1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr
Jawaban
  • Accepted Answer

    Tahniah dan terima kasih atas minat saudara/i untuk bersama HALUAN. Mudah-mudahan amal kita dinilai dan diterima Allah. Syarat utama untuk menjadi Relawan HALUAN adalah anda mestilah seorang Islam. Ada beberapa laluan untuk anda bersama kami dan anda bebas memilih mana-mana laluan mengikut kemudahan anda.

    Kaedah 1 – Permohonan secara online melalui laman sesawang www.haluan.org.my sebagai Relawan Lengkapkan butiran yang diperlukan dan klik butang penghantaran. Permohonan anda akan kami proses dan anda telah layak menerima makluman tentang aktiviti umum HALUAN . Dari masa ke semasa anda akan dihubungi oleh para petugas HALUAN yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

    Kaedah 2 – Mengisi terus borang keahlian Relawan di dalam program-program umum yang dianjurkan HALUAN di seluruh negara seperti di masjid-masjid, surau-surau, tapak carnival, program setempat bersama masyarakat atau pusat khidmat HALUAN. Borang permohonan anda akan diproses dan anda telah layak menerima makluman tentang aktiviti umum HALUAN . Dari masa ke semasa anda akan dihubungi oleh para petugas HALUAN yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

    Untuk mengetahui lokasi petugas HALUAN, boleh terus hubungi ibupejabat HALUAN Malaysia seperti yang tertera di laman sesawang.

    Sebagai Relawan anda akan diberi taklimat dan latihan yang bersesuaian mengikut kesesuaian tempat dan masa. Anda juga digalakkan menyertai apa sahaja program anjuran HALUAN yang berdekatan dengan tempat tinggal.
    Kad Relawan dengan nombor siri sedang diperkenalkan dan sedang dalam proses pembangunan. Sekiranya anda tidak dihubungi, teruskan mengikuti mana-mana program anjuran HALUAN dan tidak perlu mengisi borang lagi. Relawan berdaftar juga digalakkan memperkenalkan rakan Relawan (R2R) yang baru.

    Kepada yang bukan Islam, gerbang untuk bersama HALUAN perlulah melalui HALUAN Fitrah. Minat anda juga kami alu-alukan.

    Mari kita saling lengkap melengkapi di dalam memenuhi amal Islami.

    Dijawab oleh v5admin
    ahun lalu
    0 0
Soalan seumpama ini telah ditanya
Soalan dalam ketegori Maklumat Berkaitan HALUAN