1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Bakul Ramadan Idlib

BANDAR BARU BANGI, 28 Mei, 2017 – HALUAN sekali lagi menampilkan diri bersama masyarakat penyayang Malaysia untuk menyantuni krisis kemanusiaan di Syria yang sudahpun melewati enam tahun dengan lebih 700 ribu kematian.

Tragedi kemanusiaan akibat tangan dan nafsu rakus manusia ini masih memerlukan pembelaan kita rakyat di Malaysia di mana mereka yang terselamat menjangkaui ratusan ribu orang awam yang cedera dan ratusan ribu lagi mengalami pelbagai seksaan sebagai tahanan di dalam penjara di bawah rejim syiah Presiden Bashar al-Assad. Pada masa yang sama, menurut UNCHR lebih 12 juta rakyat Syria kini menjadi pelarian untuk menyelamatkan diri dan mencari kehidupan yang lebih selamat di dalam Syria dan juga di negara-negara jiran seperti Jordan, Lebanon dan Turki. Sehingga September 2016, lebih tujuh juta rakyat pelarian Syria sebagai 'internally-displaced refugees' mencari perlindungan di dalam negara sendiri setelah rumah kediaman mereka musnah atau tidak selamat didiami akibat serangan bom yang tiada hentinya.

Serangan oleh regim tentera Assad dan sekutunya ke atas Aleppo Timur pada pertengahan Disember 2016, bukan sahaja menyebabkan ramai orang awam terbunuh, tetapi juga ratusan ribu lagi menjadi pelarian dan mencari perlindungan di bandar –bandar lain yang berdekatan seperti Idlib, Homs dan Hamma. Mereka terpaksa menghuni kawasan lapang di dalam khemah-khemah yang disediakan oleh NGO-NGO antarabangsa tetapi tidak mempunyai kemudahan asas yang sempurna.

Syria yang pada suatu masa dahulu sebuah negara berdaulat yang maju seperti kita di Malaysia kini menjadi sebuah negara miskin berkecamuk serta menghadapi pelbagai permasalahan survival. Pastinya puluhan ribu keluarga bersama anak-anak kecil menghadapi kekurangan tempat berteduh, keperluan makanan harian yang terhad, rawatan kesihatan dan perubatan yang sukar, serta pendidikan anak-anak pelarian yang terabai sejak krisis berlaku.

Kami di HALUAN melalui Biro Misi Kemanusiaan telah melaksanakan aktiviti bantuan menyantuni pelarian Syria sejak tahun 2012 lagi. Jaringan perkhidmatan kami meliputi Turki, Jordan, Lebanon dan juga dalam Syria. Semua aktiviti dijalankan dengan sokongan berterusan daripada masyarakat penyayang Malaysia melalui kempen-kempen yang dijalankan.

Program misi kemanusiaan yang terkini ialah 'Warmth For Syria – Lebanon' yang berjaya memberikan bantuan makanan asasi, pakaian sejuk, ubatan dan sumbangan pendidikan di beberapa kem pelarian di Lebanon dengan kerjasama NGO antarabangsa. Sila rujuk artikel berkenaan di laman web kami.

Terkini, HALUAN akan melaksanakan satu lagi projek yang dinamakan "Bakul Ramadan Idlib 1438H" yang khusus akan menyampaikan bantuan di kawasan penempatan dan kem pelarian Idlib' di Syria.

Ia merupakan bantuan bernilai RM250 untuk setiap keluarga pelarian yang mampu memberikan mereka bekalan makanan, tepung, dal, minyak masak, serta kurma dalam bulan ramadan akan datang, khasnya dalam masa dua minggu terakhir.

Dengan ini, HALUAN merayu dan ingin mengajak masyarakat seluruh Malaysia, individu, ahli perniagaan dan badan-badan korporat untuk bersama-sama kami berkongsi pahala dan menyertai kempen 'Bakul ramadan Idlib' ini sehingga hujung Jun 2017. Sumbangan ini akan disalurkan kepada keluarga-keluarga pelarian Syria di sekitar Idlib pada minggu ketiga Ramdhan 1438H, agar mereka turut sama menjalani ramadan Al-Mubarak dengan lebih sempurna.

Sumbangan tulus ikhlas anda bolehlah disalurkan melalui akaun berikut:

Tabung Kebajikan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Berhad: 5622-6350-2611

Sila email slip/resit sumbangan dengan tajuk [Bakul Ramadan Idlib] ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

--
Laporan Fatin Athirah Abdul Sani,
Setiausaha Kerja, Biro Misi Kemanusiaan HALUAN

ramadhan-aid-relief-2017