1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Kelab Remaja HALUAN

kearah-about-1Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) adalah salah sebuah kelab di bawah Biro Pembangunan Keluarga dan Remaja HALUAN yang menjalankan pelbagai aktiviti dan program pendidikan dan pembangunan insan dan jatidiri remaja yang masih di bangku sekolah rendah dan menengah.

KeARAH yang bermotokan ‘Kehadapan, Aktif dan Responsif’ telah menginisiatifkan pelbagai pendekatan untuk menarik minat golongan remaja supaya melibatkan diri dalam program-program pembangunan insan, kecemerlangan akademik, di samping melatih mereka dalam aktiviti kemasyarakatan, komuniti dan kesukarelawanan.

Visi

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) mencorak kepimpinan dan menerajui perubahan remaja.

Misi
  • Membuka medan dan menyediakan wasilah gerak kerja perkembangan potensi remaja.
  • Menggembeleng tenaga dalam merancang, mengatur dan melaksanakan pelestarian sumber manusia secara berhikmah.
  • Menyebarluaskan kesedaran dan menjuruterai generasi yang produktif, responsif dan efektif.

Nilai-Nilai Bersama

  1. Kehadapan - Sentiasa menerajui aktiviti yang mendatangkan kebaikan, dan menjauhi segala unsur kejahatan.
  2. Aktif - Aktif dalam mencari dan mengamalkan ilmu yang menjurus kepada kehidupan murni yang lengkap dan sempurna.
  3. Responsif - Peka dengan suasana semasa dan segera menghulurkan bantuan dengan sifat kasih, sayang dan hormat-menghormati.

KeARAH giat menganjurkan pelbagai program dan aktiviti khas untuk pembinaan jatidiri remaja dan kanak-kanak sama ada di peringkat kebangsaan mahupun negeri. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah:

[PUBLIC] - Public Outreach Programme (PEACE)

  • Kem Minda Kreatif (KMK)
  • Kem Anak Soleh (KASEH)
  • Jambori Remaja Kebangsaan (JEJAK)
  • Program Tuisyen Intensif (POTENSI)
  • Program Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji (ProCAST)

[MEMBER] - Member Intensive Training (MERIT)

  • Kem Asah Fakulti Insan (KAHFI)
  • Kem Anak Solah (KASEH)
  • Monthly Gathering (Liqo' / Ijtima')
  • Recreation (Rehlah)
  • Mentor Mentee (Halaqah / Usrah)

[TEEN LEADERS] - Active Leaders Recruitment (ALERT)

  • Perkhemahan Pewaris Remaja HALUAN (PeWARIS)
  • PeWARIS Reunion
  • Recreation (Rehlah)
  • Mentor Mentee (Halaqah /Usrah) for Teen Leaders

Others

  • YoungStaer.Com
  • Teen Awards, Convention & Exhibition (TeenACE)
  • Simposium Penulisan Remaja & Belia (SUPERB)
  • Intellectual Forums
  • Dialogues / Discussions
  • Seminars
  • Sports league (e.g. futsal, soccer, netball etc.)
  • Educational Trips