1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr
Jawaban
  • Accepted Answer

    Terima kasih diucapkan kepada Cik Nur Widad yang mengemukakan soalan.

    Secara umumnya bidangkuasa Mahkamah di negara-negara di seluruh dunia adalah bergantung kepada sistem perundangan yang diamalkan di negara-negara tersebut masing-masing. Manakala sistem perundangan di sesuatu negara pula banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor latar belakang negara itu sendiri.

    Malaysia, misalnya, pernah dijajahi oleh Inggeris. Malaysia juga mempunyai ciri-ciri keunikannya yang tersendiri seperti sistem beraja, kepelbagaian kaum, hak keistimewaan Melayu dan sebagainya yang tidak didapati di sesetengah negara yang lain. Malah, negara ini turut juga mempunyai latar belakang agama, khususnya agama Islam, yang kuat dianuti oleh lebih separuh daripada rakyatnya.

    Kesemua faktor-faktor keunikan itu telah mencorak sistem perundangan yang terpakai di negara ini. Maka kita akan dapati, misalnya, bahawa sumber perundangan negara adalah dari undang-undang bertulis dan tidak bertulis. Sumber undang-undang bertulis ialah seperti perlembagaan, akta, peraturan, enakmen dan sebagainya. Manakala sumber undang-undang yang tidak bertulis pula ialah terdiri daripada sebahagian kecil prinsip undang-undang Inggeris yang diterimapakai, keputusan-keputusan mahkamah dan juga adat-adat tempatan. Selain daripada itu, di antara sumber perundangan negara pula ialah undang-undang Islam, tetapi terpakai setakat kepada perihal kekeluargaan sahaja.

    Sistem perundangan sebegini menghasilkan mahkamah-mahkamah dengan bidangkuasa sivil, jenayah, kekeluargaan Islam dan sebagainya. Tulisan kami mengenai prosiding mahkamah dalam bidangkuasa sivil boleh dirujuk di sini http://www.haluan.org.my/v5/index.php/kaunselor-haluan/view/52-bagaimanakah-prosiding-mahkamah-sivil-di-malaysia.

    Cik Nur Widad juga bertanyakan tentang bidangkuasa mahkamah di Arab Saudi. Di sana, sistem perundangan adalah berdasarkan kepada sistem perundangan Islam. Begitu juga dengan sistem kehakimannya. Bagaimanapun, kami akan memperkembangkan isu ini sekiranya kami dapat memperolehi maklumat-maklumat lanjut yang berkaitan kelak.

    Semoga jawapan di atas dapat memenuhi hasrat Cik Nur Widad. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami semula.

    Sekian, terima kasih.

    Bagi pihak,
    Unit Khidmat Nasihat,
    Biro Khidmat Guaman.

    Dijawab oleh v5admin
    ahun lalu
    0 0
Soalan seumpama ini telah ditanya
Soalan dalam ketegori Perundangan