1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr
Jawaban
  • Accepted Answer

    Terima kasih kepada Puan Rosmimah yang mengemukakan soalan. Isunya ialah sama ada hartanah yang digadai kepada institusi kewangan boleh diwarisi oleh waris-waris selepas kematian suami/bapa selaku pemilik hartanah tersebut, dalam keadaan waris-waris itu terdiri daripada isteri serta anak-anak lelaki dan perempuan.

    Bagi menjawab isu tersebut, adalah penting untuk diyakini bahawa Islam sangat memelihara hak perwarisan harta-harta alih dan tak alih milik suami, kepada waris-warisnya yang berhak.

    Hartanah yang menjadi subjek di dalam kes ini telah digadai oleh suami kepada institusi kewangan. Gadaian ini tidak menghalang perwarisan hartanah tersebut kepada waris-waris suami.

    Waris-waris suami pula terdiri daripada isteri dan anak-anak lelaki serta perempuan. Maka kesemua isteri dan anak-anaknya yang lelaki dan perempuan, selaku waris-waris yang sah, berhak mewarisi hartanah tersebut, tertakluk kepada pembahagian masing-masing di bawah hukum faraid dan perundangan yang lain.

    Semoga jawapan tersebut memenuhi hasrat Puan Rosmimah. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut atau terdapat sebarang isu-isu lain yang berbangkit, sila pihak Puan hubungi kami semula.

    Sekian, terima kasih.

    Biro Khidmat Guaman HALUAN.

    Dijawab oleh v5admin
    ahun lalu
    0 0
Soalan seumpama ini telah ditanya
Soalan dalam ketegori Perundangan