1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

SINAR4ROHINGYA: Relawan HALUAN Agih Kit Kebersihan Diri Di Kem Nayapara

TEKNAF, 29 September 2017 -- Relawan HALUAN yang menyertai misi bantuan kemanusiaan di bawah gabungan SINAR4ROHINGYA meneruskan usaha murni membantu pelarian yang baharu tiba di sempadan Bangladesh, khususnya di sekitar wilayah Cox's Bazar.

Petang tadi, relawan HALUAN bergerak mengagihkan 150 kit kebersihan diri kepada keluarga pelarian di kem Nayapara 1, Teknaf, yang terletak kira-kira 150 kilometer dari Cox's Bazar. Kit tersebut mengadungi tuala wanita, sabun mandi, ubat dan berus gigi, periuk serta kendi air.

Di kem Nayapara 1 sahaja, lebih 450 keluarga pelarian Rohingya baharu tiba. Sebahagian besar daripada mereka terpaksa mengharungi perjalanan sukar selama lapan hari hingga dua minggu, dan tiba dalam keadaan amat letih dan lapar. Syukur Alhamdulillah mereka telah menerima bantuan makanan beberapa hari lalu.

Ketua Biro Misi Bantuan HALUAN, Dr Baharudin Suri, turut menjayakan tugas mengagih bantuan di sini. "Kita berharap bantuan kit kebersihan diri ini dapat menjaga tahap kebersihan dan kesihatan keluarga pelarian, sebelum penyakit berjangkit menyerang," terang beliau yang sebelum ini pernah mengetuai misi bantuan perubatan di beberapa kawasan dilanda krisis dan bencana termasuk Somalia, Indonesia, Syria dan juga Afghanistan.

Lebih 420,000 pelarian Rohingya terpaksa menyelamatkan diri di sempadan Bangladesh dan menantikan nasib mereka dibela. HALUAN bersama gabungan NGO Malaysia di bawah SINAR4ROHINGYA menyeru supaya masyarakat prihatin meneruskan sumbangan kepada masyarakat yang dizalimi ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut:

Nama Akaun: Tabung Kebajikan & Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 5622 6350 2611
Bank: Maybank Berhad

Sila emel resit bayaran ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dengan tajuk "Sinar4Rohingya"

--
Laporan mediaHALUAN

Penempatan pelarian yang cukup daif

150 kit kebersihan diri kepada keluarga pelarian di kem Nayapara 1

HALUANberharap bantuan kit kebersihan diri ini dapat menjaga tahap kebersihan dan kesihatan keluarga pelarian