1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr
Jawaban
  • Accepted Answer

    Terima kasih atas soalan yang dikemukakan.

    Isu pertama yang pihak Puan kemukakan ialah berkait dengan rumah teres milik Puan, yang dibayar oleh Puan secara sepenuhnya. Bagaimanapun kini, ia dituntut oleh bekas suami, yang telah memfailkan kaveat persendirian ke atas rumah tersebut.

    Pada asasnya, rumah tersebut adalah milik Puan sepenuhnya. Terutamanya jika Puan memperolehinya secara warisan atau hadiah, atau juga jika Puan membelinya sebelum berkahwin dengan bekas suami tersebut.

    Bagaimanapun, pihak suami boleh mempunyai hak dan kepentingan di dalam rumah tersebut, sekiranya rumah tersebut dibeli semasa tempoh perkahwinan. Dan jika suami boleh membuktikan bahawa beliau turut sama memberikan sumbangan ke aras pemerolehan rumah tersebut, walaupun secara tidak langsung. Ini adalah prinsip harta sepencarian yang diterimapakai di bawah undang-undang keluarga Islam di negara ini.

    Sumbangan suami secara tidak langsung adalah seperti sumbangan-sumbangan ke arah pembayaran harga pembelian rumah itu. Begitu juga sumbangan ke arah menambah nilai rumah tersebut atau sebagainya. Sumbangan-sumbangan yang tidak langsung ini tidak semestinya di dalam bentuk wang ringgit semata-mata, malah boleh turut sama merangkumi sumbangan dari segi pandangan, nasihat dan dorongan. Namun begitu, suami mestilah membuat tuntutan di mahkamah yang berkenaan.

    Bagi pihak Puan, Puan bolehlah membatalkan kaveat persendirian yang dimasukkan tersebut, dengan mengemukakan permohonan yang berkaitan ke pejabat tanah, menggunakan borang serta membayar fi tertentu yang munasabah.

    Isu kedua yang pihak Puan kemukakan ialah berkait dengan cadangan Puan untuk menjual rumah tersebut. Ia bagaimanapun hanya boleh disempurnakan selepas pembatalan kaveat persendirian tersebut, menggunakan kaedah yang dinyatakan sebelum ini.

    Sementara itu, suatu Perjanjian Jual Beli Bersyarat masih boleh dimasuki di antara Puan dengan pembeli. Kos guaman dan yang berkaitan dengannya hendaklah ditanggung oleh pembeli. Manakala selaku penjual pula, Puan perlulah menanggung kos untuk membatalkan kaveat persendirian tersebut, yang biasanya sangat minimum.

    Transaksi penyewaan yang Puan lakukan ketika ini dengan pembeli tersebut, boleh diteruskan juga. Cumanya, selagi mana penjualan tidak disempurnakan, kedudukan rakan Puan tersebut masih akan terus kekal sebagai penyewa.

    Semoga respons di atas boleh serba-sedikit membantu Puan dalam memahami isu-isu yang dikemukakan. Sila Puan berhubung lagi dengan pihak kami sekiranya memerlukan sebarang penjelasan lanjut.

    Sekian, terima kasih.

    Bagi pihak,
    Unit Khidmat Nasihat,
    Biro Khidmat Guaman.

    Dijawab oleh v5admin
    ahun lalu
    0 0
Soalan seumpama ini telah ditanya
Soalan dalam ketegori Perundangan