1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Jom Taja Anggota Palsu Untuk Pelarian Syria

BANDAR BARU BANGI, 1 Ogos 2017 - HALUAN akan melaksanakan projek yang dinamakan "Prosthesis for Syrians" khusus untuk membiayai perbelanjaan anggota-anggota palsu untuk pelarian Syria. Kos pembiayaan anggota palsu untuk seorang penerima adalah RM9,000 dan jumlah penerima yang disasarkan adalah seramai 20 orang berjumlah RM180,000. Projek ini dianjurkan oleh HALUAN melalui Biro Misi Kemanusiaan dan Biro Kesihatan HALUAN dengan kerjasama NGO Al-Ghawth dan Pusat Pembuatan Prosthesis, Balsama.

HALUAN juga menyeru kepada semua masyarakat seluruh Malaysia, individu, ahli perniagaan dan badan-badan korporat untuk bersama menyertai kempen “Prosthesis for Syrians”. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut, <Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN><Maybank Berhad><5622 6350 2611>. Emailkan resit bayaran ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dibawah nama <Prosthesis for Syrians>.

Konflik peperangan yang berlaku di Syria sejak tahun 2011 telah mengakibatkan ramai penduduk awam yang tidak berdosa menjadi mangsa. Jutaan rakyat awam yang menjadi pelarian di dalam Syria mahupun di negara jiran, ratusan ribu yang mati serta tidak kurang juga yang mengalami kecederaan akibat tindakan zalim puak syiah di bawah pemerintahan Bashar Al Assad. Pelbagai kecederaan dialami oleh mangsa, daripada cedera ringan hinggalah yang berat seperti kehilangan sebahagian anggota. Mereka yang hilang anggota ini sebahagiannya menerima rawatan daripada pusat pemulihan yang membuat anggota-anggota palsu yang kemudiannya menjalani latihan menggunakan anggota-anggota palsu tersebut.

Kaedah untuk mendapatkan anggota palsu adalah dengan cara mangsa dikenalpasti oleh Pertubuhan Kebajikan Setempat (NGO) dan dirujuk kepada Balsama Centre, Sidon, Lebanon, iaitu sebuah pusat pembuatan anggota palsu yang dikendalikan oleh EncikRamzi Zaidan. Di pusat ini, anggota palsu akan dibuat bersesuaian dengan ukuran anggota pesakit dan pesakit juga akan diajar cara pemasangan serta penjagaannya. Mereka turut diberi latihan fizikal untuk menggunakan anggota palsu tersebut.

Kos pembuatan anggota palsu di Balsama Centre adalah USD1,500 – 2,000. Ianya merupakan kos yang lebih murah berbanding harga pasaran komersil. Mereka yang memerlukan anggota ini adalah pelarian Syria yang tidak mempunyai kemampuan untuk menanggung kos tersebut.

--
Laporan Fatin Athirah Abdul Sani, Setiausaha Kerja, Biro Misi Kemanusiaan

prosthesis-3