1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Book 14-16 April – Jom ke IPT dengan HiMEGA!

BANDAR BARU BANGI, 30 Mac 2017 - Anda lepasan SPM 2016? Result SPM amacam? Nak sambung mana? Bidang apa? Tak pasti lagi?!, Keliru?!. Lalu bagaimana?. Jawapannya ada di HiMEGA'17. Jom sertai Hijrah Menara Gading (HiMEGA). Tempat memang terhad, daftar segera!!

HALUAN selaku NGO yang Berakhlak, Mendidik & Berbakti offer untuk bantu anda lepasan SPM dan STPM.

Kami dengan kerjasama Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Teknologi Darulnaim Kelantan (KTD PC), Kolej Teknologi Darulnaim Kuala Lumpur (KTD KL) dan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP) akan menganjurkan program HiMEGA di KUIS, Bangi, Selangor. Program khas untuk remaja lepasan SPM ini bermula 14 hingga 16 April 2017 (Jumaat ke Ahad) selama tiga hari dengan kadar yuran yang minimum RM90 sahaja termasuk bahan program, penginapan dan makan-minum.

Apa yang menarik dalam HiMEGA?

Ada pelbagai slot termasuk Diskusi Mahasiswa, Dialog Mahasiswa Dinamik, Forum Mahasiswa Terbilang, Kenali peluang pengajian di IPT dan peluang pembiayaan, Future Job Prospect dan banyak lagi. Di samping mendapat maklumat terkini daripada pensyarah IPT tentang peluang dan bidang yang diminati, boleh juga berkenalan dengan abang kakak mahasiswa/i IPT dari dalam dan luar negara. Rebut peluang ini untuk berkongsi cerita, pengalaman dan suasana belajar dengan mereka. Face to Face!

Lebih 4,000 orang lepasan SPM telah membuat keputusan bijak dengan menyertai program ini di masa lepas. Mereka juga telah mendapat banyak manfaat dan mengikuti kursus pengajian yang sesuai di IPT serta ramai yang telah jadi graduan cemerlang.

Jom ajak kawan-kawan daftar secara online dengan melayari laman sesawang https://goo.gl//RPs0cd. Sebarang pertanyaan sila hubungi Bro. Mukmin (012-3228515), Sis. Ithar Hannani (019-5024024) atau Sis. Izzah Azmi (013-3031612).

Rugi you, tak datang!

Jumpa di sana, insyaAllah.

hiemga-2