1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Rohingya Manfaat Daging Korban HALUAN Pulau Pinang

PERMATANG PAUH, 4 Sept 2017 - Empat ekor lembu telah dikorbankan oleh ahli HALUAN Pulau Pinang bersama penyertaan masyarakat awam pada 3 September di SMA Ibrah, Tanjung Putus dekat sini.

Bungkusan daging-daging korban itu telah diagihkan kepada penerima yang layak di persekitaran perkampungan Tanjung Putus dan di beberapa tempat lain. Ini termasuklah kepada komuniti Rohingya di kawasan Bagan Dalam, Butterworth.

Jamuan nasi daging juga diadakan untuk meraikan jemputan dan sukarelawan yang mengambil bahagian di dalam program berkenaan.

--
Laporan Biro Kebajikan HALUAN, Cawangan Pulau Pinang