1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

HALUAN Rayu Masyarakat Bantu Kempen Warmth4Syria

BANDAR BARU BANGI, 1 Disember 2017 - Kekejaman rejim Bashar al-Asad bersama sekutunya Russia dan Iran telah menyebabkan krisis kemanusiaan yang kritikal di Syria berlanjutan menjangkau tahun ke-6. Keadaan menjadi semakin tragis dengan penglibatan Rusia dan Amerika yang mendakwa kononnya membantu rakyat Syria, sedangkan masyarakat awam terus menjadi mangsa.

Menurut laporan UNCHR 2016, seramai 13.5 juta rakyat Syria telah menjadi pelarian dan amat memerlukan bantuan kemanusiaan. Malahan 50 peratus daripada rakyat Syria terpaksa berhijrah untuk menyelamatkan diri. Secara amnya, 85 peratus rakyat Syria hidup dalam kemiskinan, di mana 35 peratus daripada mereka itu hidup dalam kedhaifan yang kritikal.

Menurut laporan itu lagi, tujuh juta daripada rakyat Syria menjadi mangsa terputus bekalan makanan, 13 juta memerlukan rawatan kesihatan, dua juta kanak-kanak tidak bersekolah dan tiga juta rakyat Syria mengalami kecacatan anggota badan.

Permasalahan tempat berteduh, keperluan makanan harian, rawatan kesihatan dan perubatan, serta pendidikan anak-anak pelarian adalah antara perkara yang amat perlukan perhatian mata masyarakat dunia. Di kala kedatangan musim sejuk, pelarian kanak-kanak dan orang tua adalah golongan yang amat memerlukan bantuan keperluan asas seperti alat pemanas, selimut, pakaian sejuk di samping makanan dan rawatan kesihatan yang asasi.

HALUAN yang prihatin dalam isu kemanusiaan di Syria sejak tahun 2012 telah melaksanakan pelbagai misi bantuan kemanusiaan ke kem-kem pelarian di Turki, Jordan dan Lubnan, bahkan di dalam Syria, melalui Biro Misi Kemanusiaan. HALUAN bekerjasama dengan pelbagai NGO di negara-negara di mana pelarian Syria mendapat perlindungan. Dengan aktiviti kemanusiaan yang berterusan, sekali lagi HALUAN merayu dan mengajak masyarakat Malaysia terus prihatin dan menyertai bantuan kemanusiaan ini.

Kempen Warmth4Syria akan berterusan sehingga akhir Februari 2018, bagi menyasarkan kutipan dana sebanyak RM550,000 untuk membiayai misi membekalkan penduduk dan pelarian Syria dengan keperluan berikut:

  1. 1000 pek makanan
  2. 2000 pek susu bayi
  3. 1300 pemanas
  4. 1300 tong diesel
  5. 1000 selimut

Hulurkan sumbangan anda bagi membantu anak-anak kita di Syria:

TABUNG KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN HALUAN
Maybank Berhad
5622 6350 2611

Emailkan slip bank-in atau resit sumbangan (Warmth4Syria) kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau whatsapp ke 010-3005141.

--
Laporan Fatin Athirah Abdul Sani, Setiausaha Kerja, Biro Misi Kemanusiaan