1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr
Jawaban
  • Accepted Answer

    Tahniah kerana pertama kalinya anda menyedari dan mengaku bahawa anda adalah seorang pelajar. Saya percaya anda memeng hebat kerana sedar siapa diri anda iaitu seorang pelajar. Persoalannya, jika anda seorang pelajar sudah tentu anda bergelumang dengan aktiviti belajar. Perilaku yang anda perkatakan jelas menunjukkan anda tidak menjadi seorang pelajar.

    Alhamdulillah. Akhirnya anda menyatakan anda ingin berubah. Tahniah sekali lagi kerana anda jujur dan secara sedar anda ingin berubah. Mann Jadda wa jadah - apa yang akan anda usahakan itulah hasilnya yang anda akan terima. Berikut sedikit tips untuk berubah:

    1. Sentiasa ada hubungan dengan Allah . Syarat paling utama untuk berubah. Mohon kepada Allah tetapkan iman dan pendirian serta kukuhkan tekad untuk berubah kerana Allah bukan kerana lain-lain. Insya Allah anda diberi hidayat oleh Allah boleh dan berupaya untuk berubah.

    2. Jadikan belajar sebagai ibadah. Mungkin selama ini belajar hanya dijadikan sebagai rutin, dan jika rutin terlalu menekan menjadi rasa malas, boring dll. Akan tetapi jika belajar itu menjadi ibadah dan lebih lebih lagi yakin dengan hadis Rasulullah bermaksud " Sesungguhnya Allah akan berikan nur hidayat kepada orang yang menuntut ilmu diibaratkan sebagai satu daripada taman-taman syurga, dan jika mati ketika menuntut ilmu dianggap sebagai mati syahid- masuk syurga' Oleh itu, jadilah pelajar yang akan sentiasa menuntut ilmu dan belajar dijadikan sebagai ibadah.

    3. Hormati masa sebagai makhluk Allah. Ada 3 zon masa dibumi. Zon pagi, Zon Petang, Zon malam. Ada 24 jam sehari dan untuk pelajar ada 5 hari formal belajar dan 2 hari bonus untuk belajar. (7 hari seminggu ). MASA Belajar : Isnin - Jumaat ( Zon Pagi - 6 jam + Zon Petang 2 jam + Zon malam 2 jam). 2 hari bonus (Sabtu dan Ahad) 3 jam. Fokus dan tekun. Insya Allah. Anda telah hormati masa sebagai pelajar. Bagikan juga dengan mata pelajaran yang anda berlajar + tuisyen + Belajar Berkumpulan + Buat kajian lapangan. SERONOKNYA belajar jika anda hormati masa.

    4. Strategi : Belajar perlu strategi. Kita tak mahu study hard tapi study smart. Tapi bukan short cut.

    5. Lakukan yang luar biasa dalam pembelajaran anda. Buat nota poket, jaga makan, pilih kawan, pilih gajet yang boleh rangsang untuk belajar dan selalu sedekah (belanja kawan terutama hari Jumaat) supaya anda sentiasa mudah menjawab soalan dalam peperiksaan. Insya Allah.

    Ada lagi tipsnya! Jika berminat sila hubungi kaunselor HALUAN anda dan emelkan kepada manppd@yahoo.com

    SELAMAT MENJADI PELAJAR HEBAT DAN BERTAQWA.

    Kaunselor Berdaftar 00282/AK0333

    Dijawab oleh v5admin
    ahun lalu
    0 0
Soalan seumpama ini telah ditanya
Soalan dalam ketegori Sekolah Menengah