1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Rohingya: Bringing Hope di UIAM

GOMBAK, 21 Nov 2017 - Humanity Night '17 yang membawa tema Rohingya : Bringing Hope telah berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini semalam.

NAMA Foundation selaku penaja utama bersama dengan beberapa buah syarikat telah mengundang beberapa wakil daripada sekolah, madrasah dan pusat pendidikan anak-anak Rohingya di sekitar Lembah Kelang untuk program ini. Wakil Rohingya Community Educare Center (RCEC) yang diterajui oleh HALUAN bersama pelajar-pelajarnya turut diundang bersama.

Program ini bertujuan memaparkan dan menceritakan keperitan masyarakat Rohingya di sana serta majlis penyampaian sumbangan dana kepada pusat-pusat pendidikan masyarakat Rohingya. Jumlah sumbangan dana yang disumbangkan pada malam tersebut oleh NAMA Foundation ialah RM270,000, tidak termasuk hasil jualan tiket konsert pada malam tersebut.

Majlis berkenaan mendapat kerjasama rapat daripada pihak UIAM sendiri. Ucapan aluan disampaikan oleh Rector UIA, Prof. Dato'Sri Dr Zaleha Kamaruddin selaku tuan rumah kepada konsert tersebut. Turut menyampaikan ucapan ialah CEO NAMA Foundation, Dr. Saleh Bazead Saleh Mubarak. Beliau menyatakan yayasan berkenaan akan terus komited dalam kerja-kerja kemanusiaan membantu pelarian terutamanya dalam bantuan sokongan pusat pendidikan.

Konsert pada malam penuh gilang-gemilang itu telah dirasmikan oleh pengerusi HUMANITY, Tan Sri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar yang turut berkongsi pengalaman beliau bertemu pimpinan tentera Myanmar dalam menyelesaikan konflik di bumi Arakan.

Pada malam itu, hadirin turut menikmati persembahan nyanyian dan puisi yang disampaikan oleh artis-artis terkenal tanah air seperti Aizat Amdan, Hael Husaini, Heliza Helmi, Mizz Nina, Irfan Haris, Kumpulan Mirwana, Idayu Mumtaz dan Mujahid bagi memeriahkan lagi program. Konsert tersebut dianggarkan telah dihadiri lebih 1,000 orang.

--
Laporan oleh Ahmad Fatihin Fuzi

HALUAN diwakili oleh Encik Mohd Jamil Muda

Persembahan nyanyian dan puisi yang disampaikan oleh artis-artis terkenal tanah air

RCEC turut menerima sumbangan daripada NAMA Foundation

Peserta yang hadir