1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Biro Pengajian Tinggi

Biro Pengajian Tinggi HALUAN yang ditubuhkan pada tahun 2009 adalah merupakan sebuah biro di bawah HALUAN Malaysia yang bertujuan mengumpul ahli-ahli akademik dan para pentadbir institusi pengajian tinggi untuk mencapai visi dan misi HALUAN.

Read more...

Biro Latihan

Adalah menjadi visi Biro Latihan untuk menjana modal insan yang seimbang dan berguna kepada masyarakat. Biro ini memberi perhatian khusus kepada usaha memberi latihan dan proses pendidikan yang berterusan supaya setiap ahli HALUAN dibina secara seimbang dan bersepadu dan aspek jasad, akal dan rohani serta memiliki kemahiran-kemahiran tertentu dan sahsiah terpuji. Semua kriteria tersebut diharapkan menjadi asas untuk mereka menjadi pemimpin masa depan dan mampu merubah masyarakat.

Read more...

Biro Misi Kemanusiaan

Biro Misi Kemanusiaan ialah salah satu biro yang berperanan penting dalam merealisasi agenda HALUAN untuk berbakti kepada masyarakat yang memerlukan.

HALUAN telah banyak terlibat dalam memberikan bantuan bencana alam, baik di dalam negara mahupun diperingkat antarabangsa, seperti bencana tsunami di Acheh dan Sri Lanka pada tahun 2004, gempa bumi di Pakistan dan Kashmir pada tahun 2005, gempa bumi di Sichuan, China pada tahun 2008, Gempabumi di Sumatera Barat pada tahun 2009, bencana Letusan Gunung Merapi pada tahun 2010, gempabumi di Van dan Ercis di Turki pada tahun 2011, dan juga bantuan kepada pelarian bencana Kemarau dan kebuluran di Somali pada tahun 2011 dan 2012.

Read more...

Biro Pemuda

Biro Pemuda HALUAN ditubuhkan untuk menjadi wadah bagi melahirkan pemimpin masyarakat masa depan, melalui latihan dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang terancang. Kumpulan sasar biro ini ialah pemuda yang berumur dari 18 hingga 40 tahun dan telah menamatkan pendidikan serta bekerja.

Adalah menjadi objektif utama biro ini untuk

  1. membantu membina jati diri belia ke arah melahirkan pemimpin masa depan negara
  2. menawarkan perkhidmatan dan pendidikan kepada pemuda dalam menangani isu-isu berkaitan pemuda
  3. menggerak dan menyelaras tenaga pemuda HALUAN untuk membantu program dan aktiviti biro-biro HALUAN yang lain

Read more...

Biro Profesional

Biro Profesional ditubuhkan bagi merealisasi objektif-objektif berikut:

  1. memupuk kesedaran dan melibatkan diri dalam sesuatu bidang iktisas keperluan semasa
  2. melahirkan ikhtisas daie yang berwibawa untuk mempengaruhi bidang kepakaran strategik
  3. menyediakan peluang dan platfom untuk melahirkan iktisas yang menjadi rujukan

Bagi menjayakan objektif-objektif yang tersebut di atas, Biro Profesional HALUAN antara lain

  1. memberi nasihat dan panduan berkenaan halatuju kerjaya professional di kalangan ahli HALUAN
  2. menyediakan wadah jaringan professional dan usahawan seperti Multi-Business International Network (MuBIN) di laman www.mymubin.com
  3. menganjurkan seminar-seminar iktisas
  4. mengadakan lawatan dan ceramah kerjaya ke IPT dan sekolah-sekolah angkat HALUAN
  5. mengadakan bengkel bersama HALUANSiswa dan kelab-kelab Iktisas untuk menetapkan bidang-bidang kritikal
  6. mengadakan perjumpaan dan kerjasama dengan pertubuhan iktisas di dalam dan luar negara

Biro Penerangan & Hubungan Luar

Biro Penerangan dan Hubungan Luar HALUAN menjalankan tugas utama sebagai

  1. pusat rujukan dan penyedia bahan-bahan media dalaman HALUAN,
  2. penyebar maklumat dan bahan didikan alternatif yang berfaedah kepada masyarakat, dan
  3. penghubung di antara HALUAN dengan pihak luar.

Peranan biro ini menjadi lebih penting apabila masyarakat hari ini dikelilingi dengan kemudahan komunikasi yang mendesak kepada maklumat yang cepat, menyeluruh dan menarik.

Read more...

Biro Khidmat Guaman

Biro Khidmat Guaman ditubuhkan untuk memberi khidmat dan nasihat guaman kepada masyarakat. Khidmat-khidmat yang dimaksudkan adalah berdasarkan kepada objektif tersebut di bawah:

  1. memberi khidmat nasihat guaman termasuk mengendalikan prosiding mahkamah yang melibatkan ahli dan masyarakat yang memerlukan
  2. memberi penerangan guaman kepada masyarakat sama ada secara konvensional atau melalui teknologi maklumat
  3. menggembeling tenaga guaman dari kalangan ahli-ahli HALUAN dan masyarakat bagi tujuan memberi khidmat guaman, serta bekerjasama dengan pihak-pihak yang lain bagi tujuan tersebut

Read more...

Biro HALUAN Palestin

Biro HALUAN Palestin (HALUAN Palestin) adalah satu usaha HALUAN Malaysia untuk mendokong perjuangan membebaskan Palestin daripada pencerobohan dan kekejaman rejim zionis Israel. HALUAN percaya bahawa Palestin adalah tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan demi kedamaian masyarakat dunia dari semua semua kepercayaan, baik Islam, Yahudi, Kristian mahupun agama-agama lain yang cintakan kedamaian dan sikap hormat-menghormati.

Biro ini memberi perhatian khusus untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia tentang kepentingan isu Palestin dan mendedahkan kezaliman rejim pengganas Zionis Israel dalam merampas hak pemilik asal bumi tersebut. HALUAN juga membantu mangsa-mangsa kezaliman Israel ini secara langsung dengan projek pemulihan di Gaza dan bantuan kemanusiaan di kem-kem pelarian Palestin di Gaza dan negara-negara jiran mereka.

Objektif penubuhan Biro HALUAN Palestin adalah untuk membangkitkan semangat rakyat Malaysia agar mengambil berat terhadap perjuangan bangsa Palestin meraih kemerdekaan dan juga menjaga kesucian Masjid Al-Aqsa yang dicerobohi.

Read more...

Biro Sukan & Rekreasi

Biro Sukan dan Rekreasi bertekad memberi kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup Muslim yang sihat dan mempromosi serta melaksanakan aktiviti sukan, rekreasi luar dan aktiviti sukan lasak kepada ahli-ahli HALUAN dan juga masyarakat awam.

Untuk tujuan tersebut di atas, biro ini bertanggunjawab dalam

  1. merancang dan melaksana kursus, seminar, bengkel berkaitan kecergasan, sukan dan rekreasi kepada masyarakat
  2. menerbitkan modul kesihatan dan kecergasan secara bertahap
  3. menganjur pertandingan sukan permainan dan sukan lasak yang melibatkan penyertaan masyarakat awam
  4. menerbitkan dan mempromosi artikel berkaitan kesihatan, kecergasan, sukan dan rekreasi melalui flyers, majalah dan kemudahan-kemudahan jaringan Internet
  5. mewujudkan kerjasama dan hubungan akrab dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan sukan dan rekreasi seperti Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan dan juga Majlis Sukan Negara
  6. menjalin hubungan akrab dengan persatuan atau kelab sukan dan rekreasi kebangsaan yang berdaftar dengan agensi-agensi kerajaan.

Read more...

Biro HALUANITA

HALUANITA merupakan biro yang mampu memberi impak kepada perkembangan dan pemantapan modal insan di Malaysia. Atas kesedaran itu, HALUANITA akan memainkan peranan yang lebih jauh agar kehadirannya dirasai dan menjadi sumber rujukan oleh semua golongan wanita.

HALUNITA memberi tumpuan kepada usaha-usaha yang tersebut di bawah:

  1. melahirkan dan memantau ahli-ahli HALUANITA yang mampu untuk berkhidmat dan memimpin masyarakat
  2. memberi perkhidmatan dan pendidikan kepada wanita dalam aspek kesejahteraan diri dan keluarga
  3. menjadi sebuah organisasi yang mampu menangani isu-isu berkaitan wanita dan keluarga
  4. melahirkan remaja puteri dan pemudi yang mempunyai jatidiri dan mampu memberi khidmat bakti kepada masyarakat, negara dan agama
  5. menyediakan  medan atau saluran komunikasi dan maklumat yang berkesan dan berkualiti untuk pembangunan dan percambahan minda wanita

Read more...