1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Kelab Remaja HALUAN

kearah-about-1Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) adalah salah sebuah kelab di bawah Biro Pembangunan Keluarga dan Remaja HALUAN yang menjalankan pelbagai aktiviti dan program pendidikan dan pembangunan insan dan jatidiri remaja yang masih di bangku sekolah rendah dan menengah.

KeARAH yang bermotokan ‘Kehadapan, Aktif dan Responsif’ telah menginisiatifkan pelbagai pendekatan untuk menarik minat golongan remaja supaya melibatkan diri dalam program-program pembangunan insan, kecemerlangan akademik, di samping melatih mereka dalam aktiviti kemasyarakatan, komuniti dan kesukarelawanan.

Read more...

Kelab Siswa HALUAN

haluansiswa-about-1Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia pada tahun 2009. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sama ada di dalam atau di luar negara, untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN.

HALUANSiswa beroperasi atas usaha kesukarelawanan di kalangan mahasiswa, didokong melalui sumbangan dari ahli-ahlinya dan juga masyarakat prihatin. Anda boleh bersama-sama HALUANSiswa menabur bakti kepada masyarakat, masyarakat kampus terutamanya dengan memberi apa jua bentuk sumbangan atau kepakaran yang dimiliki.

Read more...

Kelab Kesihatan HALUAN

kkh-about-1Kelab Kesihatan Haluan (KKH) adalah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah naungan Biro Profesional HALUAN. Kelab ini mula bergerak aktif dalam masyarakat bermula tahun 2004 dengan melibatkan diri dalam misi-misi bantuan kemanusiaan, khidmat rawatan percuma dan kempen-kempen kesedaran kesihatan kepada masyarakat.

KKH menjadi pelengkap kepada aktiviti mendidik dan berbakti dalam HALUAN melalui khidmat kesihatan. Program-program bagi tujuan meningkatkan profesionalisma dan komitmen ahli-ahli serta juniors, termasuk pelajar medik dan kursus-kursus lain yang berkaitan perubatan, juga giat diadakan secara berkala. Usaha meningkatkan kualiti dan kuantiti ahli-ahli KKH giat dijalankan melalui sekolah, institusi pengajian tinggi dan institusi kesihatan ke arah mengajak masyarakat melaksanakan amal maaruf dan nahi mungkar

Read more...

Kelab Fitrah HALUAN

fitrah-about-1Kelab Fitrah HALUAN (HALUAN Fitrah) dibentuk di bawah Biro Penerangan dan Hubungan Luar pada lewat tahun 2008 dengan hasrat mendekati tiga kelompok utama masyarakat:

1. Para mualaf yang ingin memahami Islam,
2. Kelompok non-Muslims yang mencari alternatif makna kehidupan, dan
3. Orang-orang asli di pedalaman.

Pelbagai aktiviti pendidikan telah dijalankan, antaranya program-program pendedahan kepada ilmu perbandingan agama dan kesedaran berdakwah kepada rakan dan jiran. HALUAN Fitrah mengambil langkah bekerjasama dengan badan-badan dan NGO lain seperti PERKIM dan Islam Information and Services (IIS) bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran.

Read more...

Kelab Usahawan HALUAN

usahawan-intro-1Kelab Usahawan HALUAN ditubuhkan di bawah naungan Biro Ekonomi HALUAN bagai mencapai tiga objektif utama berikut:

  1. menyediakan platform kepada usahawan untuk berkongsi maklumat, pengalaman dan pengetahuan,
  2. membina jaringan perniagaan di kalangan usahawan dan ahli kelab, dan
  3. membantu ahli-ahli kelab memulakan atau meningkatkan keupayaan perniagaan

Read more...

Kelab Guru HALUAN

guru-about-1Kelab Guru HALUAN ditubuhkan di bawah naungan Biro Pendidikan HALUAN. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua warga pendidik untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN.

Pelbagai aktiviti bagi meningkat kualiti diri dan profesionalisma guru, di samping kerjasama ke arah membina para pelajar yang seimbang dalam akhlak dan pencapaian akademik. Guru memainkan peranan yang kritikal dalam usaha melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang, dunia dan akhirat.

Read more...