1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Kempen Rayuan Ramadan Anak-anak Yatim-Miskin HALUAN

SHAH ALAM, 15 Mei 2017 – Bulan mulia Ramadan menjelma lagi dan Asrama HALUAN Penyayang (AHP) yang beroperasi di Jalan Klinik di sini sekali lagi menggamit keperihatinan anda untuk berlumba membantu.

AHP adalah sebuah rumah perlindungan anak-anak yatim dan miskin di bawah pengurusan HALUAN. Asrama ini menempatkan seramai 30 orang pelajar sekolah rendah dan menengah, lelaki dan perempuan, dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Matlamat terbesar AHP adalah untuk memberikan peluang pembelajaran yang sempurna kepada golongan pelajar terdesak ini serta melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak terpuji,mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran lain yang penting. Selain itu, AHP juga mendidik pelajar terpinggir ini agar lebih berkeyakinan dan tidak mudah putus asa dengan ujian kehidupan. Rata-rata mereka datang daripada keluarga yang miskin yang memungkinkan mereka tidak dapat menghabiskan persekolahan akibat kemiskinan keluarga.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan dipenuhi keberkatan ini, HALUAN melancarkan Kempen Rayuan Ramadhan khas untuk membantu anak-anak yatim dan miskin ini. Kos pengurusan asrama yang tinggi amat memerlukan sokongan dan sumbangan daripada orang ramai.

Bagi setiap pelajar, AHP perlu menyediakan perbelanjaan sebanyak RM400 sebulan untuk sara hidup dan pembelajaran, menjadikan kos perbelanjaan untuk semua pelajar yang berada di bawah tanggungan AHP sebanyak RM12,000 setiap bulan. Manakala kos pengurusan bangunan dan kenderaan asrama pula adalah sebanyak RM9,500 setiap bulan. Ini menjadikan kos keseluruhan sebanyak RM21,500 setiap bulan.

Sehubungan itu, HALUAN merayu kepada para dermawan untuk mengeluarkan sedikit rezeki yang diterima daripada Allah SWT untuk diberikan kepada anak-anak yatim ini bagi membela nasib mereka. Semoga sumbangan kita yang sedikit ini menjadikan penyebab kepada kita untuk masuk ke syurga dan berada bersama-sama dengan Rasulullah SAW yang kita cintai.

Sabda Rasulullah SAW: "Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti ini," kemudian Baginda SAW mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah Baginda SAW serta agak merenggangkan keduanya. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sumbangan ikhlas berterusan tuan-puan boleh disalurkan ke akaun berikut:

Tetuan Tabung Anak Yatim dan Miskin HALUAN Penyayang
1203 8010 0810 98
Bank Islam Malaysia Berhad

*Pohon emelkan resit sumbangan tersebut bagi rekod kewangan AHP ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut:
Encik Muhammad Nasarudin Abd Manaf, Pengurus AHP (0 19-559 2042)
Encik Muhammad Shahril Ramli, Setiausaha Kerja AHP (013-3984 550)

---
Laporan Muhammad 'Izzat Mohd Ghani,
Setiausaha Kerja Biro Kebajikan

AHP-03