1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Kempen Bantuan Kecemasan Gaza

Bertindaklah sekarang untuk membantu warga Gaza yang sedang berhadapan dengan musibah besar akibat serangan zalim rejim Zionis.

Apakah yang dimaksudkan dengan Kempen Bantuan Kecemasan Gaza?

Sebagaimana kita maklum, tentera Zionis telah sekali lagi menyerang penduduk Gaza selama lapan hari pada akhir November lalu dan meninggalkan kemusnahan yang dahsyat ke atas penduduk Gaza, melibatkan rumah kediaman, infrastruktur awam, bangunan kerajaan, masjid, sekolah dan kemudahan awam yang lain.

Serangan tersebut telah mengorbankan 175 nyawa dan mencederakan 1,399 orang penduduk Gaza. 50 daripada yang terkorban adalah merupakan kanak-kanak, di mana 16 orang berumur di bawah lima tahun. 12 wanita turut terkorban. Manakala di kalangan mereka yang tercedera, 601 adalah kanak-kanak dengan 141 orang di bawah umur lima tahun dan 254 wanita. 27 orang yang tercedera masih lagi terlantar di hospital dalam keadaan kritikal.

Serangan ini memberi kesan yang sangat dahsyat kepada sosio-ekonomi warga Gaza yang sudahpun disekat dari dunia luar sejak lebih enam tahun lalu. Yang paling ketara, mereka kini memerlukan bantuan kecemasan untuk mendapatkan keperluan asas khususnya bekalan ubat-ubatan dan kemudahan rawatan, makanan dan tempat untuk berteduh.

HALUAN Malaysia telah melancarkan kempen ini untuk mengajak masyarakat Malaysia bersama-sama masyarakat antarabangsa membantu mangsa-mangsa kezaliman Zionis dalam fasa kecemasan ini.

Kenapa kempen ini diperlukan?

Serangan terkini ke atas Gaza telah membawa kerosakan berjumlah sekurang-kurangnya USD1.2 bilion. Menteri Kesihatan Gaza, Mofeed Mokhallalati, berkata kos kerosakan akan meningkat ekoran kemusnahan bekalan keperluan asas.

Hospital-hospital di Gaza sangat memerlukan ubat-ubatan dan peralatan. Bekalan ubat-ubatan asas kini hampir kehabisan, termasuklah antibiotik, anestetik, sarung tangan pembedahan dan picagari suntikan. Banyak peralatan perubatan kecemasan tidak dapat berfungsi kerana kekurangan alat ganti.

Sebanyak 500 rumah kediaman awam musnah sama sekali dan 1,000 lagi mengalami kerosakan akibat dibom. Sebuah sekolah ranap manakala empat buah lagi rosak teruk. 35 buah masjid rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi. 20 buah bangunan pejabat kerajaan turut musnah.

Bantuan kecemasan semakin mendesak memandangkan masih ramai yang tercedera. Penduduk Gaza kini menanti ketibaan musim sejuk tanpa tempat berteduh dan pakaian yang sesuai.

Jelas sekali semua pihak harus bertindak segera membantu.

Apakah bentuk bantuan yang akan disampaikan?

HALUAN akan menyalurkan tiga bentuk bantuan utama, iaitu ubat-ubatan, makanan dan khemah penempatan sementara.

Sehari selepas gencatan senjata, HALUAN telah menyalurkan bantuan berbentuk wang tunai dan makanan kepada mangsa-mangsa yang masih terlantar di hospital.

Bagaimana bantuan ini akan disalurkan?

Bantuan segera selepas serangan telah disalurkan kepada rakyat Gaza dengan kerjasama rakan NGO tempatan iaitu Salam Society for Relief and Development. Bantuan juga akan disalurkan melalui NGO lain yang telah bekerjasama dengan HALUAN sejak lebih lima tahun lalu, di mana setiap NGO memberi fokus kepada sektor yang berbeza.

Berikut adalah hospital-hospital yang telah dilawati bagi tujuan menyalurkan bantuan kepada mereya yang masih terlantar di hospital:
1. Hospital Kamal Edwan di utara Gaza,
2. Hospital al Shifa di Bandar Gaza,
3. Hospital Shohadaa al Aqsa di tengah Gaza,
4. Hospital Eropah di Khan Younis, dan
5. Hospital Abu Yousef al Najjar di Rafah.

Insha-Allah HALUAN juga akan menghantar pasukan relawan ke Gaza dalam masa terdekat.

Semua dana bantuan yang disalurkan ke Gaza akan dilaporkan kepada Kementerian Dalam Negeri Gaza untuk tujuan rekod dan pengurusan bantuan yang lebih tersusun.

Berapakah jumlah sasaran kutipan?

Bantuan kecemasan disasarkan sebanyak RM1 juta sahaja. Jumlah ini insha-Allah dapat menampung bantuan yang disalurkan oleh pihak lain yang dibawa masuk ke Gaza bagi tujuan membeli ubat-ubatan, makanan dan khemah.

Sebagai panduan, setiap pakej bantuan makanan kecemasan bernilai USD60, manakala kos menyediakan setiap pakej pakaian sejuk, termasuk blanket, adalah USD50.

Kos yang diperlukan untuk membaiki rumah dan menyewa kediaman kepada 1,000 orang mangsa adalah sebanyak USD 150,000.

Keperluan ini dijangka meningkat dalam masa terdekat.

Berapa lama tempoh kempen ini diadakan?

Kempen ini akan berterusan dari tarikh pelancaran iaitu 21 Novermber sehingga 31 Disember 2012.

Apakah aktiviti yang akan diadakan sepanjang kempen ini?

Pelbagai aktiviti kesedaran dan kutipan dana diatur oleh ahli dan relawan HALUAN di seluruh negara, seperti ceramah di masjid dan sekolah, kutipan dana di pasaraya, pasar malam dan seumpamanya.

HALUAN juga membawa dua orang wartawan dari Gaza untuk berkongsi pengalaman dan menyampaikan fakta sebenar tentang serangan tersebut kepada rakyat Malaysia. Mereka akan menyampaikan ceramah di masjid-masjid dan universiti-universiti terpilih di seluruh negara.

Bolehkan saya terus menderma selepas tempoh kempen?

Gaza masih memerlukan bantuan berterusan. Sebelum berlakunya serangan, HALUAN dan beberapa rakan NGO lain telah diamanahkan untuk mendirikan sebuah sekolah syariah di Dier al Balah dan sebuah hospital di Bandar Gaza. Keperluan kepada dua infrastruktur awam ini menjadi lebih mendesak akibat serangan baru lalu, memadangkan banyak sekolah dan hospital rosak atau musanah.

Semua dana bantuan untuk projek tersebut adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia. HALUAN hanya bertindak sebagai pemegang amanah untuk menyampaikan bantuan dan memastikan dana tersebut digunakan secara terbaik untuk manfaat rakyat Gaza.

Masyarakat diajak bersama-sama membantu menjayakan pembinaan keperluan asas untuk rakyat Gaza ini.

Bagaimana saya boleh aktif membantu?

Pertama sekali, teruskanlah berdoa untuk Palestin secara berterusan. Setiap kita harus bertindak, bukan sekadar menyeru orang lain bertindak! Hulurkanlah sebahagian daripada harta yang kita ada, kerana inilah peluang untuk kita manambah bekalan untuk akhirat.

Serulah masyarakat kita untuk mengambil berat permasalahan Palestin. Ajaklah masyarakat kita memboikot produk-produk yang memberi sumbangan kepada rejim Zionis.

Sekiranya mampu, ayuh bersama-sama menjadi relawan HALUAN agar usaha kita menjadi lebih tersusun dan berterusan.

Bagaimana saya boleh hubungi pihak urusetia?

Anda boleh hubungi kami untuk pertanyaan atau saranan mengadakan kerjasama, mendapatkan pengesahan dan sebagainya melalui maklumat di bawah:

Telefon Pejabat : 03 7831 5741
Telefon Mobil : 019 218 7861, 013 282 0731
Fax Pejabat : 03 7846 4146
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Anda juga boleh menghubungi wakil tempatan HALUAN di cawangan berdekatan. Sila lihat di sini.

Senarai Penyumbang

Selasa, 24 Dis 2012
Masjid NurulHuda Puchong - RM 800.00

Isnin, 17 Dis 2012
HALUANITA Shah Alam - RM 1030.35

Jumaat, 14 Dis 2012
USIM Pandan - RM 382.00

Selasa, 11 Dis 2012
Ma'had Tahfiz Sains (MASDAR) - RM 612.00
Plaza Alam Sentral - RM 36,493.55

Isnin, 10 Dis 2012
Khadijah Hussein - RM 873.00
Farhana Hussien - RM 474.00

Jumaat, 7 Dis 2012
HALUANITA Bangi/Putrajaya - RM 270.00
HALUANSiswa USIM - RM 1,152.10
Warga DENSO Bangi - RM 318.30
Warga MAIS - RM 4,396.00
TIARANITA - RM 6,650.00 
HALUANITA SA - RM 5,360.00 

Khamis, 6 Dis 2012
Masjid Kolej Matrikulasi Changlun - RM581.00
Kelab Kereta Lama - RM 1,270.00
Masjid Al-Muttaqin Tmn Equien - RM 2,748.70
Masjid Temerloh Jaya - RM 5,000.00

Selasa, 4 Dis 2012
HALUANITA Klang -RM 30,081.44
HALUANITA Johor - RM 1,100.00 

Isnin, 3 Dis 2012
RFC Sg. Besi – RM 111.60
Masjid AlMuttaqin, Jitra - RM 5,000.00 

Ahad, 2 Dis 2012
Masjid Baitul Mahabbah – RM 1,947.00
Masjid Al-Husna – RM 2,560.50

Sabtu, 1 Dis 2012
Masjid Al-Falah - RM 914.00
Rawang - RM 7,000.00
KLU - RM 8,053.00
Sek Ibn Khaldun – RM 511.00
HALUANITA Perak - RM 2,000.00
HALUANITA PJ - RM 2,060.00 
HALUANITA Melaka - RM 1,000.00 

Jumaat, 30 Nov 2012
Masjid Senai, Johor – RM 6,356.00
KUIS - RM 1,100.00
Flash Mob, Kajang & Serdang - RM 5,404.20
Pasar Mlm Jln Kebun – RM 331.05
Seminar di KHP - RM 2,070.50
KLU - RM 3,227.55
UiTM Melaka – RM 2,141.50
Masjid Tanah Melaka - RM 1,580.60
HALUANITA Rawang - RM 7,000.00 

Khamis, 29 Nov 2012
Kuantan – RM 18,378.00
Masjid Taman Saga, Temerloh – RM 4,846.40
UNISEL SA – RM 675.50
Masjid Al-Mukminun – RM 4,012.20
Surau Al-Munawwarah - RM 3,211.00
Surau Darul Najihin – RM 350.00
Pasar Malam Seksyen 27 SA = RM 1,150.40
KLU = RM 3,308.80

Rabu, 28 Nov 2012
Masjid Al-Azhar KUIS - RM 486.15

Selasa, 27 Nov 2012
Masjid UIA - RM 1,491.11

Isnin, 26 Nov 2012
Masjid Al-Irsyad - RM 750.20
Taman Tasik SA - RM 990.00
Masjid An-Naim - RM 1,312.00
Individu - RM 2,502.00
Pasar Mlm Tmn Sri Pulai - RM 667.20

Ahad, 25 Nov 2012
Pasar Tani Seksyen 13, SA - RM 11,300.00
Taman Tasik SA - RM 990.00

Ahad, 25 Nov 2012
Pasar Tani Seksyen 13, SA - RM 11,300.00
Taman Tasik SA - RM 990.00

Jumaat, 23 Nov 2012
Masjid Al-Husna, Bdr Sunway - RM 3,275.30
Masjid An-Naim, Jln Kebun - RM 2,790.00
Pasar Mlm Jln Kebun - RM 2,990.00

Maklumat Akaun
Tabung Palestin HALUAN


BIMB: 14023010034292


Maybank: 564490208528

Hubungi Kami
Pejabat: 03 7831 5741
Hotline: 019 218 7861
013 282 0731
Fax: 03 7846 4146
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.