1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Kelab Fitrah HALUAN

fitrah-about-1Kelab Fitrah HALUAN (HALUAN Fitrah) dibentuk di bawah Biro Penerangan dan Hubungan Luar pada lewat tahun 2008 dengan hasrat mendekati tiga kelompok utama masyarakat:

1. Para mualaf yang ingin memahami Islam,
2. Kelompok non-Muslims yang mencari alternatif makna kehidupan, dan
3. Orang-orang asli di pedalaman.

Pelbagai aktiviti pendidikan telah dijalankan, antaranya program-program pendedahan kepada ilmu perbandingan agama dan kesedaran berdakwah kepada rakan dan jiran. HALUAN Fitrah mengambil langkah bekerjasama dengan badan-badan dan NGO lain seperti PERKIM dan Islam Information and Services (IIS) bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran.

Pada awal 2009, Kelab ini telah melakukan beberapa sesi penerangan kepada ahli-ahli HALUAN setempat dan membentuk jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat pusat dan negeri. Usaha ini mendapat sambutan yang positif di negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Sehingga akhir tahun 2009, Kelab HALUAN Fitrah akan menumpukan kepada tiga aktiviti utama:

1. menerbitkan blog dakwah untuk non-Muslim,
2. menerbitkan helaian makalah dua bulan sekali di atas nama kelab untuk edaran umum, dan
3. memulakan aktiviti panduan hidup Islami kepada orang asli di daerah Kelang.

Semoga setiap ahli HALUAN dan relawan yang prihatin dan berkemampuan dapat bersama-sama Kelab HALUAN Fitrah turun membantu kerja-kerja pengislahan masyarakat ini.