1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Coretan Relawan di Kota Bharu

banjir-2007-5Tempat:
1) Kampung Tok Puchong
2) Kampung Pulau Kundur
3) Kampung Kedai Buluh Hilir

Tarikh: 15 Disember 2007
Hari: Sabtu           

Semua relawan HALUAN berkumpul di pejabat HALUAN Negeri Kelantan pada jam 9.30 pagi. Antara relawan Haluan yang terlibat dalam Misi Bantuan Bencana Banjir pada tahun ini ialah pasukan medik dari Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) yang terdiri daripada Dr. Ariff, Dr.Rushdan dan Dr.Pazudin. Sukarelawan umum terdiri daripada Sodiq Abu Bakar, Norman Ghazali, En Azhar,  Aiman dan Mohd Afham Mohd Ariff,  dibantu dengan 6 orang sukarelawan JPA 3 Kota Bharu.

4  buah kenderaan (3 pacuan 4 roda - 1 Vitara kepunyaan Dr. Rushdan Salim, 1 Hilux dan 1 Pajero JPA 3 dan sebuah Van kepunyaan saudara Azhar) digunakan untuk misi ini. Jam 11.00 pagi semua relawan HALUAN dan anggota JPA 3 bergerak ke Khemah Kem Askar bantuan mangsa banjir berdekatan dengan bangunan PASTI negeri DUN Kijang untuk berjumpa dengan Tok Penghulu Mukim  Siti Mani, En Abdul Rahman Ismail .

En. Abdul Rahman Ismail membawa team kami ke Kampung Tok Puchong. Tok Penghulu Mukim Siti Mani di iringi Dr. Ariff menyerahkan bantuan bekalan makanan berserta dengan majalah HALUAN kepada 30 buah keluarga di kampong tersebut.

Setelah selesai pengagihan dibuat, kami bergerak ke  Kg. Pulau Kundur berdekatan kampong Tok Puchong. Jam 12.15 tengah hari, kami menyalurkan bekalan makanan kepada 35 buah keluarga di kampong tersebut.

Tempat terakhir, tok penghulu membawa team kami ke Kampung Kedai Buluh Hilir. Di kampong ini hanya 14 buah beg plastik berisi bekalan makanan di agihkan dan diserahkan kepada En. Abdul Rahman Ismail, Tok Penghulu Mukim tersebut untuk diagihkan kepada keluarga di kampong tersebut. Bagi menghargai kerjasama anggota JPA3, pihak HALUAN memberikan sumbangan bekalan makanan kepada 6  orang anggota sukarelawan tersebut.

Setelah selesai semua urusan pengagihan bantuan bekalan makanan, relawan HALUAN Negeri Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak sukarelawan JPA 3, En. Abdullah B. Mat Jusoh selaku Tok Penghulu Tanpa Mukim Dun Kijang, En. Abdul Rahman Ismail selaku Tok Penghulu Mukim Siti Mani serta tok penghulu-tok penghulu  kampong dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung diatas kerjasama yang telah di berikan. Semoga Allah memberkati usaha kita.