Kelab Siswa HALUAN
Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia pada tahun 2009. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sama ada di dalam atau di luar negara, untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN.
HALUANSiswa beroperasi atas usaha kesukarelawanan di kalangan mahasiswa, didokong melalui sumbangan dari ahli-ahlinya dan juga masyarakat prihatin. Anda boleh bersama-sama HALUANSiswa menabur bakti kepada masyarakat, masyarakat kampus terutamanya dengan memberi apa jua bentuk sumbangan atau kepakaran yang dimiliki.
Antara aktiviti yang menjadi fokus HALUANSiswa termasuklah:
PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH
1. Brotherhood Camp
2. Kolokium HALUANSiswa Nasional
3. Program Qiamullail Berkala
4. Seminar Pengukuhan Kefahaman Mahasiswa Islam
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
1. Hijrah Menara Gading
2. Seminar Kesejahteraan Mahasiswa (SKEMA)
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN
1. Seminar Kepimpinan HALUANSiswa
2. Bengkel Perancangan Strategik
3. Seminar Baitul Muslim
PROGRAM PEMANTAPAN JASMANI
1. Rekreasi HALUANSiswa Nasional (REAKSI)
2. Perkhemahan HALUANSiswa Nasional
3. Karnival Sukan Antara IPT
4. Futsal Ukhwah Close Challenge
KEAHLIAN
Keahlian HALUANsiswa adalah terbuka kepada semua mahasiswa/i di institut pengajian tinggi di dalam dan di luar negara. Untuk menjadi ahli HALUANSiswa, anda hanya perlu untuk menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan. Sila kunjungi Web HALUANSiswa dari masa ke semasa untuk paparan aktiviti-aktiviti terkini.
Ikuti HALUAN di: