dilepaskan setelah enggan mendaftar diri dalam tentera Israel. Mereka merancang untuk menderma gaji yang diterima sepanjang tempoh khidmat tentera kepada pembangunan semula Genting Gaza. Beberapa ribu shekels yang mereka dermakan itu disalurkan kepada pertubuhan Doctors without Borders, yang akan digunakan untuk memberi peralatan perubatan untuk penduduk Gaza. [Sumber: Ramattan, War Resisters' International, Amnesty International]