1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Kelab Usahawan HALUAN

usahawan-intro-1Kelab Usahawan HALUAN ditubuhkan di bawah naungan Biro Ekonomi HALUAN bagai mencapai tiga objektif utama berikut:

  1. menyediakan platform kepada usahawan untuk berkongsi maklumat, pengalaman dan pengetahuan,
  2. membina jaringan perniagaan di kalangan usahawan dan ahli kelab, dan
  3. membantu ahli-ahli kelab memulakan atau meningkatkan keupayaan perniagaan

Panduan Keahlian

Keahlian Kelab Usahawan HALUAN terdiri dari ahli kehormat, ahli biasa dan bersekutu, seperti keterangan di bawah:

  1. Ahli kehormat dianugerahkan kepada individu yang banyak berjasa kepada Kelab Usahawan HALUAN dan masyarakat, dan perkara ini dipersetujui di dalam mesyuarat agung tahunan,
  2. Ahli biasa adalah ahli Kelab Usahawan HALUAN yang juga ahli HALUAN Malaysia atau ahli bersekutu Kelab yang telah menjalani latihan dan modul yang ditetapkan, dan
  3. Ahli bersekutu adalah terdiri daripada usahawan, bakal usahawan, pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi dan sekolah menengah yang berminat dalam hal keusahawanan.

Perancangan Aktiviti Kelab

usahawan-01Seminar usahawan memberi peluang kepada ahli untuk mendapat panduan dan maklumat secara terus dari agensi-agensi kerajaanSebagai sebuah kelab yang bertanggungjawab menyampaikan visi dan misi HALUAN kepada golongan usahawan dan perniagaan, pelbagai aktiviti yang boleh meransang pembangunan keusahawanan telah dirancang.

Saban tahun Biro Ekonomi HALUAN mengadakan aktiviti utama berbentuk khidmat nasihat, seminar, latihan, lawatan dan jaringan komuniti perniagaan di dalam mahupun di luar negara bagi membangun usahawan baharu dan juga meningkatkan kejayaan usahawan sedia ada dari kalangan ahli HALUAN.

Kelab Usahawan HALUAN merancang fungsi-fungsi dan aktiviti-aktiviti berikut untuk manfaat ahli-ahlinya:

  1. bengkel dan latihan kemahiran dan keusahawanan, termasulah melalui kaedah "on-the-job-traning" untuk pelajar-pelajar IPT di syarikat-syarikat ahli,
  2. khidmat nasihat keusahawanan, teknikal, syariah dan fiqh muamalat,
  3. bimbingan (mentorship) dan pembangunan usahawan muda,
  4. lawatan ke tempat-tempat atau tokoh-tokoh industri,
  5. menyertai dan menganjur seminar dan simposium perniagaan, dan
  6. jaringan maklumat dan usahasama di dalam dan luar negara.

Fungi dan aktiviti tersebut di atas dijalankan dengan kerjasama badan-badan ternama seperti MARA, SMIDEC, MOSTI dan institusi-institusi kajian dan pendidikan.

MuBIN

usahawan-02Lawatan industri ke China banyak membuka peluang dan jaringan perniagaan kepada ahli-ahliMenyedari hakikat perniagaan masakini yang memerlukan persaingan dan pasaran global, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab Usahawan HALUAN akan menjangkau ke luar negara yang strategik seperti Indonesia, China, India dan Timur Tengah.

Untuk memudah-cara jaringan di kalangan ahli dan komuniti usahawan lain, Kelab Usahawan HALUAN akan mengambil manfaat sepenuhnya daripada portal usahawan HALUAN yang dinamakan Multi Business International Network (MuBIN.) Portal yang ditubuhkan oleh Biro Ekonomi HALUAN sejak bulan Oktober 2003 itu menawarkan direktori perniagaan dan produk, pengiklanan dan juga bahan bacaan berguna tentang keusahawanan.

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan atau cadangan, anda boleh hubungi kami melalui

En. Ahmad Zakhir B Abdullah
Tel: 09-5367969
Fax: 09-5364859
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

usahawan-04Bengkel dan "mentorship" turut diadakan bagi membantu usahawan menjayakan perniagaan

usahawan-03HALUAN berusaha menggalakkan kelahiran usahawan-usahawan muda