1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr
Jawaban
  • Accepted Answer

    Terima kasih kepada Cik Nurul yang bertanya.

    Kami mengucapkan tahniah atas cadangan Cik Nurul untuk membeli hartanah. Bagaimanapun, prosesnya adalah panjang dan agak merumitkan.

    Cik Nurul menimbulkan persoalan bahawa hartanah tersebut adalah di bawah status pajakan (leasehold). Sebenarnya ini bukanlah perkara yang luar biasa, kerana kebanyakan tanah di Malaysia sememangnya mempunyai tempoh pajakan yang tertentu iaitu sama ada 30, 60 atau 99 tahun.

    Cumanya dan pada kebiasaannya, terdapat dua tugasan umum yang perlu dilakukan oleh pemilik hartanah yang di bawah status pajakan sebegini.

    Pertamanya, apabila tempoh pajakan tersebut hampir tamat nanti, pemiliknya perlulah mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa untuk memperbaharuinya. Dan keduanya, jika pemiliknya ingin menjual hartanah sebegini, ia perlulah memohon kebenaran menjual daripada pihak berkuasa yang berkenaan kelak. Manakala pembeli pula perlu memohon kebenaran menggadai yang berkenaan pula.

    Namun, ingin kami menegaskan bahawa status pajakan di dalam hakmilik hartanah tersebut bukanlah sesuatu yang patut Cik Nurul risaukan. Malah, ia juga dijangkakan tidak akan memberi kesan kepada proses penukaran hakmilik dan permohonan pembiayaan perumahan yang dicadangkan, kecuali dalam beberapa keadaan.

    Berhubung dengan prosesnya, kami ingin menasihatkan Cik Nurul agar melantik peguam untuk menguruskannya. Ini adalah kerana prosesnya rumit dan berteknikal, dan tidak sesuai dilakukan sendiri oleh pembeli.

    Secara umumnya, peguam akan mengenakan tiga jenis caj guaman kepada pembeli. Pertamanya ialah berhubung dengan caj untuk menguruskan urusan pindahmilik, dan keduanya pula ialah untuk urusan pembiayaan. Biasanya kedua-dua caj ini, nilainya adalah bergantung kepada harga pembelian atau pembiayaan itu. Manakala caj guaman yang ketiganya pula ialah caj permohonan kebenaran menggadai, jika berkenaan.

    Kami berharap agar penjelasan di atas boleh menjawab persoalan yang pihak Cik Nurul timbulkan. Sila hubungi kami semula sekiranya memerlukan sebarang penjelasan lanjut.

    Sekian, terima kasih.

    Biro Khidmat Guaman,
    HALUAN Malaysia.

    Dijawab oleh v5admin
    ahun lalu
    0 0
Soalan seumpama ini telah ditanya
Soalan dalam ketegori Perundangan