1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Jom Bantu Kami Ke Kem Pelarian Lebanon

BANDAR BARU BANGI, 10 Feb 2017 -- Krisis kemanusiaan di Syria yang didalangi oleh regim syiah Bashar al-Assad bersama sekutunya Russia dan Iran sudah melewati enam tahun.

Sehingga September 2016, lebih satu juta pelarian Syria mencari perlindungan di Lebanon. Menurut data UNCHR, lebih 12 juta rakyat Syria kini menjadi pelarian di bumi asing untuk menyelamatkan diri daripada penindasan dan kekejaman dan mencari kehidupan yang lebih selamat di dalam Syria dan juga di negara-negara jiran termasuk Lebanon.

Mereka menghuni sementara di dalam puluhan kem pelarian dan bertebaran di kawasan perumahan murah di pinggir bandar. Permasalahan tempat berteduh, keperluan makanan harian, sanitasi, rawatan kesihatan dan perubatan, serta pendidikan anak-anak pelarian adalah perkara yang amat memerlukan perhatian dunia. Kurang sedekad yang lepas, Syria adalah sebuah negara maju bertamadun yang dikenali ramai. Tidak lagi sekarang ini.

HALUAN, melalui Biro Misi Kemanusiaan yang prihatin dalam isu kemanusiaan di Syria sejak 2012, akan melaksanakan pelbagai bantuan di kem-kem pelarian di Lebanon selama tujuh hari bermula 5 sehingga 11 Mac, 2017. Seramai lima orang sukarelawan yang akan turun ke lapangan terdiri daripada tiga orang doktor dan dua sukarelawan.

Bantuan yang akan diberikan kepada pelarian Syria di Lebanon adalah pemberian pakaian musim sejuk dan pek makanan, rawatan kesihatan serta pembiayaan pendidikan tahfiz dan anak yatim.

Kem-kem yang akan disantuni adalah kem Al-Abrar, kem Al-Farah, kem Widows, kem Borj Al-Barajina dan termasuk juga pelarian Syria yang berada di luar kem.

Peluang dibuka kepada masyarakat Malaysia yang cintakan kedamaian untuk menghulurkan sumbangan derma. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun di bawah:-

Nama Akaun: Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN
Akaun No.: 5622 6350 2611
Bank: Maybank

Sila email slip/resit sumbangan dengan tajuk [Warmth for Syria-Lebanon] ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

---
Laporan Fatin Athirah Abdul Sani, Setiausaha Kerja Biro Misi Kemanusiaan